Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, August 12, 2011

assalamualaikum...

hari ni dah masuk hari ke 12 berpuasa..sekejap je kan..tu maknanya kita dah semakin dewasa, semakin berusia dan dalam erti kata lain, dah tua..oh!tidak.com...memang lah masa semakin cepat berlalu, tapi selain dari tu, kehidupan kita pon semakin hari semakin macam2.. tak sama macam 10 tahun yang lepas, masih di bangku sekolah. yang kita tahu masa tu cuma bangun pagi sarapan (itupon kalau lalu nak makan), pergi sekolah, belajar, belajar, belajar, adalah sempat 3matapelajaran sebelum rehat tengahri tu kan. nak tunggu pukul 2 balik sekolah tu, yaampun! lambat betol lah..petang, kalau rajin buat lah kerja sekolah, kalau xpon, tengok tv, kalau xpon keluar main2 dengan kawan2, kalau baik, tolong mak buat kerja rumah, kalau aktif pergi sekolah join apa2 kelab yang ada. buat lah apa2 sampai maghrib. malam memang xde buat apa2 selain buat-buat belajar depan ayah kan. pukul 10 dah masuk tido..duh!!itu lah kehidupan tiga tahun di sekolah menengah harian. bila masuk asrama, lain pulak rutinnya. tapi still rasa masa berlalu dengan lambat. bangun pagi tggu turn nak mandi sambil2 tu belek2 muka, gigi, mata apa semua lah depan sink dalam toilet, bile dah dpt turn mandi, mandi dan mandi, siap siap siap, wajib pergi breakfast dekat DM (dewan makan), nak xnak kene makan! duh!!paling aku xsuke, sebab bila makan pagi, aku mesti sakit perut lepas tu.. toilet akan jadi sasaran aku waktu pertama matapelajaran. nasib baik kelas xjauh dari toilet, masa f4 kelas aku agak jauh dari toilet kene lalu depan kelas lain, sambil tu boleh usya2 bf ensem kelas lain kan..haha..tapi bile dah xtahan sangat sakit perut, memang x terusya lah, org lain yg usya aku lari laju semacam..bila f5, kelas aku sebelah toilet je, memang rakan sejati lah kan..haha..sama jugak dgn sekolah lama, blaja blaja blaja, tapi masa f4 dan f5 ni, subjek tough sikit, add math, kimia, fizik, LK, PKA...memang study betul2 lah..xde main2 punye!sumpah!! sampai time rehat pon kdg2 xpergi kantin sbb study! gile kau! kalau x, xkan lah dapat masuk kelas intergrasi kan..haha..xtau lah ada lg ke x kelas tu kat TTJ nun ha...habis sekolah, wajib makan lagi skali kat DM, cepat2 pergi makan, cepat2 sembahyang, sebab ptg nak pergi prep. blaja blaja blaja..tapi prep ptg lebih senyap kelas nye..semua tido..haha..aku ingat lg, time prep aku paling rajin study add math je. i love add math!! hbs prep ptg, ada riadah..banyakkan ativiti, tapi itu je lah hari2..malam, study lg, sembahyang, tido dan ulang balik...

tak macam sekarang, sekarang kehidupan kita penuh!, hari2 buat benda lain. hari2 hadap benda lain, hari2 ada kejadian lain yang berlaku, hari2 jumpa orang lain. sampai xsedar tibe2 je dah tua..hoho...

sekarang tugas aku sebagai pendidik. ooohh..baru tadi aku cerita pasal aku belajar dekat sekolah kan. sekarang aku cerita pasal aku mengajar pulak..mm..kelas ada hampir setiap hari. jumpa student yang berlainan, ajar subjek yang berlainan. selain dari tu, sandang jawatan yang pelbagai. buat kerja bermacam. meeting tu, meeting ni, kursus tu, kursus ni, dan bermacam ragam manusia lagi yang aku jumpa. sampai sedar xsedar rasa macam semalam aku daftar kerja. huhu..sebelum dapat kerja mengajar kat kolej government ni, aku kerja kat private sector jap. setahun mcm tu lah..firm architect! lagi haru..hari2 buat projek berbeza2..mane tak pening! kadang2 tu boss main mintak je apa yang diorang nak..nasib baik xlama aku kat sana, kalau x memang cepat tua kot..haha..xlah, bukan aku xminat bidang architecture..tapi aku lebih memikirkan masa depan. aku mengajar sekarang pon xlari jauh dari bidang architecture..cume tu lah, skill mendesign tu dah lari2 sikit. tapi skill drawing masih ada..hehe..

kebaikkan kerja government ni macam2, xnak lah cerita semua, nanti orang ingat aku pro kerajaan lah apa lah..undi anda rahsia!! aku xnak bincangkan hal politik kat mana2 social networking yg aku ada. sebab undi anda rahsia! rahsia lah sgt kan..xrahsia pon sebenarnye..tu sebab aku xnak cerita. okay, berbalik pada kebaikkan keje government ni, salah satunye adalah kita dapat buat kerja macam2! jangan pk lain ye..pk yg positif je..contoh, sebelum ni aku study architecture, xblaja pasal kewangan pon kan. tapi bila dah masuk government ni, automatic aku tau serba sedikit pasal pengurusan kewangan, macam mana nak berurusan dengan supplier, macam mane nak buat payment dan macam2 lah..bila kita tau banyak perkara, senang bila kite nak mintak tukar ke bahagian mana2 kan.. kalau nak tukar kerja dalam government tak perlu berhenti kerja then apply baru, lain lah kalau gred atau skim yang berbeza. so, kesimpulannya aku nak tukar kerja. please!!!!! permohonan pertukaran dari dulu sampai skang macam tu je....

 okay, bye!

Thursday, August 11, 2011

assalamualaikum semua...(semua??) haha..

memang banyak benda, perkara, peristiwa yang nak diceritakan. tapi tak semuanya boleh dikongsikan. ada orang suka jadikan blog, facebook dan sebagainya sebagai medium untuk meluahkan perasaan. bagi aku, 2, 3 tahun yang lepas boleh lah buat macam tu. kita belajar dari kesilapan. jangan lah kita halang orang lain nak buat macam tu pulak. selagi apa yang diorang buat tu tak mendatangkan masalah bagi diorang, biarkan je..kalau ada pengajaran dari apa yang diorang dah buat tu, dapat menginsafkan diorang, mungkin diorang akan tau mana baik buruknya. pengalaman mematang seseorang.

ok lah, melalut pulak..ni lah jadinya bila nak update blog je, mesti tak sampai apa yang aku nak sampaikan sebenarnye. mesti terus terpesong ke topik lain. haha..

apa-apa pon, sekarang ni usia makin meningkat, semakin matang dalam berfikir, dalam membuat perhitungan dan dalam menjalani kehidupan seharian. malam tadi ada tengok satu cerita kat tv. terfikir akan satu ayat ni,

"hidup kita ni cuma ada satu hari sahaja! yang semalam dah lepas, esok lusa tak tau lagi"

Friday, August 5, 2011

minggu pertama Ramadhan dah bermacam-macam dugaan. bukan merungut. cuma dugaan di bulan Ramadhan ni tak sama dengan dugaan di bulan-bulan lain. Iyelah, bulan ni kita kena berlapar, berhaus, berbanyakkan ibadah. time ni syaitan lagi kuat menghasut manusia. dan time ni jugak lah Tuhan nak tengok kita ni mampu mempertahankan iman kita atau tidak.

itu muqaddimah..

korang rasa, korang akan marah tak kalau ada orang mempergunakan korang? mesti lah kan. at first, kita ingat dia nak tolong kita, ikhlas, tanpa ada niat lain. tapi bila sebaliknya yang berlaku, korang akan rasa macam @#$%^&...okay, sabar..sangat tidak baik kalau marah-marah dalam bulan baik ni. itu sebab aku cuma mampu luahkan dalam blog je. nak bercakap depan2, tak berani, takut jadi lain pulak. nak bercerita dengan orang lain, takut jadi fitnah pulak. so, aku luahkan je lah kat sini, ada ke x orang baca, terpulang lah..at least kalau ada TERbaca, mesti diorang akan TERfikir jugak.

aku bukannya takde kerja. mengajar merupakan kerja utama aku kat sini. seminggu 20jam aku kene mengajar. walaupun kelas utama yang aku pegang 8jam je, tapi kelas yang aku assist pon aku masuk jugak. dah jadi t/jawab sebagai pensyarah kelas. kalau ada yang buat silap nanti, aku jugak yang susah. tapi kerja aku bukan tu je, kerja pembangunan aku jalankan jugak. walaupon tak banyak..walaupon aku dah serik buat kerja pembangunan..walaupon aku suka buat kerja pembangunan..tapi, aku tetap buat. kerja jadual waktu walaupon bukan tiap masa, tapi kalau ada perubahan, time tu beribu satu macam perasaan aku akan alami. yang sorang ni taknak mengajar tu lah, yang sorang ni nak tu lah nak ni lah..bukan aku nak merungut, nak huraikan satu-satu kerja aku buat, bukan. selagi aku suka buat kerja tu, aku akan buat. selagi tak mendatangkan masalah besar, aku akan buat. contoh time beli barang untuk kelab kesenian, memang banyak masalah! tapi aku suka buat kerja tu, at least belajar s/thing dari kejadian tu. tapi bila ada yang mula timbulkan masalah time bekerja, aku sangat tak suka. macam mula-mula aku cakap tadi, ada orang nak mempergunakan diri kita!

dah lah, this is the first and the last time aku buat macam tu!

p/s: aku serba salah lah..kita kan kawan.. :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...