Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, October 29, 2010

aku tak sampai hati

dia terlalu high test! dia terlalu demanding!         aku jadi letih! leceeh...                      kenapa dia macam tu? aku rimas lah..                        
kadang nak buat apa-apa pun terpaksa fikirkan dia.. bukan lah tak boleh nak buat decision sendiri, tapi bile kita bagi pendapat, dia akan buat muka macam ****..... bile dia pulak bagi pendapat, kita dengar dan kita try untuk menjaga hati kalau idea dia tak best, sebab kita kan kena be professional.. jangan emosional!.. tapi kesabaran kita ada had...

rasanya ramai je yang ada masalah macam ni.. dan tak tau apa solution dia.. kadang-kadang tu, ada yang berkongsi dengan orang lain, ada yang luahkan perasaan dekat status FB, ada yang melepaskan geram dekat blog, dan tak kurang ada jugak yang sembur depan-depan punye... yang macam tu aku tabik spring!.. sebab aku takde keyakinan langsung nak sembur menyembur ni...

kenapa ada orang yang suka rasa dia seorang je macam bagus..rasa macam idea dia je yang gempak..rasa macam dia je lah yang betul dalam semua hal..rimas lah tau tak!..nak tegur tak sampai hati..kang kata aku tak leh terima pendapat orang lain lah,..kang bergadoh pulak jadinye...sedih...

Thursday, October 21, 2010

jangan lah bersikap sebegitu ye...

menjadi pantang larang dan mewujudkan kemarahan pada diriku pabila ada yang cuba untuk memplagiat hasil kerja orang lain..memplagiat dalam erti kata lainnya, meniru, mencetak rompak, menyalin bulat-bulat hasil kerja/idea/penulisan/design atau apa barang sekali pun tanpa meminta kebenaran daripada tuan yang empunya.. banyak cerita plagiat-plagiat yang menyakitkan hati wa'ima yang menyedihkan berlaku..

satu contoh lah aku bagi kat kau orang, last week aku hadir satu kursus ni kat KL, hari last kursus penceramah mintak buat pengucapan awam tajuk bebas. ada seorang peserta kursus ni dia bercerita tentang 'KAWAN'.. dia ada seorang best friend masa di kampus. mereka sangat lah akrab kalau tak mana mungkin digelar best friend kan..dipendekkan cerita daripada bestfriend mereka terus bertukar menjadi musuh ketat!!..sedih tak?..nak tau apa punca dia?..sebab kawan dia tu telah mengambil atau meniru report final project beliau dan yang tragisnya supervisor beliau percayakan kawannya yang durjana itu dan beliau menjadi mangsa keadaan dan terpaksa mengulang sem semata-mata untuk membuat semula report projectnya!..apa punya orang lah itu kan..adakah beliau terlalu cantik sehinggakan supervisornya terpadaya, atau supervisornya telah terkena buatan oleh orang tak berguna itu..at the end, mereka menjadi musuh sekarang ini gara-gara plagiat!!!..AKU BENCI PLAGIAT!!..

itu baru satu contoh, dah lah aku bagi satu je cukop..sebab aku bukan nak berkongsi pengalaman kawan-kawan yang pernah menjadi mangsa plagiat atau yang suka memplagiat..malah, aku mahu berkongsikan beberapa laman web yang aku sangat enjoy bila melihat/membaca/membukanya...daripada aku tiru bulat-bulat hasil penulisan atau idea owner2 laman web ni, baik aku kongsikan terus dengan kauorang bukan..buat apa lah kita nak copy paste penulisan orang dan ubah sikit bagi nampak macam kita punya. bukan kah lebih baik sekiranya kita berkongsi terus apa yang original itu kerana yang asli adalah lebih mahal!

mari kita click2 untuk melihat apa yang ada di dalamnya!!

---> catswhiskers (boleh view blog ini untuk melihat updated fashion yang terdapat di butik mereka!
---> ohno! (view pula website ini untuk melihat ragam di malaysia)
---> ustaz kamil (aku rasa aku macam pernah share blog ustaz ni kat entry yang lepas2)
---> iluvislam (untuk menambah pengetahuan bersama =] )
---> puan nani (emak si hanis yang sangat adorable (^_^) )

okay, itu sahaja buat masa ini, kalau ada lagi, aku akan tambah2...dan jangan lupa juga untuk click2 pada list blog kegemaran aku disebelah kiri page ini okay!..mereka semua yang dalam list tu sangat WOW!!...

dan, amaran ini untuk mereka yang suka menciplak hasil kerja orang!...
ENGKAU TAK MALU KE BUAT MACAM TU?OH!IYA, KAU MANA TAU MALU SEBAB KAU PUN TAK BERANI NAK TUNJUK MUKA KAU KAN. KAU MENYAMAR!DAN KAU PASTI ADA KRISIS IDENTITI..PERGI CHECK LAH DIRI KAU TU!...

bye...(amarah itu tiada kena mengena dengan blog saya telah diplagiat atau apa..saje je nak marah2..(^_*)v... blog saya tak famous pun..ihikhik..

Tuesday, October 19, 2010

kawan2

maafkan aku kawan,

andai esok kita tidak mungkin bersua....
andai esok kita tidak mungkin bersama....
andai esok kita tidak lagi berbicara....
andai esok kita tidak lagi bernyawa..............


maafkan aku kawan,

salahku padamu tidak terkira....
salahku padamu setiap masa....
salahku padamu sentiasa ada....
salahku padamu tak mungkin dilupa................


maafkan aku kawan,

hati ini selalu dengki....
hati ini selalu iri....
hati ini selalu benci....
hati ini sering menyakiti.....................


kita mungkin lupa,

bahawa kita pernah bergelak ketawa....
bahawa kita pernah berjanji setia....
bahawa kita pernah menangis berduka....
bahawa kita masih perlu bersama.....................


andai esok ada lagi,

aku pasti tidak menyakiti....
aku pasti tidak mengingkari....
aku pasti tidak menyalahi....
yang pasti aku tetap sendiri..............


maafkan aku kawan....harap dapat berjumpa lagi....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...