Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 16, 2010

shopping online VS shopping offline

di sini saya bukan mahu membuat sebarang perbandingan atau perbezaan di antara dua kategori membeli belah ini..malah, saya mahu melihat sendiri, adakah kedua-dua kaedah membeli belah ini relevan di zaman sekarang atau pun tidak...

mari kita mulakan dengan kaedah di dalam talian...

> sekiranya kita menggunakan kaedah ini, sudah tentu anda akan bersetuju dengan saya bahawasanya kaedah ini lebih banyak menjimatkan kita dari segi masa..ok2, bukan masa memilih barang, tapi masa perjalanan. tak perlu ulas lebih lanjut. anda faham kan..ermm..tapi mungkin point ini tak berapa digunapakai bagi mereka yang tinggal di sebelah shopping mall...

> seterusnya, kita tidak perlu risau sekiranya poket kita kosong dan hanya dipenuhi habuk..jika poket benar-benar dipenuhi habuk, bukak sahaja new tab dan terus ke maybank2u.com...hoho..pastikan maybank2u kita itu juga tidak dipenuhi habuk..(tetapi, jika hal yg sama berlaku dalam kategori shopping luar talian (?), ia adalah sangat membantu kita untuk tidak membazir gila babi)

> namun begitu, shopping dalam talian ini akan membuat kan kita rasa nak marah diri sendiri sahaja. kerana, kita hanya dapat melihat gambaran barangan sahaja tanpa dapat menilainya melalui sentuhan. bila nampak cantik terus order-buat payment-tunggu abg postman dtg-menyesal sebab kain tak best!..huhu..ada 3 atau 4 baju yang saya dah beli mengalami pengalaman ngeri sebegini...bila bukak semula page yang jual baju, baca term and condition, mesti ada tulis, NO RETURN ... =(

> seterusnya, membeli belah secara dalam talian ini adalah sangat tidak sihat!..bukan sahaja tidah sihat dari segi penglihatan, bahkan dari segi susuk badan...kita akan sanggup duduk lama-lama untuk tengok semua album dia lah, yang dah sold out pon kita nak tengok jugak lepas tu sebok-sebok tanye, 'tak restock balik ke??'..malu*...pada siapa-siapa yang menjadikan shopping sebagai self-therapy, jangan lah gunakan kaedah ini ya, tidak sihat-tidak sihat...punggung boleh kematu, mata boleh berpinar...

>akan bersedia untuk mendengar kata-kata perli dari abg postman bile dia letih asyik hantar barang pada kita dalam seminggu mesti ada dua..haha..

> yang bestnye!! pukul 3,4,5 pagi pon boleh shopping!!HAHA...


seterusnya, mari kita beranjak ke shopping secara luar talian (?)...

> penat, penat, penat dan penat....FULLSTOP!..

> puas, puas, puas dan puas....sebab dapat rasa kualiti kain/barang, dapat buat comparison harga, kalau shopping dekat kedai yang boleh mintak-mintak kurang lagi bagus sebab kita boleh gunakan skill tawar menawar dan akan puas bile berjaya memperdaya tokey!..haha..selain tu, bile kita rasa macam dah berminat dengan baju tu, kita boleh masuk fitting room, kenakan sikit peluh-peluh pada baju tu, then mintak pada pekerja nak stock baru..HAHA..

> syaitan akan tergugat sebab kita akan pikir banyak kali nak ambik ke tak, nak ke tak...kalau shopping online, sekali dah tekan button 'confirm' pada maybank2u, NO TURNING BACK!..haha..bila dah penat berjalan dari satu kedai ke satu kedai, confirm penat dan dah malas nak belek-belek baju kedai lain, terus pergi parking, balik..selamat duit.....at the same time, dapat keluar peluh...

> tak lah nanti bila kawan-kawan tanye "dah pergi tempat tu?", "tau tempat tu kat mana?", "cantik kan building tu?", kita terlopong-lopong macam kucing kena serkup plastik..haha..sekurang-kurangnya kita dapat lihat secara langsung bangunan shopping mall yang cantik-cantik di malaysia ni..=D


jadi, kesimpulan yang boleh dibuat, dua-dua ada kebaikan dan keburukan..dua-dua kaedah pon kita akan dapat apa yang kita nak, dua-dua kaedah pon tokey akan dapat untung..jadi mana-mana kaedah membeli belah pon boleh diguna pakai..asalkan kita tahu berjimat..kalau rasa-rasa kaedah2 ini sudah tidak relevan lagi, apa kata kita jahit baju sendiri!

2 comments:

nora said...

i suka bab leh shoping 3 4 5, sbb i pun pnah buat, best wooo =D

aku said...

kan nora kan..haha.. =D..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...