Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Saturday, March 19, 2011

cupcake

last week aku belajar buat cupcake kat kolej. actually tu kursus pendek, nekma yang ajar, so aku pon joint sekali lah. dah lama nak belajar buat cupcake, tapi takde sape nak layan..asyik2 aku je layan angah aku tu buat choc lah, buat roti lah, buat cake lah..boring!

tapi, kali ni aku takde nak baik hati sangat bagi resepi2 okay! sebab aku tau semua orang sekarang ni pun memang dah pandai sangat buat cupcake. cantek2 pulak tu decoration dia. so, lets enjoy the pictures!!

 kelas bermula!!! makcik2, sila ambil tempat duduk yer... =)
 hah!!kau! ada makcik tu salin resepi dalam bahasa jawi, siapa terror boleh translate ye.
 mari mulakannya!, si apek memutar tepung. kita bergambar saje!haha 
ni group paling ceria, siap ada 2ekor kumbang lagi..hehe..decorate sume nak luc2 je..haha 
sambil tunggu sambil bergosip ye kak..hehe.. (^_^)v 
ini lah cikgu decoration!!hai cikguuu..hehe.. 
hah!!tengok muka aku!dah tension, deco tak jadi2!haha.. 
 belasah lah!! asalkan siap!!colorfull you all!!
 taraaa!!ini yang aku buat sendiri..hehehehe...
just for you~

Sunday, February 13, 2011

home made chocolate_chocolate factory

HAAAAIIIII!!!!
bertemu kembali di dalam rancangan "mari memasak sampai kenyang!!!"
menu hari ini ye tuan puan adalah chocolate homemade.
korang tak perlu dah bersusah payah lagi untuk pergi kedai or super market or 7e tiap2 hari beli chocolate yang mahal2 itu ye..
sekarang, korang dah boleh buat chocolate sendiri dengan mudah dan murah!!perisa pon boleh buat macam2..untuk hari ini kita buat dua perisa ye..
1: chocolate almond
2: chocolate oreo

mari lihat bahan2 dan cara2 membuatnye..

ini antara bahan2 yang diperlukan. 1: chocolate Beryl's Gourmet tu murah je, RM13.90 only. terpulang pada korang nak guna chocolate apa, dark choc pon boleh. 2: oreo, dua tu baru RM 3.00. 3: badam, tak tau lah plak harga dia..murah je tu..RM2.00 kot..4: bekas pelbagai bentuk. tak sampai RM10.00 pon satu bekas tu..boleh pakai lama. jadi total, kire lah sendiri, tak sampai RM30 kan..kan..kan..
 mula2 kan, korang potong kecik2 choc tu dan masukkan ke dalam bekas kemudian rendam bekas ke dalam bekas lain yang berisi air mendidih. untuk proses pencairan..
 bila dah cair, boleh lah masukkan ke dalam bekas pelbagai bentuk tadi, tapi masukkan separuh bekas je dulu then bekukan semula. kiranya kaedah buat choc ni, adalah mencair dan membeku sahaja, tiada masak2 pon. senang kan..
 agak2 dah beku, biasanya dalam 10minit je, then keluarkan utk meletakkan badam dan lapisan yang seterusnya pula. lepas tu masukkan semula dalam freezer utk bekukan..
 sama juga untuk membuat perisa oreo ni. memula masukkan choc yang cair dalam bekas, separuh je dulu, bekukan, lepas dah 10minit keluarkan dari freezer, letak oreo di atasnya dan lapisan choc yang kedua kemudian bekukan semula. 
 TARAAA!!..siap!..

esok boleh bawak pergi tadika jaja bagi kawan2 dia sebab esok hari jadi dia..
SELAMAT HARI JADI JAJA!
HAPPY BEING 5th YEARS OLD!
ACHU SAYANG JAJA!!

sebok dia ratah choc tu..haha..
p/s: rambut dia ikat macam tu sebab dia dah gunting rambut dia sendiri, jadi rambut dia dh tak sama pjg.HAHAHA...



Saturday, January 22, 2011

Borak2 kopitiam

aku tumpang gembira dengan kejayaan kawan baik aku yang baru je buka kedai kopitiam di port dickson. tak sampai sebulan lagi kedai tu di buka. 31dec2010 lepas diorang launching kopitiam tersebut.

baru hari ni aku berkesempatan pergi test makanan2 kat kopitiam tersebut..hehe...macam aku ni terror je kan nak jadi tester konon..lagipun, semalam birthday dia, so sambil makan2 tu boleh sambut birthday dia sekali..hee..buat kecil2an jer..just kitorang berempat jer..happy 25th mummy rayyan!!

so, untuk support business member, aku recommend kat korang (siapa korang ek? =P) untuk try test or lepak2 kat kopitian diorang kalau2 korang pergi PD ke apa kan..kopitiam tu kat dalam Giant Lukut. baru lagi Giant tu..kalau dari tepi jalan memang nampak lah kopitiam dorang ni..memang strategik tempat!

ada macam2 menu makanan, tadi kitorang makan meehun sup dengan fish and chips..meehun sup dia memang sedap!tapi aku tak rasa sebab ada orang tu makan sampai tak ingat aku kan.. =(..

nampak macam best jer kan bila dah ada business sendiri. jadi big boss!huhu..tapi bile dah jadi tu, baru tau sakit kepala mcm mana..hoho..dekat 2jam jugak lepak dengan dorang tadi macam2 cerita dorang pasal mcm mane memula nak bukak kopitiam tu..fuh!!


happy birthday lalink!!

khas untuk ko, bagi menambahkan berat badan..ihiks!

happy birthday mummy~~

tunggu lilin mati sendiri..hiks!

yeay!!

bismillah...

keras ke yunk ice cream cake tu?..haha..bersungguh2 potong!
eeeyyaaghh!!

hah! dtg pon si suami tolong potong..haha..cake tu baru keluar dr freezer lah yunk..

peace...v...see you again girlfriend!

Thursday, January 20, 2011

roti thaipussam @ thaipussam bread

Bismillah....

hai..petang tadi satu sesi masak memasak, bakar membakar telah dijalankan sempena mengisi kekosongan aktiviti di hari thaipussam..sepatutnya hari ni nak pergi PD, jumpa BFF..tapi Mr.F ada kerja plak..heii!cuti2 pun kerja ke...hurrmm...

jadi seperti yang diwar2kan pada entry lepas, nak buat roti plakkan kali ini..jadi..... lets check it out bebeh!!
pakcik makcik, kakak abang, jom tengok recipe simple kitorang ni..oh!kali ni nama roti dia apa eh..ermm..takde nama lah..roti kosong jer..eh, bukan roti canai kosong tu, takde aktiviti tebar menebar pon..
tapi, kali ni kakitangan hanya dua orang sahaja, jaja tidak hadir sebab tengah bercuti sama keluarganye..

pastikan semua barang2 mencukupi..oh limau raya cine tu tak perlu sangat, hanya untuk makan2 sambil buat roti, gong xi..gong xi..limau murah..limau murah..heh!!sape cakap limau murah?memang nak kena pukul!

memula timbang tepung gandum jenama blue key sebanyak 250g

ayak tepung tersebut supaya mendapatkan hasil yang haluuuuuusss....

masukkan 1kg tepung roti pula

murah jerr...

kemudian timbang pula gula castor sebanyak 150g pula

campurkan gula castor tadi bersama yeast+susu segar sebanyak 1/4L+air 1/4L
five star yeast!

susu segar farmhouse!

masukkan 3biji telur kedalam capuran yeast tadi dan kacau

campurkan campuran yeast tadi dengan tepung yang telah diayak, yak!yak!

 dan seterusnya masukkan ke dalam mesin penggaul..putar selama 10minit!

sediakan shortening sebanyak 100g

 pastikan shortening yang anda beli adalah shortening untuk roti yer..

gaulkan shortening tadi bersama tepung yang telah diputar dan menjadi doh!

hah!..innalillah..hehe..ini untuk mengembangkannya..

see!..kembang semangkok kau!..oh ye, kain putih itu pastikan lembab yer..dan doh mestilah kembang sebanyak 2kali ganda..

dalam pada tunggu doh kembang, sediakan gliss, dua biji telur dan 1/4L susu segar

kacaukacaukacau

hah!!dah sedia untuk dipintalpintal..

sediakan peralatan yer...

mari memintalmintal

hahaha!!buat nama sendiri!choc chip dengan badam tu hiasan jer..

hah!jenuh buat bulat..dalam dia ada choc chip dengan badam tau

bakar dalam oven!

sila beratur ye untuk masuk dalam oven

hah!!siap nyumnyum...

diharap tak perlu lah nak ikut sangat recipe ni..tak menjadi sangat puun sebenarnye..haha..minum petang tadi pon last2 dengan limau raya cine jer..wahahaha...

see ya next time dengan recipe2 yang lebih mencabar..
(^_^)v



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...