Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 17, 2010

show off

sedang mencari mood..semenjak dua menjak ni, perasaan selalu saja swing sana swing sini..sekejap okay, sekejap tak..penat lah..semua yang dibuat ada je tak kena..

dah-dah..ni bukan tempat nak meluah perasaan ke mengadu domba ke...biar lah apa nak jadi dengan perasaan aku ni, selagi aku tak sewel, ok lah tu..

sekarang, jom bercerita..

kau orang kan, perasan tak, bukan orang sebaya-sebaya kita je yang suka menunjuk-nunjuk ni..yang dah taraf mak-mak ni lagi teruk menunjuk-nunjuk dia..kau orang jangan nak pura-pura lah, konon kau orang tak suka menunjuk-nunjuk, kau orang nak jadi yang terbaik, tapi dalam tidak sedar, sebenarnya banyak perkara yang kau orang nak semua orang sekeliling kau orang tau..daripada sebesar-besar midvalley sampai sekecil kedai runcit, kau orang nak bagitau semua orang kan..contoh yang paling senang, dekat facebook kau orang lah..setiap status kau orang nak gempak-gempak je kan..bagitau kau orang tengah buat, pergi mana, beli apa, jumpa siapa kadang-kadang tu, ada yang kaya, nak menunjukkan kekayaan dia, update status guna blackberry, via celcom, via maxis, via public phone..sebenarnya aku tak lah kesah sangat, itu kan menunjukkan kemajuan teknologi..menunjukkan jugak yang malaysia tidak ketinggalan...itu aku akui..tapi topik dekat sini adalah tentang menunjuk-nunjuk..ada diantara mereka yang sengaja nak bagitau semua orang dia pakai handphone canggih..bila member comment, kata 'wow!..via bb!'...pasti kamu akan membalas... 'hehehe....', di situ menunjukkan yang kamu ada niat mahu menunjuk-nunjuk..kadang-kadang tu, status yang diupdate menggunakan bb hanyalah 'bosan lah'.....aish!...tak faham aku..tapi bukan itu saja...kadang-kadang ada juga yang menunjuk-nunjuk pada bahagian lain, misalnya pada album-album kamu..semua aktiviti kamu, kamu nak tunjuk gambar..ada sesetengah orang berniat untuk berkongsi dengan rakan-rakan, okay, bagus, sekurang-kurangnya rakan-rakan anda tahu apa anda buat..tapi ini kes yang tunjukkan gambar camehore seorang-seorang diri..kalau satu dua, boleh tahan jugak, ni ada 5album me, myself and i..berlambak-lambak gambar dia ambil sendiri..dari atas, bawah, tepi, depan, belakang..nak tunjuk apa tah...

dan, aku bukan lah baik sangat..kadang-kadang tu aku pun tertunjuk sama..(-__-)...malu..biasa lah, sifat semulajadi manusia..kita cuba lah berubah menjadi baik ye..setiap perubahan itu, tiada yang terlambat...

sebenarnya aku bukan lah juga nak berhujah panjang pasal anak remaja yang suka menunjuk-nunjuk ni...tapi tentang anak tua (??)..haha..bukan, tentang mak-mak atau bapak-bapak..sebaya mereka juga masih suka mengamalkan sikap macam ni, tapi dengan cara berbeza..bukan tunjuk-tunjuk guna facebook dan sebagainya..tapi dengan harta yang mereka ada..apa lagi kalau bukan harta yang tidak ternilai..iaitu anak-anak..betul tak?!..kita sebagai anak, kadang-kadang tak perasan pun diri kita ni dijadikan bahan untuk ditunjuk-tunjuk..macam model lah pulak kan...=P

yang ni paling best, ada dua keluarga tinggal berdekatan, (perkara macam ni biasa terjadi di kampung-kampung), bila anak keluarga A dah habis sekolah, dia akan menyuruh anaknya menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, manakala keluarga si B pula, anak-anak mereka masih kecil, bila anak-anak keluarga B sudah tamat sekolah, mereka pula akan menyuruh anak-anak mereka menyambung pelajaran ke universiti yang lebih bagus dari anak keluarga A..seterusnya, apabila anak keluarga A sudah habis belajar, mereka akan pastikan anak mereka terus bekerja sehinggakan sanggup mencarikan kerja untuk anak mereka agar anak mereka tidak menganggur..begitu juga yang akan terjadi kepada keluarga si B...paling tak tahan, bila masa raya atau puasa...kedua-dua keluarga akan memastikan yang anak-anak mereka semua akan balik berkumpul beramai-ramai dengan kereta berderet di garage, cucu-cucu yang comel-comel belaka, kedua-dua belah keluarga juga akan berlumba-lumba secara diam membuat makanan paling banyak, paling best, dengan ayat 'anak aku dari KL nak balik berbuka petang ni'... tak tahannn.....

huhu..biasalah tu..lumrah manusia..asalkan tidak sampai ke tahap bermasam-masam muka atau menjauhkan hubungan silaturrahim sudah...ini lah kehidupan namanya...

jadi, selamat berpuasa dan menyambut hari raya in advance semua...semoga selamat dalam perjalanan pulang ke kampung nanti..ingatlah, kedua orang tua mu sedang menunggu kamu pulang dengan selamat sambil membawa kereta besar untuk mereka bangga..haha..

1 comment:

Adian said...

haahahhahahahahaha like like loikeee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...