Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 27, 2011

SECARA LAHIRIAHNYA, ITU BUKAN AKU

OKAY
BYE!!!

Friday, April 15, 2011

ya Allah, apa ni??apa semua ni?? aku tak boleh nak concentrate buat kerja!!! satu persatu masalah datang.. bukan aku dah tak sayang, bukan dah tak suka, tapi aku ego!!!tapi, seego ego aku pon, tak lah sampai nak menghilangkan diri! nak tutup FB! nak tukar nombor phone! nak tukar semua2!! TAK!!

orang selalu kata, kalau kita nasihatkan orang lain, senang. macam2 kata2 semangat kita bagi kat orang tu, remind dia macam2. jangan benci kan orang...bersabar...doakan yang terbaik utk orang tu...ingat Allah...ingat balik kenangan2 dengan orang tu...macam2 lagi lah..macam kita ni ustazah! macam kita ni perfect! macam kita ni tau semua! macam kita ni baik sangat!!

tapi, bile benda sama jadi pada diri kita????apa aku kena buat???aku blank! serious aku rasa dumb sangat!!kenapa boleh jadi mcm ni???bukan aku takde perasaan kesian, simpati ke apa! tapi aku perlukan masa. please, don't make me depressed! I know U feel the same thing too, but don't let yourself down!

okay, ni bukan drama.bye!
aku serba salah..aku rasa bersalah..salah aku ke???kalau aku dibuang, aku pon boleh membuang. tapi..............

semuanya bermula dari salah faham, bukan ini yang kitorang nak. memaki hamun sesama sendiri. aku benci macam tu! tapi itulah namanya kesabaran ada had. kita tidak bersifat maksum. bila kesabaran hilang, macam2 boleh terjadi. aku tak tau nak buat apa.........

please forgive me..........................

Tuesday, April 12, 2011

hidup dalam kepura-puraan itu sangat menyakitkan!!!

Orang kata, kalau kita makan sepinggan atau kongsi-kongsi makanan, hubungan akan lebih akrab atau mesra.. Benar, tak bohong!!

p/s : itu sebab aku tak mesra dengan sesiapa, mungkin sebab aku tak suka kongsi-kongsi makanan. hee...
tapi, jangan lah percaya sangat. sebab kemesraan yang terjalin antara individu tu bukan bergantung pada perkongsian makanan semata-mata. tetapi lebih kepada saling mempercayai dan hormat menghormati. kalau kita pandai jaga hubungan sesama rakan, walau makan dalam pinggan asing-asing pun masih boleh kekal lama sesebuah persahabatan tu.. mungkin kaitan makanan dengan perhubungan tu sama dengan kaitan makanan dan manusia lah. mana boleh hidup tanpa makanan kan. jadi, jika ada makanan, insyaallah hidup akan lebih lama. tetapi, disebabkan makanan juga kita mudah sakit. oh, ok lah dah macam masuk topik kesihatan pulak. jadinya, tak kisah lah nak kongsi-kongsi makanan atau pun tidak, kalau kita tak selesa kongsi-kongsi makanan, tapi kita boleh menjaga hati dan perasaan kawan kita, itu pon dapat mengekalkan persahabatan kan.

p/s/s : susah sebenarnya nak jaga hati orang!!! once perasaan kita dipermainkan, sampai bila2 kita akan ada bad impression kat orang tu kan. jadi untuk itu, kita harus lah berpura-pura agar hati kita sentiasa nampak kuat! dan kita mampu menjada hati orang lain jua walau kenyataanya, susah kita nak terima.

Monday, April 11, 2011

muhasabah diri

Ya Allah Ya Tuhanku..
semoga semua yang aku lakukan dengan niat keranaMu, 
Engkau berkatilah, redhailah dan permudahkanlah..


teringat seungkap kata yang diucapkan oleh seorang teman

"Sewaktu Kita Lahir, Kita Diazankan/Diiqamatkan, 
Dan Sewaktu Kita Mati, Kita Disembahyangkan,
Sesungguhnya Jarak Antara Azan Dan Sembahyang 
Tersangatlah Hampir" 

..renungkan lah.. 

Sunday, April 10, 2011

Langkawi

assalamualaikum....
layan jap ye lagu ni...

haaii..mari menjulingkan mata melihat gambar yang super banyak ni!!tapi kali ni I rajin sikit, I composed beberapa keping gambar menjadi satu! hehe..
oh, sebelum terlupa, ini merupakan academic trip untuk student2 pelukis pelan senibina, KKJNS.. bukan lah trip suka2 buang masa buang duit. TIDAK sama sekali. tapi, sambil menyelam kan mesti lah terminum air..hehe..as usual, architecture student dengan trip memang tak boleh dipisah kan! itu muktamad! tapi student kena bijak lah. trip bukan sebarangan trip. mesti kena ada kerja yang perlu dibuat. memandangkan student ni semua mengambil sijil, maka kami turut mengambil kira kebolehan mereka. kerja yang diberikan pon bersesuaian dengan taraf mereka. tidak lah kami memberi kerja yang sama macam student degree. tapi tetap beri pendedahan tentang architecture. contohnya tugasan macam sketching, buat site analysis dan measured drawing. tapi bukan lah measured sebuah rumah! cuma struktur kecil je. ok lah, kitorang pergi 3hari, 4malam..pelik kan, biasanye 4hari, 3malam..hehe..bertolak ahad malam, naik bus, journey sepanjang hampir 9jam!!kematu jugak lah..adoi!!balik rabu malam...
jom, tonton gambar..

 ni dalam ferry otw ke langkawi..sebenarnye I dah lama gile kot tak pergi langkawi, last masa darjah 3, itu pon ikut rombongan kawan2 mak I,,huhu..hampir 17tahun kot tak pergi..dah lupa dah mcm mane rupe langkawi masa tu..yang ingat masa tu I excited gile naik ferry!!haha..tapi ferrynye tak berubah sangat dengan 17tahun yg lalu..huhu..

 sampai je langkawi terus hantar budak2 ni buat site analysis. memang tingtong lah kan!dengan tak cukop tidurnya.haha..that is architecture = architorture! actually ada cerita geram sesampai je kat jetty langkawi tu. tapi malas lah nak cerita kat sini. we need fun!!

presentation tepi pantai! langkawi is very hot!! 
okay, jom berhibur selepas selesai berkerja..lalalala....ini di cable car machincang! serious I TAKUT!!.. but I've made it to the top!!!syabas!!
 ouh!! nampaknye gambar berhibur lebih banyak dari gambar bekerja..haha..nak buat mcm mana, time bekerja tak sempat nak bergambar kaann..=P

 okay, ni hari kedua..teruskan bekerja ye anak-anak..hee..first pergi LADA, then Makam Mahsuri, then.....................

 yeeehhaaa..island hopping!!serious happy!!

 okay, ni hari last..saje jalan2 pergi laman padi..tapi malangnye padi belum masak, so, pergi tengok2 tempat yang menarik dan ambil2 gambar..

okay dah..jom pulang..hopefully all of u have got something useful from langkawi instead of having fun together and unforgettable memories!  

Thursday, April 7, 2011

anak bongsu tu manja???

haaaaiiiii...

baca dah tajuk kat atas?? aku berani kerat jari lah kalau orang cakap semua anak bongsu tu MESTI manja!! kenapa? tak caya???

tolong lah betulkan pemikiran tu sikit ye. kalau orang cakap macam katak bawah tempurung, melatah pulak. tapi kenyataannya macam tu lah. sama lah macam orang dok pikir orang kampung tu kuno, orang kampung tu ketinggalan, orang kampung tak tau guna internet..eh, hellooo, I orang kampung tau, masa darjah 3 rumah I ada internet, I dah kenal dah apa tu chatting2, siap main tipu2 identiti tapi terbagi pulak no.phone rumah yg betul kan. bile orang tu call, ha kau!! takut giler!!haha...

aku anak bongsu, anak last, tak ada adik, aku lah adik. sampaikan bila dah umur menjangkau jubli perak pon orang dok panggil adik lagi.hehehe.. feel young every day but not pampered! aku tak pernah dimanja dan aku tak suka dimanja! aku pelik kenapa anak bongsu selalu dikatakan manja. kenapa ye? sebab dia yang terakhir, jadi mak ayah sayang lebih? kenapa pulak?? yang pertamalah patut disayang lebih sebab dia yang menjadi bukti kasih sayang antara ibu dan ayah selain menjadi bukti cinta sejati kedua ibu bapa. mungkin jugak yang terakhir tu sebab dah tak ada lagi selepas mereka kot. tapi mana boleh macam tu. kesian lah yang kat kedua, ketiga, keempat. semua adik beradik sama je. itu sebab mak ayah aku tak pernah nak amalkan konsep manjakan anak bongsu. aku tiap2 hari kena marah, kerja rumah semua aku buat, tiap hujung minggu balik rumah ada je kerja kena buat.

aku rimas dengan orang yang tak nak ubah pemikiran diorang ni. jangan lah ingat kalau anak last tu mesti manja, lepas tu nak layan kena baik2, lepas tu mesti ingat anak last ni hati kaca, cepat tersentuh lah, cepat merajuk lah..aku rasa sifat macam tu bukan pada anak last je, semua orang ada perasaan. boleh tak kalau dalam perbincangan tu jangan nak libat kan pasal kedudukan dalam adik beradik contohnye "oh, dia anak last, memang macam tu..", " biar lah dia, budak2 lagi, tak matang..", "aku tak boleh masuk lah dengan dia, aku anak sulung, dia anak bongsu, kepala kitorang tak sama"...blablabla...

ermm, k lah..anak bongsu nak masuk tido..

p/s : anak bongsu yang sorang ni sgt pandai berdikari!!hee..
p/s/s : anak bongsu yg sorang ni tak suka merajuk2, tu sebab dia tak reti nak memujuk..=P
p/s/s/s : anak bongsu yang sorang ni lebih suka bersendirian sebab dia suka buat keputusan sendiri.
p/s/s/s/s : anak bongsu yang sorang ni tak suka kongsi masalah dengan orang lain sebab dia TAK MANJA!!

Wednesday, April 6, 2011

Assalamualaikum.. Waktu entry ni aku tulis,dalam bus OTW nk balik N9 dr Langkawi..ada academic trip..tapi hati rasa xsenang..sakit sgt!! Aku terasa hati..sampai rasa nak pekak kan telinga butakan mata,kering kan hati.mulut dah lama membisu..kt luar tingkap dh gelap sgt,segelap perasaan aku sekarang ni..kenapa susah sgt nk luah kan kt org lain. Org lain?? Siapa??? K lah.. Mari berdoa.. Ingat nak cuti dua hari ni, tp keje banyak...jom lah kita berpura2.. Yeay!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...