Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, February 13, 2011

home made chocolate_chocolate factory

HAAAAIIIII!!!!
bertemu kembali di dalam rancangan "mari memasak sampai kenyang!!!"
menu hari ini ye tuan puan adalah chocolate homemade.
korang tak perlu dah bersusah payah lagi untuk pergi kedai or super market or 7e tiap2 hari beli chocolate yang mahal2 itu ye..
sekarang, korang dah boleh buat chocolate sendiri dengan mudah dan murah!!perisa pon boleh buat macam2..untuk hari ini kita buat dua perisa ye..
1: chocolate almond
2: chocolate oreo

mari lihat bahan2 dan cara2 membuatnye..

ini antara bahan2 yang diperlukan. 1: chocolate Beryl's Gourmet tu murah je, RM13.90 only. terpulang pada korang nak guna chocolate apa, dark choc pon boleh. 2: oreo, dua tu baru RM 3.00. 3: badam, tak tau lah plak harga dia..murah je tu..RM2.00 kot..4: bekas pelbagai bentuk. tak sampai RM10.00 pon satu bekas tu..boleh pakai lama. jadi total, kire lah sendiri, tak sampai RM30 kan..kan..kan..
 mula2 kan, korang potong kecik2 choc tu dan masukkan ke dalam bekas kemudian rendam bekas ke dalam bekas lain yang berisi air mendidih. untuk proses pencairan..
 bila dah cair, boleh lah masukkan ke dalam bekas pelbagai bentuk tadi, tapi masukkan separuh bekas je dulu then bekukan semula. kiranya kaedah buat choc ni, adalah mencair dan membeku sahaja, tiada masak2 pon. senang kan..
 agak2 dah beku, biasanya dalam 10minit je, then keluarkan utk meletakkan badam dan lapisan yang seterusnya pula. lepas tu masukkan semula dalam freezer utk bekukan..
 sama juga untuk membuat perisa oreo ni. memula masukkan choc yang cair dalam bekas, separuh je dulu, bekukan, lepas dah 10minit keluarkan dari freezer, letak oreo di atasnya dan lapisan choc yang kedua kemudian bekukan semula. 
 TARAAA!!..siap!..

esok boleh bawak pergi tadika jaja bagi kawan2 dia sebab esok hari jadi dia..
SELAMAT HARI JADI JAJA!
HAPPY BEING 5th YEARS OLD!
ACHU SAYANG JAJA!!

sebok dia ratah choc tu..haha..
p/s: rambut dia ikat macam tu sebab dia dah gunting rambut dia sendiri, jadi rambut dia dh tak sama pjg.HAHAHA...



Saturday, February 12, 2011

cuticuti malaysia


KARNIVAL WOW! @ PUTRAJAYA 12022011

semua fast-food sekarang pon dah ada portable stall

 ini buang masa namanya
saja nak pamer payung murah,tak caya? rm10 je pon..

ada orang tu tiba-tiba buang tebiat nak pergi istana negara!" hah??nak buat apa?", "dari kecik impian saya nak tengok orang yang jaga pintu istana negara ni, nak sangat tengok dekat!", alahmak!kesian lah pulak....=(..."hah!tengok sangat lah..bukan handsome pon orang jaga pintu tu..haha".."ok da, jom balik..dah puas hati" =)...durrr....

 kuda ni kan tiba-tiba mengamuk bila aku lalu depan dia..dia tau ke aku tak suka dia??..
nangka!sedaaap tau..

Friday, February 11, 2011

DAY 4 : RANDOM 10 DAY CHALLENGE!

Day 4: Seven People Who Inspire You, and Why?


1st person : my ex-boss (haha..malu, tapi dia seorang yang sofistikated! bergaya! smart! and, yes! she is lady boss!) 


2nd person : puan nani (eceh!makcik mana tu?..haha..okay, kalau sebut hanis zalikha, mesti kenal kan..puan nani tu mak dia lah..hanis tu memang ramai yang ter'inspire' dgn dia, cheh!bahasa apa ni..tapi aku tak..eceh! poyo..sebab sejarah hidup mak dia lagi buat aku rasa macam, wah!bertuah jadi perempuan..kalau hanis tu, dia macam dah bertuah sebab lahir dalam keluarga yang senang selain dari dapat mewarisi sifat emak dia tu)


3rd person : 


okay, sampai sini aku stop hampir 2 minggu kot berfikir, dok je dalam draft tak keluar2..


sambung..


3rd person -----> 6th person
boleh tak aku simpulkan je 4orang ni  dalam satu hujah.penat lah pikir..setiap kali aku bukak draft yang ni utk sambung, aku stuck! aku stress! bila nak habis lah challenge ni..


okay meh sini, aku sesungguhnya amat mudah diinspired (?) oleh seseorang yang sangat GIGIH!! gigih disini bermaksud mereka yang berusaha dari bawah dengan bersungguh2!. dan aku sangat tidak melihat pada mereka yang berjaya di atas kesenangan ibu bapa mereka. sangat tidak mencabar kehidupan orang seperti itu. tetapi! jangan lah pikir sempit sangat, mesti ada yang pikir "ooh, macam orang2 MLM lah ni?" CHOI!! itu tak GIGIH lah!itu PEMALAS!..haha.. 


aku tak reti nak state nama seseorng yang menjadi sumber inspirasi dalam hidup aku. ada orang, mungkin mereka bangga bila tanye "siapa yang inspire u dalam your life?"..dia pon jawab, OPRAH lah, BILL GATES lah, LADY D lah..huh! kenapa nak state nama orang2 popular je?..kenapa tak letak nama ETON, JENAB, SITI NOR ke..entah2 orang yang korang kenal di sekeliling korang tu lah lagi banyak mempengaruhi kehidupan korang dalam tak sedar.. EGO!!!!


tapi, tidak dinafikan satu2 nya yang menjadi sumber inspirasi adalah isteri junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW,  Saidatina Siti Khadijah r.a. CLICK


OKAY, BYE...

memori buah pisang

assalamualaikum...

hai..
hari ni tarikh yang cantik
11022011
banyak sangat tarikh yang cantik2 jatuh pada hari jumaat kan..
11112011 pon hari jumaat jugak

oh, bukan lah nak bercerita tentang keunikan tarikh atau sebagainya.
tetapi saja nak kongsi cerita tentang masa lalu..iyelah kawan2 lama pon sekarang sebok dok tag2 gambar masa sekolah dulu dekat FB..hehe..kelakar je bila tengok gambar dulu2..selekeh habis! pakai baju BESAR!, tudung BESAR!, kain GELEBEH!

kalau nak compare dengan budak2 sekarang yang umur belasan tahun ni, dressup diorang pergi sekolah, mak aih!macam nak masuk pertandingan apa tah? siap bawak handbag.boleh eh bawak handbag pergi sekolah??musykil2..
ini antara contohnye..

lepas tu baju kurung kalau boleh nak sekecik-keciknye.kalau kain plak sesingkat-singkatnye. macam bukan nak pergi belajar. no wonder lah, budak2 sekarang ramai yang dah berani melawan guru, tak beradab. pemakaian pon mempengaruhi peribadi. sebab bila mereka pakai pakaian macam tu, mereka rasa diri mereka hebat! hebat sangat lah kau. iyelah, hebat sebab diorang rasa diorang berani pakai macam tu pergi sekolah. cikgu pulak tak boleh nak kata apa, nanti kalau marah, cikgu tu pulak kena marah dengan parents budak tu balik. aishh..dunia dah terbalik. rasanya dah takde kot istilah guru sebagai ibu bapa di sekolah. tak tau nak salahkan siapa. 

jangan asyik nak salah kan sesiapa je. dunia semakin maju, macam2 boleh jadi. anak kurang ajar dengan mak bapak pon kita boleh tengok kat internet, bukan yang lakonan punya. yang real punye! diorang siap rakam tu.

okay lah..dah melalut sampai ke mana tah. sebenarnye saja nak share gambar dulu2..hehe..jom tengok!


                                    


 erk!!!sapa ni??takuut tengok..gambar sesat!

yang kat atas ni semua gambar masa form 2&form3..selekeh!!!tak yah lah korang susah2 nak click utk besar kan gambar utk melihat kehodohan aku..malu*
sekolah aku dulu tak secantik sekarang. dulu ada lagi bangunan yang tak bercat. pokok semua besar2 redup je..sekarang agaknya semua pokok dah kene tebang..buat dewan besar. siap ada laluan pejalan kaki apa semua lah..tapi tak jeles pon, sebab walaupon dulu sekolah tak berapa nak cantik, tapi result still gempak, sebab environment belajar yang best jer..hehe..poyo!
tengok lah tu, kat dinding tu, mural lukisan dalam laut, haha!klakar2..kolam air tu pulak rasanya dah takde dah..tempat membiak aedes jer..hee..ha!gambar last tu meja siap berconteng-conteng!, klasik sgt sekolah aku sebab antara kelas divide guna papan je..sebab fleksibel boleh bukak2, jadi dewan..taraa!!..he..
yang tengah2 tu, yang gambar pakai baju kurung warna warni tu, time tu raya haji. see!!raya haji pon kitorang buat macam raya aidilifitri..serbu rumah orang mintak duit raya.haha..tak malu!..
gambar yang ketiga last plak adalah gambar masa nak berpisah sebab aku dan beberapa lagi kawan yang pakai seluar tu nak tukar sekolah dah..huhuhu...
eh!perasan tak gambar kelas tu..aku jadi pengawas tau!hahaha..kelakar je..macam mana lah budak pendiam macam aku ni leh jadi pengawas kan..budak lain memang tak takut langsung lah dengan aku..siap diorang nak ponteng kelas bagitau aku dan aku buat tak tau je..baik tak aku?..hehe..tapi sempat jadi pengawas setahun je..masa form3..

form 4&form5 aku dah pindah sekolah masuk asrama..

okay lah..sampai di sini sahaj..mintak diri dulu..
(^_^)v

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...