Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, November 28, 2013

8 Bulan


assalamualaikum...
Saya Muhammad Falahudeen.
Saya 8 bulan lebih.
Dah besar kan?
Cepat betul masa. 
Rasa macam baru je keluar dari perut ibu.
ngee...

Apa ye nak cerita???
So far, kalau ibu dengan ayah kerja, saya tinggal dengan atok dan nenek saya.
Cukup makan pakai. haha..
Oh, ye! saya dah mula makan sejak 6bulan yang lepas. 
Ibu excited beli food processor untuk saya.
Demi menjaga hati ibu, saya pun makan je semua yang ibu buat untuk saya.
haha..
Sebab tu saya jadi debab macam ni!
haha..
Tak ada lah debab mana pon saya ni.
Ibu masih larat dukung saya sebelah tangan.

okay lah. Jumpa lagi..
wassalaamm..

Tuesday, April 23, 2013

Muhammad Falahudeen

8mac2013 (jumaat)

Suami aku outstation ke Kemaman. Mungkin seminggu, mungkin beberapa hari, mungkin lamaaa... So, malam ni aku tidur sorang (padahal mak dengan ayah ada je =P). Petang atau malam (banyak urat dah putus=lupa =P), masa aku nak mandi nampak macam ada "keluar tanda" (lendir darah). Tapi aku bertenang. sebab banyak baca dan kawan2 cerita, kalau dah ada "keluar tanda" tu, jangan panik, mungkin beberapa hari lagi, mungkin beberapa jam lagi. Tanda-tanda sakit lain belum ada. Cuma perut asyik menegang je. Kaki bengkak jangan cakap lah. dari minggu ke 36 dah bengkak dah. hehe.. Sakit kat tulang pelviks pon lama dah rasa. so, aku cuma tunggu tanda-tanda besar je seperti lendir darah, contraction atau keluar air ketuban. so, lendir darah dah keluar, aku hanya bersedia je lah. anytime ni. Lagipun dah nak masuk minggu ke 39 dah pon.

9mac2013 (sabtu)

Hari ni rasa xsedap badan jer. Pinggang asyik sakit. Tapi danish ada kat rumah, so ignored je rasa sakit tu. Main-main dengan danish hilang lah rasa sakit. He.. Setiap kali pergi toilet mesti lendir darah tu ada. Tapi xbanyak. Petang tu, danish dengan jaja main-main kat luar rumah dengan budak-budak lain. Entah macam mana, ada budak tertolak danish, jatuh atas batu, kepala dia berdarah. Terus bawak pergi klinik. Aku yang hantar. Dengan sarat-saratnye aku drive, shila pegang danish. Dah ok semua, malam baru balik rumah. Malam tu aku tido dengan danish. Punya lasak budak tu! Berpusing-pusing dia tido. Entah lah.. Malam tu aku tak boleh tido sangat. Perut xselesa. Risau danish sepak perut pon ye jugak..

10mac2013 (ahad)

Hari ni shila dengan danish balik kuantan, naik bus. Mak dengan ayah hantar kat pudu. Memula shila suruh aku hantar, tapi mak xbagi. Risau aku sarat2 ni ha drive kat KL tu. Jadinya, semalam adalah hari last aku drive kereta. Haha.. Hari ni rasa sakit makin kerap. Pagi tu rasanya sejam atau setengah jam sekali mesti sakit. Sakit dia macam sakit pinggang yang xboleh tahan. Macam senggugut pon ye. Tapi tak lama. Contraction ke ni? Search2 kat internet nak tau contraction tu macam mana. risau pon ye. Yelah suami takde kat sisi kan. Petang tu utk melegakan rasa sakit, aku ajak angah keluar. Actually, angah yang ajak aku keluar dulu. Pegi Nilai, dia nak beli barang. Tapi lepas dah beli barang dia, aku pulak yang ajak dia pegi Giant nilai. Haha.. Sempat lah aku beli baju baby lagi beberapa pasang. Pastu pergi Tesco beli big apple lah, beli ice cream lah, macam-macam lah lagi. Tapi big apple xsempat makan. Huu.. Dalam masa sakit-sakit tu tahan jugak. Orang kata kalau nak mudahkan bersalin kena rajin berjalan. Tapi aku tak drive pon hari tu. Angah yang drive sebab aku kata perut xselesa, kejap-kejap sakit. Angah kata entah-entah dah dekat. Huu..takuuutt.... Sampai rumah, rasa sakit tu makin kerap. Setiap 15minit sekali. Aku BBM dengan kawan aku, Ruff, tanya dia sakit contraction tu macam mana? Dia suruh aku pantau rasa sakit tu consistant x? dan dia akan makin kerap, makin kerap, makin kerap. Risaunyer.... Malam, aku masuk tido awal, angah pon dah balik Putrajaya, tinggal aku, ayah dengan mak je dekat rumah. Rasa sakit makin kerap dan consistant. Takutnye nak akui itu sakit contraction. Rasa sakit tu memang tak boleh nak digambarkan. Macam sakit pinggang, tak boleh nak bergerak. Tapi dia sekejap je. Dalam beberapa saat pastu hilang. BBM dengan suami. Tanya bila dia balik. Dia kata mungkin Selasa. Adoi!!! Lambatnyer.. Aku bagitau dia yang aku dah rasa sakit dan lendir darah dah makin banyak keluar. Dia dah risau. Malam tu sempat sembahyang Isya' lagi. Lepas sembahyang tengok darah makin banyak, siap tukar seluar dalam lagi. Fuh! Malam tu memang tak tido. Sekejap2 BBM dengan suami, sekejap2 rasa sakit.. Sampai pukul 5 pagi, aku pantau rasa sakit tu setiap 7minit. Sah! ni memang contraction dan dari apa yang aku baca, kalau dah 7minit sekali contraction, memang kene pergi hospital. Nasib baik mak dengan ayah dah bangun pukul 5 tu. Kalau ikutkan suami, pukul 3pagi tu dia dah suruh aku kejut kan mak dengan ayah pergi hospital. Tapi aku taknak. Sebab takut nanti pergi hospital, kalau jalan tak bukak lagi doc suruh balik pulak. Siap kene marah dengan suami sebab degil. Hehe.. Tapi dah pukul 5 tu memang tak tahan. Bagi tau mak nak pergi hospital. Suami pulak kata lepas Subuh dia gerak balik. So, sementara tunggu mak ayah siap-siap mandi pagi, solat Subuh semua, aku pun bersiap masukkan barang dalam kereta, actually barang memang dah ada dalam kereta, tapi kereta aku pulak minyak dah berkelip! ni satu lagi tips ye, kalau dah nak bersalin tu, make sure minyak kereta always ada. So, aku pindahkan barang dari kereta aku masukkan ke kereta ayah. Dengan sakit-sakit contraction tu aku buat kerja perlahan-perlahan jer. Haha.. Kelakar pon ada. Nak bawak barang ke kereta sebelah pon kejap-kejap berhenti. Haha.. Tukar baju siap-siap, xmandi sebab xlarat nak mandi. 6.30am gerak gi hospital Serdang. Nasib baik jalan x jem lagi pagi tu. Cuma kereta dah makin banyak jer. dalam kereta, fuh! hazab menanggung sakit. Sabaarr..

11mac2013 (isnin)

Pukul 7pagi sampai hospital Serdang, terus pergi bahagian bersalin. Alhamdulillah xramai orang tengah daftar masa tu. Ada sorang jer. So, xlama masa aku menunggu. Siap daftar dia panggil masuk untuk checkup. Masa daftar just bagi buku merah dengan GL dari office. Isi satu borang je, nasib baik xleceh. Masa checkup dia pasang alat untuk dengar jantung baby, apetah nama alat tu. Alhamdulillah baby ok. Lepas tu saat yang mendebarkan bila first time nak kena buat check bukaan. Ini paling takut! Tak yah cerita lah. Haha.. Doc bagitau bukaan baru 2cm. Pergh!! Sakit dia macam dah bukak besar. Dah sudah, doc suruh tunggu kat luar sekejap, nanti dia panggil balik. Aku keluar je, tengok orang makin ramai. Mak dengan ayah setia menunggu kat luar. Ayah ada beli sarapan, nasi goreng dengan air teh. Tapi aku tak lalu nak jamah, Sakit sangat!!! Tapi, tempat menunggu kat hospital Serdang tu adalah sangat tidak selesa. Bagi orang yang sakit macam aku lah. Sebab just kerusi je.. Huhu.. Dah lah bercampur dengan orang luar, so semua pon nampak lah keadaan aku yang menahan sakit tu.. Huhu..sempat lah message angah, akak ipar bagitau condition aku masa tu. Suami masih dalam perjalanan. Lepas tu, doc panggil masuk balik. Dia scan baby, semua ok, tapi keadaan aku je yang tak ok sebab contraction dah makin kerap setiap 5minit! so, doc suruh admitted ward. Kalau ikutkan, jalan baru bukak 2cm tak perlu masuk wad lagi, tapi contraction aku dah kerap dan alhamdulillah ada katil kosong even kelas 2, aku terus ditolak masuk wad. Tangan aku dicucuk, dan diikat dengan gelang yang bertarikh hari tersebut beserta nama aku. Nurse bagi aku baju pink, kain pink. Adoi! Kenapa kain ni jenis kain lepas. Macam kain batik tu. Sumpah, aku tak reti pakai. Haha.. Nasib baik kat tudung aku ada pin lebih, hahahaha... hah, satu lagi yang tak bestnye hospital Serdang ni, nak menunggu nurse hantar pergi ward tu bukan main lama. Entah apa yang diorang tunggu2 xtau lah.. Pukul 11 baru diorang hantar aku masuk wad. Kesian mak dengan ayah kene tunggu lama, tapi mak dengan ayah tak boleh pulak ikut masuk wad sebab bukan waktu melawat. So terpaksa lah mak dengan ayah tunggu kat lobi. Then, diorang hantar aku masuk wad dengan BERJALAN KAKI SAHAJA! hazab ceq tau. Dengan sakit2nyer.. Kalau dekat xpe.. Siap kene naik lift tingkat 5 tau!. Sampai wad terus naik katil, tido! Tak menyempat nak berkenalan dengan orang katil lain dalam wad tu. Ada 4katil dalam wad tu. BBM suami bagitau dah masuk wad, dia pon dah sampai tapi dia pon xboleh masuk wad jugak. So aku berehat lah dulu. Waktu melawat sampai, baru lah dapat jumpa suami. Makanan tengahari pon sampai, tapi aku still xlalu nak makan. Sakit sangat. Minum je. Nasib baik ada bawak kurma, suami paksa at least makan kurma. Nanti takut takde tenaga nak bersalin. Air teh ayah beli tu sempat minum sikit. Habis waktu melawat mak dengan ayah balik rumah jap nak rehat. Suami tunggu kat luar. Tido kot dia kat lobi tu. Hee.. Time sorang-sorang dalam wad tu, kejap-kejap sakit datang, tapi makin lama makin serasi dengan sakit tu, so dah tau apa nak buat kalau sakit. Pegang besi katil kuat2,.. hehe.. Akak katil depan tu tengok je aku.. Dia pon boleh buat apa kan. Hehe.. Waktu melawat petang pukul 430 suami terus naik, dia teman aku. Masa tu mak dengan ayah tak sampai lagi. Aku mintak tolong dia urutkan badan time sakit tu datang. Baru lega sikit. Borak2 dengan suami, lega sikit... Kesian suami, penat2 balik dari Kemaman, tak tido semalaman. Hee... pukul 530, aku rasa sakit sangat!! Panggil doc. Dia check bukaan lagi. Eee!!takut. Dah bukak 4cm. Memang kena tolak labour room dah. Huhu takuuuttt... Mak dengan ayah pon ngam2 sampai. Suami pulak gi solat masa tu, tunggu suami sampai, doc cucuk ubat apa tah bagi buang air. Doc suruh bukak semua baju and seluar dalam. Hahahaha... then naik atas stretcher, kene tolak masuk LR. Mintak ampun mintak maaf kat ayah dengan mak, mak suruh baca doa dan selawat banyak2. Nasib baik suami dapat ikut. Sampai LR rupanya LR dia bilik sorang2, lega... Ingatkan LR ni open or just pasang langsir jer..hee.. Pukul 6.45 doc dtg pecahkan air ketuban. Xrasa apa pon mase tu, tau2 perut dah ringan, suami kata kaki dah tak bengkak, dah nampak buku lali. Haha.. Then, doc check bukaan lagi. Kali ketiga! fuh.. Aik, doc kata berkurang pulak bukaan aku. Boleh pulak dia bukak tutup bukak tutup ye.. Haha.. Doc pasang alat dengar jantung baby. Alhamdulillah, baby ok. Tapi bukaan aku lambat sangat bukak. Pukul 8 malam, kitorang siap kene tukar LR sebab LR yang kitorang duduk tu ada orang lain nak masuk. Tak paham aku. Kenapa xsuruh orang lain tu masuk LR lain je.. Lepas air ketuban keluar, rasa sakit lagi teruk! doc soh sedut gas ape tah untuk kurang kan rasa sakit. Tapi jangan banyak sangat hidu sebab gas tu melalaikan. Tapi mungkin aku dah ter over dose agaknya. So, memang lalok lah. Asyik tido jer. Haha.. Suami message dengan akak aku bagitau aku tengah tido. Akak aku tak bagi tido sebab nanti bukaan lagi lambat bukak and dia xbagi aku sedut gas tu lagi. Ok! haha... Tapi serius! Memang lalok! Tapi rasa sakit tu memang xhilang lah kan. Suami jalan-jalan kat luar LR tu saja nak tengok-tengok, dia nampak kat white board tu, doc yang incharge aku lelaki! Adoi.. Suami cakap dengan nurse nak mintak doc perempuan, nasib baik boleh..hehe..

12mac2013 (selasa)

12 pagi, aku dah rasa sakit sangat! Punya lama aku duduk dalam LR tu, siap nurse yang datang pantau aku kata, orang lain ramai dah selamat.. Huhu.. Aku gelak je lah.. Memang pon, dari pukul 6 ptg tu aku duduk dlm LR asyik dengar baby nangis je. Itu tanda ada orang dah berjaya bersalin. Siap dengar orang jerit2 lah, nurse suruh push lah.. Fuh! Tertekan pon ada, sebab berdebar nak tunggu turn sendiri kan. Doc datang lagi check bukaan, baru 7 atau 8 cm.. Huhu.. Lambatnya. Tapi nasib baik nurse atau doc tak kata suruh operate sebab dah lama sangat kan. Maybe sebab jantung baby ok lagi. Bagus lah baby ni. Suka duduk dalam perut ibu lama-lama eh? heee... Pukul 230 aku dah tak tahan sangat, nurse pon ada kata, kalau dah rasa macam nak terberak sangat panggil dia. Actually setiap kali contraction datang memang rasa nak berak pon. Haha.. Setiap kali tu jugak, mintak tolong suami panggil doc, tapi tiap kali tu jugak doc kata, belum masa lagi. Sampai suami pun malu nak panggil doc dah.. Hehe.. Air pun doc dah cucuk kat tangan nak bagi tenaga masa bersalin nanti, dah 2 ke 3 botol kot air masuk. Last doc induce tapi bukan lah induce yang cucuk untuk paksa bersalin tu. Just masukkan air jugak cuma air apa entah, untuk cepatkan bukaan and dia akan buat rasa sakit bertambah kuat.. Huhu.. Tahan.. Sabar.. And yang bestnye, setiap LR ada dipasang ayat-ayat al Quran, bilik aku dipasang Yassin.. Then, pukul 230 tu, doc masuk check bukaan dah 10cm!! Wah.. Takutnyer.. Doc suruh nurse panggil suami kat luar. Owh, masa doc check bukaan tu, suami memang kene tunggu luar. Suami masuk dan senyum dan bermula lah saat yang mendebarkan. Dalam 20minit jugak aku push. Ingat setiap tips yang aku baca dan kawan2 bagi, jangan angkat punggung, jangan jerit, baca doa 'laillahaillaantasubhanakainnikuntumminadzalimiiiinnn'. Tapi terjerit jugak. Haha.. Nurse pun ingatkan banyak kali jangan angkat punggung, ok, yang tu memang aku patuh sebab takut koyak besar. Suami sentiasa disisi bagi kata-kata semangat, dia tolong tolak badan aku tiap kali nak push. Tepat 3.04 pagi, lahir lah seorang lagi ummat Muhammad S.A.W.. Alhamdulillah.. Suami tengok masa baby keluar tu, dia kata baby putih je macam jelly, bila kena angin terus terbentuk macam normal. Suami kata, nurse tepuk sikit bontot baby dan nangis.. Masa first time dengar baby nangis tu, terus aku pon menangis dan ucap syukur Alhamdulillah tak henti-henti. Sayu sangat masa tu. Tengok suami masa tu menghadap tingkap. Mungkin nangis jugak. Hehe.. Terus doc letak baby atas badan aku, dengan lekit-lekit, putih-putih air ketuban mungkin, Bestnyer!!!!!!!!!!!!!!!! Baru aku perasan, rupanya doc lelaki yang sambut kelahiran aku. Diorang kata dah pagi, doc xramai yang standby. Redha jer.. Yang penting suami ada di sisi. Tapi yang betul-betul sambut sebenarnye nurse. Doc tu just pantau jer.. Then, nurse bawak gi bersihkan baby, suami pun keluar jap sebab nurse nak jahit aku. Dah selesai semua, suami datang bawak baby. Suami azankan dan iqamatkan. =) then, nurse suruh try breastfeed baby untuk biasakan baby dengan punting ibu. Alhamdulillah baby pandai...hehe.. lepas dah selesai, tetiba aku rasa darah banyak sangat keluar. Punya lah takut sebab ingat tumpah darah ke apa. Cepat2 panggil doc, rupanya jahit tak habis. What!!!! Jahit kali kedua adalah lagi sakit ok! Jahit pertama tadi xrase sangat sebab dibius, aku siap borak2 dengan nurse tu time jahit. Tapi kali kedua ni, dia xbius dan rasa setiap kali jarum dicucuk dan benang dijahit. Bayangkan! Menjerit2 aku time tu. Dan bagi aku, itu kecuaian yang tak sepatutnya!

Dari pukul 3 sampai pukul 8pagi, baru aku ditolak masuk wad semula. Punya lah lama nak tunggu. Alasan diorang pekerja xde lah, stretcher xde lah. Huh! Sabaarr.. Dok je lah dalam LR tu, suami pun terpaksa solat dalam LR tu jugak sbb surau kat level tu boleh pulak tutup. Yang tak bestnya hospital Serdang ni, adalah prosedur selepas bersalin. Aku sangat tak puas hati. Aku list kan ye..

1. Baby tidak dimandikan. Just bersihkan je. Darah pon still ada kat rambut baby. Alasan diorang itu arahan pengarah. huh!

2. Keadaan ibu tidak diambil berat. Tak ingatkan pun untuk mandi wiladah selepas bersalin. Memang lah semua orang tau hal itu. Tapi sesetengah hospital siap wajibkan ibu mandi sebelum keluar hospital. Air panas kat toilet tak berfungsi. Nak mandi macam mane? Nasib baik aku dapat discharge hari tu jugak, aku mandi kat rumah je lah. Bayangkan berapa lama aku tak mandi dari hari Ahad. Haha..

3. Kerusi tolak tidak disediakan di dalam LR, masa menunggu dalam LR tu, aku terasa nak buang air, tapi dalam keadaan baru lepas bersalin, dengan sakit-sakit, darah-darah, mana larat nak jalan kan. Nurse just cakap, toilet sebelah tu je. Ya Allah, ampunkan dosa ku... Memang lah toilet sebelah katil aku, tapi aku tak larat nak jalan lah nurse oi! Nasib baik suami ada. Suami yang tolong. Darah pon bersihkan sendiri. Huhu..

4. Pad yang diberi adalah pad pada zaman dahuluuuuu... Uwaaa!!! Ape ni??? Xselesa ok. Hospital kau, hospital boleh dikatakan baru. Kenapa pad lama yg kau beri? Aku memang tak sabar-sabar nak masuk wad, nak tukar pad sendiri. Memang aku nak bawak pad masa nak masuk LR tu, tapi nurse tak bagi, dia soh bawak pampers baby SAHAJA!..huh..

5. Dan hal2 kecik lain yang malas nak ungkit lah..

Waktu melawat tengahari, baru dapat jumpa family, mak ayah, mak mertua, angah, a.wan, abang, akak ipar. Suami amik kesempatan time ni balik untuk rest jap. Dia akan datang petang untuk bawak aku balik. Petang tu, sebelum balik Pink kawan aku datang, kawan suami pun datang. Seronoknye rase bersalin.. Hehe.. prosedur nak keluar tak leceh sangat tapi yang lecehnya tak diberitahu. Kene bertanya pulak. Memang betul2 hospital Serdang ni mengamalkan prinsip malu bertanya sesat jalan. So, aku pon bertanya lah. Sebelum keluar, kene check baby dulu, semua ok ke x, cucuk BCG, ambil surat kelahiran, ambil ubat pusat, check BP ibu, check jahitan ibu, last diseluk! Haha.. Ambil vitamin untuk ibu, setelkan bayaran. Oh, aku kerja kerajaan, so free. Then, pukul 8mlm selamat sampai rumah. Alhamdulillah.... Malam pertama baby dah beri salam perkenalan. Dia tak nak tido malam! Mengamuk.. Haha.. Aku syak dia lapar, sebab susu badan tak banyakkan. Kesian baby..

13mac2013 (rabu)

to be continue..haha.. macam lah ada masa kan.. tengok lah..

Thursday, March 7, 2013

360 degree

assalamualaikum wbk..

entry ini akan ada 9 gambar.. kenapa?
1 bulan
2 bulan
3 bulan

4 bulan
5 bulan
6 bulan
7 bulan
8 bulan
9 bulan

dan sekarang aku masih menunggu... insyaallah, harap semuanya dipermudahkan.. =)

Thursday, September 20, 2012

favorite song of the day!!!

muhasabah cinta by edcoustic

ku ingin kamu by the romance band

aku yang berdosa by shahir

Friday, August 10, 2012

Nikmat apa lagi yang mahu kudustakan? Terima Kasih Allah

Syukur Alhamdulillah...

Hari jadi saya tahun ni saya dihadiahkan dengan sebuah pernikahan. Seorang suami yang baik untuk saya. Terima seadanya kekurangan dan kelebihannya.

Ramadhan tahun ni saya dikurniakan rezeki yang tidak terkata nikmatnya. Sesungguhnya Allah telah menentukan yang tebaik untuk hamba2Nya.

Hari jadi suami tahun depan insyaallah akan dihadiahkan sebuah kelahiran. Insyaallah. Doakan yang baik2 untuk saya sekeluarga, insyaallah kebaikkan itu pon akan kamu perolehi jua. Amiinn..

Yaallah, permudah kan urusan kami.

Thursday, July 12, 2012

Maaf, Permohonan Anda Tidak Berjaya!

Bukan tak pernah ada niat nak berubah jadi lebih baik, bukan tak pernah terlintas untuk jadi lebih baik, bukan tak pernah terdetik untuk jadi lebih baik, bukan tak pernah minta untuk jadi lebih baik, bukan tak pernah berhajat untuk berubah menjadi lebih baik di sisi Islam dan Allah.

Selalu tertanya-tanya, kenapa permintaan tidak diterima, permohonan tidak dapat, doa tidak dimakbulkan.

Kadang terfikir, artis yang banyak buat dosa pun, macam mudah je dia bertaubat. Macam mudah je dia diterima, macam mudah je segala urusan. Spesifik pada artis sebab kita tau artis ni golongan yang paling banyak terdedah dengan dosa dan maksiat. Sekali diorang amik gambar seksi2, beratus, beribu majalah cetak gambar diorang jual merata negara, intenet, tv.. medium yang paling mudah menyebarkan dosa, paling pantas. Kan? Tapi, bila tengok artis-artis ni nak berubah jadi baik, macam senang, MACAM!

Bukan tak teringin nak menjadi tetamu jemputan Allah di Tanah Suci, malah itu satu rukun yang wajib. Tapi belum berkemampuan. Ramai kawan-kawan bercerita, berkongsi gambar, pengalaman di Sana. Jeles itu memang. Kadang dengar diorang bercerita macam senang je nak pergi. Terdetik dalam hati, ada duit boleh lah.. Tapi jangan lupa, semua yang terjadi atas kehendak Allah jugak. Walau ada duit banyak mana pun, jika Allah kata dia tak akan dapat pergi, tak jugak. Sama jugak dengan orang yang tak berduit, susah mana pun mesti ada jalan atau rezeki Allah nak bagi dia untuk dia jadi tetamu jemputan Allah. Muda-muda kawan-kawan saya yang dah sampai sana. Yang sebaya saya, yang umur muda lagi dari saya pun ada. Tapi, tak tau bila giliran saya???

Kadang-kadang terasa belum tiba masa untuk saya dapat semua tu. Cuma bersyukur dengan apa yang ada sekarang dan setakat ini. Permintaan, permohonan, niat, doa dan hajat untuk menjadi lebih baik, lebih dimurahkan rezeki, menjadi tetamu jemputan Allah itu tetap diteruskan. Atau, adakah permintaan ini terlampau banyak?terlampau lebih-lebih?terlampau tamak?

p/s : hati, ikhlas lah...
p/s/s : sentiasalah melihat, memandang dan memerhati mereka yang lebih kekurangan dari kita agar kita tidak kufur nikmat.

wallahua'lam..


Tuesday, June 26, 2012

Barakallah hulakuma wabarakah

syukur..syukur...syukuuuuurrr alhamdulillah... terima kasih Allah atas segala nikmat dan rezeki yang telah Engkau berikan..

13 tahun yang lalu, aku mula kenal dia. tahun 1999, masa tu umur aku 13tahun. baru habis sekolah rendah. kecik2 dah bercinta, orang cakap lah.. =P tapi jodoh itukan rahsia Allah.  =)

15jun2012 yg lepas, dengan sekali lafaz, berkat hari jumaat yang mulia aku sah bergelar isteri kepada mohd fadhil bin abdullah. masih terngiang2 lagi ijab dan kabul yang dilafazkannya berwalikan ayah aku sendiri. rasa nak menitik air mata, tapi tahan, control, kena jaga makeup! haha.. perasaan gembira dan sayu masa tu melebihi segala2nya.

ni la senyuman paling ikhlas seumur hidup aku.. =))

=))

1. baju nikah aku : kamarini bridal aku jumpa butik ni kat magazine pengantin, trus pergi butik dia kat shah alam, booking baju then baru tau dia ada FB, tapi jarang update lah.. tp nasib baik senang je deal dgn butik ni, sekali dtg tgk baju, tanya harga. pastu dtg lagi untuk bayar deposit and booking tarikh. datang kali ketiga untuk fitting dan terus  amik. last sekali dtg untuk pulangkan..senang je.. =)

2. veil : elyn yg ni aku jumpa blog dia. nasib baik dekat, bangi je.. terus tempah sebab dia x cerewet. eh?? memang sepatutnya pembeli yg cerewet, penjual xakan cerewet ke. tapi, aku ada jumpa seorang penjual ni, masa aku nak tempah veil lah, dia plak lagi cerewet dari aku, soh aku hntr contoh kain kat dia lah, dia xboleh buat macam ni lah, tu lah..last2, malas aku nak amik tempahan dari dia, kang sampai kesudah ada je yang dia xboleh. haha.. nasib baik senang je deal dgn elyn ni, dia tanye design aku tunjuk gmbr, dia kata dia boleh buat, bayar deposit and aku dgn rela hati dtg amik sendiri veil tu. kalau x, dia boleh post kan, without any charge lagi, tapi aku lagi puas hati klu amik sendiri, so veil xrosak, klu ada s/thing wrong boleh tunjuk trus kat dia. tapi, alhamdulillah, everything ok.. =)

3. tudung : tudung biasa je beli kat bazaar yg banyak2 kat putrajaya tu..hihihi...

4. hand bouquet : nadia suami dia kawan akak aku.. so senang nak berurusan. lagipon akak aku ada tempah candy buffet kat dia jugak. fresh flower! dia boleh hantarkan sampai tesco semenyih without any charge juga.. =)

5. baju nikah lelaki : tum tailor, bangi. yang ni aku xjumpa pulak laman web dia, sebab kitorang terus pergi butik dia je. lagipon suami saya dah pernah tempah baju kat sana, dan dia suka! songkok pun beli sana. sekejap sangat siapnye, seminggu je! jahitan dia kemas! kain pon beli terus kat sini.

6. sampin : omar ali, ttdi. suami saya memang cari sampin macam ni, bile jumpa je terus beli. nanti raya nak pakai balik katanya. tapi, aku suggest siapa2 yang nak cari sampin macam tu, kat semua house jalan tar banyak dan murah sikit. tapi kualiti, i don't know...

7. make up : aina, aku jumpa blog dia. tanya harga, murah!! terus booking, malas dah nak tanya2 MUA lain, sbb tau dah harga mesti mahalnye.. puas hati actually dgn makeup akak ni, tapi bile tgk gambar lah, realitynye mmmm...maybe aku yg kuat berpeluh kot..haha.. satu lagi, akak ni dia mmg xtunggu sampai majlis habis, so makeup aku mmg sememeh lah sikit bile dah petang2 tu.. tapi, aku ni mana lah pernah nak makeup kan, ini lah pertama2 kalinya aku makeup dan ramai lah yg puji makeup tu cantik, so, sesiapa yang nak nampak cantik masa kahwin, jgn biasa kn makeup muka tu..hahaha... tapi, terpulang lah.. lepas kawin ni pun, aku xmakeup. suami kata jangan, kite kene ikut.. =) dua2 majlis aku guna akak aina ni..

8. photographer : RAC, dia kawan suami saya. mula2 aku nak amik kawan aku jadi photographer, siap dah bayar deposit dah, tapi bile dia nak kawan dia jugak, siap tunjuk hasil gambar kawan2 dia tu, terpaksa lah aku cancelkan booking dgn kawan aku tu. nasib baik deposit dpt balik sbb dia kata kawan2, xpe..huhu..thanks naim. =) dua2 majlis photographer yang sama. cuma masa majlis akad nikah ada 3orang photographer sebab kitorang terus buat outdoor photoshoot lepas nikah. lepas sanding xde outdoor pun.. 

tease gambar outdoor, hahahaha...

16jun2012, majlis bersanding kami. kitorang buat sebelah pihak sahaja. buat kat rumah aku. rumah suami cuma buat kenduri do'a selamat. =) seriously, kahwin memang penat, sampai xterlayan semua tetamu yang datang.. di kesempatan ni, aku nak ucap terima kasih sesangat pada semua kenalan, sahabat, saudara-mara, orang kampung yang hadir. semoga dengan kehadiran mereka semua, majlis aku lebih diberkati dan dirahmati..=) mintak maaf eh, kalau ada yang xterlayan, ada member yang datang dari jauh, perak, kedah, penang, johor..huhuu..terharuuu...kitorang memang ralat lah sebab xdapat nak layan semua kawan2 dan saudara yang datang. tapi, lega bila masing2 kata makanan sedap, puas hati dapat jamu diorang..hee..

farhan dan ayu pengapit kitorang, dua2 kawan masa sekolah dulu.. =)

ni gambar dari unofficial photographer, nak jugak mention kan..haha..

inni pelamin saya, tapi gambar xberapa cantek, guna handphone je.. =P

a.k.a pintu gerbang.haha..

ini kawan2 UKM saya, mek dah balik..bye mek..

1. baju sanding : ZSD, sangat puas hati deal dengan akak ni!! thanks kak zetty, thank you so much!!!ramai giler kot yang puji kata baju ni cantik!haha..design baju ni aku bincang dengan kak zetty, mmg aku nk simple2 je, tapi xtau lah pulak akak ni pegi buat kain berjela mcm jala kan..hehehehe.. tapi xpe, senang je nak handle sebenarnye kain ni. cuma warna je yang aku macam terkilan sikit, sebab agak contra color baju aku dengan suami. aku sebenarnye bab color ni xkisah, memula aku nak color peach, pastu tukar pulak color dusty pink, last2 dapat color ni, aku ok je.. cuma contra pulak dengan color baju suami..sebab akak tu kata agak susah nak cari color kain yg sama utk buat baju aku tu, sampai ke singapore dia cari. tapi xpe, aku puas hati!hee..nasib baik jugak lah k.zetty ni tahan melayan cerewet aku nak mcm tu, mcm ni..haha..thanks again kak! siapa2 yg merancang untuk berkahwin, aku sangat recommend butik ni, memula aku jumpa butik ni pun dalam intenet je..rupenye butik dia kat puchong, jauh sikit lah dari rumah aku, tapi aku familiar jugak lh dgn puchong tu, so xde hal lah..hee..complete set, baju, tudung, veil, accessories semua dari akak tu, kecuali kasut je.. kasut tu sebenarnye adalah kasut nk buat hantaran aku tapi xjadi..hahaha.. memula dah beli kasut dgn handbag utk buat hantaran brand yang sama, charles & keith. tetibe pulak terjumpa kasut clarks yg lagi best!!!!, terus buat kasut c&k tu jadi kasut bersanding. haha..

2. pelamin : sofea bridal, aku sewa pelamin ni kat kuala pilah jer.. on the way aku nak pegi keje tu, lalu depan butik ni.. dan, design pelamin tu pun aku mintak akak tu buat macam tu. ada lah beberapa tempat aku tanya kalau nak buat pelamin macam tu, berapa charge? memasing mahal.. bile tanye tempat ni, harga dia bagi available lah..so, terus booking. dia pasang dua hari sebelum majlis, dan bukak dua hari selepas majlis.. puas hati! aku terjumpa pelamin macam ni dalam intenet, tapi dia lagi lebar. disebabkan rumah aku xberapa lebar so, ini lah hasilnye..hehe.. akak ni buat sekali bunga juntaian kat siling nak masuk rumah aku tu.. aku xtau lah nama dia apa..haha..

ni ilham pelamin aku. siapa punye entah..haha..

3. payung : nadia, hahaha..payung pon nak sewa kan.. =), aku sewa payung sekali dengan hand bouquet masa nikah. saje je sebab aku berkenan lama dah dgn payung tu, nak buat sendiri mmg xmampu lah kan, haha..

4. hand bouquet : SekociNorlie hahahahahaha..aku pon xtau kenapa aku gi tempah DUA hand bouquet utk majlis aku ni.. padahal boleh je guna fresh flower masa nikah tu punyer..tapi xpe, yg hand bouquet ni aku boleh simpan untuk kenang2an..aku suka hand bouquet akak ni buat, simple jer.. dia siap post kan, aku xmampu nak amik sendiri sebab jauh kt s.alam..

makeup dengan photographer guna yang sama dengan majlis pernikahan.. =)

khemah, makanan dan persembahan tu mak dengan ayah aku yang handle.. thanks mak dan ayah sebab banyak tolong dalam menyempurnakan majlis ni dari segi kewangan, masa dan tenaga.. sumpah!! tak terbalas..makanan pengantin angah aku yang buat, serious sedap, tapi biasa lah kan pengantin mana nak makan sgt, kejap2 kawan dtg nk salam, nak amik gmbr, pastu tok adat plak dah panggil untuk jumpa saudara mara..huhu..kat tempat aku, kalau kenduri kahwin tok adat yang selaku floor manager..haha.. tugas tok adat ni dia mcm tuan rumah lah, bila pihak lelaki datang, dia sambut..dia bawak aku gi jumpa pihak lelaki, dia suruh aku salam tgn suami, dia panggil orang2 yang nak merenjis, dia yg akan stopkan sesi renjis merenjis pastu dia suruh pengantin gi khemah makan, suruh aku sendukkan nasi untuk suami, suruh makan, lepas makan dia suruh kitorang jumpa tetamu.. itu tugas tok adat masa majlis bersanding. masa majlis pernikahan pulak lain tugas tok adat, dia yang akan check semua hantaran dari pihak lelaki cukup atau tak. heee..macam2 kan, ikut tempat lah sebenarnye. =) alhamdulillah, semua berjalan lancar. 

memang ramai yang tanya aku amik pakej kat butik mana. penat aku nak menjawab satu2 sebab semuanya aku amik asing2..haha.. bagi aku, perkahwinan ni sekali seumur hidup, pulak tu kitorang buat sekali je, xde majlis bertandang pun, so aku kene lah pastikan everything is fine. walaupun ada jugak lah yang xsempurnanya. hee..memang banyak keje kalau amik banyak2 tempat ni, tapi xpe, aku suka dan aku enjoy sepanjang aku buat persiapan!heee.. 

lain-lain perkara dalam majlis perkahwinan aku ni, 

1. kad kahwin : blog kad kahwin design sendiri, diorang printkan. sekali dapat percuma bunting 2, sampul bercetak dan button badges tapi terlupa nak pakai, boleh?haha..




2. goodies bag : yassin (ceria kad kahwin ), design template sendiri. hot stamping paper bag (kak nini ), design sendiri jugak, sama dengan design kad. k.nini ni satu kampung dengan aku je..so, senang nak deal..hehe..  apam polkadot (sarina ), dia ni kawan akak aku. so akak aku yg setelkan bab ni. =). air mineral beli kt kedai je, apple pon beli kt kedai je, muffin makcik aku yg buat, paper bag beli kat nilai 3. penat gile setelkan goodies bag ni..uwaaa!!



3. bilik pengantin : hias sendirian berhad!!haha... makcik2 kat kampung tu biasa lah kan, banyak komen betul, tanya xde kelambu ke, xde kain tarik2 ke? hellloooo... i rimas lah dengan benda2 tu.. i suke simple je k!hahaha..berani jawab mcm tu dgn makcik2? bilik aku just letak lampu ikea, frame basmallah (topkhat ), cadar akemi, carpet pakistan (hahaha), hiasan2 dari kedai deco..tu je sudey!!


4. hantaran : isteri > suami (11) sirih junjung, buah, coklat, kemeja, kasut, jam, handphone, tafsir, ensiklopedia, sejadah & perfume

suami>isteri (9) sirih junjung, buah, kek, telekung, sepasang kain, handbag+kasut, jam, perfume, camera, cincin+gelang+mas kahwin+duit hantaran

hantaran aku bagi dia, aku hias sendirian berhad jugak dengan pertolongan akak aku..memang sempoi habis, buat sehari je..pastu xkukuh plak kan, hahahaha..nasib baik masa hari nikah tu ok jer..hehehe.. dulang hantaran aku pinjam dari (rezo)




that's all!!!! 

alhamdulillah, selesai sudah..  =))



   










Sunday, April 8, 2012

another silent entry














speechless.

assalamualaikum..

nak berkongsi satu cerita..dalam satu perbualan sekumpulan sahabat, seseorang bertanya..

A : eh, dgr cerita kau nak kahwin dah ye?
B : alhamdulillah.. =)
A : cepatnyer...
B : ................................ (dlm hati confuse, apa yg cepat? aku baru habis SPM ke??aku baru kenal lelaki tu sehari dua ke??)  tapi tetap =)

tiba2....

C : itu namanya menggatal!!
B : ............................. speechless! dalam hati pun dah tak kata apa. muka pun tak tau nak buat memek macam mana..


cuma yang terlintas di fikiran, astaghfirullah al'adzim..

perkahwinan bukan disebabkan menggatal, perkahwinan bukan penghapus dosa..

wallahualam..

Friday, March 16, 2012

hari ini

hari ni jumaat, hari yang penuh barakah..tapi awal2 pagi mood dah spoiled! masuk kelas dah marah2 student. which is perkara yang aku paling xsuke buat! dah lama tak marah student. masa awal2 mengajar dulu rajin jgk marah2, but i found that is not the best way to teach. diorang bukan budak sekolah rendah, dah habis sekolah menengah pun, so sepatutnya umur macam diorang ni dah cukup didikan moral. sekarang ni masa untuk diorang kejar cita2. give them the real situation on work. bukan membebel-bebel masuk telinga kanan, kuar telinga keling, eh tak! telinga kiri.. tapi hari ni tak tau lah..mungkin sebab keadaan kesihatan ditahap mendukacitakan, rasa apayg diorang buat semua tak betul..hurmm.. yaallah, ampunilah daku, ikhlas kan lah hatiku dalam menjalankan tanggungjawabku. aamiinn..

Tuesday, March 13, 2012

kalau korang taknak baca pun xpe, xpenting pun..

hari ni hari keempat beliau berlayar. dan hari ni hari ketujuh kami berjauhan. kebiasaannya pun memang berjauhan sebab belum halal untuk berdampingan. hee.. rabu lalu (7mac2012) beliau berlepas (cewah!) bertolak ke lumut untuk memulakan perlayaran. stay lumut 3hari, pasang alat, standby alat dan prepare perkakasan lain. sabtu (10mac2012) pagi bertolak. hingga hari ni belum sampai2. amboi..kemain jauh ye..macam nak pergi ke makkah macam dulu2..he.. beliau kata menurut kapten kapal tersebut, 5hari baru sampai. ok, maknanya esok beliau sampai kepulauan riau.

a month and a half baru beliau pulang. selepas2 ini, aku akan sentiasa sakit lah.. sakit rindu..(wekk!!)hehe..

this weekend (18mac2012), ulangtahun kelahiran beliau. tak dapat sambut sama, but don't worry dear, another 3months onward we'll celebrate it in different way. insyaallah amiinn..

Sunday, March 11, 2012

Aku sakit

Korang tau tak, ada satu fakta yg kita selalu tak perasaan tentang kebenaran fakta tersebut. Iaitu penyakit rindu. Rindu merupakan salah satu penyakit yang tak pernah ada simptom2 ia akan menyerang. Tiada siapa mahu berjumpa doktor untuk memberitahu tentang penyakitnya. Kalau ada pun, pasti tiada doktor yang mahu merawatnya. Ini fakta. Yg pasti sekarang aku tengah sakit. Dan aku taknak jumpa sesiapa pun..

Thursday, March 8, 2012

hari wanita???

sana sini semua sebok wish "selamat hari wanita".. tahukah anda sejarah di sebalik "hari wanita" ni? yg tak tau, yg hanya ikut orang post "selamat hari wanita pd isteriku, emakku, makweku, kawanku, bosku" itu semua meh sini kita sama2 menambah pengetahuan ye. aku bukan lah bijak pandai sangat, tapi sebelum kita buat sesuatu, kita kaji dulu, bak kata pepatah, berfikir sebelum bercakap. intenet depan mata, search je lah kat google dulu sebelum nak share apa2 kat facebook ke kan..

yg ini pon aku dapat dari laman blog Malaysia Wave, lain org lain pendapat kan..kalau baca, baca sampai komen2 tu sekali.. banyak pendapat berbeza. tapi apa yg aku paham "hari wanita" ni mcm agenda diorang utk menyamatarafkan kedudukan wanita dengan lelaki. tak kisah siapa mulakan dulu, russia ke, komunis ke, fokus diorang adalah untuk menaik tarafkan hak wanita. isu ni, aku mals nak ulas panjang, sebab aku TAK SETUJU! hak lelaki dan perempuan itu berbeza. kenapa perempuan mcm ni, kenapa lelaki macam tu, kenapa perempuan tak boleh jadi macam lelaki dan sebaliknya, semua itu dah ada jawapannya. ganjaran di dunia tak akan setimpal dengan ganjaran di akhirat.

kat sini aku tinggalkan link pasal "hari wanita" ni, kalau korang rajin, baca lah.

sejarah hari wanita

till then, bye

Tuesday, March 6, 2012

Doa Dhuha




Ya Allah... jika rezeki itu di langit, turunkan lah...
jika di bumi, keluarkan lah...
jika sukar, permudahkan lah...
jika haram, sucikan lah...
jika jauh, dekatkan lah...

Thursday, March 1, 2012

Rahsia Allah

Rasa tak bersemangat. Semangat dah hilang. Tak tau lah semangat apa. Nak try jadi positif, syaitan banyak je yang menghasut. Semakin lama, semakin down, down, down to earth.. Aku tak sekuat mana. Tak tau lah mampu ke tak nak tempuh semua dugaan2 yang akan datang. Yang aku tau, hidup kene move on, whatever happen pon. I need strength to be strong.
Mengeluh, merungut, memberontak bukan jalan penyelesaian. Bersyukur..Bersyukur..Bersyukur.. Walaupun kadang2 permohonan kita, permintaan kita, keinginan kita, kehendak kita, kemahuan kita tak pernah dapat, susah nak dapat. Semua ini rahsia Allah.

Tuesday, February 28, 2012

tepuk meja, tanya kerusi

assalamualaikum..

what is the best way to advise your friends?

yang terbaik, ada yang jumpa face to face, front to front, door to door, wall to wall menyatakan hasrat hati (cewah!). tak ramai yang berani buat macam ni.

yang boleh diterima, menggunakan kaedah kiasan, perlian, sindiran, berbasa basi. kalau orang tu tak faham jugak, nak buat macam mane? try lah cara 1 di atas yer..

yang tak boleh diterima akal, yang buat silent treatment! this is the bad way.. siapa betul?siapa salah?apa salah aku?apa salah kau?apa ni?apa ni?

the other thought

assalamualaikum...

topik yang aku nak cerita kali ni, aku dah pernah post pada entry yang lepas2. tapi sengaja nak ulang, nak buat dalam ayat yang lagi mudah dan simple..hopefully lah..

INI ENTRY YANG LEPAS

aku pernah terbaca, even akak aku sendiri pernah kata, kalau kita nak jadi positif, kita kene berkawan dengan orang yang berfikiran positif sahaja dan, untuk menilai seseorang itu, kita kene tengok siapa sekeliling mereka, kawan2, rakan sekerja, kenalan, keluarga, kalau orang sekeliling mereka orang yang baik2, baik lah dia. aku bangkang!

aku sangat2 tak bersetuju dengan orang yang berfikiran macam ni. kenapa???

bagi aku, kalau kita dikelilingi orang yang baik2 sahaja, orang yang positif, tak semestinya kita pon baik dan positif. kebaikan dan kepositifan kita belum teruji kalau kita tak berdamping, bergaul, berkawan, berkenalan, berhubung dengan orang yang opposite. macam mana kita boleh kata yang kita baik, kalau kita hanya berkawan dengan orang baik saja? aku salute orang yang mampu membimbing orang yang berfikiran negatif, bersikap tidak baik menjadi positif dan baik.

 that's all
wassalam..

Thursday, February 23, 2012

Dah Bertunang Ke?

assalamualaikum..


last few days, aku ada post status kat facebook yang berbunyi seperti ini (eceh!skema..)


"pertunangan itu dirahsiakan, pernikahan itu dimaklumkan"

ini bukan aku sengaja nak tulis mcm ni, atau nak poyo2 ke apa.. ini sabda Nabi S.A.W “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) perkahwinan.” (Hadis riwayat Ahmad dari Abbdullah bin Zubair)

tapi, sekarang ni siapa je yang taknak share pasal cerita2 best dia dengan semua orang kan. lebih2 yang perempuan. pasti akan ada satu album "my E-Day"..hehe..lepastu status terus bertukar "engaged with ....."

nak kata salah atau tak buat macam tu, tak tau lah. tapi kita diajar untuk mengikut sunnah dan ajaran Nabi S.A.W.

ada yang kata, bile post/cakap macam tu seolah-olah nak bagitau yang dia sebenarnya dah bertunang tapi di beritahu dalam cara tersirat. actually tak. aku post status macam tu just nak share s/thing yang baik. sebab lately ni banyak sgt tgk gambar2 org bertunang dalam fb sampai aku terconfuse dia ni bertunang ke kahwin? dah macam kahwin, lengkap semua ada! pelamin, baju liplap2, makeup berseri2, hantaran jgn cakap lah, berdereeeeettt....dah macam mampu nak buat kenduri kahwin dah, ha! siap dgn khemah, goodies bag apa semua bagai..

Nabi S.A.W menyuruh kita merahsiakan pertunangan ada sebab dan kebaikkan dia. kdg2 terfikir, siapa aku nak halang orang untuk bagitau yang dia bertunang? tapi, Nabi S.A.W pernah bersabda, 

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat…”

jadi, aku hanya berpesan-pesan. bukan niat untuk perli, menyindir atau ada maksud tersirat lain. ada juga yang kata, "kalau kita inform kawan2 pasal pertunangan kita, at least kawan2 akan mendoakan jodoh kita dirahmati Allah, mendoakan kebahagian kita dan yang baik2 aje". memang betul. tapi jgn sampai menghebahkan keseluruh dunia. cukup sekadar berkongsi cerita dengan kawan terapat sambil berbual2, dengan saudara-mara. kan?

pertunangan itu digalakkan di dalam Islam. maksud bertunang itu simple, mudah aje, keluarga lelaki atau pihak lelaki berjumpa keluarga perempuan menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga, jika baik keturunan lelaki tersebut, beragama, berkerja, terimalah ia. dalam bab jodoh ni, perempuan seharusnya cerewet dan meletakkan syarat2 yang lebih untuk memilih pasangan. bukan lelaki! sebab, mereka yang akan memilih ketua (imam) untuk membimbing mereka dalam hidup. mane lebih penting, memilih imam yang sempurna atau memilih makmum? nak mencari kesempurnaan itu memang susah, tapi cari lah yang saling melengkapi.

p/s: doa yang baik-baik ye..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...