Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, January 2, 2011

3 idiots

anda tidak mungkin akan berasa bodoh bila menonton filem ini!
tidak sama sekali! saya jamin 100%

kenapa saya suka cerita ini
1. cerita ini kelakar. okay, kelakar giler!!
2. cerita ini banyak pengajaran. okay, banyak giler!!
3. cerita ini tidak berat. okay, ringan jer!!
4. cerita ini beeeesst. best sangat!!



jalan cerita yang simple. simple ke? ermmm..tak jugak, mungkin bagi sesetengah rasa pening sikit, sikit je sebab cerita dia sebenarnya sedang menceritakan semula.jadi, dalam dia ceritakan semula tu ada diceritakan semula benda lain, ha?!pening x?..haha..tak lah, macam ni, dalam satu part yang mana farhan teringatkan rancho yang sedaya upaya membantu raju, dalam masa yang sama raju juga menceritakan macam mana dia sangat menghargai dan terharu dengan kawannya yang bersikap pelik..haa..

banyak sangat part yang kelakar, macam bila diorang (raju+rancho+farhan) sedang ceritakan tentang family raju, automatic scene bertukar menjadi hitam putih!hahahaha...sebab family raju susah..tetibe teringat bila emak raju meletakkan alatan membuat roti di atas badan ayah raju and continue buat roti guna alat tu!eeeyaark!!hahaha..funny sebenarnya!!

then, yang kelakar lagi bile baby dengar je word "semuanya baik", terus dia tendang pipi rancho!hahahahhaahahha....memang gelak tak berhenti..dan banyak lagi scene yang kelakar dan jugak yang sedih... serious lah, bila tengok cerita hindustan ni, feeling memang bercampur baur!!..gelak macam nak mati ada, sedih sampai meleleh-leleh hingus pon ada, marah, geram, jiwang semua pon ada lah

yang tak tahan, bila raju dalam koma, kawan-kawan dia semua sedaya upaya nak ceria kan dia sebab otak dia berfungsi dengan baik sangat masa tu. bila masa emak dia pulak cuba nak menceriakan dia dengan tunjukkan sari baru, tiba-tiba air mata mengalir kan,cis!!potong stim betul!

satu lagi, bile ayah raju dimasukkan hospital, rancho yang hantar naik skuter pia (memang kelakar tahap cipan lah ni sebab bawak skuter masuk sampai depan doc kan.hahaha..) pastu raju pon sampai and dia terus marah rancho sebab hantar bapak dia naik skuter je, rancho ni cool je, dia boleh tanya balik "takkan nak hantar guna pos laju"..hahaahah...then, bila pia suruh mereka bertiga balik sebab esoknya ada exam, ayat yang paling buat aku touching sampai meleleh-leleh, bila rancho kata "kami ada banyak peperiksaan, tapi ayah hanya satu"..wah!!rasa macam nak ulang degree, repeat banyak kali pon takpe..hahaha...

aik!macam dah ulas satu cerita pulakkan..sebenarnye cerita ni sangat bagus untuk sebuah persahabatan, kekeluargaan dan pendidikan..rasanya cerita ni dah lama keluar kan. cuma bila dia keluar kat astro, baru lah tertengok..hehe..tak rugi pon tengok..sila lah layan 3 idiots..=)

tiba-tiba rasa aamir khan tu cute kan! =P

4 comments:

Adian said...

gitu kannn....
aritu aai tanya ada x movie ni aku kata xdak. adakah tetiba musim tgk cite ni plak kah?
nantila aku dload HD punya (matila xnak kalah) ahahh

aku said...

haha..
sebab dia baru keluar kat tv kot..best giler cerita dia!

fara-D said...

mmg! aku ngan akak aku ngn mak aku layan gila citer neh! sangat best!
"All is WELL!" hahaha.
adian, kalo da download, nak please! hehehehe

aku said...

haha..kan farah kaan..
rasa nak ulang,ulang,ulang tengok cite ni lagi..
lagu pon tak banyak...
=D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...