hai..assalamualaikum..
februari dah hampir ke penghujung..wah! baru 16feb kan.. hee.. poyo jer..rasa lambat sangat februari ni habis..pejam celik..pejam celik..tak lama lagi dah, tapi xbanyak yang aku dah buat persiapan.. alaa..buat simple2 jer.. ada terbaca satu petikan, perkahwinan itu mudah, ia menjadi susah disebabkan kita yang nak ia susah, perkahwinan itu murah, ia menjadi mahal disebabkan kita yang nak ia mahal..
februari aku bermula dengan best! best sangat.. tapi, tu lah siapa sangka kan, panas xsampai ke petang, skrg ni pon tgh hujan, tengahari tadi bukan main panas.. ingatkan bulan ni akan best lah sampai ke sudah mcm bulan lepas, tapi apakan daya..
dalam hidup ni, kita tidak sepatutnya mencari orang yang baik untuk kita menjadi baik. ramai yang beranggapan, ramai yang mengamalkan konsep macam ni, berkawan dengan orang yang baik-baik je, dengan orang alim, dengan ustaz-ustaz, dengan org bertudung labuh semata-mata untuk berubah jadi baik, untuk kelihatan baik di mata orang lain, untuk kepentingan diri sendiri..
tapi, siapa kita untuk judge orang.. habis tu, siapa yang nak berkawan dengan orang jahat, orang biase-biase, yang tudung xlabuh, aurat xtutup sempurna, ilmu agama xtinggi mana?
kehidupan kita ni merupakan satu proses pembelajaran. kita belajar menjadi lebih baik dari persekitaran kita. kita merubah seseorang menjadi lebih baik dengan ilmu yang kita ada walaupun sedikit.. sebenarnya kita lebih banyak belajar tentang kehidupan dengan orang di sekeliling kita tak kira orang tu baik atau tidak..jangan lah sesekali membelakangkan atau meninggalkan mereka yang serba kekurangan dalam hidup ni.
senang cerita macam ni, kita ada pangkat kita ada kedudukan, kita ada degree, master, phd... jangan lah kita menidakkan kehadiran orang yang tidak mampu mencapai kejayaan setanding kita. nak berkawan dengan setaraf jer.. atau pon nak berkawan dengan lebih tinggi je taraf..apa salahnye sesekali kita merendah diri bergaul dengan orang yang masih belum sama tahap pencapaian dalam hidup dengan kita. sebab kita disisi Allah sama jer..kite hidup untuk saling mengingati..kita ada kelebihan, apa salahnya kita ajar pada mereka yang kekurangan. kita bagi semangat untuk diorang menjadi lebih baik..kan?
macam tu lah..xsemestinya hidup ni kita mencari yang baik sahaja, ada kala kita perlu bersama-sama ke arah kebaikan tak kira dengan apa cara sekali pon. seseorang tu kalau nak insaf ada banyak cara atau jalan yang akan Allah tunjukkan. mungkin kita akan ditemukan dengan orang jahat supaya kita dapat pelajari sesuatu darinya.
walaupun kita berkawan dengan orang yang baik-baik, alim, berugama, tapi kalau kita xmampu pelajari sesuatu dari mereka tak guna jugak..
wallahualam..
No comments:
Post a Comment