Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 30, 2011

kita tiada beza, kita sama saje...

assalamualaikum..

tiba-tiba hari ni fikiran asyik memikirkan tentang sesuatu yang aku perlu hadap hampir hari-hari. 5hari dalam seminggu aku perlu menghadapinya. bukan lah mengenai kelas atau anak murid. itu sebahagian daripada tanggungjawab. oh! bila cakap pasal anak murid, tiba-tiba teringat tentang permintaan seorang anak murid untuk meluahkan masalah dia kat aku. serious, aku terlupa sangat!! bukan lah aku tak concern tentang anak-anak murid aku, tapi kerja kebelakangan ni agak banyak. sekarang ni pon time buat entry, tengah tunggu download sketchup sebab esok ada class, aku dah cakap dengan student tadi, esok nak buat teori sikit, jadi aku nak tunjukkan melalui 3D drawing lah. laptop baru format sebab kena virus, jadi semua kena install balik. esok, insyaallah time rehat nak jumpa student tu lah. rasa bersalah pulak bila biarkan dia macam tu je..

berbalik pada fikiran aku yang asyik pikir pasal perkara yang aku kena hadap 5hari dalam seminggu tu, buat aku bertafakur sekejap selepas solat maghrib tadi. keadaan semakin teruk bak kata seseorang yang aku perlu jumpa selama 5hari seminggu sejak 2tahun ni. kenapa semua ni terjadi??apa puncanye??salah ke kehadiran kitorang kat tempat tu??oh! tak boleh nak libatkan semua orang, jadi aku perlu state diri aku seorang je.. salah ke kehadiran aku kat tempat tu?? macam tak diterima jer..dingin sangat..aku memohon pada Tuhan

"Ya Allah, Kau ampuni lah dosa-dosa ku selama aku hidup di duniaMu ini, selama aku berada di tempat ini..ampunilah mereka semua Ya Allah, lindungilah mereka Ya Allah, kasihanilah mereka Ya Allah..sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..jadikan lah kami insan yang bersyukur padaMu Ya Allah, semoga antara kami akan berbaik-baik suatu hari nanti Ya Allah.. jauhilah kami dari hasad dengki sesama sendiri Ya Allah, jauhilah kami dari sifat benci membenci sesama manusia Ya Allah, jauhilah sifat takbur dan riak dalam diri kami Ya Allah.. sesungguhnya kepada Engkau sahaja aku memohon, dan Engkau sahaja Penentu segalanya. Amin, Ya Rabbal 'Alamiiinn.."

oh, dah siap download..bye..
assalamualaikum...

3 comments:

sheta said...

apo hal lak nih cik shida oitt?
bersabar lah, perasaan itu sentiasa akan hadir, tapi jangan dilayan sangat. bersangka baik sentiasa dan sentiasa berbuat baik. kita kan hidup bermasyarakat...kadang2 kita terasa ngan orang, dan kadang2 orang terasa ngan kita. ini adalah lumrah.

sis, yg harus kita ingat,kita tak dapat nak puaskan hati semua orang. jaga hati sendiri sebelum jaga hati orang. take care, bebeh~

Unknown said...

mmg kita sama saja tiada beza...sangat tepat !!!
5 hari terasa sangat lama, 2 hari sabtu dan ahad sangat cepatkn....
akak slalu rasa camtu..sokmo !! almost everyday...
setiap hari kena cari semangat yg dh lama ilang...tp nk wat cmn..nak taknak kena hadaipi kn...
jadi shida kuat kn semangat...
jgn fikir pasal org...abaikan...
yg penting wat keje Kerna Allah...
n jgn lupa doa byk2...insyaAllah semua masalah akan settle...

aku said...

thanks cik.meshe ngan k.azah, insyaAllah akan menjadi lebih tabah selepas ini, walau selemah mana pon kita, walau sejahil mana pon kita di pandangan mata manusia, kita tetap ada Allah, Pencipta kita sekalian alam..tidak ada manusia yang berhak mengadili atau menghukum sesama manusia kan...
=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...