Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, August 9, 2010

update : 2nd

lama tak update...busy..last week ada handle satu program untuk unit pelukis pelan. kitorang buat camping untuk semua student SPS dekat hutan lipur de bana, serting.sangat letih, memenatkan..start hari khamis settle petang jumaat..

tujuan program ni untuk mengeratkan hubungan antara warga SPS dan student selain daripada membina sahsiah diri dan disiplin pelajar. program macam ni dibuat setiap awal semester, lebih dikenali sebagai minggu suai kenal SPS..sudah dua sem berturut-turut aku sebagai penyelaras program. penat dan leceh..kalau nak cerita dari awal macam mana proses program ni memang bosan lah kan, walaupun programnya tak sebesar program workshop architecture..huhu..tapi seperti biasa lah, buat program sekecil mana pun masalah tetap ada..tapi kita ketepikan semua masalah tu, anggap sebagai cabaran je..apa yang kita nak tau, matlamat program tercapai atau pun tidak..

program dimulakan dengan aktiviti hari pertama,
ice breaking,


bahagi kumpulan,
architectural talk, (talk disampaikan oleh en.zainal-bakal architect MPKlang.. =) ..)


creative game, (macam2 game buat, kelakar!)


bina shelter, (guna material dari nature, dan test kekukuhan shelter dengan simbah air, angin dan dua orang duduk di dalamnya...memang creative!..ada jugak yang entah apa-apa..haha)



bina sculpture, (kena bina sculpture, tanggalkan dan pindahkan ke tempat lain, macam konsep pindah kan rumah zaman dulu-dulu)


sukan rakyat, (makan pisang gantung, nak menghabiskan masa..haha)


performance night, (tema, superhero)


night walk, (start pukul 130 a.m, pelajar ditinggalkan seorang2 dalam hutan, lecturer pantau, aku yang takut lebih!)
muhasabah diri (tido pukul 4pagi),

aktiviti hari kedua,
senam aerobik, (diketuai kak. awien!)

spider web, (aku dengan moon handle, syok!)







gotong royong,
archie challenge (pertandingan memasak, setiap group diberi menu masakan mengikut negeri!..hambek kau!!..aku pun tak reti masak..haha..),






jungle tracking (mandi air terjun!!!)

hambek kau..lecturer yang over acting tau..




kesimpulannya, matlamat program tercapai!..pelajar semester 1/2/4 tiada jurang, dan antara mereka saling tolong menolong dan berdikari..diakhir-akhir program baru nampak perubahan-perubahan tu semua..dan yang penting, mereka semua enjoy dengan program kali ni!..i'm satisfied!

pulang ke pangkal jalan jam 5ptg..aku terus pulang ke beranang..kepenatan!..drive sambil mata terbuka separuh..sampai rumah terus tido..

sabtu: (dah macam diari hatiku pulakkan..)
shopping langsir untuk satu rumah!..nak raya lah katakan..over tau, shopping raya awal..setel bab langsir, pergi shopping untuk diri sendiri pulak!..mana boleh beli barang untuk rumah je, diri sendiri nak jugak..lebih-lebih ada orang nak belanja kan..kalau pakai duit sendiri, memang tak lah,.. hari sabtu, badan dah rasa tak sedap..penat, lesu, demam, sakit kepala..tapi, shopping tetap shopping!..hehehe...

ahad:
continue shopping raya..memang over!..tapi sebelum shopping, ada kenduri dekat rumah, kenduri sempena nak sambut ramadhan..buat kecil-kecilan je..kenduri yang banyak kontroversi..mula-mula mak cakap nak buat malam tadi (sabtu malam ahad), tapi tak jadi, sebab banyak clash dengan rumah orang lain, last-last pagi ahad baru mak decide nak buat hari tu jugak, tengah hari, confirm!..memang tak menyempat nak cari bahan-bahan nak masak, nak pergi pasar, semua orang dalam rumah kena main kan peranan masing-masing, nasib baik danish pandai jaga diri..haha..lama tak cerita pasal danish, minggu depan dia dah nak balik kuantan..huhu...

petang baru pergi beli belah..bawak danish sekali!..first time bawak dia jalan-jalan..seronok je tengok dia duduk dalam kereta, ikut makcik-makcik dia shopping baju..haha..tapi kan, memang dasar lelaki lah dia, tak suka shopping, baru setengah jam dalam kedai, dia dah buat hal..huhu...sampai terlupa lah mana letak satu barang ni.. paper beg, dalam beg tu ada baju kurung yang baru siap jahit, nak cari tudung yang match dengan color..tapi dah sampai rumah, baru perasan yang paper beg tu dah tiada..itu lah..sebok layan danish, sebok shopping, barang hilang pun tak perasan..huhu...nasib baik bukan danish yang hilang..haha...malam tu, bila perasan paper beg tu hilang, sanggup pergi bangi balik pergi cari paper beg tu..owh, petang tu shopping dekat bangi...tapi, memang tak berbaloi, tak jumpa pun..kalau tau, tak payah pergi bangi balik, tidur jer..dah lah kepenatan, tak berehat beberapa hari ni..nak menjaga hati, pergi makan GCB burger,,,huhu...

isnin:
hari ni, baru dapat berehat..rupa-rupanya istilah cuti atau hujung minggu itu bukan untuk berehat..okay fine..aku boleh terima...jadi, aku akan berehat 5hari, dan bekerja none stop 2hari..kan best!..

p/s:..gambar nanti yer..entry ini akan diupdate selalu...jadi sebab itu, tajuk nya diberi seperti di atas..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...