sekarang bukan nak cerita pasal lagu kegemaran aku..sekarang nak cerita pasal aktiviti hari minggu yang lalu, aku rakan dan guru..haish!, tak boleh sebut perkataa hari minggu lah, mesti nak sambung nyanyi..aku, angah dan abang wan memulakan langkah pertama kami sebagai peniaga bebas..eceh! apa benda tu?..sebelum ni berniaga tak bebas.. =P...bukan, sebelum ni antara perniagaan yang pernah kami jalankan adalah menjual kain ela, kuih-muih tradisional, kek lapis dan baju wanita secara dalam talian,,tetapi nampaknya perniagaan baju dan kain ela tidak mendapat sambutan yang menggalakkan, mahal barangkali..iyelah, kami pun ambil atas orang punya atas bukan direct dari supplier, jadi harga berganda-ganda naiknya. tetapi, perniagaan kuih-muih dan kek lapis nampaknya memberangsangkan, jadi, bila ada peluang untuk membuka gerai di kuartes KLIA hari ahad lepas 26ogos, kami terus merebut peluang tersebut, wah!, macam ada permainan rebut gula-gula..itu pun sebab lokasi tak berapa jauh dari rumah..hasilnya, amat memuaskan..walaupun kek lapis tak berapa laju nak jalan, tapi kuih-muih tradisional sangat mengkagumkan..laju macam halilintar..haha...jom tonton gambar...
itu lah dia, permulaan kami berniaga secara bebas..kecik je gerai dia..sewa tapak pun tak mahal... kuih muih semua dibuat oleh keluarga saya kecuali kek lapis, macam saya bagitau pada entry yang lepas..sebarang tempahan untuk kuih raya adalah dibuka sekarang..wah!..terus ambil order kau ye...
NAH!..UNTUK SEBARANG TEMPAHAN YE..
4 comments:
oit, berniaga bawak laptop ke kak?? hehehe...=)
ahahaa...berniaga online tetap berjalan..(padahal facebook je lebih =P)..haha..
cewah... bajet ala2 GSC la beribu-ribu orang reserve seat sehari kan. hahaha
adian:..aku blur skit..apa yang bajet eh?...kuih muih tradisional ke?..kko nak order tak?..haha..
Post a Comment