Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 22, 2011

the poem

Aku dah cakap, engkau tak dengar,
Hidup, bukan engkau membuat hukum,
Bukan mengarang teori, menolak ketentuan Ilahi,
memotivasi diri dengan gaya hidup yahudi,
Bukan juga cara Kristian atau Majusi,

Alquran adakah, bagimu cuma hiasan, 
yang kau baca dan kau simpan,
Hanya ilmu yang tidak diamalkan,
amalan adakah, sekadar kebanggan diri,
bukannya ikhlas mencari redha Illahi,

Diamnya aku bukannya tunggul,
Berdiri depan mata bukannya bacul,
Sekiranya aku pergi inilah wasiat,
Untuk kau renungi dengan mata hati,
Bukan dengan ego yang melangit tinggi,

Jujurkah engkau dengan diri sendiri,
Bahagiakah dengan ukuran cermin diri,
Sukakah dengan cakapan orang,
Sedangkan kau tetap begitu,
Dengan keras degilnya hatimu,

Adakah telah mati, rasa untuk berubah,
Hanya kerana hati yang merasa diri lebih baik,
Hanya kerana hati yang tidak menyelami jiwa lainnya,
Ataukah telah tertutup dari tanggapan,
Yang insan lain juga punya peranan.

Satu hari nanti bila kau pasti tersedar,
Apakah nilai, jika ianya terlalu lambat,
Sukar untuk bertaubat, atau hanya bergantung,
Pada sakarat.

Kau, aku dan dunia yang membentukmu,
Yang membentuk masa silammu,
Adakah ia penyesalan yang harus kau luahkan sekarang?
Dengan menghukum situasi dan watak sekelilingmu?
Cukuplah melakar dendam, kembalilah.

Kau, aku dan seluruh Ke Islaman,
Ini bukan sekadar hubungan Kau dengan Tuhan,
Tapi persoalan antara insan,
Kau jalankan pernanan, aku jalankan peranan,
Tanya kembali erti keimanan dan hubungan.

Shermannsixk 12.11
‘ Sixk of this life’



Tuesday, December 13, 2011

OMBAK RINDU

Aku dah tengok #OMBAK RINDU.

Aku suka! Suka sangat!!
Tak tau apa yang aku suka. Mungkin lagu ombak rindu (adira vs hafiz) tu best kot! Atau mungkin sebab cinematography dia cun! Rumah diorang berlakon tu best! That's it!! Itu je..Yang lain2, jalan cerita dia macam biasa lah, tak setanding novel pon kan. Tapi tak lah seteruk Lagenda Budak Setan penyampaian dia. At least, aku dapat menghayati jugak lah filem ni, daripada LBS tu yang entah pape! Nampak macam nak ikut sangat cerita novel yang memang thrill giler lah kan! Eh, tadi kata ombak rindu tak setanding novel, LBS pulak nak ikut novel sangat. Mana satu ni?haha..

Pada pendapat aku lah kan, novel LBS memang hebat lah cerita dia, bile baca kita dah dapat bayangkan mcm mane kesengsaraan Ayu tu, macam mane cantiknya Ayu tu, handsomenya Kashah tu, jahatnye Azmi tu. Semua watak memberi kesan lah. Tapi filem dia, mcm kosong! sebab nampak sangat mencuba! yang watak Ayu terjerit-jerit, watak Azmi mcm buat-buat garang, Kashah mcm lembik semacam konon macho! Tak best langsung kot! Siap boleh plak buat series urk cerita tu, xperlu lah..

Ombak rindu, aku mengaku aku tak baca novel dia, tapi dari cerita member2 yang dah baca, filem dia banyak potong dari cerita novel tu. Tapi diorang still kata jalan cerita filem tu not bad lah. Aku yang tak baca novel tu pon boleh menghayati watak Izah yang jadi mangsa pakcik dia, Hariz yang mula-mula memang takde perasaan langsung pada Izzah ,lama-lama dia suka tapi watak dia tu menjadi lah..Takde lah secara tiba-tiba sangat. Watak Mila yang jadi mangsa keadaan, mak Hariz yang tak suka pada Izzah, semua dilakonkan dengan smooth je. Takde nak terikut-ikut atau terbuat-buat. 

Cuma itu lah, ada yang berpendapat cerita melayu ni banyak unsur-unsur pengalaman tragedi dalam masyarakat barat. Senang cerita, filem atau drama melayu tak ada identiti sendiri tak ada falsafah sendiri. Cerita melayu sepatutnya menerapkan nilai-nilai melayu, unsur-unsur Islam dalam penceritaan tapi sekarang dah terbalik. Bagi aku yang buta seni, memang aku tak berapa nak tengok benda-benda tu semua dalam mana-mana filem atau drama. Bukan bermakna golongan macam aku ni mudah ditipu dengan cinematography, pengcahayaan, lakonan, pengarahan semata-mata. Penerimaan kita berbeza. Bukan bermakna buta seni kita tak boleh nak nilai filem tu macam mane. Bukan bermakna kita terima sahaja jalan cerita tu, kita ikut apa ending cerita tu. Tak, bukan macam tu. Dalam sesebuah cerita ada ending yang clear, ada ending yang kita kene pikir sendiri dan ada ending tergantung. Kalau nak buat cerita semua lengkap, sempurna bukan drama namanya!  

Itu sahaja dari aku.


Wednesday, December 7, 2011

#TiadaKata3

Terima Kasih!!

Assalamualaikum...

Aku bukannya tak reti bersyukur. Tapi aku cuma manusia biasa, yang kadang-kadang aku rasa macam nak dihargai. Sedikit cukup lah. Jangan tipu kalau korang dah buat sesuatu perkara tu, korang tak kesah kalau tak dapat langsung penghargaan dari seseorang. Penghargaan yang maksudkan bukan lah dari segi pangkat ke, hadiah ke, keluar paper ke, keluar tv ke. Semua tu aku tak nak, tak ingin, tak hadap pon! Cukup lah, kalau ada yang ucap TERIMA KASIH, atau TAHNIAH! That's it!.. Tak lebih dari itu pon.

Susah sangat ke nak ucap terima kasih?

Dua perkataan yang cukup pendek! ringkas! tapi mendalam sekali maksud. Mungkin ramai yang merasa terhina kot kalau ucap TERIMA KASIH pada orang. Mungkin mereka rasa apa yang kita buat tu tak seberapa so, NO THANKS!

Kawan-kawan aku terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan. Ada Architect, ada Lecturer, ada Cikgu, ada Businessman, ada Engineer, ada Surveyor dan macam-macam lagi. Tapi aku paling cemburu dengan CIKGU & LECTURE UNIVERSITY or MATRIKULASI!!! sumpah aku jealous! sebab apa?

Sebab student diorang PANDAI!! Bukan lah nak kata student2 aku tak pandai. Kita tak boleh nak nilai orang dari segi ketinggian tahap pengajian sahaja kan. Tapi aku respect pada student yang reti menghargai cikgu or lecturer diorang. Banyak yang aku baca post cikgu-cikgu or lecturer2 U/matric yang terharu dengan student diorang datang ke meja diorang ucap terima kasih sebab mengajar, mendidik, nasihat blababla.. Kadang-kadang aku pelik, aku tak buat ke semua tu dengan student2 aku???? aku kerja apa ni???

Cukup lah sekadar ucap TERIMA KASIH cik.

Bukan tak ada langsung student aku yang ucap terima kasih, ada..Tapi kebanyakkannya tak ada lah..Bila diorang habis semester pon, sometimes aku tak perasan. Tengok-tengok je kolej dah lengang. Iye lah, kadang-kadang paper last diorang bukan aku yang jaga, so tak jumpa lah student tu kan.

Entah lah, nak merungut banyak pon nanti jadi tak ikhlas, orang kata kerja mendidik ni kerja yang paling mulia!

Kadang-kadang aku selalu compare time aku jadi student dulu. Selalu jumpa cikgu/lecturer, kalau ada masa borak-borak dengan diorang, makan sama-sama kat cafe, kalau jumpa cikgu tunduk bagi salam, kalau buat salah, tau takut. Kenapa budak-budak sekarang tak macam tu? Pelik!

Ye! student kolej komuniti bukan lah terdiri dari kalangan lepasan SPM yang punya result hebat! Tapi, kita hidup bukan lah berlandaskan kecemerlangan dalam peperiksaan semata-mata. Aku sedikit pon tak pandang hina students aku yang lemah dalam pelajaran. Sebab kemahiran seseorang itu lagi penting untuk hidup kat dunia sekarang ni! kalau pandai dapat 4.00 flat sekali pon, tapi tak reti nak buat keje, tak guna jugakkan. Itu sebab aku tak berapa suka membanding-banding kan student kolej komuniti dengan student U. Sebab masing-masing ada kelebihan. Tapi aku sangat suka membandingkan dari segi sikap dan adab! Sorry to say, student kolej komuniti memang kurang beradab! aku buat tebal muka je kalau selisih dengan student, aku yang pandang diorang, aku yang senyum dengan diorang. Diorang kadang-kadang langsung tak pandang kita! Entah apa lah agaknya yang diorang pikir dalam kepala diorang. Dah hebat sangat ke bila dapat belajar kat kolej komuniti?

Kata orang, hidup ni kita kena tau menghormati dan menghargai seseorang, baru hidup kita di rahmati!

Selagi boleh bersabar, aku bersabar. Sebab aku tau, ini lah rezeki aku. Memang sangat mencabar mengajar budak-budak kolej komuniti. Jangan mengharap yang banyak sangat. Bagi banyak pengalaman pada diorang,  bagi peluang untuk diorang punya kejaya masa depan dan sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi, itu pon dah cukup! Kalau diorang tak reti nak bersyukur, itu masalah diorang. Cuma, suka aku nak ingatkan kat student kolej komuniti ni, dekat sini adalah permulaan untuk diorang menempuh hidup kat dunia ni. Kalau diorang keluar dengan result SPM semata-mata, takkan ke mana-mana. Lain lah kalau mak ayah ada business sendiri. Itu lain cerita. Kalau ada duit terlebih, belajar lah kat IPTS. Mungkin tak ada yang sakit hati sangat dengan kau orang sebab duit korang yang habis. Dekat sini dah lah ditanggung, ada biasiswa/elaun lagi pada yang layak lah. Kalau tak reti bersyukur jugak, tak tau lah. Mengajar pelajar yang sedikit dan bermasalah itu lagi susah dari mengajar di sekolah! (tapi kalau kat sekolah tu ramai yang bermasalah pon sama jugak =P)

sekian..kesian aku.. hoho..

Monday, November 21, 2011

...

satu per satu kawan2 aku dah bertunang, berkahwin, beranak, berpinak (??)...

hee..ini lah yg dikatakan rezeki. jangan lah kita mengeluh pulak bila rezeki kita ke arah itu belum sampai. Allah dah tentukan segalanya. mungkin bulan depan, mungkin tahun depan, mungkin xdapat merasa (andai kata nyawa diambil Tuhan) tapi kita wajib memanjatkan kesyukuran kepadaNya kerana diberi peluang untuk hidup di muka bumiNya ini, menjadi hambanya.

 moon+azrin, semoga jodoh korang berpanjangan hingga ke syurga..cepat2 dapat anak.. =) dan doakan utk jodoh aku plaaaakkk!!hahaha...
hehehehee...saje nak letak gambar gedik kat sini..ni majlis kahwin officemate aku..moon+azrin..dua2 officemate..pelamin diorang gojes yow!!i like!!..

Wednesday, November 16, 2011

wordless!!!!



JOGET!!JOGET!!
kahkah..
no talk, just sing a song!!
haaaaiii koranggg!!



best kan lagu kat atas...


Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku

Pergilah…

last week aku down sangat!!down giler2 lah..xtau nak cakap mcm mane.. then layan lagu ni habis-habisan.. aarrgghh!! jiwang giler kan!! nyampah..aku naik pelik lah..kenapa setiap kali kita bercinta ke, putus cinta ke, happy ke, sedih ke, mesti ada lagu disebalik kan..ko hingat ko dalam drama lestari TV3???nak ada lagu2 tema bagai?kahkahkah..aku xboleh blah betul lah benda2 mcm ni.. bukan apa, disebabkan sikap org kita yg mcm ni lah membuatkan lirik2 lagu melayu macam..aish!! xtau nak cakap lah..meh tgk video ni..


aku memang lah xreti nak komen2, komplain2 kan.. kalau aku kritik lebih2 kang, lagu2 diorang suma dah kita dgr..diorang pon dah dpt bayaran apa suma. kita??..aishh..

k lah, sebenarnye aku xada point nak menulis..huuuhh..bye..

Monday, November 14, 2011

aaaaand....here we goooooooo...

haaii...

aku rasa aku dah buat benda yang xsepatutnya aku buat, tapi aku rasa aku patut buat, kalau tak bila lagi..patut ke tak patut, benda dah jadi pon. kahkah..

ok lah, tak perlu lah aku tanya (korang rasa apa benda yg aku dah buat tu?)..x suspend pon, haha..sebenarnye aku dah bagitau mak aku yg aku nak kawen tahun depan!!!

hahaha..xmenyempat2 kan..saving pon xada lagi..actually bukan apa, sebenarnye inilah starting point aku utk terus fokus! bagi aku, selagi aku tak sebut atau xbgtau sesiapa bila aku akan kawin, aku rasa aku xakan fokus, xakan amik serious benda ni. lagi satu bukan apa, bila aku dah bagitau mak ayah aku, pastinya, PASTI!! mak ayah akan mendoakan yang terbaik utk anaknya membina masjid. betul x? bukan lah kalau xbgtau nak kawin, parents xakan mendoakan langsung, tapi bila dah diberitahu, benda dah jadi jelas!!hehe.. suka!!!! 

haahaha..gedik betul letak gambar jari kosong xbercincin

tapi, jangan terkejut!! bukan lah dalam masa terdekat aku akan kawin. itu baru persediaan mental..kahkah!! susah woo.. nak bgtau parents yg kita dah sedia nak kawin. lebih2 anak bongsu mcm aku ni ha. mak ayah aku macam rasa aku ni keciiiikk je lagi kan..haha!!sebenarnye bukan apa, aku tau kalau aku kawin, mesti mak ayah sunyi kat rumah sbb semua anak2 dia dh kawin, dah tak duduk serumah dgn parents, jarang balik. itu pasti! wlausekarang ni pon aku xduduk serumah dgn mak ayah, tp setiap hujung minggu mesti balik! tapi xpe..sejauh mana pon kite pergi, sehebat mana pon kita berada, jangan sesekali melupakan ibu bapa!

ok, jadi sekarang ni baru lah boleh nak berangan2 mcm mane nak buat dgn wedding kite kan..kahkah! geli plak aku bila nak ckap pasal wedding ni. aish!!aku xsedia lah..(pulak!!)

Sunday, November 13, 2011

FB > TWITTER

Aku ada FB, aku ada Twitter, aku ada Blog. Yg lain entah, mcm xberapa nak menyedari kewujudannya. Sign up dah bermacam2 social networking ni, tapi yg 3 ni jgk xpernah lupa.

Tapi kan, dalam semua2 ni mesti xlari dari berjumpa dengan orang yg xsenang dengan apa yg kita buat, kita tulis, kita fikir. Contoh lah kan :

di FB

nampak x??
alaa..yg kak remlah meraung bile putus cinta tu..

okay, bagi aku..sesiapa pon boleh share anything yg diorang nak sharekan..as long as bukan benda2 yg merapu, yg menjengkelkan, yg tiap 5saat post status entah pape..silakan..aku tak ada problem langsung! nama pon social networking. bersosial lah anda!, eh tak!!hee..

tapi kan..ada jugak hamba Allah yg xsenang dengan kejadian tersebut..aku rase, org yg macam ni yg ada masalah sebenarnye. What's your problem ha??..lepas tu, dia pulak yg post status kat FB, " tak paham kenapa ada org suka sgt cerita masalah kat FB"...eh, kau tu pon sedang menonjolkan masalah diri kau!! bg aku senang je.. don't take it serious sgt lah..kalau kak remlah ada masalah peribadi, dia nak share kat fb, biarkan dia.. mungkin itu cara dia nak redakan kesedihan. bukan dia mintak korang "like" status dia ke, sokong dia ke..kalau aku, aku lagi rimas kalau ada org sebok dok promote diri kat fb nak menang contest tu lah, ni lah. lagi menyampahkan, orang yg tunjuk alim x bertempat. tapi aku xnak lah nampakkan kebodohan dgn membebel kat fb suruh org stop doing such an annoying things!..nama pon social networking. hah! berapa kali dah aku sebut benda ni..

di Twitter
bagi aku, twitter adalah tempat utk korang share apa sahaja yg terlintas di fikiran korang.ha!!kat sini kalau korang nak tweet every 5sec pon xde sape kesah..sapa yg suka follow lah, xsuka unfollow..lagi sekali, jangan lah korang asyik nak mempersoalkan apa yg orang buat selagi x menyalahi apa2..everything about dunia maya is just for fun! jangan nak cari salah org sahaja,,dan jangan ingat diri kita terbaik setiap masa..walaupon kita sememangnya kene merasakan diri kita adalah yg terbaik sebagai motivasi diri, tp jangan salah guna. ok, dah merepek!

last sekali, bagi aku..selagi seseorang itu tak berada pada situasi, keadaan, peristiwa, perkara atau seumpamanya seperti orang lain, mereka xakan faham. hanya mulut mereka sahaja yg kata "FAHAM", but in reality, there're totally NOT!

Friday, November 11, 2011

PERSOALANNYA????

boleh ke kita berdoa atau memohon atau mengadu pada Allah di facebook atau twiter atau sebagainya??

perkara ni dah lama bermain2 dalam fikiran aku. ok, aku bukan nak kata SALAH berdoa atau memohon pada Allah di FB, cuma aku tertanya2, perkara itu jadi ikhlas ke x bile semua orang boleh baca apa yg kita mohon pada Allah, sepertinya macam nak menunjuk2 pulak yg kita tak lupa pada Yang Maha Pencipta. pada aku, kalau kita di dalam kesusahan atau ingin kan sesuatu, pohonlah pada Allah dalam cara yang terbaik, yang mulia. sama jugak macam kita nak pinjam barang orang ke nak pinjam duit ke, xkan nak mintak melalui fb kan.. xmalu ke??? kalau dengan manusia cepat je kita malu kan, kalau dengan Tuhan, mmm.....

antara cara terbaik, cara yang mulia untuk memohon, mengadu, berdoa pada Allah adalah dengan bersembahyang, memujiNya, mengingatiNya. solat malam, solat hajat, solat taubat, solat istikharah dan sebagainya adalah jalan terbaik untuk melakukannya. Allah maha mengetahui, maha pengasih, maha penyayang..Dia mengetahui setiap apa yang HambaNya inginkan. yang penting, kita ikhlas dalam setiap perkara, dan kita lakukan segalanya kerana Allah S.W.T...tak perlu menunjuk-nunjuk..tak perlu beritahu semua orang..

والله اعلم بالصواب

Blog, Vlog, ACTLOG?????!!!

haaaaiiiiii!!!...

korang tau apa itu blog?? (apa punye soalan ni?) sudah pasti lah korang tau kan..kalau x, mcm mane korang boleh jumpa blog aku yang hidup segan, mati pon segan..huhu..

blog adalah tempat utk korang meluahkan apa2 pendapat melalui penulisan, karangan, cetakan(?) dan seumpamanya..ramailah dah ada blog. melalui blog pon boleh femes tau!tapi, aku bukan nak jadi femes.

vlog pula tempat korang kongsi apa2 cerita melalui video, korang nak bercakap tanpa henti ke, berlakon sorg2 tukar2 watak ke. yang best akan dapat highest viewer lah kan, xsure lah dapat earning pape ke x. kalau blog, andaikata dia ada subscribed nuffnang tu, at least dpt lah beberapa sen sebulan kan..kahkah!!sangap!.. best vlog ever GOES TOOOOOOO.....MAT LUTHFI!kahkah..u memang lah..buat hari I ceria (brighten my day), then anuar hadi, maria elena..blablabla..korang search je kat youtube, jumpe lah..

ACTLOG????korang pernah dengar??hakhak..aku reka sendirik lah! xtau lah berapa ramai yg dah ada actlog ni, tapi serious! yg paling femes sampai dah jadi pelakon pon sekarang, siapa lagi, tak lain tak bukan...WE PRESENT YOU!!! CIKGU SHIDA!!!!..kahkahkah...kau ni kan, memang lah..tempias ko, sampai terkena kat aku! aku LEMPIAS kau kang baru tau!!eh, bukan lah maksudnye aku pon nak buat actlog. gile apa?, malu I tau..... haha..dia ni tak perlu menulis, tak perlu bercakap. cume perlu miming dan menari ala-ala sawan.  ops!!sorry..tapi tu dia punya bakat lah kan..

k lah, bye...

dian & ellisya

I Love both of them soooooooo muuucchh!!!!..actually, since last year aku dah terjumpe diorg kat youtube..tapi time tu, dgr lagu2 yg diorg buat cover je..and sekarang bile tgk balik, wow!!banyaknye lagu diorg composed sendiri. and it' awesome!! best giler kot!!and ya!! diorang singaporean..before this, aku xlah excited sgt dgn artis2 or talent dari sana. sebab rasa mcm biasa je kot diorg ni..and xlah ramai sgt yg popular kt malaysia kan. yg berasal dari sana and cipta nama kat malaysia tu, yes! mmg ramai...like, m. nasir, aaron aziz, dan artis2 lama yg i can't name it..

mcm mane aku terjumpa diorg? entah, main gamble2 je pilih kat youtube tu bile bosan. and tertangkap lah kat cover diorg yg 1st aku dgr, "bila cinta", kelakar kot diorang.. suara diorang best!!aku suke giler kot dgr diorg cover lagu "perfect two". lagi best kot dari auburn's..kahkah..and yes, diorang creative! xnaklah cerita banyak.. jom layan lagu2 diorang..

this is Dian's song

Dian's again..but, aku sedikit annoying dgn intro pasal cousin dia tu, kasi edit bagi buang lah..haha..

ellisya!!..

perfect!!!

k, bye..

Thursday, November 10, 2011

HOI eeeEEEnnnNNNuuuUUlllLLLLL

AKU KENE TAG..TAPI SORRY LAH BABE, AKU BARU PERASAN. KIHKIH..DAH LAMA X BUKAK BLOG..tapi..tapi..tapi..banyak sgt tapi nye, apehal??..tapi,kalau aku xnak ikut syarat2 tu boleh?nak saman, saman laah!!hahaha...

korang lahir dimana??
KAJANG (sebut mcm satey kajeeeaanngg)

apa nama timangan korang kat rumah??
ADIK KACAK! (eh, tak! adik je..hehe..)

happy tak dgn pencapaian hidup korang saat ini??
ALHAMDULILLAH..ada banyak yg perlu diperbaiki..(mode:ustazah pilihan!!)

macam mana leh kenal ngan bf/tunang/suami korang??
adoi! cerita 12tahun lepas ni, dah seabad lebih kot..hakhak..of coz lah time tu aku suci, dara lagi tau. sekarang pon dara lagi...jumpa dalam bus sekolah!!!kahkahkah!!!

apa hadiah besday paling spesel korang pnah dapat??
banyak sgt ah!!kata dah lebih seabad bercinta, xkan xde special kaaaann..tp yg aku paling suke, bukan barang lah, dia bwk aku gi makan kt tpt best!

pandai memasak??aper masakkan paling korang terer?hehe
kahkahkah!!panddaaaaiiii..aku paling terer masak sambal sardin kot! sumpah, housemate aku mmg suke aku msk tu, kalau dia tipu aku, aku xtau lah kan..

bagaimanakah anda ketika di skolah menengah dulu??ulat buku, nakal, kaki ponteng??
adoi! conflict identity kot aku dulu!hahaha..masa sekolah harian, aku mcm baik sket lah, hbs sekolah, terus balik, xdenye nak merayap kemana2, bile masuk hostel, aku mcm bangang sket!kahkah..pengaruh rakan sebaya..salahkan diorg..haha..

apa rumah sukan korang masa skolah rendah dulu??
merah!(aku paing takleh lupe bile rumah sukan aku menang, aku excited sampai tersalah cakap, "yeay!!rumah merah benang!!rumah merah benang!!" sebenarnye MENANG!)

makann kegemaran korang??
alaaaa..bosannye soalan ni..mcm biodata plak..haha..aku makan semua benda lah yg halal..

penah blind date???dimana?
yaallah!!aku pernah!!!!masa matrik!!tp aku ni, biol!!!penakut..ada ke lepas aku intai org tu dari jauh, nampak dia tak handsome terus aku xnak jumpa dia. malam tu, bile dia msg aku, knpa xdtg jumpa, terus aku xreply msg dia..kahkahkah! keji kan!!

penat tak wat entry kali ni??hahahha..
x, aku suka!! nak lagi soalaaaann... (daaa...)

Wednesday, November 2, 2011

senyum... takperlu kata apa2..senyum...


tapi, sampai bile boleh senyum?..org pijak kepala kita pon nak senyum jgk ke? orang amik kesempatan kat kita pon nak senyum ke?..org giler boleh lah senyum jeerrr....

sabar..tak perlu kata apa2..sabar...

sabar je lah yg boleh..lepas ni, kalau kau jumpa aku, aku tak senyum, maknanye kita ada problem..aku tgh bersabar. aku malas nak senyum dgn kau! mmg senyum tu sedekah, tapi senyum tipu diterima ke? baik aku diam diri je..doakan yg baik2 utk kau lagi bagus dari senyum fake depan kau!

LAIN KALI JANGAN BUAT MACAM NI!!!

Tuesday, October 11, 2011

HAAII..

tak ramai kat dunia ni yang ikhlas dalam buat sesuatu perkara. paling tak pon, mesti diorang akan cakap mcm ni.... "ada surat lantikan ke?"...."dapat sijil x?"..."dapat makan x?"..paling xtahan bile ada yang cakap ...."dapat claim/OT/duit x buat benda ni?"...walaupon selepas itu diorang akan kata, "aku ikhlas buat keje ni"..."aku ikhlas tolong kau"..."aku tak kesah pon sebenarnye joint benda ni"....benda jadi dah xikhlas kalau ayat pertama yg diorang cakap adalah yang bertanda soal tu..

dah lah tak ikhlas, lepas tu kerja asyik lah nak komen, nak kondem dan kritik apa yang orang lain dah buat..memang lah xbaik kite cakap orang tu ikhlas atau x, siapa kita nak menilai keikhlasan seseorang kan, tapi kita boleh tau seseorang tu ikhlas ataupon x melalui perbuatan, kata2 dan tingkah laku diorang..dalam dunia kerjaya, kita akan jumpa bermacam2 orang dengan bermacam2 perangai..orang boleh kata "jgn sebok hal orang lain, buat keje sendiri2...", kalau macam tu, kau bekerja utk apa?kau bekerja dengan sape?, walaupon kau ada syarikat sendiri siap mention sdn. bhd pon, kau x akan kerja sendiri..so, salah ke kalau kita nak sebok hal orang lain??, okay, sebok hal org lain ni bukan lah mcm nak tau gaji dia berapa ke, nak tau sape skandal dia ke, nak tau apa dia buat hari2 ke, tak, bukan hal yang mcm tu. tapi ini hal, betul ke x keje dia buat. kenapa dia malas buat keje? kenapa dia asyik main fb je. ha, contoh2 mcm tu lah..banyak lagi hal org lain yg kite boleh amik tau bile dah bekerja ni.. jadi, pandai2 lah berkerja..xkire yang kerja kerajaan atau swasta.

bile bukak isu pasal kerajaan atau swasta ni, ramai yang cepat melatah! biasa lah darah muda..kdg2 kan, ramai je yg marah dgn pekerja kerajaan ni. xtau lah kenapa..sama ada diorang marah dgn pekerja atau pemerintah? kalau nak kata marah dgn pemerintah, semua org pon marah, xkire sape..tukang sapu pon marah!tapi jangan lah menuduh attitude pekerja kerajaan ni paling teruk! kalau betul teruk, tak hidup orang melayu kat malaysia ni. nak tau kenapa? sbb banyak sgt kontrak kerajaan yg menggunakan khidmat syarikat melayu. boleh kata, itu syarat utama lah. kalau syarikat swasta ada nak tolong orang melayu? ni bukan isu politik ye.. yang nyata, syarikat swasta hanya mempergunakan orang melayu. kalau x percaya, tgk lah kebanyakkan kompani construction milik cina, mesti projek manager kebanyakkannya melayu. utk apa?..pikir lah sendiri....dan banyak mane lah sangat jawatan projek manager dlm satu kompani...

nak kata attitude pekerja kerajaan yang suka mengular, buat kerja lambat, asyik xde kat opis..mmg betul, dan semua tpt pon ada mcm tu..

bukan nak kata apa lah..dah rezeki seseorang tu bekerja dgn kerajaan, jangan lah sampai putus kawan pulak  dgn org kerja swasta. kdg2 aku pelik, orang cepat je klasifikasikan pekerja awam ni berfikiran kolot. dulu aku mcm tu lah, tapi bile dah ada dalam kerajaan, fikiran kita akan berubah. kalau kita asyik nak mempertikaikan hal ni, sampai bile2 lah xakan maju. peluang dalam kerajaan banyak, nak sambung belajar senang, ada elaun itu ini, cuma cepat atau lambat je..orang ramai akan berkata, pemimpin guna duit rakyat utk buat projek itu ini, pergi sana sini..lepas tu orang ramai akan bising, akan marah..tapi at least, at least lah kan, kite tau jugak mane pergi duit2 kite tu semua. yg kerja swasta, korang fikir x, duit gaji korang asal usul dia dari mane? aku bukan lah nak compare2kan kerja kerjaan/swasta ni. tapi ramai sgt yg marah dgn pekerja kerajaan. tak paham aku. kalau nak jugak, apply je lah..then, bile dah dapat, xsuke, berhenti. bukannye tak boleh. ada je member aku yg buat mcm tu..masa mule2 aku dapat kerja kerajaan pon, aku fikir mcm tu, tapi dalam apa pon yg kita buat, ada baik buruknye..belajar lah bersyukur..

dalam hidup ni, kite kene pilih pemimpin yang adil! cuma pemimpin!

Friday, August 12, 2011

assalamualaikum...

hari ni dah masuk hari ke 12 berpuasa..sekejap je kan..tu maknanya kita dah semakin dewasa, semakin berusia dan dalam erti kata lain, dah tua..oh!tidak.com...memang lah masa semakin cepat berlalu, tapi selain dari tu, kehidupan kita pon semakin hari semakin macam2.. tak sama macam 10 tahun yang lepas, masih di bangku sekolah. yang kita tahu masa tu cuma bangun pagi sarapan (itupon kalau lalu nak makan), pergi sekolah, belajar, belajar, belajar, adalah sempat 3matapelajaran sebelum rehat tengahri tu kan. nak tunggu pukul 2 balik sekolah tu, yaampun! lambat betol lah..petang, kalau rajin buat lah kerja sekolah, kalau xpon, tengok tv, kalau xpon keluar main2 dengan kawan2, kalau baik, tolong mak buat kerja rumah, kalau aktif pergi sekolah join apa2 kelab yang ada. buat lah apa2 sampai maghrib. malam memang xde buat apa2 selain buat-buat belajar depan ayah kan. pukul 10 dah masuk tido..duh!!itu lah kehidupan tiga tahun di sekolah menengah harian. bila masuk asrama, lain pulak rutinnya. tapi still rasa masa berlalu dengan lambat. bangun pagi tggu turn nak mandi sambil2 tu belek2 muka, gigi, mata apa semua lah depan sink dalam toilet, bile dah dpt turn mandi, mandi dan mandi, siap siap siap, wajib pergi breakfast dekat DM (dewan makan), nak xnak kene makan! duh!!paling aku xsuke, sebab bila makan pagi, aku mesti sakit perut lepas tu.. toilet akan jadi sasaran aku waktu pertama matapelajaran. nasib baik kelas xjauh dari toilet, masa f4 kelas aku agak jauh dari toilet kene lalu depan kelas lain, sambil tu boleh usya2 bf ensem kelas lain kan..haha..tapi bile dah xtahan sangat sakit perut, memang x terusya lah, org lain yg usya aku lari laju semacam..bila f5, kelas aku sebelah toilet je, memang rakan sejati lah kan..haha..sama jugak dgn sekolah lama, blaja blaja blaja, tapi masa f4 dan f5 ni, subjek tough sikit, add math, kimia, fizik, LK, PKA...memang study betul2 lah..xde main2 punye!sumpah!! sampai time rehat pon kdg2 xpergi kantin sbb study! gile kau! kalau x, xkan lah dapat masuk kelas intergrasi kan..haha..xtau lah ada lg ke x kelas tu kat TTJ nun ha...habis sekolah, wajib makan lagi skali kat DM, cepat2 pergi makan, cepat2 sembahyang, sebab ptg nak pergi prep. blaja blaja blaja..tapi prep ptg lebih senyap kelas nye..semua tido..haha..aku ingat lg, time prep aku paling rajin study add math je. i love add math!! hbs prep ptg, ada riadah..banyakkan ativiti, tapi itu je lah hari2..malam, study lg, sembahyang, tido dan ulang balik...

tak macam sekarang, sekarang kehidupan kita penuh!, hari2 buat benda lain. hari2 hadap benda lain, hari2 ada kejadian lain yang berlaku, hari2 jumpa orang lain. sampai xsedar tibe2 je dah tua..hoho...

sekarang tugas aku sebagai pendidik. ooohh..baru tadi aku cerita pasal aku belajar dekat sekolah kan. sekarang aku cerita pasal aku mengajar pulak..mm..kelas ada hampir setiap hari. jumpa student yang berlainan, ajar subjek yang berlainan. selain dari tu, sandang jawatan yang pelbagai. buat kerja bermacam. meeting tu, meeting ni, kursus tu, kursus ni, dan bermacam ragam manusia lagi yang aku jumpa. sampai sedar xsedar rasa macam semalam aku daftar kerja. huhu..sebelum dapat kerja mengajar kat kolej government ni, aku kerja kat private sector jap. setahun mcm tu lah..firm architect! lagi haru..hari2 buat projek berbeza2..mane tak pening! kadang2 tu boss main mintak je apa yang diorang nak..nasib baik xlama aku kat sana, kalau x memang cepat tua kot..haha..xlah, bukan aku xminat bidang architecture..tapi aku lebih memikirkan masa depan. aku mengajar sekarang pon xlari jauh dari bidang architecture..cume tu lah, skill mendesign tu dah lari2 sikit. tapi skill drawing masih ada..hehe..

kebaikkan kerja government ni macam2, xnak lah cerita semua, nanti orang ingat aku pro kerajaan lah apa lah..undi anda rahsia!! aku xnak bincangkan hal politik kat mana2 social networking yg aku ada. sebab undi anda rahsia! rahsia lah sgt kan..xrahsia pon sebenarnye..tu sebab aku xnak cerita. okay, berbalik pada kebaikkan keje government ni, salah satunye adalah kita dapat buat kerja macam2! jangan pk lain ye..pk yg positif je..contoh, sebelum ni aku study architecture, xblaja pasal kewangan pon kan. tapi bila dah masuk government ni, automatic aku tau serba sedikit pasal pengurusan kewangan, macam mana nak berurusan dengan supplier, macam mane nak buat payment dan macam2 lah..bila kita tau banyak perkara, senang bila kite nak mintak tukar ke bahagian mana2 kan.. kalau nak tukar kerja dalam government tak perlu berhenti kerja then apply baru, lain lah kalau gred atau skim yang berbeza. so, kesimpulannya aku nak tukar kerja. please!!!!! permohonan pertukaran dari dulu sampai skang macam tu je....

 okay, bye!

Thursday, August 11, 2011

assalamualaikum semua...(semua??) haha..

memang banyak benda, perkara, peristiwa yang nak diceritakan. tapi tak semuanya boleh dikongsikan. ada orang suka jadikan blog, facebook dan sebagainya sebagai medium untuk meluahkan perasaan. bagi aku, 2, 3 tahun yang lepas boleh lah buat macam tu. kita belajar dari kesilapan. jangan lah kita halang orang lain nak buat macam tu pulak. selagi apa yang diorang buat tu tak mendatangkan masalah bagi diorang, biarkan je..kalau ada pengajaran dari apa yang diorang dah buat tu, dapat menginsafkan diorang, mungkin diorang akan tau mana baik buruknya. pengalaman mematang seseorang.

ok lah, melalut pulak..ni lah jadinya bila nak update blog je, mesti tak sampai apa yang aku nak sampaikan sebenarnye. mesti terus terpesong ke topik lain. haha..

apa-apa pon, sekarang ni usia makin meningkat, semakin matang dalam berfikir, dalam membuat perhitungan dan dalam menjalani kehidupan seharian. malam tadi ada tengok satu cerita kat tv. terfikir akan satu ayat ni,

"hidup kita ni cuma ada satu hari sahaja! yang semalam dah lepas, esok lusa tak tau lagi"

Friday, August 5, 2011

minggu pertama Ramadhan dah bermacam-macam dugaan. bukan merungut. cuma dugaan di bulan Ramadhan ni tak sama dengan dugaan di bulan-bulan lain. Iyelah, bulan ni kita kena berlapar, berhaus, berbanyakkan ibadah. time ni syaitan lagi kuat menghasut manusia. dan time ni jugak lah Tuhan nak tengok kita ni mampu mempertahankan iman kita atau tidak.

itu muqaddimah..

korang rasa, korang akan marah tak kalau ada orang mempergunakan korang? mesti lah kan. at first, kita ingat dia nak tolong kita, ikhlas, tanpa ada niat lain. tapi bila sebaliknya yang berlaku, korang akan rasa macam @#$%^&...okay, sabar..sangat tidak baik kalau marah-marah dalam bulan baik ni. itu sebab aku cuma mampu luahkan dalam blog je. nak bercakap depan2, tak berani, takut jadi lain pulak. nak bercerita dengan orang lain, takut jadi fitnah pulak. so, aku luahkan je lah kat sini, ada ke x orang baca, terpulang lah..at least kalau ada TERbaca, mesti diorang akan TERfikir jugak.

aku bukannya takde kerja. mengajar merupakan kerja utama aku kat sini. seminggu 20jam aku kene mengajar. walaupun kelas utama yang aku pegang 8jam je, tapi kelas yang aku assist pon aku masuk jugak. dah jadi t/jawab sebagai pensyarah kelas. kalau ada yang buat silap nanti, aku jugak yang susah. tapi kerja aku bukan tu je, kerja pembangunan aku jalankan jugak. walaupon tak banyak..walaupon aku dah serik buat kerja pembangunan..walaupon aku suka buat kerja pembangunan..tapi, aku tetap buat. kerja jadual waktu walaupon bukan tiap masa, tapi kalau ada perubahan, time tu beribu satu macam perasaan aku akan alami. yang sorang ni taknak mengajar tu lah, yang sorang ni nak tu lah nak ni lah..bukan aku nak merungut, nak huraikan satu-satu kerja aku buat, bukan. selagi aku suka buat kerja tu, aku akan buat. selagi tak mendatangkan masalah besar, aku akan buat. contoh time beli barang untuk kelab kesenian, memang banyak masalah! tapi aku suka buat kerja tu, at least belajar s/thing dari kejadian tu. tapi bila ada yang mula timbulkan masalah time bekerja, aku sangat tak suka. macam mula-mula aku cakap tadi, ada orang nak mempergunakan diri kita!

dah lah, this is the first and the last time aku buat macam tu!

p/s: aku serba salah lah..kita kan kawan.. :(

Tuesday, July 19, 2011

Hei Perempuan!!!

haaii..lama tak update!, lama gile kot..tapi sumpah! takde siapa pon tunggu entry kau..haha..

eh, betul ke perempuan lebih berusia susah atau enggan nak mendengar atau menerima pandangan atau pendapat perempuan muda??i think ia terjadi kepada semua, even aku pon sometimes susah nak terima pandangan orang lagi muda..kenapa jadi mcm tu ye?

Friday, April 15, 2011

ya Allah, apa ni??apa semua ni?? aku tak boleh nak concentrate buat kerja!!! satu persatu masalah datang.. bukan aku dah tak sayang, bukan dah tak suka, tapi aku ego!!!tapi, seego ego aku pon, tak lah sampai nak menghilangkan diri! nak tutup FB! nak tukar nombor phone! nak tukar semua2!! TAK!!

orang selalu kata, kalau kita nasihatkan orang lain, senang. macam2 kata2 semangat kita bagi kat orang tu, remind dia macam2. jangan benci kan orang...bersabar...doakan yang terbaik utk orang tu...ingat Allah...ingat balik kenangan2 dengan orang tu...macam2 lagi lah..macam kita ni ustazah! macam kita ni perfect! macam kita ni tau semua! macam kita ni baik sangat!!

tapi, bile benda sama jadi pada diri kita????apa aku kena buat???aku blank! serious aku rasa dumb sangat!!kenapa boleh jadi mcm ni???bukan aku takde perasaan kesian, simpati ke apa! tapi aku perlukan masa. please, don't make me depressed! I know U feel the same thing too, but don't let yourself down!

okay, ni bukan drama.bye!
aku serba salah..aku rasa bersalah..salah aku ke???kalau aku dibuang, aku pon boleh membuang. tapi..............

semuanya bermula dari salah faham, bukan ini yang kitorang nak. memaki hamun sesama sendiri. aku benci macam tu! tapi itulah namanya kesabaran ada had. kita tidak bersifat maksum. bila kesabaran hilang, macam2 boleh terjadi. aku tak tau nak buat apa.........

please forgive me..........................

Tuesday, April 12, 2011

hidup dalam kepura-puraan itu sangat menyakitkan!!!

Orang kata, kalau kita makan sepinggan atau kongsi-kongsi makanan, hubungan akan lebih akrab atau mesra.. Benar, tak bohong!!

p/s : itu sebab aku tak mesra dengan sesiapa, mungkin sebab aku tak suka kongsi-kongsi makanan. hee...
tapi, jangan lah percaya sangat. sebab kemesraan yang terjalin antara individu tu bukan bergantung pada perkongsian makanan semata-mata. tetapi lebih kepada saling mempercayai dan hormat menghormati. kalau kita pandai jaga hubungan sesama rakan, walau makan dalam pinggan asing-asing pun masih boleh kekal lama sesebuah persahabatan tu.. mungkin kaitan makanan dengan perhubungan tu sama dengan kaitan makanan dan manusia lah. mana boleh hidup tanpa makanan kan. jadi, jika ada makanan, insyaallah hidup akan lebih lama. tetapi, disebabkan makanan juga kita mudah sakit. oh, ok lah dah macam masuk topik kesihatan pulak. jadinya, tak kisah lah nak kongsi-kongsi makanan atau pun tidak, kalau kita tak selesa kongsi-kongsi makanan, tapi kita boleh menjaga hati dan perasaan kawan kita, itu pon dapat mengekalkan persahabatan kan.

p/s/s : susah sebenarnya nak jaga hati orang!!! once perasaan kita dipermainkan, sampai bila2 kita akan ada bad impression kat orang tu kan. jadi untuk itu, kita harus lah berpura-pura agar hati kita sentiasa nampak kuat! dan kita mampu menjada hati orang lain jua walau kenyataanya, susah kita nak terima.

Monday, April 11, 2011

muhasabah diri

Ya Allah Ya Tuhanku..
semoga semua yang aku lakukan dengan niat keranaMu, 
Engkau berkatilah, redhailah dan permudahkanlah..


teringat seungkap kata yang diucapkan oleh seorang teman

"Sewaktu Kita Lahir, Kita Diazankan/Diiqamatkan, 
Dan Sewaktu Kita Mati, Kita Disembahyangkan,
Sesungguhnya Jarak Antara Azan Dan Sembahyang 
Tersangatlah Hampir" 

..renungkan lah.. 

Sunday, April 10, 2011

Langkawi

assalamualaikum....
layan jap ye lagu ni...

haaii..mari menjulingkan mata melihat gambar yang super banyak ni!!tapi kali ni I rajin sikit, I composed beberapa keping gambar menjadi satu! hehe..
oh, sebelum terlupa, ini merupakan academic trip untuk student2 pelukis pelan senibina, KKJNS.. bukan lah trip suka2 buang masa buang duit. TIDAK sama sekali. tapi, sambil menyelam kan mesti lah terminum air..hehe..as usual, architecture student dengan trip memang tak boleh dipisah kan! itu muktamad! tapi student kena bijak lah. trip bukan sebarangan trip. mesti kena ada kerja yang perlu dibuat. memandangkan student ni semua mengambil sijil, maka kami turut mengambil kira kebolehan mereka. kerja yang diberikan pon bersesuaian dengan taraf mereka. tidak lah kami memberi kerja yang sama macam student degree. tapi tetap beri pendedahan tentang architecture. contohnya tugasan macam sketching, buat site analysis dan measured drawing. tapi bukan lah measured sebuah rumah! cuma struktur kecil je. ok lah, kitorang pergi 3hari, 4malam..pelik kan, biasanye 4hari, 3malam..hehe..bertolak ahad malam, naik bus, journey sepanjang hampir 9jam!!kematu jugak lah..adoi!!balik rabu malam...
jom, tonton gambar..

 ni dalam ferry otw ke langkawi..sebenarnye I dah lama gile kot tak pergi langkawi, last masa darjah 3, itu pon ikut rombongan kawan2 mak I,,huhu..hampir 17tahun kot tak pergi..dah lupa dah mcm mane rupe langkawi masa tu..yang ingat masa tu I excited gile naik ferry!!haha..tapi ferrynye tak berubah sangat dengan 17tahun yg lalu..huhu..

 sampai je langkawi terus hantar budak2 ni buat site analysis. memang tingtong lah kan!dengan tak cukop tidurnya.haha..that is architecture = architorture! actually ada cerita geram sesampai je kat jetty langkawi tu. tapi malas lah nak cerita kat sini. we need fun!!

presentation tepi pantai! langkawi is very hot!! 
okay, jom berhibur selepas selesai berkerja..lalalala....ini di cable car machincang! serious I TAKUT!!.. but I've made it to the top!!!syabas!!
 ouh!! nampaknye gambar berhibur lebih banyak dari gambar bekerja..haha..nak buat mcm mana, time bekerja tak sempat nak bergambar kaann..=P

 okay, ni hari kedua..teruskan bekerja ye anak-anak..hee..first pergi LADA, then Makam Mahsuri, then.....................

 yeeehhaaa..island hopping!!serious happy!!

 okay, ni hari last..saje jalan2 pergi laman padi..tapi malangnye padi belum masak, so, pergi tengok2 tempat yang menarik dan ambil2 gambar..

okay dah..jom pulang..hopefully all of u have got something useful from langkawi instead of having fun together and unforgettable memories!  

Thursday, April 7, 2011

anak bongsu tu manja???

haaaaiiiii...

baca dah tajuk kat atas?? aku berani kerat jari lah kalau orang cakap semua anak bongsu tu MESTI manja!! kenapa? tak caya???

tolong lah betulkan pemikiran tu sikit ye. kalau orang cakap macam katak bawah tempurung, melatah pulak. tapi kenyataannya macam tu lah. sama lah macam orang dok pikir orang kampung tu kuno, orang kampung tu ketinggalan, orang kampung tak tau guna internet..eh, hellooo, I orang kampung tau, masa darjah 3 rumah I ada internet, I dah kenal dah apa tu chatting2, siap main tipu2 identiti tapi terbagi pulak no.phone rumah yg betul kan. bile orang tu call, ha kau!! takut giler!!haha...

aku anak bongsu, anak last, tak ada adik, aku lah adik. sampaikan bila dah umur menjangkau jubli perak pon orang dok panggil adik lagi.hehehe.. feel young every day but not pampered! aku tak pernah dimanja dan aku tak suka dimanja! aku pelik kenapa anak bongsu selalu dikatakan manja. kenapa ye? sebab dia yang terakhir, jadi mak ayah sayang lebih? kenapa pulak?? yang pertamalah patut disayang lebih sebab dia yang menjadi bukti kasih sayang antara ibu dan ayah selain menjadi bukti cinta sejati kedua ibu bapa. mungkin jugak yang terakhir tu sebab dah tak ada lagi selepas mereka kot. tapi mana boleh macam tu. kesian lah yang kat kedua, ketiga, keempat. semua adik beradik sama je. itu sebab mak ayah aku tak pernah nak amalkan konsep manjakan anak bongsu. aku tiap2 hari kena marah, kerja rumah semua aku buat, tiap hujung minggu balik rumah ada je kerja kena buat.

aku rimas dengan orang yang tak nak ubah pemikiran diorang ni. jangan lah ingat kalau anak last tu mesti manja, lepas tu nak layan kena baik2, lepas tu mesti ingat anak last ni hati kaca, cepat tersentuh lah, cepat merajuk lah..aku rasa sifat macam tu bukan pada anak last je, semua orang ada perasaan. boleh tak kalau dalam perbincangan tu jangan nak libat kan pasal kedudukan dalam adik beradik contohnye "oh, dia anak last, memang macam tu..", " biar lah dia, budak2 lagi, tak matang..", "aku tak boleh masuk lah dengan dia, aku anak sulung, dia anak bongsu, kepala kitorang tak sama"...blablabla...

ermm, k lah..anak bongsu nak masuk tido..

p/s : anak bongsu yang sorang ni sgt pandai berdikari!!hee..
p/s/s : anak bongsu yg sorang ni tak suka merajuk2, tu sebab dia tak reti nak memujuk..=P
p/s/s/s : anak bongsu yang sorang ni lebih suka bersendirian sebab dia suka buat keputusan sendiri.
p/s/s/s/s : anak bongsu yang sorang ni tak suka kongsi masalah dengan orang lain sebab dia TAK MANJA!!

Wednesday, April 6, 2011

Assalamualaikum.. Waktu entry ni aku tulis,dalam bus OTW nk balik N9 dr Langkawi..ada academic trip..tapi hati rasa xsenang..sakit sgt!! Aku terasa hati..sampai rasa nak pekak kan telinga butakan mata,kering kan hati.mulut dah lama membisu..kt luar tingkap dh gelap sgt,segelap perasaan aku sekarang ni..kenapa susah sgt nk luah kan kt org lain. Org lain?? Siapa??? K lah.. Mari berdoa.. Ingat nak cuti dua hari ni, tp keje banyak...jom lah kita berpura2.. Yeay!!!!

Wednesday, March 30, 2011

kita tiada beza, kita sama saje...

assalamualaikum..

tiba-tiba hari ni fikiran asyik memikirkan tentang sesuatu yang aku perlu hadap hampir hari-hari. 5hari dalam seminggu aku perlu menghadapinya. bukan lah mengenai kelas atau anak murid. itu sebahagian daripada tanggungjawab. oh! bila cakap pasal anak murid, tiba-tiba teringat tentang permintaan seorang anak murid untuk meluahkan masalah dia kat aku. serious, aku terlupa sangat!! bukan lah aku tak concern tentang anak-anak murid aku, tapi kerja kebelakangan ni agak banyak. sekarang ni pon time buat entry, tengah tunggu download sketchup sebab esok ada class, aku dah cakap dengan student tadi, esok nak buat teori sikit, jadi aku nak tunjukkan melalui 3D drawing lah. laptop baru format sebab kena virus, jadi semua kena install balik. esok, insyaallah time rehat nak jumpa student tu lah. rasa bersalah pulak bila biarkan dia macam tu je..

berbalik pada fikiran aku yang asyik pikir pasal perkara yang aku kena hadap 5hari dalam seminggu tu, buat aku bertafakur sekejap selepas solat maghrib tadi. keadaan semakin teruk bak kata seseorang yang aku perlu jumpa selama 5hari seminggu sejak 2tahun ni. kenapa semua ni terjadi??apa puncanye??salah ke kehadiran kitorang kat tempat tu??oh! tak boleh nak libatkan semua orang, jadi aku perlu state diri aku seorang je.. salah ke kehadiran aku kat tempat tu?? macam tak diterima jer..dingin sangat..aku memohon pada Tuhan

"Ya Allah, Kau ampuni lah dosa-dosa ku selama aku hidup di duniaMu ini, selama aku berada di tempat ini..ampunilah mereka semua Ya Allah, lindungilah mereka Ya Allah, kasihanilah mereka Ya Allah..sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..jadikan lah kami insan yang bersyukur padaMu Ya Allah, semoga antara kami akan berbaik-baik suatu hari nanti Ya Allah.. jauhilah kami dari hasad dengki sesama sendiri Ya Allah, jauhilah kami dari sifat benci membenci sesama manusia Ya Allah, jauhilah sifat takbur dan riak dalam diri kami Ya Allah.. sesungguhnya kepada Engkau sahaja aku memohon, dan Engkau sahaja Penentu segalanya. Amin, Ya Rabbal 'Alamiiinn.."

oh, dah siap download..bye..
assalamualaikum...

Tuesday, March 29, 2011

march

HAAAII!!!!
blog aku bukan lah blog yg menceritakan tentang tekanan tempat kerja atau tempat melepaskan geram. siapa yang sempat baca entry sebelum ni yang telah didelete, itu sekadar luahan perasaan yang tidak akan diulang tayang. hanya di publish untuk 3hari sahaja..hehe, dan pada mereka yang dituju khas entry tersebut, saya memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki dengan ayat2 yg kurang menyenangkan. takut tak sempat nak mintak maaf andai esok lusa nyawa ditarik oleh Pencipta. rasanya orang tersebut ada baca kot, sebab FB nya telah diset private.. saya mintak maaf banyak2..(-__-)..

okay, switch mood!!

jom ulang semula beberapa aktiviti saya sebelum2 ini yang banyak tak dikongsi bersama kawan2. kalau sebelum2 ni rajin jugak upload gambar dalam FB kan, tapi skang dah malas. =P

 pada 12-15 mac yang lepas, aku pergi UM, buat promosi E-Tech sempena program Gerak Usahawan IPT. overall, event yang sangat membosankan! dan boleh dikategorikan sebagai failed/ syok sendiri..huhu..sorry to UM..(-_-).. bukan apa, program tu dia macam satu program untuk pelajar terutama yang minat bidang business sebab dia ada banyak sangat talk untuk didengari. manakala, di bahagian luar pula ada pameran dan jualan daripada IPTA2 yang dijemput. tetapi malangnye, sambutan dari segi talk sangat tidak memberansangkan begitu juga jualan dan pameran. tak tau lah mana silapnye. maybe dia tak libatkan sepenuhnye student UM especially dari faculty business or s/thing related. (tak sure UM ada ke x field ni). kalau nak harapkan student luar yang dijemput je utk dengar talk, memang diorg susah lah nk bg kerjasama kan. event bukan calang2, siap menteri tu yang datang. bukan apa, student luar tu pon kebanyakkannye dipaksa dtg. jadi, tau2 je lah kan..kalau korang dipaksa dtg utk dengar talk 2/3 jam pon korang dah mabuk2 kan..aku saje try masuk dgr satu talk tu, tak sampai 5minit, aku dah tido!choi!!..lepas tu plak, bile student2 ni tak masuk, urusetia UM ni tadi siap buat announcement bape juta kali entah suruh masuk pastu siap ugut2 kalau tak masuk attendance tak diambil lah. haha.. kalau dia libat kan student UM sendiri wajib hadir talk tu, at least nampaklah kesungguhan kat sana kan. dah lah, taknak bebel pjg2.. bukan event kitorg pon..hee..jom tgk gambar..





20mac pulak, seharian habis kan masa dengan family terchentaa!!!..lepak rumah angah kat putrajaya, dia ajak lunch kat rumah dia sebab dia bru beli perabot baru! fuiyooh!!everything cavenzi!! putih merah lah plak kan! lunch hari tu memang terbaek dari angah lah kan..hahaha..siap ada lala goreng berlada, mane nak dapat? kat kedai makan je biase order, nak beli sendiri masak sendiri, memang mintak ampun lah.. ptg lepak tengok belon udara panas sampai malam..satu hari yang panjang yang sangat mengujakan! mlm pergi makan kat perantau hill??wah!!perantau ke kau? =P

ops, tertinggal 19mac! beli belekberi yow!!hehe..tak nak ah nnti org kata ketinggalan kan sebab tak pakai gadget2 terkini ni. pakai handphone pon sebelum ni zaman tok kadok punye. aku sebenarnye malas nak pakai yang nampak macam gempak2 sangat padahal dalam poket, habuk je!!hehe..lagipon bukan lah kepentingan sangat barang2 mcm tu, kalau setakat nak sama mcm member aku tak meroyan sgt pon. baik aku gunakan duit aku tu pergi makan ke, beli baju ke, jalan2 ke..hee..tapi, dah duit datang bergolek, nak jugak lah merasa kan. nanti tak lah aku tersengeh2 lagi bile org dok cakap, "hoi!hp student ko lagi canggeh lah!!" hahaha..eh, sape kata ada orang hadiah kan blackberry tu?takde lah..aku beli sendiri. mr.bf tukang pilih kan jer..hee..sebenarnye MAK aku yang baik hati yang tolong golek2 kan duit tu..hehehehe...okay, skang saya dah slalu update status Fb, dan semakin rajin upload gambar dan yang pasti, boleh keep chatting dengan member gosip hari2!!hehe..

25 mac, hadir mesyuarat agung tahunan PUSPANITA cawangan KPT 2011! wow! wanitanye I...hehe..okay, lepas ni boleh isi borang daftar keahlian, sebab banyak aktiviti atau program dia yang best2!!

 bertempat di auditorium, putrajaya
dirasmikan oleh KSU, KPT
 see! bosan..haha, tapi yg kanan tu happy sebab time tu tgh mengundi!
 me and kakak nekma!!haha..

26 mac!!! for the first time in my life! aku pergi tengok teateeeehh!!!!yeah!. jakun tak?haha..biar lah lambat kan, asalkan dapat jugak aku meninggalkan kepanasan p******ng aku kat IB tu..he..seronok sangat tgk teater, dan bleh tak say bye to cinema?hahaha..poyo!.oh! aku pergi tgk teater Lat Kg. Boy Sebuah Muzikal. tak tau lah nak buat sinopsis macam mane. kesimpulannye teater LKBSM ni enjoy lah tgk, cuma bile part atilia je, mcm boring sket..overall 8/10!! suke awie!! eh!, dalam LKBSM pon ada penangan hantu k.limah balik rumah tau. tapi bile atilia yg sebut "cecite..cecite.." tu, ahh! annoyingnye! suke watak2 yang ada dalam kg.boy, mcm ms.hew, ayah mat, emak mat..sebijik mcm dalam kartoon dan komik! (walaupon watak2 tu memang wujud, tapi kite kan lebih kenal watak katun)hee..tapi teater tu bukan lah adaptasi sepenuhnye dari kartun kg.boy kat astro ceria tu, dia cerita tentang Lat dari kecik sampai besaar! da, pak samad! love you!!!hahahaa..luc** memanjang!..






27mac!!hari bersama danish!! danish balik kampung!!!dia dah semakin besar, semakin pandai, semakin comel!! best sangat main2 dengan dia sampai tak kire hari tu hari paling panas dalam hidup. iye! hari ahad lepas, semua orang merungut kepanasan! hee..manusia, mane reti bersyukur..=(, bawak danish pergi makan ice room! dia sangat suka ice cream!, main..main..main..sampai dia tak boleh main lagi dah, tertidur kepenatan.




march terasa panjang sangat. dengan bermacam2 aktiviti, bermacam2 dugaan, bermacam2 kerja..bulan yang hectic!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...