ada orang senang je nak ke sana ke sini..
ada orang senang jer nak dapat itu ini..
ada orang senang jer dapat jodoh..
ada orang murah jer rezeki..
ada orang beruntung jadi cantik..
ada orang beruntung jadi kurus..
ada orang beruntung jadi kaya..
ada orang susah sangat nak dapat apa-apa..
ada orang susah sangat nak pergi mana-mana..
ada orang masih belum ada jodoh..
ada orang susah dapat rezeki..
ada orang tak berapa nak cantik..
ada orang tak berapa nak kurus..
ada orang tak berapa nak kaya..
sebagai manusia, kita ada banyak kekurangan. terutama kekurangan dari segi penerimaan atau cara pemikiran kita sendiri. kita selalu salahkan diri sendiri kenapa kita tak sama dengan orang lain. kita asyik rendahkan diri sendiri sebab tak setanding dengan orang lain. kita selalu sisihkan diri sebab tak sehebat orang lain.
bersyukur dengan apa yang kita ada. hidup jangan tamak, kita mana boleh dapat semua, sebab semua tu bukan kita punya. kalau Dia nak bagi kita itu sahaja, itu sahajalah milik kita. yang lain tu hak orang lain pulak. orang lain tu pulak mungkin tak dapat benda lain yang dia nak. sifat manusia memang tak pernah puas. (nak cakap tak bersyukur, macam melampau pulakkan).. kalau kita tahu bagaimana untuk bersyukur, insyaallah kita akan rasa hidup kita sempurna. kita takkan tau apa jadi pada kita kalau kita terlampau kaya, mungkin lupa diri. kalau kita terlampau pandai, mungkin gila. kalau kita terlampau cantik, mungkin seksa! hiduplah secara sederhana.
No comments:
Post a Comment