Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, November 11, 2011

PERSOALANNYA????

boleh ke kita berdoa atau memohon atau mengadu pada Allah di facebook atau twiter atau sebagainya??

perkara ni dah lama bermain2 dalam fikiran aku. ok, aku bukan nak kata SALAH berdoa atau memohon pada Allah di FB, cuma aku tertanya2, perkara itu jadi ikhlas ke x bile semua orang boleh baca apa yg kita mohon pada Allah, sepertinya macam nak menunjuk2 pulak yg kita tak lupa pada Yang Maha Pencipta. pada aku, kalau kita di dalam kesusahan atau ingin kan sesuatu, pohonlah pada Allah dalam cara yang terbaik, yang mulia. sama jugak macam kita nak pinjam barang orang ke nak pinjam duit ke, xkan nak mintak melalui fb kan.. xmalu ke??? kalau dengan manusia cepat je kita malu kan, kalau dengan Tuhan, mmm.....

antara cara terbaik, cara yang mulia untuk memohon, mengadu, berdoa pada Allah adalah dengan bersembahyang, memujiNya, mengingatiNya. solat malam, solat hajat, solat taubat, solat istikharah dan sebagainya adalah jalan terbaik untuk melakukannya. Allah maha mengetahui, maha pengasih, maha penyayang..Dia mengetahui setiap apa yang HambaNya inginkan. yang penting, kita ikhlas dalam setiap perkara, dan kita lakukan segalanya kerana Allah S.W.T...tak perlu menunjuk-nunjuk..tak perlu beritahu semua orang..

والله اعلم بالصواب

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...