Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label random je. Show all posts
Showing posts with label random je. Show all posts

Tuesday, November 16, 2010

shopping online VS shopping offline

di sini saya bukan mahu membuat sebarang perbandingan atau perbezaan di antara dua kategori membeli belah ini..malah, saya mahu melihat sendiri, adakah kedua-dua kaedah membeli belah ini relevan di zaman sekarang atau pun tidak...

mari kita mulakan dengan kaedah di dalam talian...

> sekiranya kita menggunakan kaedah ini, sudah tentu anda akan bersetuju dengan saya bahawasanya kaedah ini lebih banyak menjimatkan kita dari segi masa..ok2, bukan masa memilih barang, tapi masa perjalanan. tak perlu ulas lebih lanjut. anda faham kan..ermm..tapi mungkin point ini tak berapa digunapakai bagi mereka yang tinggal di sebelah shopping mall...

> seterusnya, kita tidak perlu risau sekiranya poket kita kosong dan hanya dipenuhi habuk..jika poket benar-benar dipenuhi habuk, bukak sahaja new tab dan terus ke maybank2u.com...hoho..pastikan maybank2u kita itu juga tidak dipenuhi habuk..(tetapi, jika hal yg sama berlaku dalam kategori shopping luar talian (?), ia adalah sangat membantu kita untuk tidak membazir gila babi)

> namun begitu, shopping dalam talian ini akan membuat kan kita rasa nak marah diri sendiri sahaja. kerana, kita hanya dapat melihat gambaran barangan sahaja tanpa dapat menilainya melalui sentuhan. bila nampak cantik terus order-buat payment-tunggu abg postman dtg-menyesal sebab kain tak best!..huhu..ada 3 atau 4 baju yang saya dah beli mengalami pengalaman ngeri sebegini...bila bukak semula page yang jual baju, baca term and condition, mesti ada tulis, NO RETURN ... =(

> seterusnya, membeli belah secara dalam talian ini adalah sangat tidak sihat!..bukan sahaja tidah sihat dari segi penglihatan, bahkan dari segi susuk badan...kita akan sanggup duduk lama-lama untuk tengok semua album dia lah, yang dah sold out pon kita nak tengok jugak lepas tu sebok-sebok tanye, 'tak restock balik ke??'..malu*...pada siapa-siapa yang menjadikan shopping sebagai self-therapy, jangan lah gunakan kaedah ini ya, tidak sihat-tidak sihat...punggung boleh kematu, mata boleh berpinar...

>akan bersedia untuk mendengar kata-kata perli dari abg postman bile dia letih asyik hantar barang pada kita dalam seminggu mesti ada dua..haha..

> yang bestnye!! pukul 3,4,5 pagi pon boleh shopping!!HAHA...


seterusnya, mari kita beranjak ke shopping secara luar talian (?)...

> penat, penat, penat dan penat....FULLSTOP!..

> puas, puas, puas dan puas....sebab dapat rasa kualiti kain/barang, dapat buat comparison harga, kalau shopping dekat kedai yang boleh mintak-mintak kurang lagi bagus sebab kita boleh gunakan skill tawar menawar dan akan puas bile berjaya memperdaya tokey!..haha..selain tu, bile kita rasa macam dah berminat dengan baju tu, kita boleh masuk fitting room, kenakan sikit peluh-peluh pada baju tu, then mintak pada pekerja nak stock baru..HAHA..

> syaitan akan tergugat sebab kita akan pikir banyak kali nak ambik ke tak, nak ke tak...kalau shopping online, sekali dah tekan button 'confirm' pada maybank2u, NO TURNING BACK!..haha..bila dah penat berjalan dari satu kedai ke satu kedai, confirm penat dan dah malas nak belek-belek baju kedai lain, terus pergi parking, balik..selamat duit.....at the same time, dapat keluar peluh...

> tak lah nanti bila kawan-kawan tanye "dah pergi tempat tu?", "tau tempat tu kat mana?", "cantik kan building tu?", kita terlopong-lopong macam kucing kena serkup plastik..haha..sekurang-kurangnya kita dapat lihat secara langsung bangunan shopping mall yang cantik-cantik di malaysia ni..=D


jadi, kesimpulan yang boleh dibuat, dua-dua ada kebaikan dan keburukan..dua-dua kaedah pon kita akan dapat apa yang kita nak, dua-dua kaedah pon tokey akan dapat untung..jadi mana-mana kaedah membeli belah pon boleh diguna pakai..asalkan kita tahu berjimat..kalau rasa-rasa kaedah2 ini sudah tidak relevan lagi, apa kata kita jahit baju sendiri!

Wednesday, August 11, 2010

kawan

kau kata, kita kawan,
tapi kenapa kau layan aku macam lawan,

kau kata, setiap kawan saling memerlukan,
tapi kenapa aku sering dipinggirkan,

kau kata, tak baik kawan makan kawan,
tapi kau selalu cakap tak serupa bikin kan,

aku tau, aku tak sebaik dia..
aku tau, aku tak sealim dia..
aku tau, aku tak setanding dia..
aku tau, aku tak macam dia..

tapi, ini lah aku..
kau-kau, dia-dia, aku-aku..

kau malu ke ada kawan macam aku?
aku tak kisah pun dengan diri kau tu,
aku berkawan sebab ikhlas dan untuk membantu
tapi kadang-kadang, satu hal pasal kau pun aku tak tau
bukan itu yang aku mahu

bukan niat untuk busy body..
tapi kita kan saling mengenali..
salah ke kalau aku nak tau sekali..
lain lah kalau kau nak campak diri ini..

tiap hari kita bergelak ketawa
tiap hari kita bertembung muka
tiap hari kita bertegur sapa
tapi kenapa rasa macam ada tak kena?
aku tak layak menjadi seorang kawan ke?
atau mungkin, aku yang terasa?

Kawan... apa erti sayang
Jika hati tak senang
Kawan... apa erti kasih
Jika kau tersalah pilih


aku cuba buang ego
aku cuba pura-pura
kalau macam ni pun cannot go
kita tak payah kawan buat selamanya




Thursday, July 29, 2010

10 perkara terpelik yang terbaik minggu ini!!

pernah tak kau orang tengok cerita kartun hagemaru?.yang dekat saluran Ceria tu..alaaa kartun yang ada rambut 3helai tu..yang lidah dia selalu terkeluar ke atas tu..yang kening tebal tu..aku suka tengok hagemaru..jaja yang ajar aku tengok cerita tak bermoral ni..dalam cerita ni kan, ada satu segmen dia akan bagitau tentang 10 perkara terpelik yang terbaik..memang pelik...bila tengok apa perkara-perkara tu, rasa nak lempang diri sendiri sebab kenapa kau pergi tengok cerita kartun tak bermoral ni!!..

okay, siapa tiada astro boleh tengok di youtube...

aku pun ada jugak perkara terpelik yang terbaik punya minggu ni..tapi tak tau lah berapa banyak..tapi tak sebodoh hagemaru punya perkara terpelik lah..dan tak kelakar pun..cuma pelik jer..jom kita mulakan..

yang pertama:

malam tadi aku tidur tanpa menutup lampu-lampu di rumah..tidur di dalam keterangan..bukan sahaja tidur di dalam keterangan bah kan, tidur di dalam kebisingan, lupa nak tutup radio tv, tapi aku lena..pelik..pelik..

yang kedua:

semalam aku chatting dengan angah..berbual-bual tentang baju raya..excited benar...tiba-tiba perbualan kami berlangsung dalam bahasa nogori sombilan..pelik..pelik..tapi benar tau..lain macam jo raso..

yang ketiga:

sedang saya berbaring-baring kemalasan di dalam bilik, jam menunjukkan pukul 10.30mlm, tiba-tiba mendapat panggilan dari pelajar mengatakan mereka mahu membuat kerja di studio di kolej...aiyoo!!..apasal awak tak bagitau masa pukul 1pagi ke, 2pagi ke...dah malam-malam pulak diorang rajin nak buat kerja..pelik..pelik..

yang keempat:

aku rupanya sangat boleh berdikari..sangat!!..dah hampir dua minggu duduk bersendirian di kuartes tanpa teman serumah..aku tidak mati kelaparan, tidak mati kesejukan, tidak mati ketakutan..hahahaa..aku berani!..yeah..pelik!

yang kelima:

perkara ini sedang berlaku..kami sedang bekerja di dalam bilik, sedang membincangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan di kolej, tiba-tiba sekumpulan pelajar datang dan terus membentangkan hasil tugasan mereka..pelik!..sebelum itu, terima satu panggilan daripada orang awam yang mahu belajar separuh masa subjek Lukisan Kerja..subjek aku!..tapi, kolej ini tidak menawarkan separuh masa..pelik!..pelik!..

yang keenam:

tadi rasa macam nak celoteh banyak, tiba-tiba dah tak da idea...

Monday, July 19, 2010

korang tau tak......

melalui cara penulisan di blog, anda boleh menilai atau mengetahui sedikit sebanyak personaliti atau perangai blogger tersebut..sedikit kajian telah saya buat..secara random sahaja..yang banyaknya saya cuma teka sahaja..mengikut logik akal..kalau anda mahu percaya, percaya lah..mungkin betul, dan anda akan tersengih2 sendiri kalau ia best, manakala, anda akan mengutuk saya kalau macam, 'ouch, betul doh!'...

okay, let start!..

yang pertama:
cara penulisannya selalu menceritakan tentang kisah silam, tak pun kalau dia cerita tentang kisah sekarang pun mesti dia ada kait-kait kan dengan kenangan-kenangan lama dia..contoh, 'walaupun aku sekarang kuat makan, tapi aku tetap kurus, kawan-kawan semua cemburu denganku, mereka makan sedikit sahaja, tapi bila mereka nampak aku sedang makan makanan kegemaran aku, mereka mesti akan rampas makanan tersebut dari tangan aku, alaaaa, macam nobita selalu kena dengan giant, ha! macam tu lah aku'....nampak tak kat sana, blogger tersebut mengaitkan dirinya dengan watak-watak kartun zaman dia kecil...
personaliti blogger seperti ini adalah berciri sensitif atau sentimental. bagi mereka, kenangan lama itu lebih berharga dan akan senantiasa dijadikan contoh dan diingati agar tidak lupus dari ingatan..begitu lah..anda begitu?

yang kedua:
blogger yang suka menceritakan tentang aktiviti harian mereka, kadang-kadang tu sampai boleh buat diari hatimu..sampaikan hari tarikh masa semua dia bagi detail lah..memang boleh kata kita baca diari dia..contoh, 'pukul 7.00pagi aku baru tersedar dari tidur, alammak, terlepas subuh afdhal, kena lah aku sembahyang subuh gajah pulak, selesai ambil wudu;, aku mengenakan telekung di tubuhku, tutup aurat...7.30 pagi aku sambung semula tidur ku..(nasib baik tak cerita mimpi apa)..pukul 9.00pagi aku terjaga dari lena setelah emak berteriakkan namaku untuk menolongnya di dapur ..............................................................................................................................tepat jam 11.48 malam, aku masuk ke bilik untuk tidur malam, semoga mendapat mimpi yang indah' ...hah!, macam ni lah contohnya..letih gak nak baca kan..
personaliti blogger sebegini, dia merupakan seorang yang mahukan perhatian, tidak cukup kasih sayang barangkali..bagi mereka, dunia mereka hanya di alam maya..bagi mereka, ada yang membaca kisah mereka dan mereka suka..anda begitu?..kalau anda begitu, saya cadangkan anda menulis novel sahaja lah..

yang ketiga:
mereka yang gemar berkongsi sesuatu..tidak kira sama ada berkongsi tips, berkongsi fakta, berkongsi rahsia, berkongsi resepi dan sebagainya yang boleh dikongsi kecuali berkongsi perasaan, tidak termasuk..apa yang dikongsi kan itu, tidak kisah lah sumbernya boleh dipercayai atau pun tidak, copy paste ke, atau memang dia ahli fikir...
mereka yang sebegini merupakan seorang yang baik hati, penyayang, dan yang pasti tidak kedekut ilmu. namun begitu, ada dikalangan mereka yang bersifat suka mengambil kesempatan, ibaratnya, susu punya susu, marigold dapat nama..macam tu lah..

yang keempat:
blog mereka itu dipenuhi dengan unsur-unsur humor..kadang-kadang bukan mereka letak gambar lawak bodoh macam kucing pakai underwear ke apa,tapi dari cara penulisan mereka, orang baca pun dah boleh bergelak ketawa..
personalitinya, cuba korang teka?...mestilah funny kan..tapi itu biasa sangat..nak bagi exaggerate lagi, mereka yang sebegini adalah mudah menyesuaikan diri dgn keadaan, disenangi rakan sekeliling, mempunyai ramai kawan, seorang yang kreatif dan tidak suka bercinta (?)...

yang kelima:
blog-blog yang asyik cerita tentang orang lain..tidak kira cerita tentang kawan dia ke, bos dia ke, tempat keje dia ke, artis ke, musuh dia ke..kadang-kadang susah sangat nak jumpa cerita pasal dia kat blog dia..sampaikan ingat itu blog ke surat khabar, ha, macam tu lah..
orang sebegini, senang je, jenis yang busy body, iye lah, semua cerita orang sekeliling dia, kadang-kadang orang yang takde kat keliling dia pon dia cerita jugak..boleh dikategorikan seperti reporter tak bergaji lah..boleh juga orang sebegini berpersonaliti suka cari perhatian atau publisiti murah gitu...korang jangan selalu macam ni kay...

yang keenam:
kalau korang berjalan-jalan dari satu entry ke entry yang lain seorang blogger ini, korang asyik baca pasal diri dia jer..yang ni berbeza dengan yang kedua tadi..yang ni, asyik cerita pasal dia je lah, dia baru beli beg apa, dia buat apa, dia suka apa, sampaikan kadang-kadang tu, macam nak menunjuk-nunjuk sangat apa yang dia ada..orang tau lah engkau kaya!..tapi tak perlu nak tunjuk semua, sikit-sikit sudah..
orang macam ni memang lah!..poyo, berlagak, macam bagus..(haih!, tak suka betul blogger macam ni, tengok, aku review pasal orang macam ni pun, aku boleh terus jadi emo)..dah, orang macam ni senang kata, dia ego.

yang ketujuh:
blog yang setiap entrynya macam tak ada hala tuju..semalam cerita pasal kerja, hari ni cerita pasal kawan, esok cerita pasal movie, lusa cerita pasal boyfriend/girlfriend (macam blog aku je)...
orang macam ni.......aishhh..tak nak bagitau lah..korang lah pikir sendiri.... (^_*)v

korang percaya ke apa aku bagitau semua ni?..aku bukan copy paste dari blog motivasi diri ke apa tau!..aku buat sendiri, macam aku cakap awal2 tadi..nak caya, caya...=)

Thursday, July 15, 2010

aku menulis bukan kerna nama

semalam kami membuang tabi'at...kami (aku dan nekma)...kami pergi mandi swimming pool di bahau..wow!..jangan tak percaya..bahau ada swimming pool okay!..besaaar punya!..cuma facilitiesdan surrounding je macam tak berapa memuaskan..tapi ok lah, orang tak ramai..sekali masuk rm3.50..1jam berendam, 1jam jadi ikan lumut, 1jam jadi seksaaaay!!..haha..semuanya last minute planning, nekma tetiba nak mandi pool, nak menenangkan fikiran katanya, dan aku pulak yang masih dalam mood sayu pilu, ikut lah..boleh kurangkan stress..ada fakta menyebut, berendam/berenang atau apa-apa yang berkaitan air boleh menenangkan dan mendamaikan...(oh, pasangan jiwa, cepat lah pulang ke sini, hanya kamu yang mendamaikan)..erk!..poyo..haha...

jom menonton gambar..(ops, bukan gambar semasa mandi, tiada langsung gambar semasa mandi, selepas mandi saja yang ada)....

air mu
air ku
makanan kami
kamu
aku
kami
habis...

semoga hari ini dan hari-hari mendatang aku akan lebih kuat dah tabah....buat kerja!

Wednesday, July 14, 2010

kalau nak jadi tu, jadi jugak


jadual kelas semester ni dah dapat..see, kelas hari rabu saja!!..seronok sangat ni...lebih seronok, isnin dengan jumaat tiada kelas!..yabedabedu!!...selasa dengan khamis cuma class assist, class assist ni, dia macam berfungsi sebagai pensyarah kedua, katakan pensyarah pertama atau pensyarah yang sepatutnya mengajar subjek tu cuti atau kursus ke, pensyarah kedua kena replace lah..dan, untuk semester ni, aku mengajar lukisan kerja 1..hari tu kata lain, hari ni kata lain..sebenarnya, masa mula-mula discuss pasal nak mengajar apa, aku memang pilih lukisan kerja 1, tapi last minute, lukisan geometri ada kosong pulak, so, aku nak ambil lah subjek tu, time tu cakap mulut je nak tukar-tukar suka hati macam tu, tak bagi tau pun pensyarah yang buat jadual kelas ni, so, bila jadual keluar, aku tetap lah mengajar lukisan kerja..ok lah..tak kesah..bila tengok jadual, seronok gila!..haha..class yang aku assist pulak, class cadd saja..so, insyaallah, tiada masalah..

isnin yang lepas, masa aku cuti tu, sedang gembira-gembira duduk-duduk goyang kaki dekat rumah, tiba-tiba postman sampai..ada surat untuk aku..ingatkan surat dapat tawaran kerja baru ke, surat PTPTN suruh langsaikan hutang secepat mungkin, kalau tidak anda tidak boleh keluar daerah!!, surat anda diminta datang ke syarikat kami untuk menebus hadiah ke..rupanya surat SAMAN!!..uwaaa...aku kena saman..sejak pakai myvi, ini first time aku kena saman tau..time pakai kancil dah selalu dah.. =D...

kejadian berlaku semasa aku nak pergi kuantan, tengok akak aku bersalin..time tu ikut jalan muadzam.memang seronok ah bawak laju kan kat sana..jalan lurus je..tak sangka ah plak ada speed trap.. kelajuan dekat sana spatutnya 90KM/J, aku bawak 115KM.J je...alaaa..lebih 25KM/J, apa lah nak berkira sangat..time tu pun jalan clear, tak da kanak-kanak melintas pun, takda kawasan lembu berkeliaran pun, tu pun nak kene bayar RM300 jugak ke??..adoi..habis ah duit aku...baru je beli speck..baru je pasang niat nak beli handphone baru..errmm...orang kata, sekarang ni, kalau kena saman, dah tak boleh mintak kurang...betul ke?

Tuesday, July 13, 2010

kenapa aku ting tong sangat ni!

masih dalam mood port dickson..ahahaaa...over tau!..dah 3hari yang lalu okay..tapi tak tau kenapa rasa sentimental sangat bila dekat sana..rasa macam tak nak balik..padahal, port dickson je pooon...aku memang betul2 habiskan masa dekat sana dengan duduk tepi pantai, sambil bersantai-santai, tgk laut, ambil gambar..tak mandi pon, tengok kawan-kawan je mandi, tengok diorang naik banana boat, ambil gambar diorang mandi, bila malam join bbq..itu je pon, tapi macam ada sesuatu yang buat aku asyik terfikir je kat port dickson..ei dickson, apa lah badi laut aku dapat ni..

isnin semalam aku bercuti..masih dalam mood port dickson kan aku cakap, jadi mana boleh tiba-tiba switch pergi ke bahau..boleh jadi gila aku..bosan okay bahau tu, tapi aku redha jer, itu kan tempat rezeki aku..hee...

selasa, hari yang ditunggu-tunggu..registration day..busy TERSANGAT MELAMPAU okay!..tengok tertekan capslock pulak.. serious, kali ni memang tak menang tangan..aku jaga kaunter koperasi..kerja aku, kena keluar kan resit dan terima bayaran dari student..mula-mula ingat senang je kan kerja tu..ye lah sebelum-sebelum ni, time registration day, aku jaga bahagian sambutan, senang jer..kali ni, kena jaga koperasi pulak, jadi ingat kerja dia mudah lah kan..sekali, kerja bukan keluar kan resit je, kena menjawab soalan-soalan pelik makcik-makcik tu semua, kena jadi penunjuk arah, tak pasal-pasal kena jadi cikgu math..(RM160+RM170=RM330)..hahaha...

penat yang melampau hari ni..sampai tak sempat nak pergi ambil speck baru time lunch hour..haaii..speck baru dah memanggil-manggil ni..ahaks..over sangat!..balik kerja pergi ambil speck, dan terus pakai!..makcik sangat tau!..tapi aku belasah jer..nak jadi skema pulak.. (-__-)

ermm..gambar nanti2 lah..owh, mood hari ni sebenarnya sangat sedih, sayu, pilu....bukan mood PD lagi dah... saya mahukan pasangan jiwa saya..

Friday, July 9, 2010

akibat menonton tv jarak dekat 2

yeay!..baru pulang dari menempah cermin mata...tapi..tapi..tapi..

tak macam yang aku nak tu..sikit2 lah bentuk dia..jenama jauh sekali lah kan..macam mana nak sama, kalau budget bawah rm200.. =(..dan masih belum siap..minggu depan baru boleh ambil..


taraaaa!!!



naa!!..muka orang tua..

p/s, harga?..murah ajo..hahaha...

korang pernah tak alami benda yang sama?

semalam aku bermimpi, tapi aku kurang pasti tentang apa..yang pasti sampai waktu ini aku teringat-ingat tentang mimpi itu, macam seronok, macam tertanya-tanya, macam takut..arrghh!!..boleh ulang balik tak mimpi tu malam ni??

Wednesday, July 7, 2010

lelaki lagi boros

petang tadi kat kolej ada taklimat tentang pengurusan kewangan oleh AKPK, taklimat disampaikan oleh jejaka bernama en.mansor dari AKPK cawangan Melaka..seronok sekali mendengar taklimat yg disampaikannya, perkataan yang keluar dari mulutnya pun satu-satu, jelas dan faham..ini baru penyampai yang bagus, dia kaunselor mungkin di AKPK tu..

apa?..tak tau AKPK tu apa?...korang tak tengok iklan kat tv ke apa?..alaaa...aku simple kan je lah, AKPK ni dia satu agensi di bawah bank negara yang mana ia menawarkan khidmat rundingan kewangan, macam mana kita nak control kewangan, tapi bukan lah semudah yang aku explain ni..aku bagi contoh lah...korang ada masalah kewangan, sebab banyak buat loan kat bank itu, bank ini, loan kereta lagi, credit card lagi, bayar hutang macam2 kan (tapi bukan masalah kewangan macam tak cukup duit nak beli topup ke apa)..jadi, bila korang ada masalah-masalah macam ni, korang boleh dengan rela hati merujuk ke agensi ni untuk mendapatkan khidmat rundingan secara percuma..PERCUMA tau...tiada bayaran..khidmat yang ditawarkan adalah secara kaunseling, korang cerita lah macam-macam kat kaunselor tu, diorang akan dengar dan akan cuba menyelesaikan masalah korang..antara jalan penyelesaiannya, agensi ini akan cuba memohon pengurangan bayaran bulan-bulan hutang korang yang berlambak kat bank-bank yang korang dah pinjam tu..bukan kurang kan jumlah pinjaman korang tau...yang tiap-tiap bulan tu je dia akan kurang kan..contohnya, kalau korang punya ansuran kereta, sebulan rm570, mungkin selepas korang pergi jumpa agensi ni, korang hanya perlu bayar, rm200 je..tapi, jumlah pinjaman tetap sama lah..cuma korang akan ambil masa lama untuk langsaikan loan tersebut..untung bagi korang, untung bagi bank..dan, agensi ni dia bertindak sebagai orang tengah..mana boleh korang sesuka hati mintak kat bank untuk kurang kan ansuran bulanan korang kan...
tapi, khidmat ini hanya boleh digunakan sekali seumur hidup korang je...maknanya, korang pandai-pandai lah pikir bila nak cari AKPK ni...kalau dah dekat-dekat nak muflis tu, boleh lah cari diorang..

begitu lah sedikit sebanyak penerangan tentang AKPK...

berbalik kepada tajuk asal kita, dalam taklimat tu, en.mansor tersebut ada lah menyatakan tentang, 'lelaki muda lebih boros dari wanita muda atau tua'...aku SETUJU 100%...eceh..padahal, dia gaji tak sampai 5hari dapat, dah habis..haha..

iye lah, mana taknya, lelaki muda memang boros pun, cuba korang banding kan, perempuan shopping kalau boleh nak hari2..bukan shopping di hari-hari (selamat datang..selamat datang..selamat datang..hari-hari dekat tempat aku akan bergema-gema selamat datang dia kalau ada orang datang, annoying!). hari ni beli tudung, esok beli anak tudung, lusa beli keronsang, tulat beli baju sehelai..ha, macam tu lah..alaa, semua murah-murah..anak tudung tu rm5 boleh dapat..kalau lelaki, sekali makan dah rm6..perempuan, tak makan tak apa..

lelaki pulak, memang lah diorang shopping sebulan sekali, kadang-kadang 2bulan sekali..sebab apa?..sebab diorang nak beli yang mahal terus..kalau kemeja tak sampai rm100, tak nak beli..ape hal kau ni?..ada tau lelaki macam ni..tak semua ah..tapi kebanyakkannya..itu sebab aku kata, lelaki lebih boros..padahal, sehelai kemeja dia tu, harga sama macam 5helai tudung syria aku..aku boleh pakai tiap2 hari..kemeja mahal dia tu nak ke pakai hari2?..mesti taknak kan..haha..

Tuesday, July 6, 2010

apa ngorat2 I ni...

orang selalu kaitkan kan perempuan dengan bunga...bagi lelaki yg gentlemen, mereka nak mengurat perempuan mesti guna bunga, cokelat, atau teddy bear..(gentlemen ke, kalau gentlemen bawak rombongan merisik terus lah)..okay, ni aku cakap nak mengurat..tau tak mengurat, bukan betul2 kan urat ke apa..

tapi itu lelaki gentlemen, aku tak tau lah apa beza lelaki yg gentlemen dengan tidak, kalau perempuan pulak, apa eh?..perempuan yg ladies mungkin...

bagi lelaki yang tidak gentlemen pula, biasa mereka akan mengurat perempuan dengan menggunakan deria2 yg ada pada anggota badan mereka..kiranya mereka ini lagi bagus..bagus dari segi mereka mensyukuri nikmat yang Tuhan kurniakan kepada mereka..yang lelaki gentlemen tadi hanya tau membazir saja..mungkin selepas dah berkahwin, mereka sudah tidak mahu berbelanja untuk perempuan yang ladies itu..alasan mereka, masa mengurat dulu dah dapat!..

okay, antara cara-cara lelaki tidak gentlemen mengurat adalah melalui deria bunyi..banyakkan dengar kat tepi-tepi jalan kalau perempuan yang ladies ni berjalan sendiri atau dalam sekumpulan perempuan, kalau bersama bapa, mungkin tiada bunyi kedengaran..

seterusnya deria bau..kebiasannya lelaki tidak gentlemen akan sentiasa membawa perfume mereka ke mana sahaja, sebab untuk menarik perhatian lah konon..tapi cara ni, lelaki gentlement pon pakai..tapi mereka pakai yang tahan 2hari punya, mereka tak bawak perfume ke mana-mana..lelaki tidak gentlemen pula akan serta merta spray ketiak atau mulut mereka bila awek dah hampir sampai 5meter lagi..teruk kan..

dan terakhir deria penglihatan..kalau lelaki gentlemen akan memakai cermin mata hitam, kalau boleh nak jadi buta terus lah, baru nampak macho, lelaki tidak gentlemen pula akan menutup sebelah mata untuk mengorat perempuan yang ladies..tak tau lah apa kena mengena kenyit mata sebelah dengan mengorat..bukan perempuan tu nampak pun..

CHAK!..wink*wink*

IKEA Mutiara Damansara, PJ

5.00pm..tamat waktu kerja, kemas2 laptop, kemas2 meja, betul2 kan baju, ambil handbag, pergi ke kereta...okay itu rutin..sebelum keluar dari kolej, thumbprint dulu, tak thumbprint nanti, kamu dikira tak bekerja hari itu, dianggap ponteng, dan boleh dikenakan tindakan tatatertib..fuh, takut mendengarnya...tiba-tiba terdengar perbualan dua sahabat..

mr.s: mat(bukan nama sebenar), semalam kau pergi ikea ke?
mat: a'ah, shopping barang rumah sikit..
mr.s: fuiyoo..shopping sampai ke ikea..
mat: dah orang rumah ajak..ikut kan je lah..
mr.s: ikea mane kau pergi??
aku:...(blurr jap)..
mat: ikea mana lg, ada satu ikea je kan...kat damansara..

aku ingatkan si mat tu pegi ikea kat australia ke china ke hongkong ke..dah nak tercengang gak lah..sebab ikea kan kat damansara je..yg dalam perancangan nak buat kat JB tu masih dalam perancangan kan?

akibat menonton tv jarak dekat

sudah bosan pakai cermin mata half frame ni..mau tukar yang baru..tapi masih berkira-kira, nak pakai cermin mata yang macam mana..mungkin full frame, mungkin frame-less, mungkin contact lenses je..sebenarnya hari tu ada dah beli contact lenses, dua kotak lagi..masa beli, dengar explanation salesmen tu bukan main lagi..siap mintak free gift banyak2..tapi last, tak reti jugak pakai..ahahahaa..

power rabun mata aku ni tak lah teruk sangat..175 je..tapi mesti pakai cermin mata jugak, sebab jarak 5-10m dah tak boleh bace dah..last week ada pergi survey speck dengan Pink, dia suggest aku pakai fullframe..(alaa..sebab dia pon pakau full frame jugak..=P)...tapi, bile tengok2 ramai yg pakai fullframe macam style jer...nak ubah lah..


nak ini boleh?..eh, bukan lah nak gucci sangat..kalau boleh, apa salahnye..=)...tapi nak yg bentuk macam ni..

takkan nak pakai yg macam ni kot...muka dah lah hodoh..nanti nampak macam orang keje kat kedai speck ke apa..ok2..sekarang boleh pegi kedai cermin mata, nak tempah speck baru.. yeehhaaa!!

Monday, July 5, 2010

bersatu kembali

eh, bukan nak cerita pasal aku kembali ke pangkuan bf ke apa..itu cerita basi..saje translate reunion ke BM..bersatu kembali lah jadinya, takpun kembali bersatu, kembali terjalin pun macam best jugak..

okay, ini bukan cerita nak ajak kawan2 lama satu studio buat bersatu kembali atau kawan2 lama matrik, sekolah, tadika ke apa..tapi ini pasal 'bersatu kembali' orang lain punya hal..dan aku diajak..tak ada kena mengena pun..tapi sebagai peneman sahaja..bunyi macam memalukan, tapi jauuuuhhh di lubuk hati, nak ikuuutt!.. (^__^)..tak malu..

bersatu kembali itu untuk ex-student politeknik merlimau..akan diadakan di PD, sabtu dan ahad ni, siap tidur sana lagi..ada bbq, macam best je..tengah berkira-kira sekarang ni, mau join ke tidak??????mau, tidak, mau, tidak, mau, tidak.....

assalamualaikum

kalau nak dikirakan ini blog aku yang ke berapa entah..banyak sangat buat, delete, buat, delete, lepas tu buat lagi..=P

insyaALLAH..ini yang terakhir..aku tak janji, tapi aku harap..haha..insyaALLAH kan sebaik2 janji.. (^_^)v

okay, dan ini blog adalah random...tiada khas khusus atau kursus..umum semata-mata....

yeay!!..dah ada blog baru.....
alamak pixel pecah..hentam ah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...