Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, July 8, 2010

tinggal lagi 4hari je

tolak hari ni, tinggal lagi 4hari je...selasa minggu depan kemasukan pelajar baru untuk sesi julai 2010. seperti kebiasaan, kemasukan julai lebih ramai dari kemasukan januari. lebihnya tu kadang-kadang mencapai 70%..fuh!..berdebar dengar..macam nak ajar budak sekolah pulak ramainya kan..yang ramai-ramai tu, kalau perangai semenggah, tak pe jugak..(try google, semenggah tu apa)..ni tak, ada yang kurang ajar lah, ada yang tak paham bahasa lah, ada yang kuat menipu lah..ini lah dugaan mengajar di kolej..kalau mengajar di university, mungkin tidak macam ini..tapi tak apa lah..tanamkan dalam minda dan hati, yang aku nak mengajar diorang untuk membantu diorang sekurang-kurangnya mereka terbuka pemikiran, mereka sedar yang mereka masih ada peluang dalam hidup, mereka tau yang mereka boleh belajar sebenarnya..aku akui, kebanyakkan atau hampir kesemua pelajar kolej ni, mereka adalah lepasan spm yang hampir failed, atau ada yang dah failed pun..jadi, kadang-kadang, niat mereka untuk belajar tu, sebenarnya adalah semata-mata mengikut arahan parents je..

jadi, to become much better than before, aku dah kena fikir, apa approach terbaik untuk mengajar next sem..masuk semester akan datang, dah jadi semester ketiga aku mengajar di kolej ni, semester pertama aku memang terkontang-kanting, tak ada skill nak mengajar, masuk kelas, sapa student, tanye siapa tak datang, pastu terus mengajar, syok sendiri..ajar pulak subjek teori yang memang bosan gile, undang-undang kecil bangunan, i noticed ada jugak lah student yang tido time aku mengajar kat depan, aku sendiri yang malu, sebab itu menunjukkan aku failed!!..hari demi hari, aku perbaiki kelemahan aku, aku tak boleh sama taraf kan pelajar kolej denga U..have to do something..

masuk semester kedua aku mengajar, dah banyak subjek yang aku pegang, but, still lagi aku ajar undang-undang kecil bangunan, sebab aku tak puas hati semester sebelum tu, aku ajar agak kucar kacir..jadi, perubahan yang aku nampak, (bukan lah dari segi pencapaian) student semakin boleh memberikan perhatian, dan aku suka!..hehe..

untuk kemasukan januari, kebiasaanya memang tak ramai, sebab itu kemasukan kedua..jadi, memang sikit lah yang masuk kolej, sebab dah ramai yang masuk belajar kat tempat-tempat lain..paling sedikit pelajar dalam satu kelas, 6orang..seronok kan mengajar sikit2..tapi, lagi banyak cabaran sebenarnya..kita kena pastikan tiada pelajar yang tercicir, sebab akan jadi mustahil kalau pelajar sikit, tapi masih ada yang fail, adakah salah pensyarah yang mengajar atau pelajar itu sendiri yang memang........

untuk semester akan datang, sepatutnya aku kena ajar lukisan kerja bagi student semester 2, yang 6orang tu(intake january)..ajar lukisan kerja untuk peringkat sijil, tak susah mana, kadang-kadang soalan daripada student pun tak berapa mencabar, tapi diri sendiri yang lebih takut nak mengajar..haha..tiada pengalaman mungkin..aku dah belek-belek silibus, yang kena ajar lukisan kerja semester 2 hanya fokus pada penyediaan lukisan asas(basic drawing), macam plan, elevation, section, sedikit detail dan coloring, juga lukisan yang dikehendaki adalah berskala kecil, which is, banglow satu tingkat..

tapi, last minute, aku changed mind, nak ajar lukisan geometri semester 1 dulu..bukan tak yakin nak ajar lukisan kerja, tapi, aku rasa macam nak back to root..dua sem berturut2 aku ajar UBBL (assist subjek lain at the same time)..dan sebelum aku ajar lukisan kerja, biar aku rasa dulu macam mana rasa mengajar lukisan geometri ni..lukisan geometri ni pulak, lagi lah tak berapa susah, sebab memang sangat basic..pengenalan kepada lukisan, buat garis, buat bulat, belajar buat pelan. jadi, aku nak sangat rasa mengajar subjek ni, dan aku nak pastikan student betul2 dah bersedia untuk belajar lukisan kerja, baru next sem, aku akan ambil subjek lukisan kerja, dan sekaligus, mungkin aku akan rasa puas hati sebab aku tau, masa student ni belajar lukisan geometri dulu, apa lagi yang diorang tak cukup...bukan lah tak boleh nak rujuk pensyarah yang dah ajar subjek tu sebelum ni, tapi aku nak ada pengalaman sendiri..

jadi, sementara ada masa lagi 4 hari ni, aku nak get prepared diri aku dengan subjek baru ni dan pelajar baru yang mungkin RAMAI!..haha..jadi, apa kata kita manja2 kan diri kita dengan bersantai-santai di tepi pantai..ye!, aku akan mengikut kawan aku pergi bersatu kembali itu..yea!yea!..tak sabar nak tunggu sabtu..cepat lah..

p/s, eh dah lama tak jumpa amad afy danish..rindu~petang ni aku balik rumah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...