Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 1, 2011

misslilyshop!!

hai!!!!
siapa pernah membeli belah secara dalam talian??
okay, tak perlu angkat tangan sebab aku tak suruh pon. =P

aku salah seorang pembeli dalam talian yang tegar suatu masa dahulu. tak lah dahulu sangat, dalam tahun lepas macam tu lah.
"kenapa suka beli barang secara online ek??tak takut kena tipu ke??"
sebab senaaaanggg....aku pernah cerita pasal benda alah ni dulu kan check this
nak kata pernah kena tipu tu, so far, belum lagi lah..harap2 tak jadi kan..
alaa..lagipon kalau kita tak nak benda2 macam tu terjadi, kita kena tahu lah macam mana nak memastikan benda2 macam tu tidak akan terjadi!.paham?
contohnya, pastikan mereka ada no.pendaftaran perniagaan secara online
maklumat diri yang lengkap
dan view komen2 dalam website diorang itu..
senang kan.

tapi kan, dalam dok syok aku jadi pembeli online tegar ni, pernah gak ada sejarah hitam yang mana, barang yang aku dah order, dah bayar, tak sampai2 lagi. padahal tarikh tutup order dah lama berlalu dan owner tu cakap dia dah post. ni mesti aku dah kena tipu ni bai!
cis!!
tapi aku bukan pembeli yang bodoh!. aku call owner tu, keep msg her, dan dia cakap yang sebenarnya stock barang tu dah habis, dan dia terlupa nak inform aku. okay, simple alasan kan!. bengang sikit lah, tapi nasib baik dia pulangkan semula duit. sejak peristiwa tu, aku agak berhati2 dalam membeli secara online ni. kalau nak beli pon, aku prefer yang barang ready stock punye. kalau yang mintak order2 dulu tu, say bye je lah.

TAPI!!..ada satu blog shop ni, best tau!!!!!
rasa2nya, ini lah pencetus kepada hobi membeli-secara-online aku..haha..
tapi aku lupa lah macam mana aku jumpa dia ni. maybe sebab ada kawan dalam FB aku yg kena tag dgn gambar2 baju yang dia jual, so secara tak langsung, disebabkan baju2 dan barang2 yang dia jual sangatlah menarik, tertarik ko memang de'bom! jadi aku telah terjadi kawan kepadanya dan terus membeli membeli dan membeli tanpa rasa segan.haha..


kat atas tu kedai FB dia
kat bawah ni pulak kedai blog dia


dia orang jaaaauuh!!!nun di utagha!!
aku di n.9
tapi, barang yang beli dari dia mesti sampai punye!
kebanyakkan barang2 yang dia jual, unik2 tau..tak banyak yang sama dengan FB shop orang lain. ada jugak yang dia design sendiri. 
 jom tengok antara barang yang aku beli dari dia..tapi tak banyak gambar lah..sebab dah terlupa kan, banyak sgt beli online sampai tak perasan dah mana satu yang beli dari dia..haha..

ini adalah antara pre-love item yang dia jual. dan aku sempat beli!kenapa sempat?..sebab ramai yang nak, tapi disebabkan dia ni mengamalkan konsep "first come, first serve", jadi, sape cepat, dia dapat lah!..hehe..

oh!!jangan focus pada kaki ku yang buruk!!sila lihat sandle chinelo tu!!
aku beli kat dia lah..best tau pakai!

 dress putih tu pon beli dari dia..dan aku pakai masa birthday aku tahun lepas..hihi..


banyak sangat barang2 yang dia jual yang best2 giler!teruja kau kalau tengok! kadang2 tu tak sempat je nak chop dulu, mesti dah ada orang order!ciskek betul lah!sebab kebanyakkan barang2 yang dia jual hanya ada satu stock saje, kalau dia restock semula pon akan cepat habis macam goreng pisang panas lah! dan korang jangan menangis berlagu dangdut bagai lah kalau tak sempat kan...

antara barang yang aku hanya sempat tengok kan je..huhu..
beg ni tak tau bile dia nak restock..huhu!!

skirt ni entah bile dia upload, tengok2 je dah sold!memang kempunan telur tembakul lah kaan..

yang ni pon nak..tapi size besar lah pulak..

oh!..dia bukan saje jual baju, handbag and girl stuffs je, baju lelaki pon ada gak!
http://www.facebook.com/album.php?aid=257344&id=225523008817
cube tengok, tapi tak banyak sangat lah..lelaki kan bab membeli baju memang cerewet tahap first class!.haha..

juga, setiap pembelian dari beliau, akan dapat tag istimewa ini!
thanks lily!
good luck in your business online!
insyaallah saya akan terus membeli lagi..haha (apa punya orang daa..)
till then, bye!!

8 comments:

MdmLily Lilo said...

hehe..tq dear...
tq 4 ur support too!!= )
nnt shopping2 lagi tauuu

aku said...

heee..okie dokie..
=)

No name said...

tingin nak shopping ngan cik lily nie, tp salu jer miz tak der siaz lar.. dah habis lar...
Best misslily nie, dia suke update n remind barang dia... Pandai buat promosi...

aku said...

kan yasmin kaan...cepat je respond dgn customer..and, customer pon mesti kene cepat respond dgn dia. kalau tak, melepas!hehehe..

wani said...

beg pink puteh tu lawa!!!
nk!!!!

aku said...

cantekkan wanie!!!!!tapi dah sold out!
=(

wani said...

mmg xkan rest0ck ke?

aku said...

xpasti..kena slalu tgk FB dia lah..
=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...