kau kata, kita kawan,
tapi kenapa kau layan aku macam lawan,
kau kata, setiap kawan saling memerlukan,
tapi kenapa aku sering dipinggirkan,
kau kata, tak baik kawan makan kawan,
tapi kau selalu cakap tak serupa bikin kan,
aku tau, aku tak sebaik dia..
aku tau, aku tak sealim dia..
aku tau, aku tak setanding dia..
aku tau, aku tak macam dia..
tapi, ini lah aku..
kau-kau, dia-dia, aku-aku..
kau malu ke ada kawan macam aku?
aku tak kisah pun dengan diri kau tu,
aku berkawan sebab ikhlas dan untuk membantu
tapi kadang-kadang, satu hal pasal kau pun aku tak tau
bukan itu yang aku mahu
bukan niat untuk busy body..
tapi kita kan saling mengenali..
salah ke kalau aku nak tau sekali..
lain lah kalau kau nak campak diri ini..
tiap hari kita bergelak ketawa
tiap hari kita bertembung muka
tiap hari kita bertegur sapa
tapi kenapa rasa macam ada tak kena?
aku tak layak menjadi seorang kawan ke?
atau mungkin, aku yang terasa?
Kawan... apa erti sayang
Jika hati tak senang
Kawan... apa erti kasih
Jika kau tersalah pilih
aku cuba buang ego
aku cuba pura-pura
kalau macam ni pun cannot go
kita tak payah kawan buat selamanya
No comments:
Post a Comment