Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label cerita kahwin. Show all posts
Showing posts with label cerita kahwin. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

Dah Bertunang Ke?

assalamualaikum..


last few days, aku ada post status kat facebook yang berbunyi seperti ini (eceh!skema..)


"pertunangan itu dirahsiakan, pernikahan itu dimaklumkan"

ini bukan aku sengaja nak tulis mcm ni, atau nak poyo2 ke apa.. ini sabda Nabi S.A.W “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) perkahwinan.” (Hadis riwayat Ahmad dari Abbdullah bin Zubair)

tapi, sekarang ni siapa je yang taknak share pasal cerita2 best dia dengan semua orang kan. lebih2 yang perempuan. pasti akan ada satu album "my E-Day"..hehe..lepastu status terus bertukar "engaged with ....."

nak kata salah atau tak buat macam tu, tak tau lah. tapi kita diajar untuk mengikut sunnah dan ajaran Nabi S.A.W.

ada yang kata, bile post/cakap macam tu seolah-olah nak bagitau yang dia sebenarnya dah bertunang tapi di beritahu dalam cara tersirat. actually tak. aku post status macam tu just nak share s/thing yang baik. sebab lately ni banyak sgt tgk gambar2 org bertunang dalam fb sampai aku terconfuse dia ni bertunang ke kahwin? dah macam kahwin, lengkap semua ada! pelamin, baju liplap2, makeup berseri2, hantaran jgn cakap lah, berdereeeeettt....dah macam mampu nak buat kenduri kahwin dah, ha! siap dgn khemah, goodies bag apa semua bagai..

Nabi S.A.W menyuruh kita merahsiakan pertunangan ada sebab dan kebaikkan dia. kdg2 terfikir, siapa aku nak halang orang untuk bagitau yang dia bertunang? tapi, Nabi S.A.W pernah bersabda, 

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat…”

jadi, aku hanya berpesan-pesan. bukan niat untuk perli, menyindir atau ada maksud tersirat lain. ada juga yang kata, "kalau kita inform kawan2 pasal pertunangan kita, at least kawan2 akan mendoakan jodoh kita dirahmati Allah, mendoakan kebahagian kita dan yang baik2 aje". memang betul. tapi jgn sampai menghebahkan keseluruh dunia. cukup sekadar berkongsi cerita dengan kawan terapat sambil berbual2, dengan saudara-mara. kan?

pertunangan itu digalakkan di dalam Islam. maksud bertunang itu simple, mudah aje, keluarga lelaki atau pihak lelaki berjumpa keluarga perempuan menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga, jika baik keturunan lelaki tersebut, beragama, berkerja, terimalah ia. dalam bab jodoh ni, perempuan seharusnya cerewet dan meletakkan syarat2 yang lebih untuk memilih pasangan. bukan lelaki! sebab, mereka yang akan memilih ketua (imam) untuk membimbing mereka dalam hidup. mane lebih penting, memilih imam yang sempurna atau memilih makmum? nak mencari kesempurnaan itu memang susah, tapi cari lah yang saling melengkapi.

p/s: doa yang baik-baik ye..=)

Thursday, February 9, 2012

bride to be!

assalamualaikum..

hai all brides to be sekalian..amacam persiapan majlis kahwin? 40%? 60%? 80%? 100%????

siapa yg dah 100% tu, boleh dah kahwin esok..kihkih..

eh, siapa kata aku nak cerita pasal wedding preparation?? tak! tak!..aku tak akan cerita, tak akan! bukan sebab nak bagi surprise, budget artis murahan nak sorok cerita, buat org tertunggu-tunggu cerita aku. tidak! bukan itu sebabnya aku tak bercerita. sebabnya aku tak berapa nak berminat bercerita pasal hal ni. bukan juga bermakna aku menyampah atau muak dengan cerita2 brides to be ni.. pokok dek kau (up to u) lah nak buat cerita dari A-Z ke, 1-10 ke pasal perkahwinan mereka, aku tak kisah pon. dan aku pon bukan lah dari ciri2 org yang suka blog walking blog2 b2b ni.. sikit2 tu boleh lah, bila nak cari idea. sebab bagi aku, cerita diorang, most of them sama jer...sorang cerita pasal goodies bag, berlambak nnti cerita pasal tu, beli kat sini lah, sana lah, promote kedai ni lah, tu lah..

cerita pulak pasal color tema, macam2 color keluar! yg tak pernah dengar pon ada, the end, color tu jugak yg terpalit masa kenduri!hehe..

bukan lah bermaksud aku tak nak mengabadikan hari bersejarah aku. eh, chop! mengabadikan??? nak abadikan kat mane?hehehe.. bukan jugak bermakna aku taknak berkongsi dgn kawan2 pasal hari bersejarah aku..aku berkongsi jugak, tapi dengan cara sendiri..aku tanya pendapat diorang direct face to face lg tau!

actually, for me perkahwinan memang sekali dalam seumur hidup. but the most important thing is the life after married, the marrieage life. susah sangat nak cari atau baca kisah2 kehidupan berkahwin. apa yang patut si isteri lakukan, apa yang patut diamalkan, bagaimana nak menjaga keharmonian berumahtangga, bagaimana nak mengeratkan hubungan suami isteri. sumpah!!susah nak jumpa.

bagi aku, aku lebih gemar buat research hal2 macam ni, berkongsi cerita pengalaman2 dengan kawan2 yg dah berkahwin. lebih bermanfaat. kalau nak berkongsi tentang persiapan perkahwinan, type je (brides to be) ha, mencanak2 keluar..senang dah skrg kan. mungkin selepas berkahwin baru aku akan bercerita tentang majlis perkahwinan, itu pon kalau ada yang nak tau lah..kahkah!

so then, pada mereka yang tengah bersemangat membuat persiapan perkahwinan (ramaaaaaii sangat kawan2 aku kahwin tahun ni, kawan sekolah rendah, sekolah menengah, matrik, u, ramai!) teruskan usaha anda. pada yang telah berkahwin tahun lepas, semoga berbahagia dan berkongsilah cerita rumahtangga anda yang baik2 yang manis2 dengan kami2 ni..hehe.. janganlah senyap jer.. ;-p

PADANG is AWESOME!!!

Tuesday, March 1, 2011

bila mereka bertemu

hai u all!!...ahad lepas telah menghadiri satu majlis perkahwinan kawan sekolah (teknik tuanku jaafar). dua2 nye pon dari sekolah teknik jugak, kiranya bercinta dari zaman sekolah. ihiks!macam I lah...makanya, ramai gile lah kawan2 sekolah yang datang, even kami2 semua bukan dari kelas yang sama, tapi kami dari sekolah yang sama.erk!. kami duduk asrama lah..aspuri 2002/2003 dalam kenangan..hehe. dah macam reunion apa tah kan..semuanya ayus2 sekali! 
gadis1
gadis2
                        next couple please....=P           mereka dan makanan tidak dapat dipisahkan
saya, pink, ana, huda, rapet, ann, laily 
HIJAU DAN PINK!! EH, SILAP, HUDA DAN PINK!!=P
baju putih menampakkan kegemukkan, terima kasih!
 AINOR DAN SAYA KASHFI!!
                                EIKIN @ ADEQ               gambar gedik nampak gemok adalah wajib
 THE BEST PART, AMEK GAMBAR RERAMAI DEKAT PELAMIN & MEJA MAKAN
DATIN AINOR!!! 
      SUE                                                         PALONG
TAHNIAH SURATEY SULAIMAN & AZMI SHAMSUDIN

Friday, July 23, 2010

nak cakap ke tak??

korang pernah tak rasa takut sangat-sangat bila nak menghadap bos korang..kalau korang yang memang nak jumpa dia, memang takut sikit je lah kan, sebabnya korang dah bersedia dengan apa benda yang korang nak cakap dengan dia..kadang-kadang tu siap hafal skrip sehari sebelum jumpa kan..tapi ni kes kalau tetiba bos korang yang panggil korang datang bilik dia, ada perkara yang hendak dibincangkan dengan korang..perkara apa, korang memang tak tahu lah...fuh!..mau bergoyang terus lutut korang kan...(ni bagi kes, bos garang macam singa lah)...
                      

















tapi, apa yang aku nak sampaikan, bukan pasal aku takut nak jumpa bos aku(pengarah)..tapi aku takut dan tak tau macam mana nak berhadapan dengan ibu bapa aku bagitau yang aku dah bersedia nak berkahwin!!!...adoooii maaakk!!!...tolong lah, tolong lah baca dalam fikiran saya ni,tembus ke dasar hati saya, menyelami perasaan saya (ambooi ayat!)...tak payah susah-susah saya nak karang ayat, seminggu tak tido malam...saya tengah bayang kan

                         1. malam-malam pergi bilik mak dengan ayah, selitkan nota mahu kahwin bawah
                             pintu,
                            (kalau mak dengan ayah tak perasan, katakan bangun-bangun tido, mak 
                            dengan ayah tak bukak lampu terus pegi bilik air, tersepak kertas, terus hilang 
                            bawah sofa..) tak boleh-tak boleh..

                        2. saya letak memo tentang ada perjumpaan family, tergempar, di pintu masuk 
                           utama,
                            (bila semua dah berkumpul, tetiba mulut saya terkunci, saya pitam terus dekat 
                            meja perjumpaan, macam mana?) tak boleh-tak boleh..

                        3. sebelum mak dengan ayah masuk tido, saya tarik tangan mereka, duduk di 
                            sofa 
                           (tak pasal-pasal, kena lempang dengan mak, 'oi, kau tarik-tarik ni apehal?..
                           mak nak masuk tido ni, penat!..esok nak sambung buat kuih lagi..') terus 
                          aku tak sampai hati..tak boleh-tak boleh..

                        4. aku bagi je SMS dekat handphone ayah, bagitau, bakal menantu terakhir 
                           ayah akan tiba tidak lama lagi
                           (tiba-tiba lepas ayah baca SMS tu, ada orang gila datang rumah mintak 
                          makanan, tak ke pengsan aku?)tak boleh-tak boleh...

                         5. apa kata, aku belasah je, bertunang sendiri dengan bakal suami aku tu, 
                            sarung cincin sendiri, masak sendiri untuk family dia yang datang, pakai 
                           baju kurung warna warni pun tak apa..
                         (kang mak dengan ayah aku pulak yang pengsan) tak boleh-tak boleh..






dah lah, aku tak ada idea...malas nak pikir...

lagipun, aku lambat lagi nak kahwin..saja je aku pikir awal-awal ni..nanti senang..hehe... =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...