Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 22, 2011

the poem

Aku dah cakap, engkau tak dengar,
Hidup, bukan engkau membuat hukum,
Bukan mengarang teori, menolak ketentuan Ilahi,
memotivasi diri dengan gaya hidup yahudi,
Bukan juga cara Kristian atau Majusi,

Alquran adakah, bagimu cuma hiasan, 
yang kau baca dan kau simpan,
Hanya ilmu yang tidak diamalkan,
amalan adakah, sekadar kebanggan diri,
bukannya ikhlas mencari redha Illahi,

Diamnya aku bukannya tunggul,
Berdiri depan mata bukannya bacul,
Sekiranya aku pergi inilah wasiat,
Untuk kau renungi dengan mata hati,
Bukan dengan ego yang melangit tinggi,

Jujurkah engkau dengan diri sendiri,
Bahagiakah dengan ukuran cermin diri,
Sukakah dengan cakapan orang,
Sedangkan kau tetap begitu,
Dengan keras degilnya hatimu,

Adakah telah mati, rasa untuk berubah,
Hanya kerana hati yang merasa diri lebih baik,
Hanya kerana hati yang tidak menyelami jiwa lainnya,
Ataukah telah tertutup dari tanggapan,
Yang insan lain juga punya peranan.

Satu hari nanti bila kau pasti tersedar,
Apakah nilai, jika ianya terlalu lambat,
Sukar untuk bertaubat, atau hanya bergantung,
Pada sakarat.

Kau, aku dan dunia yang membentukmu,
Yang membentuk masa silammu,
Adakah ia penyesalan yang harus kau luahkan sekarang?
Dengan menghukum situasi dan watak sekelilingmu?
Cukuplah melakar dendam, kembalilah.

Kau, aku dan seluruh Ke Islaman,
Ini bukan sekadar hubungan Kau dengan Tuhan,
Tapi persoalan antara insan,
Kau jalankan pernanan, aku jalankan peranan,
Tanya kembali erti keimanan dan hubungan.

Shermannsixk 12.11
‘ Sixk of this life’



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...