Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 22, 2010

sebulan hanya sekali

wow!..semakin jarang update blog..mula-mula buat blog, kalau boleh hari-hari nak ada entry baru, seboleh-bolehnya, sehari dua entry..tapi bukan lagi sekarang..bukan tiada cerita, tapi tiada mood nak bercerita..okay lah, kita tak payah bercerita tentang sebulan yang lepas..rasanya, last entry pasal skirting kereta pecah tu pun, sekarang ni, kereta dah cantik..haha..

kau orang pernah dengar tak pasal raya hanya untuk budak-budak?..mesti pernah kan..kenapa ek??..padahal budak-budak mana pernah puasa penuh, tarawikh apa tah lagi, kalau time berbuka tu, seboleh-bolehnya budak-budak lah yang paling melampau, macam esok dah tak de berbuka lagi..tapi, bila raya, dia jugaklah yang melonjak-lonjak tak sabar..bukan kah raya itu bagi meraikan kejayaan umat islam dari melawan nafsu syaitan selama sebulan, lebih kurang begitu lah, selain memperingati dan mensyukuri nikmat Allah..tapi, kenapa budak-budak je yang beraya lebih, yang dah bakal jadi mak budak ni kenapa beraya hanya sehari je, itupun untuk pergi sembahyang sunat aidilfitri dan ziarah kubur, seterusnya kunjung rumah sanak saudara, itu sahaja..sehari dah langsai!..tak macam budak-budak, selagi tak habis rumah satu kampung dia bagi salam, selagi tu raya dia tak habis, kalau dah habis satu kampung, dua kampung pulak, tiga, empat dan seterusnya...tak caya?..betuuuulll.. masa raya hari tu, ada budak-budak datang rumah aku, bila tanya dari mana, dia kata dari taman nuuunn jauh di pekan!!..haiyoo!!..dia datang naik apa ni?..kat taman dia maybe semua orang takde dah kot, tapi pergi lah taman sebelah plak, kampung paling dekat ke, ini tak, pergi yang jauh-jauh..gile!!...

tapi, biasa lah..raya kan sinonim dengan budak-budak..untuk memeriahkan lagi raya itu, wajib ada budak-budak, kalau takde, siapa nak menjerit-jerit, nak melompat-lompat, takkan mak budak pulak kan..huhu..

raya kali ini, aku lebih banyak berjalan-jalan sahaja, rasanya hanya tiga buah rumah kawan sahaja yang aku pergi, itu pun, dua lagi rumah tu aku main masuk je, sebab rumah kawan kepada kawan aku...yang lain hanya rumah saudara-mara, ikut family..tapi, ambil cuti kemain lama!..hampir dua minggu kau!..selama itu lah aku berjalan-jalan menghabiskan masa..huhu..kalau kamu-kamu semua mau tengok gambar raya saya, nah, pergi kat SINISINI, dan sedikit di SINI..haha..yang last tu, gambar danish lah..dapat jugak beraya dgn danish walaupon raya ketiga baru dia balik beranang..

okay lah, siapa-siapa yang ada buat open house tu, ajak-ajak lah aku ye..teringin nak beraya dengan kawan-kawan..huhu..

nah kau!!..kawan lah dengan beruang busuk nih!!haha..

2 comments:

Adian said...

ayo beraya ngan beruang kali ni temanya? haha

aku said...

haha..beruang je yang nak beraya dgn aku..hoho..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...