Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 26, 2012

Barakallah hulakuma wabarakah

syukur..syukur...syukuuuuurrr alhamdulillah... terima kasih Allah atas segala nikmat dan rezeki yang telah Engkau berikan..

13 tahun yang lalu, aku mula kenal dia. tahun 1999, masa tu umur aku 13tahun. baru habis sekolah rendah. kecik2 dah bercinta, orang cakap lah.. =P tapi jodoh itukan rahsia Allah.  =)

15jun2012 yg lepas, dengan sekali lafaz, berkat hari jumaat yang mulia aku sah bergelar isteri kepada mohd fadhil bin abdullah. masih terngiang2 lagi ijab dan kabul yang dilafazkannya berwalikan ayah aku sendiri. rasa nak menitik air mata, tapi tahan, control, kena jaga makeup! haha.. perasaan gembira dan sayu masa tu melebihi segala2nya.

ni la senyuman paling ikhlas seumur hidup aku.. =))

=))

1. baju nikah aku : kamarini bridal aku jumpa butik ni kat magazine pengantin, trus pergi butik dia kat shah alam, booking baju then baru tau dia ada FB, tapi jarang update lah.. tp nasib baik senang je deal dgn butik ni, sekali dtg tgk baju, tanya harga. pastu dtg lagi untuk bayar deposit and booking tarikh. datang kali ketiga untuk fitting dan terus  amik. last sekali dtg untuk pulangkan..senang je.. =)

2. veil : elyn yg ni aku jumpa blog dia. nasib baik dekat, bangi je.. terus tempah sebab dia x cerewet. eh?? memang sepatutnya pembeli yg cerewet, penjual xakan cerewet ke. tapi, aku ada jumpa seorang penjual ni, masa aku nak tempah veil lah, dia plak lagi cerewet dari aku, soh aku hntr contoh kain kat dia lah, dia xboleh buat macam ni lah, tu lah..last2, malas aku nak amik tempahan dari dia, kang sampai kesudah ada je yang dia xboleh. haha.. nasib baik senang je deal dgn elyn ni, dia tanye design aku tunjuk gmbr, dia kata dia boleh buat, bayar deposit and aku dgn rela hati dtg amik sendiri veil tu. kalau x, dia boleh post kan, without any charge lagi, tapi aku lagi puas hati klu amik sendiri, so veil xrosak, klu ada s/thing wrong boleh tunjuk trus kat dia. tapi, alhamdulillah, everything ok.. =)

3. tudung : tudung biasa je beli kat bazaar yg banyak2 kat putrajaya tu..hihihi...

4. hand bouquet : nadia suami dia kawan akak aku.. so senang nak berurusan. lagipon akak aku ada tempah candy buffet kat dia jugak. fresh flower! dia boleh hantarkan sampai tesco semenyih without any charge juga.. =)

5. baju nikah lelaki : tum tailor, bangi. yang ni aku xjumpa pulak laman web dia, sebab kitorang terus pergi butik dia je. lagipon suami saya dah pernah tempah baju kat sana, dan dia suka! songkok pun beli sana. sekejap sangat siapnye, seminggu je! jahitan dia kemas! kain pon beli terus kat sini.

6. sampin : omar ali, ttdi. suami saya memang cari sampin macam ni, bile jumpa je terus beli. nanti raya nak pakai balik katanya. tapi, aku suggest siapa2 yang nak cari sampin macam tu, kat semua house jalan tar banyak dan murah sikit. tapi kualiti, i don't know...

7. make up : aina, aku jumpa blog dia. tanya harga, murah!! terus booking, malas dah nak tanya2 MUA lain, sbb tau dah harga mesti mahalnye.. puas hati actually dgn makeup akak ni, tapi bile tgk gambar lah, realitynye mmmm...maybe aku yg kuat berpeluh kot..haha.. satu lagi, akak ni dia mmg xtunggu sampai majlis habis, so makeup aku mmg sememeh lah sikit bile dah petang2 tu.. tapi, aku ni mana lah pernah nak makeup kan, ini lah pertama2 kalinya aku makeup dan ramai lah yg puji makeup tu cantik, so, sesiapa yang nak nampak cantik masa kahwin, jgn biasa kn makeup muka tu..hahaha... tapi, terpulang lah.. lepas kawin ni pun, aku xmakeup. suami kata jangan, kite kene ikut.. =) dua2 majlis aku guna akak aina ni..

8. photographer : RAC, dia kawan suami saya. mula2 aku nak amik kawan aku jadi photographer, siap dah bayar deposit dah, tapi bile dia nak kawan dia jugak, siap tunjuk hasil gambar kawan2 dia tu, terpaksa lah aku cancelkan booking dgn kawan aku tu. nasib baik deposit dpt balik sbb dia kata kawan2, xpe..huhu..thanks naim. =) dua2 majlis photographer yang sama. cuma masa majlis akad nikah ada 3orang photographer sebab kitorang terus buat outdoor photoshoot lepas nikah. lepas sanding xde outdoor pun.. 

tease gambar outdoor, hahahaha...

16jun2012, majlis bersanding kami. kitorang buat sebelah pihak sahaja. buat kat rumah aku. rumah suami cuma buat kenduri do'a selamat. =) seriously, kahwin memang penat, sampai xterlayan semua tetamu yang datang.. di kesempatan ni, aku nak ucap terima kasih sesangat pada semua kenalan, sahabat, saudara-mara, orang kampung yang hadir. semoga dengan kehadiran mereka semua, majlis aku lebih diberkati dan dirahmati..=) mintak maaf eh, kalau ada yang xterlayan, ada member yang datang dari jauh, perak, kedah, penang, johor..huhuu..terharuuu...kitorang memang ralat lah sebab xdapat nak layan semua kawan2 dan saudara yang datang. tapi, lega bila masing2 kata makanan sedap, puas hati dapat jamu diorang..hee..

farhan dan ayu pengapit kitorang, dua2 kawan masa sekolah dulu.. =)

ni gambar dari unofficial photographer, nak jugak mention kan..haha..

inni pelamin saya, tapi gambar xberapa cantek, guna handphone je.. =P

a.k.a pintu gerbang.haha..

ini kawan2 UKM saya, mek dah balik..bye mek..

1. baju sanding : ZSD, sangat puas hati deal dengan akak ni!! thanks kak zetty, thank you so much!!!ramai giler kot yang puji kata baju ni cantik!haha..design baju ni aku bincang dengan kak zetty, mmg aku nk simple2 je, tapi xtau lah pulak akak ni pegi buat kain berjela mcm jala kan..hehehehe.. tapi xpe, senang je nak handle sebenarnye kain ni. cuma warna je yang aku macam terkilan sikit, sebab agak contra color baju aku dengan suami. aku sebenarnye bab color ni xkisah, memula aku nak color peach, pastu tukar pulak color dusty pink, last2 dapat color ni, aku ok je.. cuma contra pulak dengan color baju suami..sebab akak tu kata agak susah nak cari color kain yg sama utk buat baju aku tu, sampai ke singapore dia cari. tapi xpe, aku puas hati!hee..nasib baik jugak lah k.zetty ni tahan melayan cerewet aku nak mcm tu, mcm ni..haha..thanks again kak! siapa2 yg merancang untuk berkahwin, aku sangat recommend butik ni, memula aku jumpa butik ni pun dalam intenet je..rupenye butik dia kat puchong, jauh sikit lah dari rumah aku, tapi aku familiar jugak lh dgn puchong tu, so xde hal lah..hee..complete set, baju, tudung, veil, accessories semua dari akak tu, kecuali kasut je.. kasut tu sebenarnye adalah kasut nk buat hantaran aku tapi xjadi..hahaha.. memula dah beli kasut dgn handbag utk buat hantaran brand yang sama, charles & keith. tetibe pulak terjumpa kasut clarks yg lagi best!!!!, terus buat kasut c&k tu jadi kasut bersanding. haha..

2. pelamin : sofea bridal, aku sewa pelamin ni kat kuala pilah jer.. on the way aku nak pegi keje tu, lalu depan butik ni.. dan, design pelamin tu pun aku mintak akak tu buat macam tu. ada lah beberapa tempat aku tanya kalau nak buat pelamin macam tu, berapa charge? memasing mahal.. bile tanye tempat ni, harga dia bagi available lah..so, terus booking. dia pasang dua hari sebelum majlis, dan bukak dua hari selepas majlis.. puas hati! aku terjumpa pelamin macam ni dalam intenet, tapi dia lagi lebar. disebabkan rumah aku xberapa lebar so, ini lah hasilnye..hehe.. akak ni buat sekali bunga juntaian kat siling nak masuk rumah aku tu.. aku xtau lah nama dia apa..haha..

ni ilham pelamin aku. siapa punye entah..haha..

3. payung : nadia, hahaha..payung pon nak sewa kan.. =), aku sewa payung sekali dengan hand bouquet masa nikah. saje je sebab aku berkenan lama dah dgn payung tu, nak buat sendiri mmg xmampu lah kan, haha..

4. hand bouquet : SekociNorlie hahahahahaha..aku pon xtau kenapa aku gi tempah DUA hand bouquet utk majlis aku ni.. padahal boleh je guna fresh flower masa nikah tu punyer..tapi xpe, yg hand bouquet ni aku boleh simpan untuk kenang2an..aku suka hand bouquet akak ni buat, simple jer.. dia siap post kan, aku xmampu nak amik sendiri sebab jauh kt s.alam..

makeup dengan photographer guna yang sama dengan majlis pernikahan.. =)

khemah, makanan dan persembahan tu mak dengan ayah aku yang handle.. thanks mak dan ayah sebab banyak tolong dalam menyempurnakan majlis ni dari segi kewangan, masa dan tenaga.. sumpah!! tak terbalas..makanan pengantin angah aku yang buat, serious sedap, tapi biasa lah kan pengantin mana nak makan sgt, kejap2 kawan dtg nk salam, nak amik gmbr, pastu tok adat plak dah panggil untuk jumpa saudara mara..huhu..kat tempat aku, kalau kenduri kahwin tok adat yang selaku floor manager..haha.. tugas tok adat ni dia mcm tuan rumah lah, bila pihak lelaki datang, dia sambut..dia bawak aku gi jumpa pihak lelaki, dia suruh aku salam tgn suami, dia panggil orang2 yang nak merenjis, dia yg akan stopkan sesi renjis merenjis pastu dia suruh pengantin gi khemah makan, suruh aku sendukkan nasi untuk suami, suruh makan, lepas makan dia suruh kitorang jumpa tetamu.. itu tugas tok adat masa majlis bersanding. masa majlis pernikahan pulak lain tugas tok adat, dia yang akan check semua hantaran dari pihak lelaki cukup atau tak. heee..macam2 kan, ikut tempat lah sebenarnye. =) alhamdulillah, semua berjalan lancar. 

memang ramai yang tanya aku amik pakej kat butik mana. penat aku nak menjawab satu2 sebab semuanya aku amik asing2..haha.. bagi aku, perkahwinan ni sekali seumur hidup, pulak tu kitorang buat sekali je, xde majlis bertandang pun, so aku kene lah pastikan everything is fine. walaupun ada jugak lah yang xsempurnanya. hee..memang banyak keje kalau amik banyak2 tempat ni, tapi xpe, aku suka dan aku enjoy sepanjang aku buat persiapan!heee.. 

lain-lain perkara dalam majlis perkahwinan aku ni, 

1. kad kahwin : blog kad kahwin design sendiri, diorang printkan. sekali dapat percuma bunting 2, sampul bercetak dan button badges tapi terlupa nak pakai, boleh?haha..




2. goodies bag : yassin (ceria kad kahwin ), design template sendiri. hot stamping paper bag (kak nini ), design sendiri jugak, sama dengan design kad. k.nini ni satu kampung dengan aku je..so, senang nak deal..hehe..  apam polkadot (sarina ), dia ni kawan akak aku. so akak aku yg setelkan bab ni. =). air mineral beli kt kedai je, apple pon beli kt kedai je, muffin makcik aku yg buat, paper bag beli kat nilai 3. penat gile setelkan goodies bag ni..uwaaa!!



3. bilik pengantin : hias sendirian berhad!!haha... makcik2 kat kampung tu biasa lah kan, banyak komen betul, tanya xde kelambu ke, xde kain tarik2 ke? hellloooo... i rimas lah dengan benda2 tu.. i suke simple je k!hahaha..berani jawab mcm tu dgn makcik2? bilik aku just letak lampu ikea, frame basmallah (topkhat ), cadar akemi, carpet pakistan (hahaha), hiasan2 dari kedai deco..tu je sudey!!


4. hantaran : isteri > suami (11) sirih junjung, buah, coklat, kemeja, kasut, jam, handphone, tafsir, ensiklopedia, sejadah & perfume

suami>isteri (9) sirih junjung, buah, kek, telekung, sepasang kain, handbag+kasut, jam, perfume, camera, cincin+gelang+mas kahwin+duit hantaran

hantaran aku bagi dia, aku hias sendirian berhad jugak dengan pertolongan akak aku..memang sempoi habis, buat sehari je..pastu xkukuh plak kan, hahahaha..nasib baik masa hari nikah tu ok jer..hehehe.. dulang hantaran aku pinjam dari (rezo)




that's all!!!! 

alhamdulillah, selesai sudah..  =))



   










No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...