Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 13, 2011

OMBAK RINDU

Aku dah tengok #OMBAK RINDU.

Aku suka! Suka sangat!!
Tak tau apa yang aku suka. Mungkin lagu ombak rindu (adira vs hafiz) tu best kot! Atau mungkin sebab cinematography dia cun! Rumah diorang berlakon tu best! That's it!! Itu je..Yang lain2, jalan cerita dia macam biasa lah, tak setanding novel pon kan. Tapi tak lah seteruk Lagenda Budak Setan penyampaian dia. At least, aku dapat menghayati jugak lah filem ni, daripada LBS tu yang entah pape! Nampak macam nak ikut sangat cerita novel yang memang thrill giler lah kan! Eh, tadi kata ombak rindu tak setanding novel, LBS pulak nak ikut novel sangat. Mana satu ni?haha..

Pada pendapat aku lah kan, novel LBS memang hebat lah cerita dia, bile baca kita dah dapat bayangkan mcm mane kesengsaraan Ayu tu, macam mane cantiknya Ayu tu, handsomenya Kashah tu, jahatnye Azmi tu. Semua watak memberi kesan lah. Tapi filem dia, mcm kosong! sebab nampak sangat mencuba! yang watak Ayu terjerit-jerit, watak Azmi mcm buat-buat garang, Kashah mcm lembik semacam konon macho! Tak best langsung kot! Siap boleh plak buat series urk cerita tu, xperlu lah..

Ombak rindu, aku mengaku aku tak baca novel dia, tapi dari cerita member2 yang dah baca, filem dia banyak potong dari cerita novel tu. Tapi diorang still kata jalan cerita filem tu not bad lah. Aku yang tak baca novel tu pon boleh menghayati watak Izah yang jadi mangsa pakcik dia, Hariz yang mula-mula memang takde perasaan langsung pada Izzah ,lama-lama dia suka tapi watak dia tu menjadi lah..Takde lah secara tiba-tiba sangat. Watak Mila yang jadi mangsa keadaan, mak Hariz yang tak suka pada Izzah, semua dilakonkan dengan smooth je. Takde nak terikut-ikut atau terbuat-buat. 

Cuma itu lah, ada yang berpendapat cerita melayu ni banyak unsur-unsur pengalaman tragedi dalam masyarakat barat. Senang cerita, filem atau drama melayu tak ada identiti sendiri tak ada falsafah sendiri. Cerita melayu sepatutnya menerapkan nilai-nilai melayu, unsur-unsur Islam dalam penceritaan tapi sekarang dah terbalik. Bagi aku yang buta seni, memang aku tak berapa nak tengok benda-benda tu semua dalam mana-mana filem atau drama. Bukan bermakna golongan macam aku ni mudah ditipu dengan cinematography, pengcahayaan, lakonan, pengarahan semata-mata. Penerimaan kita berbeza. Bukan bermakna buta seni kita tak boleh nak nilai filem tu macam mane. Bukan bermakna kita terima sahaja jalan cerita tu, kita ikut apa ending cerita tu. Tak, bukan macam tu. Dalam sesebuah cerita ada ending yang clear, ada ending yang kita kene pikir sendiri dan ada ending tergantung. Kalau nak buat cerita semua lengkap, sempurna bukan drama namanya!  

Itu sahaja dari aku.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...