Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 23, 2013

Muhammad Falahudeen

8mac2013 (jumaat)

Suami aku outstation ke Kemaman. Mungkin seminggu, mungkin beberapa hari, mungkin lamaaa... So, malam ni aku tidur sorang (padahal mak dengan ayah ada je =P). Petang atau malam (banyak urat dah putus=lupa =P), masa aku nak mandi nampak macam ada "keluar tanda" (lendir darah). Tapi aku bertenang. sebab banyak baca dan kawan2 cerita, kalau dah ada "keluar tanda" tu, jangan panik, mungkin beberapa hari lagi, mungkin beberapa jam lagi. Tanda-tanda sakit lain belum ada. Cuma perut asyik menegang je. Kaki bengkak jangan cakap lah. dari minggu ke 36 dah bengkak dah. hehe.. Sakit kat tulang pelviks pon lama dah rasa. so, aku cuma tunggu tanda-tanda besar je seperti lendir darah, contraction atau keluar air ketuban. so, lendir darah dah keluar, aku hanya bersedia je lah. anytime ni. Lagipun dah nak masuk minggu ke 39 dah pon.

9mac2013 (sabtu)

Hari ni rasa xsedap badan jer. Pinggang asyik sakit. Tapi danish ada kat rumah, so ignored je rasa sakit tu. Main-main dengan danish hilang lah rasa sakit. He.. Setiap kali pergi toilet mesti lendir darah tu ada. Tapi xbanyak. Petang tu, danish dengan jaja main-main kat luar rumah dengan budak-budak lain. Entah macam mana, ada budak tertolak danish, jatuh atas batu, kepala dia berdarah. Terus bawak pergi klinik. Aku yang hantar. Dengan sarat-saratnye aku drive, shila pegang danish. Dah ok semua, malam baru balik rumah. Malam tu aku tido dengan danish. Punya lasak budak tu! Berpusing-pusing dia tido. Entah lah.. Malam tu aku tak boleh tido sangat. Perut xselesa. Risau danish sepak perut pon ye jugak..

10mac2013 (ahad)

Hari ni shila dengan danish balik kuantan, naik bus. Mak dengan ayah hantar kat pudu. Memula shila suruh aku hantar, tapi mak xbagi. Risau aku sarat2 ni ha drive kat KL tu. Jadinya, semalam adalah hari last aku drive kereta. Haha.. Hari ni rasa sakit makin kerap. Pagi tu rasanya sejam atau setengah jam sekali mesti sakit. Sakit dia macam sakit pinggang yang xboleh tahan. Macam senggugut pon ye. Tapi tak lama. Contraction ke ni? Search2 kat internet nak tau contraction tu macam mana. risau pon ye. Yelah suami takde kat sisi kan. Petang tu utk melegakan rasa sakit, aku ajak angah keluar. Actually, angah yang ajak aku keluar dulu. Pegi Nilai, dia nak beli barang. Tapi lepas dah beli barang dia, aku pulak yang ajak dia pegi Giant nilai. Haha.. Sempat lah aku beli baju baby lagi beberapa pasang. Pastu pergi Tesco beli big apple lah, beli ice cream lah, macam-macam lah lagi. Tapi big apple xsempat makan. Huu.. Dalam masa sakit-sakit tu tahan jugak. Orang kata kalau nak mudahkan bersalin kena rajin berjalan. Tapi aku tak drive pon hari tu. Angah yang drive sebab aku kata perut xselesa, kejap-kejap sakit. Angah kata entah-entah dah dekat. Huu..takuuutt.... Sampai rumah, rasa sakit tu makin kerap. Setiap 15minit sekali. Aku BBM dengan kawan aku, Ruff, tanya dia sakit contraction tu macam mana? Dia suruh aku pantau rasa sakit tu consistant x? dan dia akan makin kerap, makin kerap, makin kerap. Risaunyer.... Malam, aku masuk tido awal, angah pon dah balik Putrajaya, tinggal aku, ayah dengan mak je dekat rumah. Rasa sakit makin kerap dan consistant. Takutnye nak akui itu sakit contraction. Rasa sakit tu memang tak boleh nak digambarkan. Macam sakit pinggang, tak boleh nak bergerak. Tapi dia sekejap je. Dalam beberapa saat pastu hilang. BBM dengan suami. Tanya bila dia balik. Dia kata mungkin Selasa. Adoi!!! Lambatnyer.. Aku bagitau dia yang aku dah rasa sakit dan lendir darah dah makin banyak keluar. Dia dah risau. Malam tu sempat sembahyang Isya' lagi. Lepas sembahyang tengok darah makin banyak, siap tukar seluar dalam lagi. Fuh! Malam tu memang tak tido. Sekejap2 BBM dengan suami, sekejap2 rasa sakit.. Sampai pukul 5 pagi, aku pantau rasa sakit tu setiap 7minit. Sah! ni memang contraction dan dari apa yang aku baca, kalau dah 7minit sekali contraction, memang kene pergi hospital. Nasib baik mak dengan ayah dah bangun pukul 5 tu. Kalau ikutkan suami, pukul 3pagi tu dia dah suruh aku kejut kan mak dengan ayah pergi hospital. Tapi aku taknak. Sebab takut nanti pergi hospital, kalau jalan tak bukak lagi doc suruh balik pulak. Siap kene marah dengan suami sebab degil. Hehe.. Tapi dah pukul 5 tu memang tak tahan. Bagi tau mak nak pergi hospital. Suami pulak kata lepas Subuh dia gerak balik. So, sementara tunggu mak ayah siap-siap mandi pagi, solat Subuh semua, aku pun bersiap masukkan barang dalam kereta, actually barang memang dah ada dalam kereta, tapi kereta aku pulak minyak dah berkelip! ni satu lagi tips ye, kalau dah nak bersalin tu, make sure minyak kereta always ada. So, aku pindahkan barang dari kereta aku masukkan ke kereta ayah. Dengan sakit-sakit contraction tu aku buat kerja perlahan-perlahan jer. Haha.. Kelakar pon ada. Nak bawak barang ke kereta sebelah pon kejap-kejap berhenti. Haha.. Tukar baju siap-siap, xmandi sebab xlarat nak mandi. 6.30am gerak gi hospital Serdang. Nasib baik jalan x jem lagi pagi tu. Cuma kereta dah makin banyak jer. dalam kereta, fuh! hazab menanggung sakit. Sabaarr..

11mac2013 (isnin)

Pukul 7pagi sampai hospital Serdang, terus pergi bahagian bersalin. Alhamdulillah xramai orang tengah daftar masa tu. Ada sorang jer. So, xlama masa aku menunggu. Siap daftar dia panggil masuk untuk checkup. Masa daftar just bagi buku merah dengan GL dari office. Isi satu borang je, nasib baik xleceh. Masa checkup dia pasang alat untuk dengar jantung baby, apetah nama alat tu. Alhamdulillah baby ok. Lepas tu saat yang mendebarkan bila first time nak kena buat check bukaan. Ini paling takut! Tak yah cerita lah. Haha.. Doc bagitau bukaan baru 2cm. Pergh!! Sakit dia macam dah bukak besar. Dah sudah, doc suruh tunggu kat luar sekejap, nanti dia panggil balik. Aku keluar je, tengok orang makin ramai. Mak dengan ayah setia menunggu kat luar. Ayah ada beli sarapan, nasi goreng dengan air teh. Tapi aku tak lalu nak jamah, Sakit sangat!!! Tapi, tempat menunggu kat hospital Serdang tu adalah sangat tidak selesa. Bagi orang yang sakit macam aku lah. Sebab just kerusi je.. Huhu.. Dah lah bercampur dengan orang luar, so semua pon nampak lah keadaan aku yang menahan sakit tu.. Huhu..sempat lah message angah, akak ipar bagitau condition aku masa tu. Suami masih dalam perjalanan. Lepas tu, doc panggil masuk balik. Dia scan baby, semua ok, tapi keadaan aku je yang tak ok sebab contraction dah makin kerap setiap 5minit! so, doc suruh admitted ward. Kalau ikutkan, jalan baru bukak 2cm tak perlu masuk wad lagi, tapi contraction aku dah kerap dan alhamdulillah ada katil kosong even kelas 2, aku terus ditolak masuk wad. Tangan aku dicucuk, dan diikat dengan gelang yang bertarikh hari tersebut beserta nama aku. Nurse bagi aku baju pink, kain pink. Adoi! Kenapa kain ni jenis kain lepas. Macam kain batik tu. Sumpah, aku tak reti pakai. Haha.. Nasib baik kat tudung aku ada pin lebih, hahahaha... hah, satu lagi yang tak bestnye hospital Serdang ni, nak menunggu nurse hantar pergi ward tu bukan main lama. Entah apa yang diorang tunggu2 xtau lah.. Pukul 11 baru diorang hantar aku masuk wad. Kesian mak dengan ayah kene tunggu lama, tapi mak dengan ayah tak boleh pulak ikut masuk wad sebab bukan waktu melawat. So terpaksa lah mak dengan ayah tunggu kat lobi. Then, diorang hantar aku masuk wad dengan BERJALAN KAKI SAHAJA! hazab ceq tau. Dengan sakit2nyer.. Kalau dekat xpe.. Siap kene naik lift tingkat 5 tau!. Sampai wad terus naik katil, tido! Tak menyempat nak berkenalan dengan orang katil lain dalam wad tu. Ada 4katil dalam wad tu. BBM suami bagitau dah masuk wad, dia pon dah sampai tapi dia pon xboleh masuk wad jugak. So aku berehat lah dulu. Waktu melawat sampai, baru lah dapat jumpa suami. Makanan tengahari pon sampai, tapi aku still xlalu nak makan. Sakit sangat. Minum je. Nasib baik ada bawak kurma, suami paksa at least makan kurma. Nanti takut takde tenaga nak bersalin. Air teh ayah beli tu sempat minum sikit. Habis waktu melawat mak dengan ayah balik rumah jap nak rehat. Suami tunggu kat luar. Tido kot dia kat lobi tu. Hee.. Time sorang-sorang dalam wad tu, kejap-kejap sakit datang, tapi makin lama makin serasi dengan sakit tu, so dah tau apa nak buat kalau sakit. Pegang besi katil kuat2,.. hehe.. Akak katil depan tu tengok je aku.. Dia pon boleh buat apa kan. Hehe.. Waktu melawat petang pukul 430 suami terus naik, dia teman aku. Masa tu mak dengan ayah tak sampai lagi. Aku mintak tolong dia urutkan badan time sakit tu datang. Baru lega sikit. Borak2 dengan suami, lega sikit... Kesian suami, penat2 balik dari Kemaman, tak tido semalaman. Hee... pukul 530, aku rasa sakit sangat!! Panggil doc. Dia check bukaan lagi. Eee!!takut. Dah bukak 4cm. Memang kena tolak labour room dah. Huhu takuuuttt... Mak dengan ayah pon ngam2 sampai. Suami pulak gi solat masa tu, tunggu suami sampai, doc cucuk ubat apa tah bagi buang air. Doc suruh bukak semua baju and seluar dalam. Hahahaha... then naik atas stretcher, kene tolak masuk LR. Mintak ampun mintak maaf kat ayah dengan mak, mak suruh baca doa dan selawat banyak2. Nasib baik suami dapat ikut. Sampai LR rupanya LR dia bilik sorang2, lega... Ingatkan LR ni open or just pasang langsir jer..hee.. Pukul 6.45 doc dtg pecahkan air ketuban. Xrasa apa pon mase tu, tau2 perut dah ringan, suami kata kaki dah tak bengkak, dah nampak buku lali. Haha.. Then, doc check bukaan lagi. Kali ketiga! fuh.. Aik, doc kata berkurang pulak bukaan aku. Boleh pulak dia bukak tutup bukak tutup ye.. Haha.. Doc pasang alat dengar jantung baby. Alhamdulillah, baby ok. Tapi bukaan aku lambat sangat bukak. Pukul 8 malam, kitorang siap kene tukar LR sebab LR yang kitorang duduk tu ada orang lain nak masuk. Tak paham aku. Kenapa xsuruh orang lain tu masuk LR lain je.. Lepas air ketuban keluar, rasa sakit lagi teruk! doc soh sedut gas ape tah untuk kurang kan rasa sakit. Tapi jangan banyak sangat hidu sebab gas tu melalaikan. Tapi mungkin aku dah ter over dose agaknya. So, memang lalok lah. Asyik tido jer. Haha.. Suami message dengan akak aku bagitau aku tengah tido. Akak aku tak bagi tido sebab nanti bukaan lagi lambat bukak and dia xbagi aku sedut gas tu lagi. Ok! haha... Tapi serius! Memang lalok! Tapi rasa sakit tu memang xhilang lah kan. Suami jalan-jalan kat luar LR tu saja nak tengok-tengok, dia nampak kat white board tu, doc yang incharge aku lelaki! Adoi.. Suami cakap dengan nurse nak mintak doc perempuan, nasib baik boleh..hehe..

12mac2013 (selasa)

12 pagi, aku dah rasa sakit sangat! Punya lama aku duduk dalam LR tu, siap nurse yang datang pantau aku kata, orang lain ramai dah selamat.. Huhu.. Aku gelak je lah.. Memang pon, dari pukul 6 ptg tu aku duduk dlm LR asyik dengar baby nangis je. Itu tanda ada orang dah berjaya bersalin. Siap dengar orang jerit2 lah, nurse suruh push lah.. Fuh! Tertekan pon ada, sebab berdebar nak tunggu turn sendiri kan. Doc datang lagi check bukaan, baru 7 atau 8 cm.. Huhu.. Lambatnya. Tapi nasib baik nurse atau doc tak kata suruh operate sebab dah lama sangat kan. Maybe sebab jantung baby ok lagi. Bagus lah baby ni. Suka duduk dalam perut ibu lama-lama eh? heee... Pukul 230 aku dah tak tahan sangat, nurse pon ada kata, kalau dah rasa macam nak terberak sangat panggil dia. Actually setiap kali contraction datang memang rasa nak berak pon. Haha.. Setiap kali tu jugak, mintak tolong suami panggil doc, tapi tiap kali tu jugak doc kata, belum masa lagi. Sampai suami pun malu nak panggil doc dah.. Hehe.. Air pun doc dah cucuk kat tangan nak bagi tenaga masa bersalin nanti, dah 2 ke 3 botol kot air masuk. Last doc induce tapi bukan lah induce yang cucuk untuk paksa bersalin tu. Just masukkan air jugak cuma air apa entah, untuk cepatkan bukaan and dia akan buat rasa sakit bertambah kuat.. Huhu.. Tahan.. Sabar.. And yang bestnye, setiap LR ada dipasang ayat-ayat al Quran, bilik aku dipasang Yassin.. Then, pukul 230 tu, doc masuk check bukaan dah 10cm!! Wah.. Takutnyer.. Doc suruh nurse panggil suami kat luar. Owh, masa doc check bukaan tu, suami memang kene tunggu luar. Suami masuk dan senyum dan bermula lah saat yang mendebarkan. Dalam 20minit jugak aku push. Ingat setiap tips yang aku baca dan kawan2 bagi, jangan angkat punggung, jangan jerit, baca doa 'laillahaillaantasubhanakainnikuntumminadzalimiiiinnn'. Tapi terjerit jugak. Haha.. Nurse pun ingatkan banyak kali jangan angkat punggung, ok, yang tu memang aku patuh sebab takut koyak besar. Suami sentiasa disisi bagi kata-kata semangat, dia tolong tolak badan aku tiap kali nak push. Tepat 3.04 pagi, lahir lah seorang lagi ummat Muhammad S.A.W.. Alhamdulillah.. Suami tengok masa baby keluar tu, dia kata baby putih je macam jelly, bila kena angin terus terbentuk macam normal. Suami kata, nurse tepuk sikit bontot baby dan nangis.. Masa first time dengar baby nangis tu, terus aku pon menangis dan ucap syukur Alhamdulillah tak henti-henti. Sayu sangat masa tu. Tengok suami masa tu menghadap tingkap. Mungkin nangis jugak. Hehe.. Terus doc letak baby atas badan aku, dengan lekit-lekit, putih-putih air ketuban mungkin, Bestnyer!!!!!!!!!!!!!!!! Baru aku perasan, rupanya doc lelaki yang sambut kelahiran aku. Diorang kata dah pagi, doc xramai yang standby. Redha jer.. Yang penting suami ada di sisi. Tapi yang betul-betul sambut sebenarnye nurse. Doc tu just pantau jer.. Then, nurse bawak gi bersihkan baby, suami pun keluar jap sebab nurse nak jahit aku. Dah selesai semua, suami datang bawak baby. Suami azankan dan iqamatkan. =) then, nurse suruh try breastfeed baby untuk biasakan baby dengan punting ibu. Alhamdulillah baby pandai...hehe.. lepas dah selesai, tetiba aku rasa darah banyak sangat keluar. Punya lah takut sebab ingat tumpah darah ke apa. Cepat2 panggil doc, rupanya jahit tak habis. What!!!! Jahit kali kedua adalah lagi sakit ok! Jahit pertama tadi xrase sangat sebab dibius, aku siap borak2 dengan nurse tu time jahit. Tapi kali kedua ni, dia xbius dan rasa setiap kali jarum dicucuk dan benang dijahit. Bayangkan! Menjerit2 aku time tu. Dan bagi aku, itu kecuaian yang tak sepatutnya!

Dari pukul 3 sampai pukul 8pagi, baru aku ditolak masuk wad semula. Punya lah lama nak tunggu. Alasan diorang pekerja xde lah, stretcher xde lah. Huh! Sabaarr.. Dok je lah dalam LR tu, suami pun terpaksa solat dalam LR tu jugak sbb surau kat level tu boleh pulak tutup. Yang tak bestnya hospital Serdang ni, adalah prosedur selepas bersalin. Aku sangat tak puas hati. Aku list kan ye..

1. Baby tidak dimandikan. Just bersihkan je. Darah pon still ada kat rambut baby. Alasan diorang itu arahan pengarah. huh!

2. Keadaan ibu tidak diambil berat. Tak ingatkan pun untuk mandi wiladah selepas bersalin. Memang lah semua orang tau hal itu. Tapi sesetengah hospital siap wajibkan ibu mandi sebelum keluar hospital. Air panas kat toilet tak berfungsi. Nak mandi macam mane? Nasib baik aku dapat discharge hari tu jugak, aku mandi kat rumah je lah. Bayangkan berapa lama aku tak mandi dari hari Ahad. Haha..

3. Kerusi tolak tidak disediakan di dalam LR, masa menunggu dalam LR tu, aku terasa nak buang air, tapi dalam keadaan baru lepas bersalin, dengan sakit-sakit, darah-darah, mana larat nak jalan kan. Nurse just cakap, toilet sebelah tu je. Ya Allah, ampunkan dosa ku... Memang lah toilet sebelah katil aku, tapi aku tak larat nak jalan lah nurse oi! Nasib baik suami ada. Suami yang tolong. Darah pon bersihkan sendiri. Huhu..

4. Pad yang diberi adalah pad pada zaman dahuluuuuu... Uwaaa!!! Ape ni??? Xselesa ok. Hospital kau, hospital boleh dikatakan baru. Kenapa pad lama yg kau beri? Aku memang tak sabar-sabar nak masuk wad, nak tukar pad sendiri. Memang aku nak bawak pad masa nak masuk LR tu, tapi nurse tak bagi, dia soh bawak pampers baby SAHAJA!..huh..

5. Dan hal2 kecik lain yang malas nak ungkit lah..

Waktu melawat tengahari, baru dapat jumpa family, mak ayah, mak mertua, angah, a.wan, abang, akak ipar. Suami amik kesempatan time ni balik untuk rest jap. Dia akan datang petang untuk bawak aku balik. Petang tu, sebelum balik Pink kawan aku datang, kawan suami pun datang. Seronoknye rase bersalin.. Hehe.. prosedur nak keluar tak leceh sangat tapi yang lecehnya tak diberitahu. Kene bertanya pulak. Memang betul2 hospital Serdang ni mengamalkan prinsip malu bertanya sesat jalan. So, aku pon bertanya lah. Sebelum keluar, kene check baby dulu, semua ok ke x, cucuk BCG, ambil surat kelahiran, ambil ubat pusat, check BP ibu, check jahitan ibu, last diseluk! Haha.. Ambil vitamin untuk ibu, setelkan bayaran. Oh, aku kerja kerajaan, so free. Then, pukul 8mlm selamat sampai rumah. Alhamdulillah.... Malam pertama baby dah beri salam perkenalan. Dia tak nak tido malam! Mengamuk.. Haha.. Aku syak dia lapar, sebab susu badan tak banyakkan. Kesian baby..

13mac2013 (rabu)

to be continue..haha.. macam lah ada masa kan.. tengok lah..

3 comments:

aisyahmokhtar said...

shida... best sgt baca catatan ni..
*nanges* T_____T

sambung tau.

Unknown said...

pengalaman yg takleh lupa kn shida...

Ashiken Mudzrin said...

HIHI...okay...ak byk gelak....tq menghiburkan ak di t/hr~
=P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...