Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, July 12, 2012

Maaf, Permohonan Anda Tidak Berjaya!

Bukan tak pernah ada niat nak berubah jadi lebih baik, bukan tak pernah terlintas untuk jadi lebih baik, bukan tak pernah terdetik untuk jadi lebih baik, bukan tak pernah minta untuk jadi lebih baik, bukan tak pernah berhajat untuk berubah menjadi lebih baik di sisi Islam dan Allah.

Selalu tertanya-tanya, kenapa permintaan tidak diterima, permohonan tidak dapat, doa tidak dimakbulkan.

Kadang terfikir, artis yang banyak buat dosa pun, macam mudah je dia bertaubat. Macam mudah je dia diterima, macam mudah je segala urusan. Spesifik pada artis sebab kita tau artis ni golongan yang paling banyak terdedah dengan dosa dan maksiat. Sekali diorang amik gambar seksi2, beratus, beribu majalah cetak gambar diorang jual merata negara, intenet, tv.. medium yang paling mudah menyebarkan dosa, paling pantas. Kan? Tapi, bila tengok artis-artis ni nak berubah jadi baik, macam senang, MACAM!

Bukan tak teringin nak menjadi tetamu jemputan Allah di Tanah Suci, malah itu satu rukun yang wajib. Tapi belum berkemampuan. Ramai kawan-kawan bercerita, berkongsi gambar, pengalaman di Sana. Jeles itu memang. Kadang dengar diorang bercerita macam senang je nak pergi. Terdetik dalam hati, ada duit boleh lah.. Tapi jangan lupa, semua yang terjadi atas kehendak Allah jugak. Walau ada duit banyak mana pun, jika Allah kata dia tak akan dapat pergi, tak jugak. Sama jugak dengan orang yang tak berduit, susah mana pun mesti ada jalan atau rezeki Allah nak bagi dia untuk dia jadi tetamu jemputan Allah. Muda-muda kawan-kawan saya yang dah sampai sana. Yang sebaya saya, yang umur muda lagi dari saya pun ada. Tapi, tak tau bila giliran saya???

Kadang-kadang terasa belum tiba masa untuk saya dapat semua tu. Cuma bersyukur dengan apa yang ada sekarang dan setakat ini. Permintaan, permohonan, niat, doa dan hajat untuk menjadi lebih baik, lebih dimurahkan rezeki, menjadi tetamu jemputan Allah itu tetap diteruskan. Atau, adakah permintaan ini terlampau banyak?terlampau lebih-lebih?terlampau tamak?

p/s : hati, ikhlas lah...
p/s/s : sentiasalah melihat, memandang dan memerhati mereka yang lebih kekurangan dari kita agar kita tidak kufur nikmat.

wallahua'lam..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...