Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 4, 2011

milo ais

.....................................lalu dia menjemput ku di kolej. Jam menunjukkan ke angka 8. Perut ku semakin rancak mendendangkan lagu irama asli tahun bila entah. Aku tak pasti, yang pasti aku sangat lapar ketika ini. Sejak pagi aku tidak mengambil apa-apa makanan kerana sibuk membuat projek final ku. Aku tidak mahu fail!............................

........................................."banyak kerja tadi kat office, boss pulak nak drawing tu esok, kena siapkan jugak hari ni, sorry lambat" katanya sambil menghadiahkan senyuman manis untuk ku. Segera ku capai helmet ditangannya dan kami segera menuju ke kedai makanan berdekatan stesen komuter itu. Tak tahu kenapa kedai itu yang kami tuju. padahal berlambak kedai makan yang lagi sedap berdekatan kawasan kampus ku, namun bak kata orang, sekali dah masuk, mesti nak lagi. haha..Itu lah dia...............................

...........................................terus dia memanggil kakak yang bekerja di kedai itu, "nak makan apa?", dia bertanyakan aku. "ermmmm..nasi goreng kampung je lah, dengan sup kosong". "okay kak, bagi satu nasi goreng kampung dengan sup kosong, lepas tu air milo ais". hee... Aku ketawa kecil. Tau benar dia dengan air kegemaran ku itu. "Kenapa awak tak makan?" "saya dah makan petang tadi dengan officemate". "oo..."..................................

dan, kenangan itu berlalu pergi...rindunyer...




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...