Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, February 4, 2011

nak tau macam mana perangai lelaki bila dia dah tak suka kat perempuan?

Haai...
Petang tadi pergi minum petang kat secret recipe dengan mr.F..(Wah, kau!minum petang sampai ke secret recipe).. Hee..Dah dia ajak, dia pulak nak belanja dan musuh jangan di cari..=P Tapi dia lain macam lah sekarang. Dah hampir seminggu aku perasan dia ni macam pelik je. Dan hampir seminggu jugak, setiap kali jumpa, aku asyik membebel kata dia sombong, sampai dia dah naik fed up dengar aku cakap macam tu.Hahaha..Betul lah, aku yang perasan dia lain macam, aku tegur lah. Tak best lah kalau keluar, aku je yang macam pokpekpokpek..Dia diam je dengar. Aku cakap lah dia sombong.

Ermmm..Kalau lelaki asyik diam je bila keluar dengan perempuan, apa maksud dia ek???Takut aku nak cakap apa yang aku rasa sekarang ni. Korang yang baca pon mesti pikir benda tu kan. Tapi aku berserah pada jodoh je lah. Kalau ada jodoh tak ke mana.

Ada beberapa orang kawan aku cakap, firasat aku selalu salah, tapi ada jugak yang kata, apa yang aku rasa, selalu betul. Ahh! tak kisah lah..Nama pon firasat, instinct je pon!..Kadang2 betul, kadang2 salah. Tapi kalau pasal dia ni, firasat aku boleh kata 90% selalu betul. Cuma dia je yang selalu nafi kan.

okay, jom kita tengok beberapa perkara yang menunjukkan bahawa lelaki itu sudah berubah hati, ini melalui pengamatan aku lah. kalau ada yang korang tak puas hati, korang buat lah pengamatan sendiri..

1. lelaki yang sudah berubah hati dengan pasangannya akan mula menunjukkan sikapnya yang anda tidak pernah lihat sebelum ini. cuba perhatikan pasangan anda betul2 ye..anda sekarang dalam zone pemerhatian. sama macam polis yang dok kat tepi jalan untuk saman mereka yang bawa laju. okay, takde kena mengena. jadi, kalau pasangan anda mula menunjukkan sikap2 pelik seperti kalau anda melawak, dia tak gelak langsung!padahal sebelum2 ni, kalau anda tak buat lawak pun dia tetap akan undi anda dengan menaip RL dan hantar ke 32999,maka dengan itu anda selalu lah kena mengawasinya, menanyakannya, dan sekali sekala pasang lah spy. bukan apa, kalau betul2 pasangan kita dah tak nak dengan kita, biar lah kita tau sebab apa kan. jangan putus macam tu je. sedih tau...nasib baik belum kahwin lagi..hehe..

2. bila anda dan pasangan anda keluar bersama, cuba lihat berapa lama anda berdua menghabiskan masa bersama. adakah, bila sudah selesai urusan anda, terus balik atau sebaliknya. jika terus balik, bermakna mesti ada something wrong! adakah pasangan anda sudah bosan untuk menghabiskan masanya dengan anda? adakah pasangan anda bosan bila bersama dengan anda? adakah anda membosankan? baik anda perhatikan diri anda dahulu. jika diri anda merasa tiada yang salah atau tiada yang tak kena pada diri anda, mesti pada diri pasangan anda lah tu. mungkin, dia nak balik cepat sebab.....ermm, malas nak cakap, sila berhati2 ye, seperti biasa, pasang lah spy! entah2 bila dah balik dia keluar dengan perempuan lain pulak kan!..aiyok!!

3. selalunya setiap hari anda dan pasangan akan berbalas2 SMS. kadang2 tu SMS tanya "buat apa tu?" sampai 5 kali pun dia tak kisah. tapi, bila pasangan anda sudah berubah hati, nak type "hai" pon dia malas. maka terjadilah insiden anda dok tengok je handphone sampai tertidur. kebiasaannya, lelaki yang menganggap perempuan tu hanya kawan sahaja, dia tidak akan sepantas kilat untuk membalas message dari perempuan tersebut, dia akan mengambil masa untuk reply. jadi, jika anda tertunggu tunggu pasangan anda membalas message anda, lupa kan sahaja lah. baik anda terjah je rumah dia atau buat panggilan hangit dengan menggunakan nombor lain.haha..

4. pasangan yang sudah berubah hati tidak akan sanggup untuk membuat aktiviti yang sama seperti sebelum hatinya berubah. paham?! ayat BM je pon aku guna tu. okay, katakan macam ni, sebelum hati pasangan anda berubah, anda berdua selalu berwebcam, si dia selalu mengacau anda ketika bekerja dengan membuat panggilan kecemasan, si dia akan bertanyakan pendapat anda dalam apa sahaja perkara. Namun kini, pasangan anda sudah tidak sanggup atau tidak mahu lagi berbuat demikian. tiba2 sahaja, pasangan anda sudah pakai blackberry, bila masa dia beli anda tak tau. bila anda mengajak untuk berwebcam, bermacam2 alasan diberikan, webcam rosak lah, laptop takde camera lah, blablabla..jika begini, anda bersiap sedia lah untuk cari orang lain atau pasrah dengan apa yg bakal terjadi..

5. jika anda pula yang bertanyakan pendapat kepadanya, si dia akan memberikan pendapat yang mana anda rasa budak tadika punye pendapat lagi boleh digunapakai. 

okay, lima cukup lah. kelima-lima di atas menunjukkan yang pasangan anda sudah berubah hati dengan anda. tetapi masih di tahap boleh diselamatkan jika anda rasa anda mahu menyelamatkannya. kelima-lima di atas hanya menunjukkan yang pasangan anda sudah berubah hati di peringkat awal sahaja. sama ada dia mahu meneruskan hubungan dengan anda atau tidak. mungkin juga pasangan anda sudah ada pilihan lain, tapi dia tidak tahu mana yang mahu dipilih. tidak semestinya si dia mempunyai pilihan dalam memilih pasangan, namun pilihan dalam memilih masa depan juga. 
jadi, kepada pasangan yang bercinta di luar sana yang noticed bahawa pasangan mereka mempunyai antara lima unsur2 seperti di atas, berhati2 lah supaya anda tidak merana.
haha..peace!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...