Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 30, 2010

begini lah kehidupan....

apabila dua benih (sperma + ovum) bergabung di dalam satu nukleus, persenyawaan serta merta berlaku. secara tidak sedarnya, wanita ini menjadi ibu kepada janin yang dikandung..sungguh indah ciptaan Tuhan..

bayi dilahirkan dan disambut dengan penuh kesyukuran, kenduri do'a selamat diadakan, cukur jambul dijalankan, majlis aqiqah dilaksanakan..sempurna hidup seorang bayi..dijaga dengan penuh kasih sayang dan perhatian yang tidak berbelah bahagi, bukan sahaja daripada ibu bapa, malah seluruh ahli keluarga, pakcik-makcik,atuk-nenek,kawan-kawan ibu bapa dan seluruhnya..hari ini dapat baju baru, esok dapat mainan baru, lusa dapat kasut baru, next week dapat naik kapal terbang..fuuhh!!..sangat best!...

kanak-kanak bertuah ini dibesarkan dengan pendidikan yang lengkap, ilmu duniawi, ilmu agama, hiburan, dan sebagainya, tiada yang tertinggal..semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

tamat belajar, anak ini mencari pekerjaan yang menjamin masa depannya dan mahukan membalas jasa kedua ibu bapanya yang telah membesarkannya, anak ini tidak mahu jadi anak yang derhaka. baginya, jaminan syurga adalah yang utama. mahu dibawanya bersama kedua ibu bapa dan seluruh ahli keluarga ke dalam taman syurga Allah..

beliau bertemu pasangan hidup, bagi menyempurnakan lagi kehidupan dimuka bumi ini..bagi menambahkan lagi bilangan ummat junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W... bilangan yang sempurna, bilangan yang berkualiti..

kini, hidupnya sudah dipenghujung..segala tugasnya di muka bumi InsyaALLAH telah dilaksanakan, 5rukun islam, menjadi anak yang soleh/solehah, masyarakat yang berjasa..

namun, seberapa ramaikah manusia sebegini yang kita temui dalam hidup ini?..untuk mencari kesempurnaan itu sangat susah, mungkin kita mencuba untuk ke arah itu, tetapi, Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..hidup ini tidak semudah yang diimpikan..mungkin kita hanya mampu bertahan sampai ditahap pendidikan awal, pengaruh rakan-rakan dan alam maya banyak mempengaruhi kehidupan kita..

kita tidak tahu bagaimana cara kita mengakhiri kehidupan ini, semua orang tidak tahu! sehinggalah tiba masanya..tidak semua orang yang baik akan pergi dengan cara yang baik..tapi kita juga tak tau kenapa dia pergi sebegitu rupa..kita hanya hamba Allah yang diamanahkan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan..mungkin tidak semuanya kita mampu laksanakan, kita hanya mampu dan hanya boleh merancang. untuk sepuluh tahun akan datang pon kita boleh rancang, tapi kenyataannya jika Allah mengkehendaki esok kamu kembali kepadaNya, maka terjadilah ia...pasti ada himahnya..kita sebagai hambaNya, banyak melakukan kesilapan, walhal, kita sedaya upaya untuk menjauhinya. ingatlah, syaitan ada di mana-mana, demikian lah juga, masih belum terlambat untuk kita berubah menjadi lebih baik...

seseorang ada berpesan, masa itu adalah nyawa..seberapa panjang nyawa kita, bergantung kepada seberapa banyak masa yang telah kita lalui..mudahnya definisi nyawa kalau sebegitu. nyawa sangat-sangat berharga..mungkin kita tidak sedar, bahawa begitu banyak nyawa kita dibazirkan begitu sahaja dengan melakukan perkara sia-sia. mungkin nyawa itu boleh didefinisi kan dengan masa yang berkualiti digunakan. janganlah kita lakukan perkara-perkara yang melalaikan sedangkan kita tidak tahu sampai bila nyawa kita mampu bertahan. bila tamatnya nadi kita berdenyut, tamatlah masa kita di bumi Allah ini.

mahukah nanti, bila sudah tiba masanya kita hendak dimasukkan ke liang lahad, kita hanya bersendiri??takutnye...bila kita dilahirkan kedunia, kita disambut dengan kegembiraan dan air mata kesyukuran, tetapi, bila saat kita mahu meninggalkan alam fana ini, tiada siapa disisi kita..kenapa terjadinya begitu?..adakah dunia tidak adil?..kita renungkan lah bersama, jika kita mahu kita pergi sepertimana kita disambut, hiduplah di muka bumi ini dengan bersederhana, jangan lupa untuk mensyukuri setiap nikmat dan dugaan yang kita terima, semoga kehidupan kita selepas kematian nanti dalam keadaan sempurna sebagaimana satu kisah ini,


Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: “Wahai Rasullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. w. t: “Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” -(Surah an-Naba’:18) 
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab: 
“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri…. Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenaan iaitu: 
BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: ” Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…” 
BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: “Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka…” 
BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..” 
BARISAN KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..” 
BARISAN KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Masyar. “Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…” 
BARISAN KEENAM Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..” 
BARISAN KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembalu mereka adalah neraka…” 
BARISAN KELAPAN Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. ” Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..” 
BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. ” Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…” 
BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..” 
BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…” 
BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih…”
kisah ini diambil dari sini
semoga penulisan ini memberi sedikit sebanyak kesedaran dan keinsafan dalam diri kita yang membacanya..
La Tahzan... =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...