assalamualaikum..
hai all brides to be sekalian..amacam persiapan majlis kahwin? 40%? 60%? 80%? 100%????
siapa yg dah 100% tu, boleh dah kahwin esok..kihkih..
eh, siapa kata aku nak cerita pasal wedding preparation?? tak! tak!..aku tak akan cerita, tak akan! bukan sebab nak bagi surprise, budget artis murahan nak sorok cerita, buat org tertunggu-tunggu cerita aku. tidak! bukan itu sebabnya aku tak bercerita. sebabnya aku tak berapa nak berminat bercerita pasal hal ni. bukan juga bermakna aku menyampah atau muak dengan cerita2 brides to be ni.. pokok dek kau (up to u) lah nak buat cerita dari A-Z ke, 1-10 ke pasal perkahwinan mereka, aku tak kisah pon. dan aku pon bukan lah dari ciri2 org yang suka blog walking blog2 b2b ni.. sikit2 tu boleh lah, bila nak cari idea. sebab bagi aku, cerita diorang, most of them sama jer...sorang cerita pasal goodies bag, berlambak nnti cerita pasal tu, beli kat sini lah, sana lah, promote kedai ni lah, tu lah..
cerita pulak pasal color tema, macam2 color keluar! yg tak pernah dengar pon ada, the end, color tu jugak yg terpalit masa kenduri!hehe..
bukan lah bermaksud aku tak nak mengabadikan hari bersejarah aku. eh, chop! mengabadikan??? nak abadikan kat mane?hehehe.. bukan jugak bermakna aku taknak berkongsi dgn kawan2 pasal hari bersejarah aku..aku berkongsi jugak, tapi dengan cara sendiri..aku tanya pendapat diorang direct face to face lg tau!
actually, for me perkahwinan memang sekali dalam seumur hidup. but the most important thing is the life after married, the marrieage life. susah sangat nak cari atau baca kisah2 kehidupan berkahwin. apa yang patut si isteri lakukan, apa yang patut diamalkan, bagaimana nak menjaga keharmonian berumahtangga, bagaimana nak mengeratkan hubungan suami isteri. sumpah!!susah nak jumpa.
bagi aku, aku lebih gemar buat research hal2 macam ni, berkongsi cerita pengalaman2 dengan kawan2 yg dah berkahwin. lebih bermanfaat. kalau nak berkongsi tentang persiapan perkahwinan, type je (brides to be) ha, mencanak2 keluar..senang dah skrg kan. mungkin selepas berkahwin baru aku akan bercerita tentang majlis perkahwinan, itu pon kalau ada yang nak tau lah..kahkah!
so then, pada mereka yang tengah bersemangat membuat persiapan perkahwinan (ramaaaaaii sangat kawan2 aku kahwin tahun ni, kawan sekolah rendah, sekolah menengah, matrik, u, ramai!) teruskan usaha anda. pada yang telah berkahwin tahun lepas, semoga berbahagia dan berkongsilah cerita rumahtangga anda yang baik2 yang manis2 dengan kami2 ni..hehe.. janganlah senyap jer.. ;-p
PADANG is AWESOME!!!
No comments:
Post a Comment