Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, April 7, 2011

anak bongsu tu manja???

haaaaiiiii...

baca dah tajuk kat atas?? aku berani kerat jari lah kalau orang cakap semua anak bongsu tu MESTI manja!! kenapa? tak caya???

tolong lah betulkan pemikiran tu sikit ye. kalau orang cakap macam katak bawah tempurung, melatah pulak. tapi kenyataannya macam tu lah. sama lah macam orang dok pikir orang kampung tu kuno, orang kampung tu ketinggalan, orang kampung tak tau guna internet..eh, hellooo, I orang kampung tau, masa darjah 3 rumah I ada internet, I dah kenal dah apa tu chatting2, siap main tipu2 identiti tapi terbagi pulak no.phone rumah yg betul kan. bile orang tu call, ha kau!! takut giler!!haha...

aku anak bongsu, anak last, tak ada adik, aku lah adik. sampaikan bila dah umur menjangkau jubli perak pon orang dok panggil adik lagi.hehehe.. feel young every day but not pampered! aku tak pernah dimanja dan aku tak suka dimanja! aku pelik kenapa anak bongsu selalu dikatakan manja. kenapa ye? sebab dia yang terakhir, jadi mak ayah sayang lebih? kenapa pulak?? yang pertamalah patut disayang lebih sebab dia yang menjadi bukti kasih sayang antara ibu dan ayah selain menjadi bukti cinta sejati kedua ibu bapa. mungkin jugak yang terakhir tu sebab dah tak ada lagi selepas mereka kot. tapi mana boleh macam tu. kesian lah yang kat kedua, ketiga, keempat. semua adik beradik sama je. itu sebab mak ayah aku tak pernah nak amalkan konsep manjakan anak bongsu. aku tiap2 hari kena marah, kerja rumah semua aku buat, tiap hujung minggu balik rumah ada je kerja kena buat.

aku rimas dengan orang yang tak nak ubah pemikiran diorang ni. jangan lah ingat kalau anak last tu mesti manja, lepas tu nak layan kena baik2, lepas tu mesti ingat anak last ni hati kaca, cepat tersentuh lah, cepat merajuk lah..aku rasa sifat macam tu bukan pada anak last je, semua orang ada perasaan. boleh tak kalau dalam perbincangan tu jangan nak libat kan pasal kedudukan dalam adik beradik contohnye "oh, dia anak last, memang macam tu..", " biar lah dia, budak2 lagi, tak matang..", "aku tak boleh masuk lah dengan dia, aku anak sulung, dia anak bongsu, kepala kitorang tak sama"...blablabla...

ermm, k lah..anak bongsu nak masuk tido..

p/s : anak bongsu yang sorang ni sgt pandai berdikari!!hee..
p/s/s : anak bongsu yg sorang ni tak suka merajuk2, tu sebab dia tak reti nak memujuk..=P
p/s/s/s : anak bongsu yang sorang ni lebih suka bersendirian sebab dia suka buat keputusan sendiri.
p/s/s/s/s : anak bongsu yang sorang ni tak suka kongsi masalah dengan orang lain sebab dia TAK MANJA!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...