Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 7, 2011

Terima Kasih!!

Assalamualaikum...

Aku bukannya tak reti bersyukur. Tapi aku cuma manusia biasa, yang kadang-kadang aku rasa macam nak dihargai. Sedikit cukup lah. Jangan tipu kalau korang dah buat sesuatu perkara tu, korang tak kesah kalau tak dapat langsung penghargaan dari seseorang. Penghargaan yang maksudkan bukan lah dari segi pangkat ke, hadiah ke, keluar paper ke, keluar tv ke. Semua tu aku tak nak, tak ingin, tak hadap pon! Cukup lah, kalau ada yang ucap TERIMA KASIH, atau TAHNIAH! That's it!.. Tak lebih dari itu pon.

Susah sangat ke nak ucap terima kasih?

Dua perkataan yang cukup pendek! ringkas! tapi mendalam sekali maksud. Mungkin ramai yang merasa terhina kot kalau ucap TERIMA KASIH pada orang. Mungkin mereka rasa apa yang kita buat tu tak seberapa so, NO THANKS!

Kawan-kawan aku terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan. Ada Architect, ada Lecturer, ada Cikgu, ada Businessman, ada Engineer, ada Surveyor dan macam-macam lagi. Tapi aku paling cemburu dengan CIKGU & LECTURE UNIVERSITY or MATRIKULASI!!! sumpah aku jealous! sebab apa?

Sebab student diorang PANDAI!! Bukan lah nak kata student2 aku tak pandai. Kita tak boleh nak nilai orang dari segi ketinggian tahap pengajian sahaja kan. Tapi aku respect pada student yang reti menghargai cikgu or lecturer diorang. Banyak yang aku baca post cikgu-cikgu or lecturer2 U/matric yang terharu dengan student diorang datang ke meja diorang ucap terima kasih sebab mengajar, mendidik, nasihat blababla.. Kadang-kadang aku pelik, aku tak buat ke semua tu dengan student2 aku???? aku kerja apa ni???

Cukup lah sekadar ucap TERIMA KASIH cik.

Bukan tak ada langsung student aku yang ucap terima kasih, ada..Tapi kebanyakkannya tak ada lah..Bila diorang habis semester pon, sometimes aku tak perasan. Tengok-tengok je kolej dah lengang. Iye lah, kadang-kadang paper last diorang bukan aku yang jaga, so tak jumpa lah student tu kan.

Entah lah, nak merungut banyak pon nanti jadi tak ikhlas, orang kata kerja mendidik ni kerja yang paling mulia!

Kadang-kadang aku selalu compare time aku jadi student dulu. Selalu jumpa cikgu/lecturer, kalau ada masa borak-borak dengan diorang, makan sama-sama kat cafe, kalau jumpa cikgu tunduk bagi salam, kalau buat salah, tau takut. Kenapa budak-budak sekarang tak macam tu? Pelik!

Ye! student kolej komuniti bukan lah terdiri dari kalangan lepasan SPM yang punya result hebat! Tapi, kita hidup bukan lah berlandaskan kecemerlangan dalam peperiksaan semata-mata. Aku sedikit pon tak pandang hina students aku yang lemah dalam pelajaran. Sebab kemahiran seseorang itu lagi penting untuk hidup kat dunia sekarang ni! kalau pandai dapat 4.00 flat sekali pon, tapi tak reti nak buat keje, tak guna jugakkan. Itu sebab aku tak berapa suka membanding-banding kan student kolej komuniti dengan student U. Sebab masing-masing ada kelebihan. Tapi aku sangat suka membandingkan dari segi sikap dan adab! Sorry to say, student kolej komuniti memang kurang beradab! aku buat tebal muka je kalau selisih dengan student, aku yang pandang diorang, aku yang senyum dengan diorang. Diorang kadang-kadang langsung tak pandang kita! Entah apa lah agaknya yang diorang pikir dalam kepala diorang. Dah hebat sangat ke bila dapat belajar kat kolej komuniti?

Kata orang, hidup ni kita kena tau menghormati dan menghargai seseorang, baru hidup kita di rahmati!

Selagi boleh bersabar, aku bersabar. Sebab aku tau, ini lah rezeki aku. Memang sangat mencabar mengajar budak-budak kolej komuniti. Jangan mengharap yang banyak sangat. Bagi banyak pengalaman pada diorang,  bagi peluang untuk diorang punya kejaya masa depan dan sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi, itu pon dah cukup! Kalau diorang tak reti nak bersyukur, itu masalah diorang. Cuma, suka aku nak ingatkan kat student kolej komuniti ni, dekat sini adalah permulaan untuk diorang menempuh hidup kat dunia ni. Kalau diorang keluar dengan result SPM semata-mata, takkan ke mana-mana. Lain lah kalau mak ayah ada business sendiri. Itu lain cerita. Kalau ada duit terlebih, belajar lah kat IPTS. Mungkin tak ada yang sakit hati sangat dengan kau orang sebab duit korang yang habis. Dekat sini dah lah ditanggung, ada biasiswa/elaun lagi pada yang layak lah. Kalau tak reti bersyukur jugak, tak tau lah. Mengajar pelajar yang sedikit dan bermasalah itu lagi susah dari mengajar di sekolah! (tapi kalau kat sekolah tu ramai yang bermasalah pon sama jugak =P)

sekian..kesian aku.. hoho..

2 comments:

Adian said...

aloh kesiannya dier...
yela, thanks teacher shida! haha

Anonymous said...

Hahaha..siot je!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...