haaaaiiiii...
baca dah tajuk kat atas?? aku berani kerat jari lah kalau orang cakap semua anak bongsu tu MESTI manja!! kenapa? tak caya???
tolong lah betulkan pemikiran tu sikit ye. kalau orang cakap macam katak bawah tempurung, melatah pulak. tapi kenyataannya macam tu lah. sama lah macam orang dok pikir orang kampung tu kuno, orang kampung tu ketinggalan, orang kampung tak tau guna internet..eh, hellooo, I orang kampung tau, masa darjah 3 rumah I ada internet, I dah kenal dah apa tu chatting2, siap main tipu2 identiti tapi terbagi pulak no.phone rumah yg betul kan. bile orang tu call, ha kau!! takut giler!!haha...
aku anak bongsu, anak last, tak ada adik, aku lah adik. sampaikan bila dah umur menjangkau jubli perak pon orang dok panggil adik lagi.hehehe.. feel young every day but not pampered! aku tak pernah dimanja dan aku tak suka dimanja! aku pelik kenapa anak bongsu selalu dikatakan manja. kenapa ye? sebab dia yang terakhir, jadi mak ayah sayang lebih? kenapa pulak?? yang pertamalah patut disayang lebih sebab dia yang menjadi bukti kasih sayang antara ibu dan ayah selain menjadi bukti cinta sejati kedua ibu bapa. mungkin jugak yang terakhir tu sebab dah tak ada lagi selepas mereka kot. tapi mana boleh macam tu. kesian lah yang kat kedua, ketiga, keempat. semua adik beradik sama je. itu sebab mak ayah aku tak pernah nak amalkan konsep manjakan anak bongsu. aku tiap2 hari kena marah, kerja rumah semua aku buat, tiap hujung minggu balik rumah ada je kerja kena buat.
aku rimas dengan orang yang tak nak ubah pemikiran diorang ni. jangan lah ingat kalau anak last tu mesti manja, lepas tu nak layan kena baik2, lepas tu mesti ingat anak last ni hati kaca, cepat tersentuh lah, cepat merajuk lah..aku rasa sifat macam tu bukan pada anak last je, semua orang ada perasaan. boleh tak kalau dalam perbincangan tu jangan nak libat kan pasal kedudukan dalam adik beradik contohnye "oh, dia anak last, memang macam tu..", " biar lah dia, budak2 lagi, tak matang..", "aku tak boleh masuk lah dengan dia, aku anak sulung, dia anak bongsu, kepala kitorang tak sama"...blablabla...
ermm, k lah..anak bongsu nak masuk tido..
p/s : anak bongsu yang sorang ni sgt pandai berdikari!!hee..
p/s/s : anak bongsu yg sorang ni tak suka merajuk2, tu sebab dia tak reti nak memujuk..=P
p/s/s/s : anak bongsu yang sorang ni lebih suka bersendirian sebab dia suka buat keputusan sendiri.
p/s/s/s/s : anak bongsu yang sorang ni tak suka kongsi masalah dengan orang lain sebab dia TAK MANJA!!
Showing posts with label suka2. Show all posts
Showing posts with label suka2. Show all posts
Thursday, April 7, 2011
Sunday, March 20, 2011
18march
tarikh keramat bagi kamu..
25tahun telah berlalu..
25tahun yang telah lalu..
kamu tidak pernah lupa tarikh itu..
walau kamu tiada tahu apa2 diwaktu itu..
sedang kamu hadir lebih awal dari itu..
mereka gembira menyambutmu..
tangis tawa mengiringimu..
namun kamu tetap begitu..
mengatur langkah demi masa depanmu..
aku disini setia menantimu..
walau apa jua yang menghalangiku..
bagiku, engkaulah pelengkapku..
walau semuanya bukan kuasaku..
happy being 25th years old mohd fadhil abdullah
what will happen in next 25 years ???we wait and see..
sedangkan alam berubah dalam sekelip mata..
(^_*)
25tahun telah berlalu..
25tahun yang telah lalu..
kamu tidak pernah lupa tarikh itu..
walau kamu tiada tahu apa2 diwaktu itu..
sedang kamu hadir lebih awal dari itu..
mereka gembira menyambutmu..
tangis tawa mengiringimu..
namun kamu tetap begitu..
mengatur langkah demi masa depanmu..
aku disini setia menantimu..
walau apa jua yang menghalangiku..
bagiku, engkaulah pelengkapku..
walau semuanya bukan kuasaku..
happy being 25th years old mohd fadhil abdullah
what will happen in next 25 years ???we wait and see..
sedangkan alam berubah dalam sekelip mata..
(^_*)
harap2 awak suke, walaupon saya tau awak kurang suka kek..hee
tapi, kek ni saya buat sendiri tau. susah payah saya buat..ecece..sanggup saya masuk kelas cupcake!hehe..
jomm!saya belanja awak makan!makan kenyang2!!
sedap tak? sedap tak?
gambar saya mestilah ada..hehehe..
okay, till then..bye
p/s : I Love You
=)
Saturday, February 12, 2011
cuticuti malaysia
KARNIVAL WOW! @ PUTRAJAYA 12022011
semua fast-food sekarang pon dah ada portable stall
ini buang masa namanya
saja nak pamer payung murah,tak caya? rm10 je pon..
ada orang tu tiba-tiba buang tebiat nak pergi istana negara!" hah??nak buat apa?", "dari kecik impian saya nak tengok orang yang jaga pintu istana negara ni, nak sangat tengok dekat!", alahmak!kesian lah pulak....=(..."hah!tengok sangat lah..bukan handsome pon orang jaga pintu tu..haha".."ok da, jom balik..dah puas hati" =)...durrr....
kuda ni kan tiba-tiba mengamuk bila aku lalu depan dia..dia tau ke aku tak suka dia??..
nangka!sedaaap tau..
Wednesday, February 2, 2011
February muncul kembali
hai..hai..hai..
kita stop sekejap pasal random 10 challenges tu
sebab I tak berapa suka nak jawab soalan keempat tu..tak best!
penat tu 2hari pikir nak jawab soalan tu..
jadi, disebabkan saya penat memikirkan jawapannya, maka saya telah terambil MC hari ini..
wuahahahaa...
tak lah..saya tak sekejam tu.saya memang betul2 tak sihat..
tapi bangun2 tido je, terus rasa nak muntah..
hah!hambek ko, 2kali muntah susu!eeuuww!!
oh, hobby saya sekarang adalah minum susu sebelum tidur,
jadi sebab itu bangun tidur terus muntah susu..macam baby..(erk!)
jadi, terus pergi klinik kesihatan, dan doktor pon kata sebab masuk angin..
iyeelah!
dapat MC!yeay!!
maka bermulalah sejarah hari ini, dimana saya telah menghabiskan masa dan wang ringgit..wow!!
800am-930am
klinik kesihatan serting
lama giler..yelah!bayar pon singgit..
1000am-1100am
on the way to seremban
picked up mr.F
1115am-1130am
r&r nilai
breakfast nasi lemak
1130am-1230pm
carefour wangsa maju
nak beli jeans. tapi levi's cutting perempuan semua hodoh!
jadi xtiviti di carefour hanya keluarkan duit sahaja
dan oh ye! mr.F sempat merembat sehelai kemeja dockers, cantik!
nasib baik carefour parking free..hehe
100pm-200pm
wangsa walk mall
nak tengok wayang..takde cerita best, jalan2 dari satu kedai ke satu kedai sebab ni first time sampai sini..sekali ada pulak outlet levi's kan..hehe
yeayeay!ada jeans yang berkenan di kaki..thanks mr.F for jeans.. ;)
200pm-300pm
nz curry house
tempat jatuh lagikan di kenang
inikan pulak tempat dating dulu2..hahaha..
sebenarnya kat wangsa walk tu banyak je kedai makan, serius!penuh dengan kedai makan je kot mall tu..
and one more, kalau korang pernah pergi wangsa walk tu, memang tepat lah namanya wangsa WALK! kan..
korang akan merasa nikamt berjalan kat dalam tu..sebab dia macam hilly..sikit2 jalan, pastu ada ramp..penat woo...
tapi nz curry house tetap menjadi pilihan tempat makan..tapi, nz tak sesedap mamak mid valley..okay bye..tak berbaloi makan rm12 sorang!takpe, I belanje U mr.F..
we all mengamalkan give and take..pada mana2 perempuan yang tak boleh terima concept ni, pergi cari anak raja yang sanggup terima korang..hoho!!
oh ye! nz dengan wangsa walk tu berdepan jer..tapi kami berpusing jugak lah nak cari tempat masuk kan..haha..pening!
300pm-400pm
bangi!
the place I love most..
setiap kali keluar jumpa, tempat ni mesti tak missed dalam list..haha
mr.F nak cari kasut, tapi sekali stock habis daa....k, bye!
400pm-500pm
beranang!
home sweet home..
ingatkan dah boleh berehat dah...sekali......
600pm-700pm
putrajaya!
adooi!ponek den!
okay, yg ni ad hock punye rancangan..ayah tetibe nak shopping kan..
sebagai anak solehah, (eceh!nyampah!) aku turutkan saje..
700pm-800pm
makan kat rumah angah..
lepak2 jap, then baru pergi alamanda..
1100pm
atas katil..booomm!!ngantuk gile!!
adoi!MC apa namanye ni??..lagi mengundang parah ada lah..
Monday, January 31, 2011
Sunday, January 30, 2011
DAY 2 : RANDOM 10 DAY CHALLENGE!
MARI MASUK HARI KEDUA.....
Day 2: Nine Things You Can’t Live Without
oh, untuk menjawab cabaran kedua ini, aku nak buat kelainan sikit. semalam, cabaran pertama, aku jawab dalam bentuk point form kan. kali ni, aku nak bercerita pulak. kalau korang sanggup baca 9cerita aku pasal perkara yang aku tak boleh hidup tanpanya, terus kan..hehehe....
okay, yang pertama aku tak boleh hidup tanpa AIR. ye benar! tanpa makanan aku masih mampu untuk hidup selama 3hari. maksimum! tapi tanpa air setengah hari pon dah boleh flat..air jenis apa, tak kisah lah..air sejuk ke, manis ke, panas ke, semua layan. air tak masak je yang aku tak minum. aku nak share satu cerita, yang mana aku pernah tak makan nasi selama 3 hari!!..tapi masa tu aku bukan dalam program diet ke apa. tapi aku memang takde selera dengan makanan2 berat. aku cuma minum air dan makan makanan ringan macam maggie, biskut, coklat. itupon dalam kadar yang sedikit..tapi aku masih mampu bertahan sebab ada air..air itu penting okay..aku rasa pon semua orang tak boleh hidup tanpa air kan.
perkara kedua yang aku tak boleh hidup tanpanya adalah INTERNET. hehe..yang ni serius punye tak boleh tak ada. boring lah kalau tak ada internet. sebab bukan setiap saat kita bersama dengan kawan kita, bukan setiap saat kita bersama keluarga. jadi waktu kita seorang diri tu, bosannya lah kalau tak buat apa2 atau hanya tengok tv je kan. kadang2 aku sanggup menghadap internet lebih lama dari menghadap tv. alaah, korang pon mesti tau kan, kita boleh buat macam2 dengan internet, bukan berkawan je, tahu isu semasa, hiburan, shopping dan macam2 lah..lebih2 lagi bila sekarang ni dah bekerja kan, bekerja pulak sebagai pengajar, mestilah kena tambah pengetahuan2 am kan, sumber paling senang internet. rasanya semua orang perlukan internet sekarang. terutama pelajar, businessman, budak kecik pon tau bosan kalau takde internet..hehe..
yang ketiga, adalah KERETA. dulu takpe..aku tak kesah kalau takde kereta, time kat U, sanggup jalan kaki dari kolej ke fakulti walaupon jauhnye 10km ke, jalan berbukit ke, aku sanggup..tapi sekarang tak lagi..takde kereta rasanya tak leh hidup..orang kata, patah kaki lah..aku ada satu cerita, kalau korang ingat lagi pasal entry INI.. huhu..memang masa tu patah kaki ah!tiap2 hari rasa macam diri tak berguna sebab asyik menyusahkan orang je kan..tapi dulu time study tak pikir plak menyusahkan member tumpang kereta ke apa kan..haha..
seterusnya, aku tak boleh hidup tanpa RESTU IBU BAPA..memang lah kadang2 tu aku pernah tidak bercakap benar, bukan menipu yer..lain..sebab masa tu, aku nak keluar dengan Mr. F, aku bagitau mak ayah aku nak keluar dengan kawan..betul lah tu kan.,Mr.F tu kan kawan aku jugak..cuma aku tak berkata benar siapa kawan aku tu..itu jer..hehe..tapi, setiap kali aku tidak berkata benar tu, hati mesti rasa tak sedap je..kalau tengah keluar dengan Mr.F time tu, mesti rasa nak balik cepat jer..yelah orang dah buat salah kan..kalau memang betul2 keluar dengan kawan, balik lambat pon tak rasa bersalah..haha..iye!restu ibu bapa itu penting ye adik2..kalau nak keluar rumah pergi mana2, mesti bagitau mak ayah, kalau mak ayah takde kat rumah, sms mereka..kan senang..baru hati senang kalau nak keluar atau buat apa..hehe..
kelima..ermm apa ye?oh, tidak boleh hidup tanpa MATAHARI..hehe..eh, betul lah!walaupun kita tiada kuasa untuk menghalang apa yang bakal terjadi..tapi maksud aku disini, aku tak boleh hidup kalau dunia kita gelap, hanya malam sahaja, tanpa cahaya..sebab malam bagi aku tiada kehidupan..sekarang ni lah, jangan compare time study dlu..kalau dulu, siang malam takde beza,,kadang2 tu time study dulu tak sabar2 nak malam sebab time malam lah baru ada semangat nak buat keje kan..kalau dulu, prinsip hidup memang life start at night lah..haha..tapi tidak lagi sekarang, kalau malam je, boring..lepas isya', terus tidur..boring kan..itu sebab aku kata tak boleh hidup tanpa matahari..dan sekarang, aku memang sangat jarang tidur waktu siang, sebab rasa macam membuang masa dan merugikan jer..hehe..
keenam..aku tak boleh hidup tanpa MUZIK..hidup rasa boring kalau sekeliling kita sunyi. rasa macam, eh dah nak kiamat ke apa?..kadang2, kalau takde sumber2 yang boleh mengeluarkan muzik, aku sendiri yang akan membuat bunyi2an..hehe..okay, ni sebenarnye tak berapa penting sangat..tapi, termasuk jugak lah dalam list perkara yang tak boleh tak ada kan..
ketujuh,
kelapan,
kesembilan,
boleh x, ketiga2 ni aku combine kan menjadi satu..disimpulkan, aku tak boleh hidup tanpa IMAN di dada..tanpa ajaran AGAMA yang sempurna, tanpa RAHMAT dan PETUNJUK ILAHI..benar, kita sebagai umat Islam hendaklah hidup di muka bumi dengan berpandukan ajaran agama, al-quran dan as-sunnah..jiwa kita berasa kosong tanpa semua2 ini...segala kebendaan kita boleh dapat dengan mudah di dunia. tetapi keredhaan Allah hendaklah kita cari..baru lah sempurna hidup kita sebagai hambaNya. sebenarnya tak mati pun takde kereta, muzik, internet, duit, handphone apa semua tu, kalau kita ikhlas dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini..dan............
kita sambung esok hari dengan cabaran seterusnya..hehehe...
Saturday, January 29, 2011
DAY 1 : RANDOM 10 DAY CHALLENGE!
Day 1: Ten Things You Wanted/Want To Be When You’re Older
a < businesswoman
b < professor
c < isteri solehah
d < ibu mithali
e < PhD holders
f < have its own brand
g < an inspiration to someone
h < motivator
i < muslimah sejati
j < the cool one granny LoL
hahaha...the sequence is not put on priority ...mana yang terlintas jer...okay, tomorrow we continue with 2nd challenge ya!!..stay tune~~
RANDOM 10 DAY CHALLENGE!
Day 1: Ten Things You Wanted/Want To Be When You’re Older
Day 2: Nine Things You Can’t Live Without
Day 3: Eight Places You Want To Visit
Day 4: Seven People Who Inspire You, and Why?
Day 5: Six of Your Favorite Books
Day 6: Five Things You Can Eat…
Day 7 :Four Songs That Describe You Life Right Now
Day 8 : Three Favorite Cartoon Characters
Day 9 : Two Movies You Absolutely Love
Day 10 :One Quote That Describes Your Life Right Now
Okay, aku akan berusaha untuk buat entry bagi setiap tajuk di atas..hehehe..macam menarik!..aku ambik ni dari tumblr member aku (do visit and follow her..=P )
Subscribe to:
Posts (Atom)


















