Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

kita tiada beza, kita sama saje...

assalamualaikum..

tiba-tiba hari ni fikiran asyik memikirkan tentang sesuatu yang aku perlu hadap hampir hari-hari. 5hari dalam seminggu aku perlu menghadapinya. bukan lah mengenai kelas atau anak murid. itu sebahagian daripada tanggungjawab. oh! bila cakap pasal anak murid, tiba-tiba teringat tentang permintaan seorang anak murid untuk meluahkan masalah dia kat aku. serious, aku terlupa sangat!! bukan lah aku tak concern tentang anak-anak murid aku, tapi kerja kebelakangan ni agak banyak. sekarang ni pon time buat entry, tengah tunggu download sketchup sebab esok ada class, aku dah cakap dengan student tadi, esok nak buat teori sikit, jadi aku nak tunjukkan melalui 3D drawing lah. laptop baru format sebab kena virus, jadi semua kena install balik. esok, insyaallah time rehat nak jumpa student tu lah. rasa bersalah pulak bila biarkan dia macam tu je..

berbalik pada fikiran aku yang asyik pikir pasal perkara yang aku kena hadap 5hari dalam seminggu tu, buat aku bertafakur sekejap selepas solat maghrib tadi. keadaan semakin teruk bak kata seseorang yang aku perlu jumpa selama 5hari seminggu sejak 2tahun ni. kenapa semua ni terjadi??apa puncanye??salah ke kehadiran kitorang kat tempat tu??oh! tak boleh nak libatkan semua orang, jadi aku perlu state diri aku seorang je.. salah ke kehadiran aku kat tempat tu?? macam tak diterima jer..dingin sangat..aku memohon pada Tuhan

"Ya Allah, Kau ampuni lah dosa-dosa ku selama aku hidup di duniaMu ini, selama aku berada di tempat ini..ampunilah mereka semua Ya Allah, lindungilah mereka Ya Allah, kasihanilah mereka Ya Allah..sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..jadikan lah kami insan yang bersyukur padaMu Ya Allah, semoga antara kami akan berbaik-baik suatu hari nanti Ya Allah.. jauhilah kami dari hasad dengki sesama sendiri Ya Allah, jauhilah kami dari sifat benci membenci sesama manusia Ya Allah, jauhilah sifat takbur dan riak dalam diri kami Ya Allah.. sesungguhnya kepada Engkau sahaja aku memohon, dan Engkau sahaja Penentu segalanya. Amin, Ya Rabbal 'Alamiiinn.."

oh, dah siap download..bye..
assalamualaikum...

Monday, January 10, 2011

semua orang baik..

ISY!!..
patut ke tak patut apa aku buat ni
nak buang, rasa bersalah, sebab ada orang suka..
kalau tak buang, malu, sebab macam mengaibkan diri sendiri..
actually, tak lah mengaibkan sangat,
cuma bagi sesetengah orang, mereka tak selesa melihatnya. 
bukan lah teruk sangat pon(ayat nak sedapkan hati sendiri)

tapi, tetap tak nak buang.
nak jaga hati orang lain 
lagipon bukan nak menunjuk-nunjuk
cuma nak share dan jadikan kenangan je..

ERMM..
hidup selalu dalam dilemma..
ungkapan "be yourself" pon rasa macam dah tak relevan
macam mana nak jadi diri sendiri, kalau setiap kali try to be ourself, ada je anasir-anasir sekeliling yang menjadi halangan..
kenapa tak boleh nak atasi anasir-anasir tu?
bukan kita tak boleh, tapi kita tak nak atasi
sebab kita tau, anasir macam ni memang sentiasa ada.
lagi kita tolak, lagi dia dekat..
jadi, solution yang terbaik adalah, kita jadikan anasir tu sebagai pengkritik tetap kita
dalam erti kata lain, jika kita buat sesuatu, kita kena jugak fikirkan anasir2 ni,
yang mana, jika ada kata-katanya yang boleh diterima pakai, kita pakai..=)
kalau takde, kita anggap sahaja dia sebagai pelengkap kehidupan kita..=)

namun..
perasaan serba salah tu sentiasa menghantui kita kan..
sedangkan, jika kita nak buat sesuatu tu bukannya melibatkan orang lain,
jadi, hidup kena berhati-hati.
sekarang, jangan kata apa yang kita cakap, kita pakai, kita tulis, kita fikir je boleh mewujudkan pergaduhan, 
malah, kalau kita berdiam pon, tetap akan menjadi big issue!
sebab tu kita rasa sehari 24jam rasa sekejap sangat kan..
sebab every little thing, sekecil-kecil hama pon kita nak perbahaskan..

jadi..
pikirkan lah apa yang terbaik untuk diri kita..
kadang-kadang, kalau kita dikritik, dihina, dikutuk
tak bermakna kita ni teruk, salah, buruk
sekurang-kurangnya ada orang sekeliling kita yang menyedarkan kita tentang kekurangan kita,
jangan pula kita menjarakkan perhubungan dengan mereka, 
jika tidak, siapa pula yang hendak menegurkan..
kadang-kadang, kawan baik tidak sampai hati nak menegur sebab lebih kepada nak menjaga hati..=)

kita berterima kasih kepada mereka,
dan perbaiki diri sendiri..
kalau rasa takut untuk menjadi diri sendiri, jadilah sesuatu yang lebih baik.

sebenarnya dah jauh melalut..
ermm..
jadi, aku rasa, aku patut buat apa yang aku dah buat
kalau ada yang tidak senang dengan apa yang aku dah buat, tegur lah..
aku tak akan anggap kau orang musuh..
peace..v
wassalam..

Monday, January 3, 2011

how your first day at school?

hari ni, 3januari 2011
tarikh keramat untuk kebanyakkan kanak-kanak yang baru hendak memulakan zaman persekolahan mereka juga tidak dilupakan kepada ibu bapa juga yang menghantar anak sulung mereka ke sekolah.
pastinya ramai yang memohon cuti hari ini untuk menjalankan tanggungjawab mereka. aku pon tidak terkecuali
"eh! bila masa kau ada anak??"
hehehe...saja je aku nak menyebok kan..dah lama tak merasa suasana hari pendaftaran sekolah. okay, ni siapa yang masuk sekolah ni?sampai semua orang pon mintak cuti?


IMAN KHADEEJA SHAHRIZAL!!!
yeah! she's 5years old..


dia belum masuk sekolah lagi..baru masuk tadika, hee...
pukul 750am, jaja, mama & papa sampai rumah rumah nenek..jaja tadika dekat dengan rumah nenek, sebab nenek yang jaga jaja. tadika tu pon dekat je dengan rumah, boleh pergi jalan kaki. sebelum pergi pendaftaran, kitorang interview dulu si jaja ni..hehehe..nak tengok dia, boleh ke tak dia masuk belajar ni..

macam-macam soalan yang kitorang tanya
1. kalau cikgu tanya nama penuh apa?
iman khadeeja bt shahrizal
2. kalau cikgu tanya awak tinggal dekat mana, nak jawab apa?
pajam
3. kalau ada kawan-kawan yang nak cari gadoh macam mana?
jaja report dekat mama..=D
4. kalau cikgu marah, macam mana?
jaja lari balik rumah nenek, dekat jer.....
5. kalau cikgu tanya, siapa cantik?
achu saya!! (okay, ni tipu) =P

okay, bila dah lulus tapisan, baru boleh pergi tadika..
tapi, disebabkan aku cuti hari ni, jadi aku terlambat bangun lah..tak sempat nak ikut hantar jaja pergi daftar..mandi2 dulu, siap2, then pukul 9 baru pergi buat tinjauan dengan mak dan danish, oh ye! danish ada di rumah!!
dan bile aku sampai je, terus terjah dengan camera..haha..kantoi jaja takut sekolah..takde lah, jaja okay je..dah ada kawan, cuma takut sikit-sikit je kan..bile mama dengan papa balik, jaja dah okay..hee..

ni masa mula-mula je, mama kena temankan..

ha, tu..tu nak nangis lah tu..haha..

eh, bila nampak achu je,dah okay balik kan... =)

terus posing-posing amek gambar...
eh, adik kat belakang tu kenapa? =P

suasana pendaftaran tadika..=)

eh, kamu pon ada!!bila kamu nak sekolah ha bambam??

kamu takyah sekolah lah..duduk rumah main laptop dengan achu je..haha..

pukul 11, mak pergi intai jaja dekat tadika..masa tu budak-budak tengah makan..mak tengok jaja tak makan..lah!kenapa pulak?dah agak dah ni, perkara macam ni mesti jadi..jaja mana makan benda pedas-pedas, walaupon makanan tu tak pedas, tapi kalau dia warna merah, mesti dia tak nak..haha..makanan hari pertama di tadika tu spaghetti, lagi lah jaja taknak kan..kesian dia, makan mee dia tu je..

pukul 12 balik, mama dengan papa dia jemput, nampak letih sangat lah, tanya dia belajar apa hari ni

1. belajar menyanyi
satu-satu, sayang sayang ibu
dua-dua, saya sayang ayah, tiga-tiga, sayang adik kakak
satu, dua, tiga sayang semuanya..
lepas tu mama dia suruh tukar lirik jadi mama, papa, atuk, nenek..
haha

2. belajar bentuk
bulat, petak, segitiga

3. belajar al-fatihah
yang ni paling tak tahan, dia boleh cakap yang dia dah tau dah al-fatihah, dah lancar dah..dengan bangganya..hahaha...

okay, untuk hari pertama, nampaknya jaja menunjukkan prestasi yang cemerlang, takde nangis-nangis pergi sekolah, good girl!, belajar rajin-rajin..cuma makan je memilih sikit..hehe, sampai rumah je, terus makan nasi dengan sup ikan merah, sendawa dua kali kau ye..haha..
esok, jaja dah boleh pergi tadika dengan atuk atau nenek..ehehe..

Friday, December 3, 2010

tepuk dada, tanya iman...=)

apa yang akan anda lakukan di hujung tahun dan akan menjelmanya tahun baru tidak lama lagi??..oh, saya tidak menyatakan tahun baru masihi..untuk apa sambut tahun baru masihi jika kita ummat Islam mempunyai tahun baru tersendiri dan lebih mulia untuk disambut.

sangat jauh berbeza cara sambutan kedua-dua tahun baru ini. tetapi bagi kebanyakkan muda-mudi zaman ini, lebih tertarik untuk menyambut tahun masihi daripada tahun Islam. itu tidak dapat disangkal lagi. jika ditanya kepada anak-anak muda ini apa yang mereka buat untuk menyambut tahun baru Islam, mungkin persoalan ini yang akan mereka beri kepada kita...

>"bila tahun baru Islam?"
>"ada ke cara sambut tahun baru Islam?"
>"ada konsert ke?"

astaghfirullahal'adzim....na'uzubillahminzalik...mintak dijauhkan diri kita dan keturunan kita daripada golongan-golongan seperti ini.

kita jangan terlalu taksub dengan ni'mat dunia. memang tidak dinafikan, siapa yang mampu bertahan dengan godaan duniawi ni, sedangkan iman pun senipis kulit bawang..tetapi jika kita berpegang kepada ajaran Al-Quran dan sunnah Nabi, insyaAllah hidup kita dilindungi Allah dari kemungkaran.

baik lah, sekarang mari kita jangan menjadi terlalu serius sehingga muka menjadi ketat dan tudung tertarik-tarik ke tepi, cacat!..hehe..okay, bagaimana kita hendak memastikan kita tidak tergolong di dalam golongan yang melalaikan ya'ni mereka yang taksub dengan ni'mat dunia ini

>situasi pertama:
tahun baru 2011 tidak lama lagi, pasti ada beberapa kawan anda yang ingin mengajak anda menyaksikan konsert ambang tahun baru dan sebagainya, bagaimana reaksi anda?
a) tersengih-sengih sambil kata, "tengok lah nanti ye"
b) "tahun baru 1432 hari tu kau dah sambut"...tanya dia balik soalan ni..
c) "siapa artis buat persembahan?"
d) "maaflah tak berminat, hari tu dah pasang niat masa tahun baru Islam tak nak buat perkara melalaikan"

>situasi kedua:
orang yang anda sayangi (bf/gf), meminta anda menemaninya makan malam sempena tahun baru 2011, rekasi anda?
a)"nak!!nak!!, nak makan kat mana? baju apa I nak pakai ni?"..menggeletis!
b) tolak dengan baik, cakap pada dia "awak, tak baik lah kita sambut2 tahun baru ni, amalan orang barat je, kita kan orang Islam". sure esok dia datang meminang!
c) serba salah, nak pergi ke tak, nak pergi ke tak...kalau tak pergi dia minta putus,menipulah demi menjaga iman di dada..=)

>situasi ketiga:
member baik dah siap beli tiket untuk tonton konsert penyanyi barat yang akan datang malaysia untuk buat show new year, anda??
a) alamak, kalau tolak, sayang pulak, tiket beratus ni!
b) "wow!!, oh gosh!!!u're my BFF ever!" gila!
c) "o'o...sorry beb, new year I ada plan lain lah..next time okay, I promise..=)"
d) "kan best, kalau kau ikut aku pergi masjid, at least dapat tempah tiket masuk syurga, lagi best woo!!"..ada bran?

>situasi keempat:
member-member ajak gi clubbing, so?
a) "I dah taubat"
b) (@_@).."lets Gooo!!!!!"...go to hell!!
c) anda ikut, tapi sampai di tempat tersebut, drop kan dia sahaja and bagi alasan anda ada hal lain..=)

dan beberapa situasi lain lagi yang mampu membuatkan iman anda bergetar!..jadi, sebagai seorang muslim dan muslimah, sayangilah diri anda, kehidupan didunia, kenikmatan didunia hanya sementara..tanamkan dalam diri ajakan dari rakan-rakan anda itu semua sebagai dugaan dalam hidup anda, bagaimana untuk mengatasinya supaya anda tidak terjebak dan jauh meninggalkan agama Islam yang selama ini menjadi pegangan hidup anda...soalan di atas tidak perlu lah anda berikan jawapan pada saya, jawab dalam hati sahaja lah ye..=P

bersempena sambutan awal muharram 1432 yang akan jatuh pada 7dec2010 tidak lama lagi, marilah kita memulakan tahun baru dengan azam dan amalan yang terpuji..

tutuplah tahun 1431 kita dengan doa ini yang sebaik-baiknya dibaca selepas waktu asar sebelum maghrib.

insyaAllah semoga perjalanan hidup kita di tahun baru nanti mendapat berkat, hidayah dan keredhaan dari Allah S.W.T....Amin....

Tuesday, November 30, 2010

begini lah kehidupan....

apabila dua benih (sperma + ovum) bergabung di dalam satu nukleus, persenyawaan serta merta berlaku. secara tidak sedarnya, wanita ini menjadi ibu kepada janin yang dikandung..sungguh indah ciptaan Tuhan..

bayi dilahirkan dan disambut dengan penuh kesyukuran, kenduri do'a selamat diadakan, cukur jambul dijalankan, majlis aqiqah dilaksanakan..sempurna hidup seorang bayi..dijaga dengan penuh kasih sayang dan perhatian yang tidak berbelah bahagi, bukan sahaja daripada ibu bapa, malah seluruh ahli keluarga, pakcik-makcik,atuk-nenek,kawan-kawan ibu bapa dan seluruhnya..hari ini dapat baju baru, esok dapat mainan baru, lusa dapat kasut baru, next week dapat naik kapal terbang..fuuhh!!..sangat best!...

kanak-kanak bertuah ini dibesarkan dengan pendidikan yang lengkap, ilmu duniawi, ilmu agama, hiburan, dan sebagainya, tiada yang tertinggal..semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

tamat belajar, anak ini mencari pekerjaan yang menjamin masa depannya dan mahukan membalas jasa kedua ibu bapanya yang telah membesarkannya, anak ini tidak mahu jadi anak yang derhaka. baginya, jaminan syurga adalah yang utama. mahu dibawanya bersama kedua ibu bapa dan seluruh ahli keluarga ke dalam taman syurga Allah..

beliau bertemu pasangan hidup, bagi menyempurnakan lagi kehidupan dimuka bumi ini..bagi menambahkan lagi bilangan ummat junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W... bilangan yang sempurna, bilangan yang berkualiti..

kini, hidupnya sudah dipenghujung..segala tugasnya di muka bumi InsyaALLAH telah dilaksanakan, 5rukun islam, menjadi anak yang soleh/solehah, masyarakat yang berjasa..

namun, seberapa ramaikah manusia sebegini yang kita temui dalam hidup ini?..untuk mencari kesempurnaan itu sangat susah, mungkin kita mencuba untuk ke arah itu, tetapi, Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..hidup ini tidak semudah yang diimpikan..mungkin kita hanya mampu bertahan sampai ditahap pendidikan awal, pengaruh rakan-rakan dan alam maya banyak mempengaruhi kehidupan kita..

kita tidak tahu bagaimana cara kita mengakhiri kehidupan ini, semua orang tidak tahu! sehinggalah tiba masanya..tidak semua orang yang baik akan pergi dengan cara yang baik..tapi kita juga tak tau kenapa dia pergi sebegitu rupa..kita hanya hamba Allah yang diamanahkan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan..mungkin tidak semuanya kita mampu laksanakan, kita hanya mampu dan hanya boleh merancang. untuk sepuluh tahun akan datang pon kita boleh rancang, tapi kenyataannya jika Allah mengkehendaki esok kamu kembali kepadaNya, maka terjadilah ia...pasti ada himahnya..kita sebagai hambaNya, banyak melakukan kesilapan, walhal, kita sedaya upaya untuk menjauhinya. ingatlah, syaitan ada di mana-mana, demikian lah juga, masih belum terlambat untuk kita berubah menjadi lebih baik...

seseorang ada berpesan, masa itu adalah nyawa..seberapa panjang nyawa kita, bergantung kepada seberapa banyak masa yang telah kita lalui..mudahnya definisi nyawa kalau sebegitu. nyawa sangat-sangat berharga..mungkin kita tidak sedar, bahawa begitu banyak nyawa kita dibazirkan begitu sahaja dengan melakukan perkara sia-sia. mungkin nyawa itu boleh didefinisi kan dengan masa yang berkualiti digunakan. janganlah kita lakukan perkara-perkara yang melalaikan sedangkan kita tidak tahu sampai bila nyawa kita mampu bertahan. bila tamatnya nadi kita berdenyut, tamatlah masa kita di bumi Allah ini.

mahukah nanti, bila sudah tiba masanya kita hendak dimasukkan ke liang lahad, kita hanya bersendiri??takutnye...bila kita dilahirkan kedunia, kita disambut dengan kegembiraan dan air mata kesyukuran, tetapi, bila saat kita mahu meninggalkan alam fana ini, tiada siapa disisi kita..kenapa terjadinya begitu?..adakah dunia tidak adil?..kita renungkan lah bersama, jika kita mahu kita pergi sepertimana kita disambut, hiduplah di muka bumi ini dengan bersederhana, jangan lupa untuk mensyukuri setiap nikmat dan dugaan yang kita terima, semoga kehidupan kita selepas kematian nanti dalam keadaan sempurna sebagaimana satu kisah ini,


Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: “Wahai Rasullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. w. t: “Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” -(Surah an-Naba’:18) 
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab: 
“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri…. Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenaan iaitu: 
BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: ” Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…” 
BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: “Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka…” 
BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..” 
BARISAN KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..” 
BARISAN KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Masyar. “Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…” 
BARISAN KEENAM Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..” 
BARISAN KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembalu mereka adalah neraka…” 
BARISAN KELAPAN Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. ” Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..” 
BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. ” Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…” 
BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..” 
BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…” 
BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih…”
kisah ini diambil dari sini
semoga penulisan ini memberi sedikit sebanyak kesedaran dan keinsafan dalam diri kita yang membacanya..
La Tahzan... =)

Monday, November 29, 2010

kenapa ramai itu bagus????

kalau kamu seorang diri, kamu rasa kamu hebat??...macam mana kamu boleh rasa kamu sudah cukup hebat dengan seorang diri??..siapa yang dorong kamu untuk menjadi hebat??..

sedangkan sembahyang berjemaah pun hikmahnya 27 kali ganda daripada sembahyang seorang diri..kenapa ramai itu labih baik dan lebih bagus?

kita ambil contoh lah kan, dalam satu pertandingan perbahasan pun, memerlukan keahlian 3 atau 4 orang. untuk apa lagi kalau bukan untuk berkongsi idea, mengukuhkan pendapat dan bekerjasama bagi melawan pihak lawan..memang lah benar, berpidato seorang diri, kerna pidato tidak boleh diambil kira untuk dijadikan contoh sebagai teras bekerjasama..

cuba bayangkan, kalau orang jahat lebih ramai daripada orang baik, pasti kucar kacir jadinya sebab yang ramai itu merasakan mereka hebat kerana kuantiti mereka lebih..memang lah benar, jangan menilai dari segi kuantiti malah kualiti, tetapi kenyataannya pada hari ini, penduduk Islam di negara Barat pun mampu ditawan oleh mereka sedangkan kita tahu Islam itu satu-satunya agama yang benar yang diterima ALLAH S.W.T... hanya dengan kekuasaan Nya sahaja, apa pun boleh terjadi..Islam juga mengajar kita untuk bersatu, bermaksud, bersama-sama untuk menjadi satu yang besar bukan seorang diri, ingat, syaitan itu ada!..

kalau kamu bersendiri, kamu rasa pihak lawan akan gentar dengan kamu?..sekali tiup tumbang terus tau..

lain kali jangan cakap tak berlapik ye...contoh cakap tak berlapik

"ah!, aku tak suka kerja berkumpulan!"
"ah!, biar aku sorang je buat semua ni!"
"ah!, lantak ah dia!, aku tak perlukan dia dalam hidup aku!"

mana ada orang hidup di dunia ini seorang diri..kawan saya cakap, sampai kita mati nanti pun kita perlukan orang disekeliling kita..

tapi, tak salahkan kalau kita ada perasaan tak suka kat seseorang, sebab kesempurnaan itu tiada pada sesiapa. tapi jangan cuba untuk menidakkan untuk kerja secara berkumpulan..

Thursday, October 21, 2010

jangan lah bersikap sebegitu ye...

menjadi pantang larang dan mewujudkan kemarahan pada diriku pabila ada yang cuba untuk memplagiat hasil kerja orang lain..memplagiat dalam erti kata lainnya, meniru, mencetak rompak, menyalin bulat-bulat hasil kerja/idea/penulisan/design atau apa barang sekali pun tanpa meminta kebenaran daripada tuan yang empunya.. banyak cerita plagiat-plagiat yang menyakitkan hati wa'ima yang menyedihkan berlaku..

satu contoh lah aku bagi kat kau orang, last week aku hadir satu kursus ni kat KL, hari last kursus penceramah mintak buat pengucapan awam tajuk bebas. ada seorang peserta kursus ni dia bercerita tentang 'KAWAN'.. dia ada seorang best friend masa di kampus. mereka sangat lah akrab kalau tak mana mungkin digelar best friend kan..dipendekkan cerita daripada bestfriend mereka terus bertukar menjadi musuh ketat!!..sedih tak?..nak tau apa punca dia?..sebab kawan dia tu telah mengambil atau meniru report final project beliau dan yang tragisnya supervisor beliau percayakan kawannya yang durjana itu dan beliau menjadi mangsa keadaan dan terpaksa mengulang sem semata-mata untuk membuat semula report projectnya!..apa punya orang lah itu kan..adakah beliau terlalu cantik sehinggakan supervisornya terpadaya, atau supervisornya telah terkena buatan oleh orang tak berguna itu..at the end, mereka menjadi musuh sekarang ini gara-gara plagiat!!!..AKU BENCI PLAGIAT!!..

itu baru satu contoh, dah lah aku bagi satu je cukop..sebab aku bukan nak berkongsi pengalaman kawan-kawan yang pernah menjadi mangsa plagiat atau yang suka memplagiat..malah, aku mahu berkongsikan beberapa laman web yang aku sangat enjoy bila melihat/membaca/membukanya...daripada aku tiru bulat-bulat hasil penulisan atau idea owner2 laman web ni, baik aku kongsikan terus dengan kauorang bukan..buat apa lah kita nak copy paste penulisan orang dan ubah sikit bagi nampak macam kita punya. bukan kah lebih baik sekiranya kita berkongsi terus apa yang original itu kerana yang asli adalah lebih mahal!

mari kita click2 untuk melihat apa yang ada di dalamnya!!

---> catswhiskers (boleh view blog ini untuk melihat updated fashion yang terdapat di butik mereka!
---> ohno! (view pula website ini untuk melihat ragam di malaysia)
---> ustaz kamil (aku rasa aku macam pernah share blog ustaz ni kat entry yang lepas2)
---> iluvislam (untuk menambah pengetahuan bersama =] )
---> puan nani (emak si hanis yang sangat adorable (^_^) )

okay, itu sahaja buat masa ini, kalau ada lagi, aku akan tambah2...dan jangan lupa juga untuk click2 pada list blog kegemaran aku disebelah kiri page ini okay!..mereka semua yang dalam list tu sangat WOW!!...

dan, amaran ini untuk mereka yang suka menciplak hasil kerja orang!...
ENGKAU TAK MALU KE BUAT MACAM TU?OH!IYA, KAU MANA TAU MALU SEBAB KAU PUN TAK BERANI NAK TUNJUK MUKA KAU KAN. KAU MENYAMAR!DAN KAU PASTI ADA KRISIS IDENTITI..PERGI CHECK LAH DIRI KAU TU!...

bye...(amarah itu tiada kena mengena dengan blog saya telah diplagiat atau apa..saje je nak marah2..(^_*)v... blog saya tak famous pun..ihikhik..

Monday, August 2, 2010

dari sudut pandangan insan kerdil

suatu hari tu, saya terfikir akan perkara ini.....


adakah di dalam kubur nanti kamu akan ditanya :

1. bilakah katy perry membuat persembahan pertamanya di malaysia?


2. mengapakah rihanna membatalkan konsertnya di malaysia?


3. siapakah artis malaysia yang berduet dengan penyanyi luar negara?


4. dengan siapakah leonardo de caprio berkahwin?


5. blablablablablablabla...

yang pasti, jawapannya tidak akan ditanya sama sekali....mengapa?

sudah pasti ia tidak sepenting itu!..

jadi, jangan tanya aku :

a. kau pergi tak tengok konsert blablabla..


b. laaa..kau tak tau ke dia datang malaysia?


c. cuba teka, bf aku kahwin dengan siapa?..WTH!


d. kesian dia tu kan, kena pukul dengan bf dia..sob..sob..

aku tidak heran langsung..malah aku langsung hairan, kenapa engkau begitu tahu tentang semua itu..adakah, ia begitu penting bagi engkau?..sehinggakan prinsip hidup engkau pun, 'dahulukan yang penting'/ 'the important come first'...apa lah yang penting sangat dalam hidup engkau ni?..sembahyang lima waktu cukup?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...