Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 5, 2011

BIG DINNER WITH small FAMILY

ahad lepas, semua family members ada di rumah. 
makanya, sangat cantik lah kalau kita buat makan-makan secara beramai-ramai kan..
oh, ye! family saya tak lah besar mana..
cukup untuk buat satu team bola je..tanpa ada pemain simpanan..=P

bilangan ahli keluarga saya buat masa ini dan pada 2011 ini adalah seramai 11orang sahaja..
sikit bukan..

mak+ayah
abang+k.syeema+jaja
angah+abg.wan
shila+mizi+danish
saya

jadi, bila ada idea nak buat apa-apa aktiviti, senang je lah nak kumpulkan semua.
act, tak lah senang mana..
sebab masing-masing dah ada komitmen, except me!

angah+abg.wan sangat busy menjadi businessman/woman sekarang ini..
jadinye, bile hujung minggu saja mesti balik melaka untuk settle kan HOMESTAY  dan kebun buah mereka..

bagi shila+mizi+danish pula, mereka tinggal jauh dari rumah mak. nuuun di kuantan tu. maka, jarang balik. sebulan sekali sahaja pon.kalau nak buat apa-apa aktiviti pon mesti tunggu mereka ni balik lah..

abang+k.syeema+jaja pula, selalu ada activity sendiri. tapi tak lah susah sangat nak kumpulkan semua kan..bukan selalu pun..hee..

aku??..free all the time!..biase lah belum ada komitmen yang terikat lagi..boleh lah nak buat itu, buat ini..kadang-kadang kan, bile takde komitmen ni sebenarnye lagi susah tau!komitmen yang dimaksudkan adalah perkahwinan ye. pekerjaan itu komitmen lain. jadi, bile belum berkahwin, sangat banyak halangan untuk berjumpa berdua, tapi sangat mudah pula untuk berkumpul bersama keluarga..hee..jadi, jangan terburu-buru buat keputusan..

so, last sunday, semua orang ada di rumah, itupon malam, see! betapa susah nak kumpulkan semua ahli keluarga. macam-macam planning sebelum tu, nak pergi mandi sungai lah, nak pergi waterpark lah, semua tak jadi sebab tak cukup korum..tak best lah kan. dan, malam itu kami semua pergi makan malam di restaurant tasik idaman, bangi!

to see the map....
tempat dia best, cantik dan unik!
makanan dia, ermm....boleh tahan, tak lah tak sedap langsung..
harga dia berpatutan, ermm..sembilan orang makan, RM260, tolak dua orang budak kecik yang dikira tak makan pon..

jom menikmati sedikit gambar..he..
introducing tuan punye blog..belum makan, perut dah buncit, macam mane?
ni entrance dia

apek mengganas malam tu!!

big boss sedang berasap di belakang tu..tempat makan kitorang betul2 atas tasik..
terapung-apung rasa..

shila+mizi+danish

punye lah lapar, sampai lupa nak ambik gambar makanan, ni je yang ada

bambam menjadi glamor malam tu

bambam kecik dan bambam besar..=P

bambam mengada

angah+abg.wan

abang+k.syeema+jaja

=)

senang makan ye bile anak ramai yg nak jaga

big boss blanje yo!!

atok+nenek bermain dgn cucu

jom pulang......


Tuesday, January 4, 2011

milo ais

.....................................lalu dia menjemput ku di kolej. Jam menunjukkan ke angka 8. Perut ku semakin rancak mendendangkan lagu irama asli tahun bila entah. Aku tak pasti, yang pasti aku sangat lapar ketika ini. Sejak pagi aku tidak mengambil apa-apa makanan kerana sibuk membuat projek final ku. Aku tidak mahu fail!............................

........................................."banyak kerja tadi kat office, boss pulak nak drawing tu esok, kena siapkan jugak hari ni, sorry lambat" katanya sambil menghadiahkan senyuman manis untuk ku. Segera ku capai helmet ditangannya dan kami segera menuju ke kedai makanan berdekatan stesen komuter itu. Tak tahu kenapa kedai itu yang kami tuju. padahal berlambak kedai makan yang lagi sedap berdekatan kawasan kampus ku, namun bak kata orang, sekali dah masuk, mesti nak lagi. haha..Itu lah dia...............................

...........................................terus dia memanggil kakak yang bekerja di kedai itu, "nak makan apa?", dia bertanyakan aku. "ermmmm..nasi goreng kampung je lah, dengan sup kosong". "okay kak, bagi satu nasi goreng kampung dengan sup kosong, lepas tu air milo ais". hee... Aku ketawa kecil. Tau benar dia dengan air kegemaran ku itu. "Kenapa awak tak makan?" "saya dah makan petang tadi dengan officemate". "oo..."..................................

dan, kenangan itu berlalu pergi...rindunyer...




Monday, January 3, 2011

how your first day at school?

hari ni, 3januari 2011
tarikh keramat untuk kebanyakkan kanak-kanak yang baru hendak memulakan zaman persekolahan mereka juga tidak dilupakan kepada ibu bapa juga yang menghantar anak sulung mereka ke sekolah.
pastinya ramai yang memohon cuti hari ini untuk menjalankan tanggungjawab mereka. aku pon tidak terkecuali
"eh! bila masa kau ada anak??"
hehehe...saja je aku nak menyebok kan..dah lama tak merasa suasana hari pendaftaran sekolah. okay, ni siapa yang masuk sekolah ni?sampai semua orang pon mintak cuti?


IMAN KHADEEJA SHAHRIZAL!!!
yeah! she's 5years old..


dia belum masuk sekolah lagi..baru masuk tadika, hee...
pukul 750am, jaja, mama & papa sampai rumah rumah nenek..jaja tadika dekat dengan rumah nenek, sebab nenek yang jaga jaja. tadika tu pon dekat je dengan rumah, boleh pergi jalan kaki. sebelum pergi pendaftaran, kitorang interview dulu si jaja ni..hehehe..nak tengok dia, boleh ke tak dia masuk belajar ni..

macam-macam soalan yang kitorang tanya
1. kalau cikgu tanya nama penuh apa?
iman khadeeja bt shahrizal
2. kalau cikgu tanya awak tinggal dekat mana, nak jawab apa?
pajam
3. kalau ada kawan-kawan yang nak cari gadoh macam mana?
jaja report dekat mama..=D
4. kalau cikgu marah, macam mana?
jaja lari balik rumah nenek, dekat jer.....
5. kalau cikgu tanya, siapa cantik?
achu saya!! (okay, ni tipu) =P

okay, bila dah lulus tapisan, baru boleh pergi tadika..
tapi, disebabkan aku cuti hari ni, jadi aku terlambat bangun lah..tak sempat nak ikut hantar jaja pergi daftar..mandi2 dulu, siap2, then pukul 9 baru pergi buat tinjauan dengan mak dan danish, oh ye! danish ada di rumah!!
dan bile aku sampai je, terus terjah dengan camera..haha..kantoi jaja takut sekolah..takde lah, jaja okay je..dah ada kawan, cuma takut sikit-sikit je kan..bile mama dengan papa balik, jaja dah okay..hee..

ni masa mula-mula je, mama kena temankan..

ha, tu..tu nak nangis lah tu..haha..

eh, bila nampak achu je,dah okay balik kan... =)

terus posing-posing amek gambar...
eh, adik kat belakang tu kenapa? =P

suasana pendaftaran tadika..=)

eh, kamu pon ada!!bila kamu nak sekolah ha bambam??

kamu takyah sekolah lah..duduk rumah main laptop dengan achu je..haha..

pukul 11, mak pergi intai jaja dekat tadika..masa tu budak-budak tengah makan..mak tengok jaja tak makan..lah!kenapa pulak?dah agak dah ni, perkara macam ni mesti jadi..jaja mana makan benda pedas-pedas, walaupon makanan tu tak pedas, tapi kalau dia warna merah, mesti dia tak nak..haha..makanan hari pertama di tadika tu spaghetti, lagi lah jaja taknak kan..kesian dia, makan mee dia tu je..

pukul 12 balik, mama dengan papa dia jemput, nampak letih sangat lah, tanya dia belajar apa hari ni

1. belajar menyanyi
satu-satu, sayang sayang ibu
dua-dua, saya sayang ayah, tiga-tiga, sayang adik kakak
satu, dua, tiga sayang semuanya..
lepas tu mama dia suruh tukar lirik jadi mama, papa, atuk, nenek..
haha

2. belajar bentuk
bulat, petak, segitiga

3. belajar al-fatihah
yang ni paling tak tahan, dia boleh cakap yang dia dah tau dah al-fatihah, dah lancar dah..dengan bangganya..hahaha...

okay, untuk hari pertama, nampaknya jaja menunjukkan prestasi yang cemerlang, takde nangis-nangis pergi sekolah, good girl!, belajar rajin-rajin..cuma makan je memilih sikit..hehe, sampai rumah je, terus makan nasi dengan sup ikan merah, sendawa dua kali kau ye..haha..
esok, jaja dah boleh pergi tadika dengan atuk atau nenek..ehehe..

Sunday, January 2, 2011

3 idiots

anda tidak mungkin akan berasa bodoh bila menonton filem ini!
tidak sama sekali! saya jamin 100%

kenapa saya suka cerita ini
1. cerita ini kelakar. okay, kelakar giler!!
2. cerita ini banyak pengajaran. okay, banyak giler!!
3. cerita ini tidak berat. okay, ringan jer!!
4. cerita ini beeeesst. best sangat!!



jalan cerita yang simple. simple ke? ermmm..tak jugak, mungkin bagi sesetengah rasa pening sikit, sikit je sebab cerita dia sebenarnya sedang menceritakan semula.jadi, dalam dia ceritakan semula tu ada diceritakan semula benda lain, ha?!pening x?..haha..tak lah, macam ni, dalam satu part yang mana farhan teringatkan rancho yang sedaya upaya membantu raju, dalam masa yang sama raju juga menceritakan macam mana dia sangat menghargai dan terharu dengan kawannya yang bersikap pelik..haa..

banyak sangat part yang kelakar, macam bila diorang (raju+rancho+farhan) sedang ceritakan tentang family raju, automatic scene bertukar menjadi hitam putih!hahahaha...sebab family raju susah..tetibe teringat bila emak raju meletakkan alatan membuat roti di atas badan ayah raju and continue buat roti guna alat tu!eeeyaark!!hahaha..funny sebenarnya!!

then, yang kelakar lagi bile baby dengar je word "semuanya baik", terus dia tendang pipi rancho!hahahahhaahahha....memang gelak tak berhenti..dan banyak lagi scene yang kelakar dan jugak yang sedih... serious lah, bila tengok cerita hindustan ni, feeling memang bercampur baur!!..gelak macam nak mati ada, sedih sampai meleleh-leleh hingus pon ada, marah, geram, jiwang semua pon ada lah

yang tak tahan, bila raju dalam koma, kawan-kawan dia semua sedaya upaya nak ceria kan dia sebab otak dia berfungsi dengan baik sangat masa tu. bila masa emak dia pulak cuba nak menceriakan dia dengan tunjukkan sari baru, tiba-tiba air mata mengalir kan,cis!!potong stim betul!

satu lagi, bile ayah raju dimasukkan hospital, rancho yang hantar naik skuter pia (memang kelakar tahap cipan lah ni sebab bawak skuter masuk sampai depan doc kan.hahaha..) pastu raju pon sampai and dia terus marah rancho sebab hantar bapak dia naik skuter je, rancho ni cool je, dia boleh tanya balik "takkan nak hantar guna pos laju"..hahaahah...then, bila pia suruh mereka bertiga balik sebab esoknya ada exam, ayat yang paling buat aku touching sampai meleleh-leleh, bila rancho kata "kami ada banyak peperiksaan, tapi ayah hanya satu"..wah!!rasa macam nak ulang degree, repeat banyak kali pon takpe..hahaha...

aik!macam dah ulas satu cerita pulakkan..sebenarnye cerita ni sangat bagus untuk sebuah persahabatan, kekeluargaan dan pendidikan..rasanya cerita ni dah lama keluar kan. cuma bila dia keluar kat astro, baru lah tertengok..hehe..tak rugi pon tengok..sila lah layan 3 idiots..=)

tiba-tiba rasa aamir khan tu cute kan! =P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...