Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 21, 2010

makcik!!makcik!!..pakcik!!pakcik!!..mari dekat....

aku dah cakap, blog ini tersangat lah random..apa2 cerita pon ada dekat sini..cerita seram je belum lagi...sekarang, akak nak cerita pasal jual-jual pulak ni deknon...(tetibe switch mode jadi tokey2 pulakkan)...sekarang ni, akak ada jual kek lapis dek...sedap2 gitu!...tak percaya?..apa korang ingat ni tektik akak je nak bagi laku semua kek2 akak ni?..tumpang lalu sikit..kalau tak percaya boleh beli dulu..

kauorang boleh order terus melalui komen-komen akak tau!..siapa2 ada number telepon akak, msg je akak okay!..malam2 pon akak layan...kelaaass gitu!..kalau kauorang nak beli kek2 akak ni, syarat tak ketat okay, takde pon akak mintak deposit ke, mintak number phone bf/gf kauorang ke sebagai tebusan..takdetakde....penghantaran adalah percuma bagi kauorang2 yang berada di sekitar klang valley dan negeri sembilan sahaja, terkeluar sikit ke melaka, boleh lah..akak tak berkira pon deknooon....pembayaran, terpulang pada kauorang, nak bayar lam sump sebelum dapat kek pon boleh(trust me u'ols), nak bayar masa lepas dapat kek pon boleh, tapi yang tak boleh, bayar selepas kenyang..ha!, itu tak boleh, dan haram hukumnya tau!..ustazah tak ajar ke??....

sebelum tunjuk gambar, akak nak habak sikit lah, tempahan dibuka setiap hari, tetapi penghantaran hanya pada hari cuti, akak kerja lah dek..kalau satu opis ngan akak, boleh lah akak hantar depan meja kau...okay, macam ni, dalam satu minggu, kauorang boleh tempah dari isnin sampai khamis (jumaat akak pergi ambik stock), hantar kat kauorang sabtu atau ahad, kalau kauorang order jumaat/sabtu/ahad, dapatnya next week lah ye..senang je kan...ha!..raya nak dekat dah kan..untuk raya, akak saran kan kauorang order awal2 okay!..tarikh tutup untuk tempahan raya, 24ogos..kalau kauorang order 25ogos, lepas seminggu raya lah baru dapat..

sebelum tunjuk gambar (banyak pulak akak nak membebel)..kek2 ni semua bukan akak yang buat..hahahaha...kawan akak yang buat deknoon...dia orang sarawak katanya...okay, jom cuci mata!..siapa tak tahan boleh bunuh diri!

BLUEBERRY CHEESE (RM30)
500-700gm
BLUEBERRY CHEESE (RM85)
1.2-2.2kg
CHOCOLATE CHEESE (RM30)
500-700gm
CHOCOLATE RICE (RM30)
500-700 gm
KELADI (RM30)
500-700gm
LAPIS MINT (RM30)
500-700gm
LAPIS SISIK IKAN (RM30)
500-700gm
*bukan berperisa ikan
LAPIS PRUNE (RM85)
1.2-2.2 kg
LAPIS TEMBIKAI (RM30)
500-700gm
*bukan berperisa tembikai
EVERGREEN (RM30)
500-700gm
LAPIS MAMI JARUM (RM30)
500-700gm
KUKUS BELACAN (RM85)
1.2-2.2 kg
*bukan berperisa belacan
LAPIS OREN (RM30)
500-700 gm
LAPIS OREN (RM30)
1.2-2.2 kg
WOW!!..CEPAT2..JOM ORDER, JOM MAKAN!..

akak bukan sahaja jual online deknoon..akak pun kadang-kadang ada bukak gerai di merata-rata tempat..dalam masa terdekat ni, akak ada bukak gerai di kuartes KLIA, ahad (25july2010), pagi sampai ptg..korang berjalan lah cari gerai akak okay!..pasti dilayanz...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...