Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 30, 2010

ahmad hafiy danish!!!

danish dah besar
danish dah 6bulan
danish dah pandai


danish semakin comel
danish semakin best
danish semakin sihat


danish suka ambil gambar
danish suka mandi kolam
danish suka fashion


danish pengubat rindu
danish pengubat duka
danish pengubat segalanya


cepat lah balik kampung danish..nak main-main dengan danish..nak jalan-jalan dengan danish..nak cium-cium danish..hehehehe...

Wednesday, December 29, 2010

hobi baru

wah!!..macam dah lama takde hobi..hee..ermm..melayari internet tu dikire hobi ke obses?? =P

hobi baru saya adalah membaca novel!
iye!novel..novel cinta!!
kan lagi bagus kalau baca al-Quran..InsyaAllah..=)

tetapi!..saya sangat tidak suka untuk mengumpul atau membeli novel. kalau tengok pada previous entry, saya telah membeli satu novel cinta kan, untuk pengetahuan awak, itulah novel pertama yang saya beli sejak saya dewasa ini..hehe..masa remaja dlu pernah beli, tapi tak banyak pon, jarang pulak tu dapat beli sebab belum ada duit lagi masa tu..lagipon, sekarang ni akak saya je yang rajin beli lepas tu kumpul banyak2 buat ape tah..koleksi katanya, tapi saya tak faham kenapa orang suka buat koleksi2 ni..mungkin mereka puas kot!syabas betey!saya belum sampai ke tahap itu..sekadar membaca saja

disebabkan saya suka membaca dan tak suke membeli untuk dijadikan koleksi, makanya nak dijadikan cerita, Allah hendak memudahkan kerja saya, saya telah menemui satu kedai menyewa novel!!iye betul!..novel pon boleh sewa2 tau!..tapi ada beberapa syarat lah

1. kena jadi ahli
sila click untuk tumbesaran kaedah2 menjadi ahli

2. kena ada minat untuk membaca

3. kena ada sedikit duit..hehe

ada duit banyak pon takpe..tapi kalau takde duit langsung, tak boleh lah..baca novel online je lah..takde feel nak baring2 kan,haha..tapi, tak boleh hutang lah..

jadi, for the first time, saya telah meminjam 2 buku..bermakna saya menjadi ahli untuk bayaran sebanyak rm20!..



sebenarnye dua2 novel ni dah pernah baca masa remaja2 dlu..tapi saja nak ulang balik..hehe..novel dlu dah hilang..itu masalahnye, kalau kita beli novel sendiri pastu ada yang nak pinjam2, then hilang, buat muke tak bersalah kan..geram je!
tapi bilenye lah saya nak baca ni..ada masa dua minggu je sebelum tarikh return..hehe..takpe!..dua hari boleh habis kan ni!!

p/s:..kepada mr.F..jangan risau..saya baca novel ni time awak busy je..hehe..

  

Saturday, December 25, 2010

hari natal vs hari menggatal

yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..
hohoho..pepatah bukan main lagi kan..macam apa jer..sebenarnya kecewa tak dapat tengok filem hantu kak limah balik rumah..


bukan lah kecewa sangat macam kalau tak dapat tengok, gaji sebulan tak masukkan!!..kalau macam tu,aku sanggup tunggu depan shopping mall esok paginye..hehe,,


kenapa tak book online awal2??


malas lah..tak tau kenapa..padahal malam sebelum tu online jer..tapi sebab pikir filem ni dah agak lama keluar wayang, maybe ada lagi lah kot seat kan..lagipon tak suka kalau dah booked, nanti tak dapat nak sampai tepat pada waktu..nanti mesti ada je nak buat apa2..


memula nak gi alamanda je, selain dekat, alamanda tak sesak, nak2 hari ni Christmas day kan..tapi tak paham lah, kenapa waktu tayangan cerita tu pagi dengan ptg jer..tak banyak pilihan, tayangan waktu pagi sure dah habiskan sebab sampai alamanda je pon dah nak tengahari..tayangan waktu petang pulak dah selling fast, aku plak baik punya beratur 50meter lagi nak sampai kaunter kan, kang sampai kaunter je dah habis..


terus pergi JJ balakong..malas nak singgah mines sebab tau mesti parking macam *ucking! (aip!!)..geram je bila sampai depan TGV tu, pelik sesangat lah apesal gelap semacam je kan..rupanya TGV blackout!!..memang saje lah kan.!!!


kemudian pergi mid..lagi lah bapak kan!!..tak sempat nak parking, stress!! malas ah macam ni..dah takde mood dah nak tgk kak limah..lantak lah kau limah, nak balik rumah ke apa!ada aku kesah??!..


dah alang2 kat KL, meneruskan perjalanan ke destinasi yang lagi jauh..haha..pergi cinileisure!..puas hati aku!!..parking pon senang..tapi as usual, cite kak limah memang panas macam kak limah tu janda berhias plakkan, padahal hantu je pon!..taknak dah merayau pergi mana, tgk je lah pilihan cerita lain yang ada..last2, tengok 


jack black!!u're so funny!!merry christmas!!(tetibe kan..)

puas hati aku..dapat jugak tengok cerita kelakar.. actually, dah lama kot aku tak tengok wayang..tetiba rasa nak tengok wayang dan nak tengok cerita kelakar, taknak tengok cerita perang2 ke, gadoh2 ke, cinta2 ke..

dan, untuk pertama kali, aku makan............................................................

popeyes!!nyum2..fries dia highly recommended!! =P

untuk mengubat kekecewaan tadi, pergi kedai buku dan beli..........................................

kasyah!!haha..layan dowh!!nanti nak buat entry khas pasal benda alah ni..

okay..dan aku puas hati!!..

p/s:..tadi masuk kedai sony..nampak ni

sony xperia!!!! I WANT!!!!
malam ni nak tido mimpi kan ini~~



Thursday, December 23, 2010

bukit gambang waterpark!!!

21dec2010


masa : 0815 bergerak ke bukit gambang waterpark


tujuan : lawatan sambil berhibur bersama kanak-kanak ribena


sampai!!

laluan ke surga dunia!!

huh!!muka tak boleh bla..kena topup2 plak..

yeehaa!!

makan ice cream!!

lama kot tak makan ice cream roti ni

makan sebelum main!!nanti biar tenggelam!haha..

first game!!gile horror main slide yg ni!!menjerit2 macam nak meninggal!!

dah cukup!!3kali kot naik!nak termuntah!

makan!..tak sedaaap....

yeay!!next game..terusan (macam nama kedai makan plak..=P)

chak!!

makcik comel!!

grrr..sejuk!!

=)

haha..kanak-kanak!!

3rd game!!!yang ni best!!!!

are you ready????!!!!

gedebush!!!!!

rehat2 jap....

jap je lagi..

jap eh.....

last-last....=)

haha..nak buat mcm itik, tapi tak jadi!

lets go to another game!!

yeah!!yg ni, for kids only..huhu..

belasah je..kitorg pon kids jugak..

penat kot...

hah!!sambung balik main game ni!!memang best woo!!!

hahahahaha..tergolek dog aku!

ok2, janji tak main lagi game ni..sakit2 badan tau!!

terusan again!!

ok, terusan ni ada part2 yang best, ada laluan dalam gua, ada laluan wave..wave yang paling syok!!

menunggu ombak!!

lambat lah plak kan ombak ni..boleh plak dia stop2 kan dulu ombak tu...

ok lah..nak balik dah...


perasaan : enjoy giler yow!!

harga : rm21 per entry

penginapan dia mahal giler kot..malas lah nak explain..datang pagi balik petang jer..berbaloi kot rm21 tu...

Friday, December 17, 2010

homestay @ melaka

melaka maju 2010!!!..Yeay!!


walaupun dah nak masuk 2011, tak bermaksud melaka dah tak maju lagi..=)..rasa-rasanya every weekend ramai yang berduyun-duyun pergi melaka. mana taknya, tengok je lah trafik kat melaka setiap sabtu dan ahad juga setiap kali cuti sekolah.PENUH!!..


sebenarnya sangat banyak tarikan yang ada di melaka, selain zoo, zoo dan zoo..hee..


>zoo(zoo lagi..bosan!)
>taman mini negara
>menara taming sari
>river cruise
>shopping malls yang berlambak
>jonker walk
>banda ilir
>wonderland
>mydin BESAAR!!
>JJ BESAAAR!!
>bermacam taman yang ada-taman rama2-taman buaya-taman bunga
>ikan bakar
>dll


dan jika anda datang jauh dari melaka, jangan berangan untuk dapat tempat penginapan sesenang-senangnya. silap hari bulan tidur dalam kereta je lah..huhu..
kebiasaanya time cuti sekolah, hotel-hotel dan homestay semua habis ditempah awal-awal. pada yang ada saudara atau kenalan boleh lah tumpang rumah mereka kan, kalau muka tak malu..tehee..


di sini, terdapat sebuah homestay berkedudukan di NO.109, JLN BKD 4, TAMAN BUKIT KATIL DAMAI, AYER KEROH. lokasi yang sangat strategik. harga yang berpatutan RM150 sehari semalam!!


A = tol ayer keroh
B = taman bukit katil damai
jarak = 7km
masa = -10mnt




kemudahan disediakan
> rumah jenis teres 1 tingkat, corner lot.
> 3 bilik tidur (fully furnished = katil+tilam+bantal+wardrobe)
> dapur (fully furnished = fridge+dapur gas+kettle+pinggan mangkuk)
> 2bilik air (washing machine)
> living room (fully furnished = sofa+tv+decorder astro w/out card)
> meja makan
> iron
> no aircond
> buah-buahan di halaman dibenarkan makan jika ada
> memasak dibenarkan dan bahan-bahan makanan hendaklah dibawa sendiri


master bedroom
master bedroom
bedroom2
iron 
penyidai baju

ruang tamu

ruang makan

dapur

dapur



lokasi
> berdekatan dengan tol ayer keroh (7km)
> berdekatan dengan zoo, taman mini malaysia, taman mini asean (6km)
> berdekatan mydin&MITC (5km)
> banda ilir/ malacca town (10km)
> umbai/ ikan bakar (15km)


syarat-syarat
> ISLAM & WARGANEGARA
HARGA TETAP. Tidak kira weekdays, hujung minggu atau cuti sekolah!
TIADA HAD PENGHUNI. Anda boleh duduk seramai mungkin dengan mengikut keselesaan anda! 
> memerlukan SALINAN I.C sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini
> DEPOSIT 50% diperlukan sebelum memasuki homestay (bankin), dan 50% lagi dibayar semasa pemulangan kunci.
> segala urusan dan sebarang pertanyaan boleh terus hubungi PN.SHARINA dan EN.MOHD RIDZUAN di talian 012-2474001 dan 012-2743270
>tempahan awal adalah digalakkan untuk memudahkan segala urusan! =)


kaedah pembayaran
> deposit 50%  hendaklah dibayar melalui Mesin ATM maybank, Mesin Deposit maybank, Kaunter maybank atau secara Perbankan Online maybank2u ke akaun maybank 112027951277 (SHARINA BT SHARUDDIN). sila simpan bukti pembayaran anda. 


> Penting utk maklumkan kami segera transaksi payment anda ke 012-2474001 dan 012-2743270  atau email: sharina_moh@yahoo.com. Sila maklumkan Nama penuh, asal, jumlah pembayaran, Tarikh checkin dan tarikh checkout kepada kami.


Reservation konsep "First-come, first-served".Sila buat Tempahan Awal.




"Kami bersedia menerima anda sebagai tetamu bila-bila masa anda tiba ke Melaka (24Hours Checkin)"

ENJOY YOUR HOLIDAY AT MALACCA!! 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...