Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, July 8, 2010

suatu wawancara bukan sawan cara (rindu arwah din.beramboi)

suatu hari tu, aku berbual-bual dengan seorang sahabat aku ni..agak sudah lama tak berbual something yang ke arah memotivasikan diri..topik yang dibualkan masa tu adalah tentang perubahan dalam diri dan perkahwinan. dia bertanyakan aku, 'bila lagi mahu kahwin?'..aku katakan, 'lambat lagi'..tiada jawapan pasti, tahun depan pun lambat lagi kan..tapi yang pasti, perasaan hendak kahwin itu ada, cuma kekangan sahaja yang menjadi penyebab..tapi aku tak kisah semua itu, everything had planned.. mungkin kalau bukan tahun ni, tahun depan, kalau tidak, tahun satu lagi, apa yang nak dikejarkan sangat..aku tau diri aku, aku kenal diri aku..aku cuma MAHU kahwin, tapi aku belum bersedia ke arah itu..aku bukannya mahukan perkahwinan diatas syarat MAHU atau mengikut orang saja..aku mahukan perkahwinan yang dituntut Islam..maknanya, kalau kamu merasakan hubungan kamu itu ke arah mendatangkan dosa atau maksiat, kamu adalah diwajibkan kahwin, kalau kamu sudah berkemampuan untuk berkahwin, kamu diharuskan berkahwin...begitu lah..pernah kan dengar perkara ni..

jadi, perkahwinan itu tidak memaksa..dan tidak pernah pula dengar, jika kamu didesak kahwin atau kamu dikelilingi orang yang sudah berkahwin, kamu diwajibkan berkahwin dalam masa terdekat..tidak pernah pula dengar itu kan..jadi, semua sudah dirancang oleh Nya..yang terbaik untuk hambaNya..

berbalik kepada perbualan aku dengan sahabat aku itu, dia bertanyakan lagi, 'habis bila lagi kau nak kahwin?, kau tunggu apa?'...jawapan aku, untuk menutup soalan seterusnya sekaligus, menyenangkan hatinya yang mungkin gusar sebab aku tak kahwin2 lagi, padahal dia pun sama tak kahwin (haha)..aku pun jawab, 'aku nak berubah dulu'...terus tiada lagi, persoalan tentang perkahwinan dari mulut dia, tapi, lain pula yang dia kata, sampai aku terfikir hingga ke hari ini, dia kata..'bagus lah kalau nak berubah, berubah ke arah kebaikan, hentikan berkata yang merapu-rapu, jangan terlalu banyak bercakap sehingga boleh mengguris perasaan orang'...mendalam sungguh maksud kata-kata dia tu..nampak sangat aku ni teruk, tapi aku bersyukur ada kawan macam ni, yang menegur aku..perubahan itu sangat bagus..

insyaAllah, suatu hari nanti.....

setiap perubahan itu tiada yang terlambat, selagi sangkakala belum ditiup, di mana ketika itu, pintu taubat sudah tertutup..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...