melalui cara penulisan di blog, anda boleh menilai atau mengetahui sedikit sebanyak personaliti atau perangai blogger tersebut..sedikit kajian telah saya buat..secara random sahaja..yang banyaknya saya cuma teka sahaja..mengikut logik akal..kalau anda mahu percaya, percaya lah..mungkin betul, dan anda akan tersengih2 sendiri kalau ia best, manakala, anda akan mengutuk saya kalau macam, 'ouch, betul doh!'...
okay, let start!..
yang pertama:
cara penulisannya selalu menceritakan tentang kisah silam, tak pun kalau dia cerita tentang kisah sekarang pun mesti dia ada kait-kait kan dengan kenangan-kenangan lama dia..contoh, 'walaupun aku sekarang kuat makan, tapi aku tetap kurus, kawan-kawan semua cemburu denganku, mereka makan sedikit sahaja, tapi bila mereka nampak aku sedang makan makanan kegemaran aku, mereka mesti akan rampas makanan tersebut dari tangan aku, alaaaa, macam nobita selalu kena dengan giant, ha! macam tu lah aku'....nampak tak kat sana, blogger tersebut mengaitkan dirinya dengan watak-watak kartun zaman dia kecil...
personaliti blogger seperti ini adalah berciri sensitif atau sentimental. bagi mereka, kenangan lama itu lebih berharga dan akan senantiasa dijadikan contoh dan diingati agar tidak lupus dari ingatan..begitu lah..anda begitu?
yang kedua:
blogger yang suka menceritakan tentang aktiviti harian mereka, kadang-kadang tu sampai boleh buat diari hatimu..sampaikan hari tarikh masa semua dia bagi detail lah..memang boleh kata kita baca diari dia..contoh, 'pukul 7.00pagi aku baru tersedar dari tidur, alammak, terlepas subuh afdhal, kena lah aku sembahyang subuh gajah pulak, selesai ambil wudu;, aku mengenakan telekung di tubuhku, tutup aurat...7.30 pagi aku sambung semula tidur ku..(nasib baik tak cerita mimpi apa)..pukul 9.00pagi aku terjaga dari lena setelah emak berteriakkan namaku untuk menolongnya di dapur ..............................................................................................................................tepat jam 11.48 malam, aku masuk ke bilik untuk tidur malam, semoga mendapat mimpi yang indah' ...hah!, macam ni lah contohnya..letih gak nak baca kan..
personaliti blogger sebegini, dia merupakan seorang yang mahukan perhatian, tidak cukup kasih sayang barangkali..bagi mereka, dunia mereka hanya di alam maya..bagi mereka, ada yang membaca kisah mereka dan mereka suka..anda begitu?..kalau anda begitu, saya cadangkan anda menulis novel sahaja lah..
yang ketiga:
mereka yang gemar berkongsi sesuatu..tidak kira sama ada berkongsi tips, berkongsi fakta, berkongsi rahsia, berkongsi resepi dan sebagainya yang boleh dikongsi kecuali berkongsi perasaan, tidak termasuk..apa yang dikongsi kan itu, tidak kisah lah sumbernya boleh dipercayai atau pun tidak, copy paste ke, atau memang dia ahli fikir...
mereka yang sebegini merupakan seorang yang baik hati, penyayang, dan yang pasti tidak kedekut ilmu. namun begitu, ada dikalangan mereka yang bersifat suka mengambil kesempatan, ibaratnya, susu punya susu, marigold dapat nama..macam tu lah..
yang keempat:
blog mereka itu dipenuhi dengan unsur-unsur humor..kadang-kadang bukan mereka letak gambar lawak bodoh macam kucing pakai underwear ke apa,tapi dari cara penulisan mereka, orang baca pun dah boleh bergelak ketawa..
personalitinya, cuba korang teka?...mestilah funny kan..tapi itu biasa sangat..nak bagi exaggerate lagi, mereka yang sebegini adalah mudah menyesuaikan diri dgn keadaan, disenangi rakan sekeliling, mempunyai ramai kawan, seorang yang kreatif dan tidak suka bercinta (?)...
yang kelima:
blog-blog yang asyik cerita tentang orang lain..tidak kira cerita tentang kawan dia ke, bos dia ke, tempat keje dia ke, artis ke, musuh dia ke..kadang-kadang susah sangat nak jumpa cerita pasal dia kat blog dia..sampaikan ingat itu blog ke surat khabar, ha, macam tu lah..
orang sebegini, senang je, jenis yang busy body, iye lah, semua cerita orang sekeliling dia, kadang-kadang orang yang takde kat keliling dia pon dia cerita jugak..boleh dikategorikan seperti reporter tak bergaji lah..boleh juga orang sebegini berpersonaliti suka cari perhatian atau publisiti murah gitu...korang jangan selalu macam ni kay...
yang keenam:
kalau korang berjalan-jalan dari satu entry ke entry yang lain seorang blogger ini, korang asyik baca pasal diri dia jer..yang ni berbeza dengan yang kedua tadi..yang ni, asyik cerita pasal dia je lah, dia baru beli beg apa, dia buat apa, dia suka apa, sampaikan kadang-kadang tu, macam nak menunjuk-nunjuk sangat apa yang dia ada..orang tau lah engkau kaya!..tapi tak perlu nak tunjuk semua, sikit-sikit sudah..
orang macam ni memang lah!..poyo, berlagak, macam bagus..(haih!, tak suka betul blogger macam ni, tengok, aku review pasal orang macam ni pun, aku boleh terus jadi emo)..dah, orang macam ni senang kata, dia ego.
yang ketujuh:
blog yang setiap entrynya macam tak ada hala tuju..semalam cerita pasal kerja, hari ni cerita pasal kawan, esok cerita pasal movie, lusa cerita pasal boyfriend/girlfriend (macam blog aku je)...
orang macam ni.......aishhh..tak nak bagitau lah..korang lah pikir sendiri.... (^_*)v
korang percaya ke apa aku bagitau semua ni?..aku bukan copy paste dari blog motivasi diri ke apa tau!..aku buat sendiri, macam aku cakap awal2 tadi..nak caya, caya...=)
4 comments:
haha sungguh suka yang keenam itu. aku kategori yg mana ni?
hahahahahahahaaa...aku takde tuju pada sesiapa okay!...
ko yang mane??...aku chop ketujuh..aku sendiri tak tau nak komen atau komplain apa..haha..
aku rasa aku yang ketujuh! kahkahkah!
kan farah kan..semua entry nak merapu..ikut suka, konsepnya=aku punya blog, suka hati aku lah..hahaha...
Post a Comment