Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Friday, March 16, 2012

hari ini

hari ni jumaat, hari yang penuh barakah..tapi awal2 pagi mood dah spoiled! masuk kelas dah marah2 student. which is perkara yang aku paling xsuke buat! dah lama tak marah student. masa awal2 mengajar dulu rajin jgk marah2, but i found that is not the best way to teach. diorang bukan budak sekolah rendah, dah habis sekolah menengah pun, so sepatutnya umur macam diorang ni dah cukup didikan moral. sekarang ni masa untuk diorang kejar cita2. give them the real situation on work. bukan membebel-bebel masuk telinga kanan, kuar telinga keling, eh tak! telinga kiri.. tapi hari ni tak tau lah..mungkin sebab keadaan kesihatan ditahap mendukacitakan, rasa apayg diorang buat semua tak betul..hurmm.. yaallah, ampunilah daku, ikhlas kan lah hatiku dalam menjalankan tanggungjawabku. aamiinn..

Wednesday, December 7, 2011

Terima Kasih!!

Assalamualaikum...

Aku bukannya tak reti bersyukur. Tapi aku cuma manusia biasa, yang kadang-kadang aku rasa macam nak dihargai. Sedikit cukup lah. Jangan tipu kalau korang dah buat sesuatu perkara tu, korang tak kesah kalau tak dapat langsung penghargaan dari seseorang. Penghargaan yang maksudkan bukan lah dari segi pangkat ke, hadiah ke, keluar paper ke, keluar tv ke. Semua tu aku tak nak, tak ingin, tak hadap pon! Cukup lah, kalau ada yang ucap TERIMA KASIH, atau TAHNIAH! That's it!.. Tak lebih dari itu pon.

Susah sangat ke nak ucap terima kasih?

Dua perkataan yang cukup pendek! ringkas! tapi mendalam sekali maksud. Mungkin ramai yang merasa terhina kot kalau ucap TERIMA KASIH pada orang. Mungkin mereka rasa apa yang kita buat tu tak seberapa so, NO THANKS!

Kawan-kawan aku terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan. Ada Architect, ada Lecturer, ada Cikgu, ada Businessman, ada Engineer, ada Surveyor dan macam-macam lagi. Tapi aku paling cemburu dengan CIKGU & LECTURE UNIVERSITY or MATRIKULASI!!! sumpah aku jealous! sebab apa?

Sebab student diorang PANDAI!! Bukan lah nak kata student2 aku tak pandai. Kita tak boleh nak nilai orang dari segi ketinggian tahap pengajian sahaja kan. Tapi aku respect pada student yang reti menghargai cikgu or lecturer diorang. Banyak yang aku baca post cikgu-cikgu or lecturer2 U/matric yang terharu dengan student diorang datang ke meja diorang ucap terima kasih sebab mengajar, mendidik, nasihat blababla.. Kadang-kadang aku pelik, aku tak buat ke semua tu dengan student2 aku???? aku kerja apa ni???

Cukup lah sekadar ucap TERIMA KASIH cik.

Bukan tak ada langsung student aku yang ucap terima kasih, ada..Tapi kebanyakkannya tak ada lah..Bila diorang habis semester pon, sometimes aku tak perasan. Tengok-tengok je kolej dah lengang. Iye lah, kadang-kadang paper last diorang bukan aku yang jaga, so tak jumpa lah student tu kan.

Entah lah, nak merungut banyak pon nanti jadi tak ikhlas, orang kata kerja mendidik ni kerja yang paling mulia!

Kadang-kadang aku selalu compare time aku jadi student dulu. Selalu jumpa cikgu/lecturer, kalau ada masa borak-borak dengan diorang, makan sama-sama kat cafe, kalau jumpa cikgu tunduk bagi salam, kalau buat salah, tau takut. Kenapa budak-budak sekarang tak macam tu? Pelik!

Ye! student kolej komuniti bukan lah terdiri dari kalangan lepasan SPM yang punya result hebat! Tapi, kita hidup bukan lah berlandaskan kecemerlangan dalam peperiksaan semata-mata. Aku sedikit pon tak pandang hina students aku yang lemah dalam pelajaran. Sebab kemahiran seseorang itu lagi penting untuk hidup kat dunia sekarang ni! kalau pandai dapat 4.00 flat sekali pon, tapi tak reti nak buat keje, tak guna jugakkan. Itu sebab aku tak berapa suka membanding-banding kan student kolej komuniti dengan student U. Sebab masing-masing ada kelebihan. Tapi aku sangat suka membandingkan dari segi sikap dan adab! Sorry to say, student kolej komuniti memang kurang beradab! aku buat tebal muka je kalau selisih dengan student, aku yang pandang diorang, aku yang senyum dengan diorang. Diorang kadang-kadang langsung tak pandang kita! Entah apa lah agaknya yang diorang pikir dalam kepala diorang. Dah hebat sangat ke bila dapat belajar kat kolej komuniti?

Kata orang, hidup ni kita kena tau menghormati dan menghargai seseorang, baru hidup kita di rahmati!

Selagi boleh bersabar, aku bersabar. Sebab aku tau, ini lah rezeki aku. Memang sangat mencabar mengajar budak-budak kolej komuniti. Jangan mengharap yang banyak sangat. Bagi banyak pengalaman pada diorang,  bagi peluang untuk diorang punya kejaya masa depan dan sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi, itu pon dah cukup! Kalau diorang tak reti nak bersyukur, itu masalah diorang. Cuma, suka aku nak ingatkan kat student kolej komuniti ni, dekat sini adalah permulaan untuk diorang menempuh hidup kat dunia ni. Kalau diorang keluar dengan result SPM semata-mata, takkan ke mana-mana. Lain lah kalau mak ayah ada business sendiri. Itu lain cerita. Kalau ada duit terlebih, belajar lah kat IPTS. Mungkin tak ada yang sakit hati sangat dengan kau orang sebab duit korang yang habis. Dekat sini dah lah ditanggung, ada biasiswa/elaun lagi pada yang layak lah. Kalau tak reti bersyukur jugak, tak tau lah. Mengajar pelajar yang sedikit dan bermasalah itu lagi susah dari mengajar di sekolah! (tapi kalau kat sekolah tu ramai yang bermasalah pon sama jugak =P)

sekian..kesian aku.. hoho..

Sunday, April 10, 2011

Langkawi

assalamualaikum....
layan jap ye lagu ni...

haaii..mari menjulingkan mata melihat gambar yang super banyak ni!!tapi kali ni I rajin sikit, I composed beberapa keping gambar menjadi satu! hehe..
oh, sebelum terlupa, ini merupakan academic trip untuk student2 pelukis pelan senibina, KKJNS.. bukan lah trip suka2 buang masa buang duit. TIDAK sama sekali. tapi, sambil menyelam kan mesti lah terminum air..hehe..as usual, architecture student dengan trip memang tak boleh dipisah kan! itu muktamad! tapi student kena bijak lah. trip bukan sebarangan trip. mesti kena ada kerja yang perlu dibuat. memandangkan student ni semua mengambil sijil, maka kami turut mengambil kira kebolehan mereka. kerja yang diberikan pon bersesuaian dengan taraf mereka. tidak lah kami memberi kerja yang sama macam student degree. tapi tetap beri pendedahan tentang architecture. contohnya tugasan macam sketching, buat site analysis dan measured drawing. tapi bukan lah measured sebuah rumah! cuma struktur kecil je. ok lah, kitorang pergi 3hari, 4malam..pelik kan, biasanye 4hari, 3malam..hehe..bertolak ahad malam, naik bus, journey sepanjang hampir 9jam!!kematu jugak lah..adoi!!balik rabu malam...
jom, tonton gambar..

 ni dalam ferry otw ke langkawi..sebenarnye I dah lama gile kot tak pergi langkawi, last masa darjah 3, itu pon ikut rombongan kawan2 mak I,,huhu..hampir 17tahun kot tak pergi..dah lupa dah mcm mane rupe langkawi masa tu..yang ingat masa tu I excited gile naik ferry!!haha..tapi ferrynye tak berubah sangat dengan 17tahun yg lalu..huhu..

 sampai je langkawi terus hantar budak2 ni buat site analysis. memang tingtong lah kan!dengan tak cukop tidurnya.haha..that is architecture = architorture! actually ada cerita geram sesampai je kat jetty langkawi tu. tapi malas lah nak cerita kat sini. we need fun!!

presentation tepi pantai! langkawi is very hot!! 
okay, jom berhibur selepas selesai berkerja..lalalala....ini di cable car machincang! serious I TAKUT!!.. but I've made it to the top!!!syabas!!
 ouh!! nampaknye gambar berhibur lebih banyak dari gambar bekerja..haha..nak buat mcm mana, time bekerja tak sempat nak bergambar kaann..=P

 okay, ni hari kedua..teruskan bekerja ye anak-anak..hee..first pergi LADA, then Makam Mahsuri, then.....................

 yeeehhaaa..island hopping!!serious happy!!

 okay, ni hari last..saje jalan2 pergi laman padi..tapi malangnye padi belum masak, so, pergi tengok2 tempat yang menarik dan ambil2 gambar..

okay dah..jom pulang..hopefully all of u have got something useful from langkawi instead of having fun together and unforgettable memories!  

Friday, January 28, 2011

miscommunication punye pasal!!

adoilaa..mati aku!!tu lah, orang2 lama dah cakap, terlajak kata memang buruk padahnya!!!bila dah terkena batang hidung sendiri, baru lah rasa nak sepak je org yang suka2 ubah peribahasa ni jadi terlajak type boleh delete lah, terlajak nyanyi boleh pause lah..ni memang betul2 punya terlajak ni!!sampai kau rasa nak muntah hijau tak tau nak letak muka kat mana...

adoilaa..salah aku ke?salah budak tu ke?entahlah..macam mana nak start kongsi cerita ni..

okay, macam ni lah..aku bagi msg kat budak tu

aku: awak, ada masa free tak hari ni?boleh tolong saya cari quotation untuk alat2 muzik tu hari ni. ambik yang standard jer...

okay, itu msg yang aku hantar kat budak tu..apa yang korang paham?..aku nak quotation alat muzik kan..maknanya sebut harga kan..

then, setelah beberapa jam tunggu, budak tu call aku kata dia dah dapat harga untuk alat2 muzik tu.. RM6000++..then aku kata, boleh dapat lagi murah x?..sebab kita nak compare harga dengan kedai2 lain..

tungu punya tunggu, budak tu msg aku

dia: barang dah dapat, harga paling rendah dia bagi RM 5300, nak ambik barang tu malam ni pon boleh!

aku: eh!jgn ambik dulu..saya cuma nak tau harga jer..

dia: alamak, macam mana ni!barang dah order..

GULP!!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

dia: boleh tak call org tu..saya tersilap bagi information!

aku:......adoilaa..mati la aku!!

then, untuk tidak mencelarukan lagi keadaan, aku pon call lah org tu..terang kan hal sebenar yang sebenarnye, aku baru nak cari harga alat muzik sebab nak hantar kat pihak atasan blablabla...bile duit dah turun, baru confirm nak amek alat tu..pastu orang tu maybe macam bengang lah kan, mana taknye, budak tu cakap lain, aku cakap lain, dia kata macam ni, skang member dia tengah on the way hantar barang tu kat tempat dia, so, dia simpan dulu barang tu, bile dah dapat duit, dia soh aku terus ambik

mak aih!!!!ko ingat duit boleh dapat sehari dua???!!!mati lah ku, mana nak cari duit RM 5300 malam2 buta ni.....


 MORAL OF STORY: jangan memandai buat kefahaman sendiri..lalalala...

p/s: nasib baik orang tu tak marah aku, sebab aku kan perempuan..hehehehehehehehehehe...

Thursday, August 26, 2010

horrible week!!

hai..

kali ni aku nak cerita tentang diri aku..seminggu yang sangat horrible!..belum pun cukup seminggu (hari ni rabu), dah macam-macam perkara yang menyesakkan kepala otak aku..warning: entry kali ini mungkin bersifat emosional, dan banyak terasa-terasa, hati kaca lah kata kan..

balik jempol hari isnin,kalau bukan disebabkan tanggungjawab dan rezeki, aku mungkin tidak akan memijakkan kaki di sini..sini bukan tempat aku..aku cuma dihantar ke sini, terpaksa!..petang, balik dari kerja aku dengan naeemah terus pergi bazaar, short the story, nak balik tu, aku keluar dari tempat parking, (kitaorang naik kereta asing-asing), aku sumpah tak perasan betul-betul depan tempat parking aku tu ada batu yang agak tinggi..bila keluar parking je, aku terlanggar batu tu, mula-mula dah terasa macam ada benda tersangkut, tapi aku fikir, mungkin tayar termasuk dalam tanah or something like that, jadi aku tekan minyak agak kuat, dan pada masa tu baru aku terasa sesuatu yang tak kena, sebab bila pandang dari cermin sisi, mcm ada sedikit batu terpelanting..hati dah berdebar-debar, naeemah kata, masa tu dia dgr ada bunyi mcm accident, bile dia pandang belakang, dia tgk aku tak de pape, so kitorang teruskan balik rumah..sampai dekat kuartes, naeemah yang nampak dulu apa dah jadi kat bahagian luar kereta aku..masyaAllah!... remuknye hati aku tengok bahagian skirting bawah tu dah pecah habis!..aku tak tau lah, ni kali ke berapa kereta aku kena calar balar, kemek-kemek, lubang sana sini!..yes, i'am bad driver!, tapi, so far aku belum pernah langgar org atau kereta orang, mintak di jauhkan,,,,aku takut sangat nak bagitau mak dengan ayah, mesti-mesti punya mak dengan ayah marah, dan tak pasal-pasal lepas ni, mak dengan ayah dah tak percaya dekat aku lagi..sedih.. =(, aku tak bagitau sesiapa kecuali naeemah..aku malu kalau orang-orang kolej aku tau..diorang mesti akan mengata macam-macam..biasa lah..tak pasal-pasal kena perli..dalam sehari, dekat kolej aku tu, tak kena perli tak sah!..aku bosan hidup macam ni!..

memang menangis tak berlagu lah aku petang tu..tapi, aku tau aku nak mintak tolong siapa..aku call liaw, liaw tau serba sedikit pasal kereta, lagipun kereta kitaorang sama dan liaw baik dengan seorang lagi orang kolej aku (saiful) yang tau serba sedikit workshop-workshop yang bagus dekat jempol ni dan, isnin tu, masih belum gaji..aku tiada duit untuk repair kerosakkan yang mungkin menelan belanja ratusan ringgit jugak..aku terpaksa pinjam naeemah..aku malu sangat dengan dia..dah banyak sangat menyusahkan dia..sumpah! aku tak suka buat benda macam ni!!..aku rasa macam aku ni tak berguna sangat!..asyik menyusahkan orang je...

selasa, aku, naeemah, liaw dengan saiful pergi hantar kereta dekat workshop, until now, kereta masih di bengkel dan duit dah melayang sebanyak rm210, itu belum setel lagi, ambil hari khamis, maybe kena bayar lagi..sabaaarr,,,,masa nak pergi keluar kan duit untuk bayar rm210 tu, atm machine pulak buat hal, time tu lah nak out of service..bila sampai kolej, naeemah tiba-tiba tanya moon, ada cash dalam rm300 tak?, dia nak pinjam!..aku terkejut gile!..kenapa naeemah pinjam dekat moon!..aku tak nak..aku tak nak libatkan orang lain dalam hal ni, tapi aku tau, itu je jalan penyelesaian terbaik..tapi, petang tu, time tengah masak dekat dapur untuk berbuka, aku rasa tak senang hati!..buat ni tak kena, buat tu tak kena..aku kena bagitau moon jugak pasal duit tu..baru aku tenang, dia terkejut..aku tau, kalau hal macam ni pun kena kat aku, aku terkejut jugak+pikir macam-macam..lagipun, aku tak berapa reti nak berkomunikasi dengan moon..sebab tu kalau ada apa-apa problem or something kitaorang memang jarang share..moon lebih rapat dengan naeemah..dan aku lebih selesa dengan naeemah, maybe sebab kitaorang satu rumah..dan, bukan dengan moon je aku ada problem interpersonal, hampir dengan semua orang kolej..aku tau, problemnya adalah aku..sorry, masalah ni aku tak boleh nak selesaikan!..this is myself!..biar lah orang nak kata sombong ke apa..tapi, aku memang tak reti nak bercampur dengan diorang...sorry about that!

hari rabu, pergi hantar kereta untuk cat pulak..kali ni, moon ikut, sebab moon dah tau..dan, hari ni gaji dah keluar..aku tak berapa gembira kali ni bila time gaji..biasa nya, time gaji je, rasa seronok, tapi tak kali ni..tengahari sekali lagi aku menebalkan muka mintak tolong naeemah gi bank untuk keluar kan duit+bayar loan kereta+bayar bil+balance repair kereta+mak ayah+service kereta+saving+ptptn+blablabla...banyakkan kena bayar..siapa kata kerja best?..tak best pun..banyak masalah..hari ni, kelas penuh, pagi sampai ptg..tapi aku terpaksa skip-skip kelas, lari pergi sini sana..kesian student aku..tapi, dalam banyak-banyak perkara dekat jempol ni, paling menenangkan aku adalah time mengajar..tak tau kenapa..memang lah ada student yang problem..kerja bagi berminggu-minggu tak siap-siap lagi, tapi setiap kali aku jumpa student, fokus aku adalah pada diorang..aku boleh lupakan masalah aku sekejap..habis mengajar, aku rasa macam puas..

pagi ni ada call dari kolej sabak bernam, diorang nak mintak nama dua orang pensyarah SPS untuk attend kursus TOT, Training Of Trainers untuk sijil modular pelukis pelan..dan untuk first modular ni, kita tawarkan sijil lukisan kerja, jadi mereka nak seboleh-bolehnya pensyarah yang mengajar lukisan kerja..jadinya, aku antaranya lah, aku ajar lukisan kerja 1..tapi aku faham, ada yang tak berapa berkeyakinan dengan aku..lepas je jawab call dari kolej sabak bernam tu, aku terus explain dekat beberapa pensyarah SPS yang ada dalam bilik tu tentang kursus tersebut, dan ada lah yang terus memberikan nama orang lain tanpa sebut nama aku..aku tak tau lah apa masalah aku dengan minggu ni!!..semua tak kena!!...aku tak layak ke untuk pergi kursus macam tu?..bukan lah aku nak sangat pun sampai terhegeh-hegeh cakap dekat KP, 'saya nak, saya nak'...aku suruh KP pilih, atau tanya siapa-siapa yang berminat nak pergi..tapi KP putuskan, biarlah pensyarah yang ajar LK sem ni yang pergi..bukannya kursus ni sekali ni je..lepas-lepas ni ada lagi..tapi aku tak faham lah kenapa dengan orang-orang tersebut yang tak berapa nak memberansangkan!..fed up sangat ok!..memang aku akui, kadang-kadang aku tercepat terasa atau emo!bagi sesetengah orang dia pikir 'this is a small matter lah babe!..what's wrong with you shida?!'..ni semua sebab masalah kereta ko, ko nak terbawak-bawak dalam hal keje kan!..entah lah..aku dah tak professional..sorry~..tapi serious aku nak cakap, ada beberapa orang dalam SPS ni yang menjengkelkan aku!!..letih dah aku tengok drama free hari-hari dalam bilik SPS tu, tajuk dia 'Mengejar APC'..huh!!..itu tak termasuk lagi, drama 'Nur Kasih 2'...

sekian!...

p/s: cepat lah berlalu minggu ni..i hate this week!!..nak balik rumah!, tidur atas katil empuk!

Monday, August 9, 2010

update : 2nd

lama tak update...busy..last week ada handle satu program untuk unit pelukis pelan. kitorang buat camping untuk semua student SPS dekat hutan lipur de bana, serting.sangat letih, memenatkan..start hari khamis settle petang jumaat..

tujuan program ni untuk mengeratkan hubungan antara warga SPS dan student selain daripada membina sahsiah diri dan disiplin pelajar. program macam ni dibuat setiap awal semester, lebih dikenali sebagai minggu suai kenal SPS..sudah dua sem berturut-turut aku sebagai penyelaras program. penat dan leceh..kalau nak cerita dari awal macam mana proses program ni memang bosan lah kan, walaupun programnya tak sebesar program workshop architecture..huhu..tapi seperti biasa lah, buat program sekecil mana pun masalah tetap ada..tapi kita ketepikan semua masalah tu, anggap sebagai cabaran je..apa yang kita nak tau, matlamat program tercapai atau pun tidak..

program dimulakan dengan aktiviti hari pertama,
ice breaking,


bahagi kumpulan,
architectural talk, (talk disampaikan oleh en.zainal-bakal architect MPKlang.. =) ..)


creative game, (macam2 game buat, kelakar!)


bina shelter, (guna material dari nature, dan test kekukuhan shelter dengan simbah air, angin dan dua orang duduk di dalamnya...memang creative!..ada jugak yang entah apa-apa..haha)



bina sculpture, (kena bina sculpture, tanggalkan dan pindahkan ke tempat lain, macam konsep pindah kan rumah zaman dulu-dulu)


sukan rakyat, (makan pisang gantung, nak menghabiskan masa..haha)


performance night, (tema, superhero)


night walk, (start pukul 130 a.m, pelajar ditinggalkan seorang2 dalam hutan, lecturer pantau, aku yang takut lebih!)
muhasabah diri (tido pukul 4pagi),

aktiviti hari kedua,
senam aerobik, (diketuai kak. awien!)

spider web, (aku dengan moon handle, syok!)







gotong royong,
archie challenge (pertandingan memasak, setiap group diberi menu masakan mengikut negeri!..hambek kau!!..aku pun tak reti masak..haha..),






jungle tracking (mandi air terjun!!!)

hambek kau..lecturer yang over acting tau..




kesimpulannya, matlamat program tercapai!..pelajar semester 1/2/4 tiada jurang, dan antara mereka saling tolong menolong dan berdikari..diakhir-akhir program baru nampak perubahan-perubahan tu semua..dan yang penting, mereka semua enjoy dengan program kali ni!..i'm satisfied!

pulang ke pangkal jalan jam 5ptg..aku terus pulang ke beranang..kepenatan!..drive sambil mata terbuka separuh..sampai rumah terus tido..

sabtu: (dah macam diari hatiku pulakkan..)
shopping langsir untuk satu rumah!..nak raya lah katakan..over tau, shopping raya awal..setel bab langsir, pergi shopping untuk diri sendiri pulak!..mana boleh beli barang untuk rumah je, diri sendiri nak jugak..lebih-lebih ada orang nak belanja kan..kalau pakai duit sendiri, memang tak lah,.. hari sabtu, badan dah rasa tak sedap..penat, lesu, demam, sakit kepala..tapi, shopping tetap shopping!..hehehe...

ahad:
continue shopping raya..memang over!..tapi sebelum shopping, ada kenduri dekat rumah, kenduri sempena nak sambut ramadhan..buat kecil-kecilan je..kenduri yang banyak kontroversi..mula-mula mak cakap nak buat malam tadi (sabtu malam ahad), tapi tak jadi, sebab banyak clash dengan rumah orang lain, last-last pagi ahad baru mak decide nak buat hari tu jugak, tengah hari, confirm!..memang tak menyempat nak cari bahan-bahan nak masak, nak pergi pasar, semua orang dalam rumah kena main kan peranan masing-masing, nasib baik danish pandai jaga diri..haha..lama tak cerita pasal danish, minggu depan dia dah nak balik kuantan..huhu...

petang baru pergi beli belah..bawak danish sekali!..first time bawak dia jalan-jalan..seronok je tengok dia duduk dalam kereta, ikut makcik-makcik dia shopping baju..haha..tapi kan, memang dasar lelaki lah dia, tak suka shopping, baru setengah jam dalam kedai, dia dah buat hal..huhu...sampai terlupa lah mana letak satu barang ni.. paper beg, dalam beg tu ada baju kurung yang baru siap jahit, nak cari tudung yang match dengan color..tapi dah sampai rumah, baru perasan yang paper beg tu dah tiada..itu lah..sebok layan danish, sebok shopping, barang hilang pun tak perasan..huhu...nasib baik bukan danish yang hilang..haha...malam tu, bila perasan paper beg tu hilang, sanggup pergi bangi balik pergi cari paper beg tu..owh, petang tu shopping dekat bangi...tapi, memang tak berbaloi, tak jumpa pun..kalau tau, tak payah pergi bangi balik, tidur jer..dah lah kepenatan, tak berehat beberapa hari ni..nak menjaga hati, pergi makan GCB burger,,,huhu...

isnin:
hari ni, baru dapat berehat..rupa-rupanya istilah cuti atau hujung minggu itu bukan untuk berehat..okay fine..aku boleh terima...jadi, aku akan berehat 5hari, dan bekerja none stop 2hari..kan best!..

p/s:..gambar nanti yer..entry ini akan diupdate selalu...jadi sebab itu, tajuk nya diberi seperti di atas..

Thursday, July 8, 2010

tinggal lagi 4hari je

tolak hari ni, tinggal lagi 4hari je...selasa minggu depan kemasukan pelajar baru untuk sesi julai 2010. seperti kebiasaan, kemasukan julai lebih ramai dari kemasukan januari. lebihnya tu kadang-kadang mencapai 70%..fuh!..berdebar dengar..macam nak ajar budak sekolah pulak ramainya kan..yang ramai-ramai tu, kalau perangai semenggah, tak pe jugak..(try google, semenggah tu apa)..ni tak, ada yang kurang ajar lah, ada yang tak paham bahasa lah, ada yang kuat menipu lah..ini lah dugaan mengajar di kolej..kalau mengajar di university, mungkin tidak macam ini..tapi tak apa lah..tanamkan dalam minda dan hati, yang aku nak mengajar diorang untuk membantu diorang sekurang-kurangnya mereka terbuka pemikiran, mereka sedar yang mereka masih ada peluang dalam hidup, mereka tau yang mereka boleh belajar sebenarnya..aku akui, kebanyakkan atau hampir kesemua pelajar kolej ni, mereka adalah lepasan spm yang hampir failed, atau ada yang dah failed pun..jadi, kadang-kadang, niat mereka untuk belajar tu, sebenarnya adalah semata-mata mengikut arahan parents je..

jadi, to become much better than before, aku dah kena fikir, apa approach terbaik untuk mengajar next sem..masuk semester akan datang, dah jadi semester ketiga aku mengajar di kolej ni, semester pertama aku memang terkontang-kanting, tak ada skill nak mengajar, masuk kelas, sapa student, tanye siapa tak datang, pastu terus mengajar, syok sendiri..ajar pulak subjek teori yang memang bosan gile, undang-undang kecil bangunan, i noticed ada jugak lah student yang tido time aku mengajar kat depan, aku sendiri yang malu, sebab itu menunjukkan aku failed!!..hari demi hari, aku perbaiki kelemahan aku, aku tak boleh sama taraf kan pelajar kolej denga U..have to do something..

masuk semester kedua aku mengajar, dah banyak subjek yang aku pegang, but, still lagi aku ajar undang-undang kecil bangunan, sebab aku tak puas hati semester sebelum tu, aku ajar agak kucar kacir..jadi, perubahan yang aku nampak, (bukan lah dari segi pencapaian) student semakin boleh memberikan perhatian, dan aku suka!..hehe..

untuk kemasukan januari, kebiasaanya memang tak ramai, sebab itu kemasukan kedua..jadi, memang sikit lah yang masuk kolej, sebab dah ramai yang masuk belajar kat tempat-tempat lain..paling sedikit pelajar dalam satu kelas, 6orang..seronok kan mengajar sikit2..tapi, lagi banyak cabaran sebenarnya..kita kena pastikan tiada pelajar yang tercicir, sebab akan jadi mustahil kalau pelajar sikit, tapi masih ada yang fail, adakah salah pensyarah yang mengajar atau pelajar itu sendiri yang memang........

untuk semester akan datang, sepatutnya aku kena ajar lukisan kerja bagi student semester 2, yang 6orang tu(intake january)..ajar lukisan kerja untuk peringkat sijil, tak susah mana, kadang-kadang soalan daripada student pun tak berapa mencabar, tapi diri sendiri yang lebih takut nak mengajar..haha..tiada pengalaman mungkin..aku dah belek-belek silibus, yang kena ajar lukisan kerja semester 2 hanya fokus pada penyediaan lukisan asas(basic drawing), macam plan, elevation, section, sedikit detail dan coloring, juga lukisan yang dikehendaki adalah berskala kecil, which is, banglow satu tingkat..

tapi, last minute, aku changed mind, nak ajar lukisan geometri semester 1 dulu..bukan tak yakin nak ajar lukisan kerja, tapi, aku rasa macam nak back to root..dua sem berturut2 aku ajar UBBL (assist subjek lain at the same time)..dan sebelum aku ajar lukisan kerja, biar aku rasa dulu macam mana rasa mengajar lukisan geometri ni..lukisan geometri ni pulak, lagi lah tak berapa susah, sebab memang sangat basic..pengenalan kepada lukisan, buat garis, buat bulat, belajar buat pelan. jadi, aku nak sangat rasa mengajar subjek ni, dan aku nak pastikan student betul2 dah bersedia untuk belajar lukisan kerja, baru next sem, aku akan ambil subjek lukisan kerja, dan sekaligus, mungkin aku akan rasa puas hati sebab aku tau, masa student ni belajar lukisan geometri dulu, apa lagi yang diorang tak cukup...bukan lah tak boleh nak rujuk pensyarah yang dah ajar subjek tu sebelum ni, tapi aku nak ada pengalaman sendiri..

jadi, sementara ada masa lagi 4 hari ni, aku nak get prepared diri aku dengan subjek baru ni dan pelajar baru yang mungkin RAMAI!..haha..jadi, apa kata kita manja2 kan diri kita dengan bersantai-santai di tepi pantai..ye!, aku akan mengikut kawan aku pergi bersatu kembali itu..yea!yea!..tak sabar nak tunggu sabtu..cepat lah..

p/s, eh dah lama tak jumpa amad afy danish..rindu~petang ni aku balik rumah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...