Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label dating. Show all posts
Showing posts with label dating. Show all posts

Saturday, March 5, 2011

hari ini dalam sejarah

05032011
sabtu

bangi : service kereta. melayang RM200!..takpe lah..asalkan kereta dah ringan sekarang. siapa nak tunjuk terror kat jalan, jom!
bangsar : let's go for lunch. Bali Feel!!. tempat baru. makanan awesome! marvelous! delicious! murah wei! tempat pun cantek!
 outdoor space
 otak2 berasal dari bali ker??. kebanyakkan air mesti ada letak serai, tapi tak berani nak minum, order lemon juice saje.
 kata Bali. sedaap!
 konyang!ngeeeee!!
let's go another place...
p/s : baju borneo tu, aku belikan utk dia masa aku gi sabah dulu..cantek x? =P
p/s/s : dah lama tak pakai tudung macam ni..cikgu sangaaatt!!
p/s/s/s : hello der, rambut tak payah nak remos2 sangat boleh x??

Thursday, February 3, 2011

03022011

kongsipachai!
hari ni cina raya..
hari ni saya cuti
kamu-kamu semua pon cuti..
tak perlu nak ambik2 MC apa semua okay..
=)

cuti saya diisi dengan menghadiri undangan majlis perkahwinan..
majlis perkahwinan yang tidak diundang pon saya pergi!
haisy!tak malu betul..
tapi, nak buat macam mana..
I sebagai peneman setia..huhu..

tapi kan, korang perasan x..
kebanyakkan majlis kahwin yang di handle sepenuhnya oleh wedding planner, mesti macam ada something wrong kan..
jangan lah korang dok compare hok majlis kahwin artis2 bagai tu..
memang TAK! lah..

ni majlis2 kahwin orang kebanyakkan..
eh!ada ke istilah orang kebanyakkan?
maaf lah, saya lecturer architecture, bukan cikgu BM, hehe..

contoh 'something wrong' tu macam majlis tu suam2 kuku jer..
iyelah, yang handle orang luar, bukan ahli keluarga kita..
jadi mereka hanya meletakkan anggaran tetamu yang datang mengikut apa yang client dia inform lah..
kalau ahli keluarga kita yang handle semua, kita tau berapa ramai bakal tetamu kita, siapa bakal2 tetamu kita, kaaann...

bila wedding planner tak kenal bakal hadirin, dan tak tahu berapa ramai anggaran tetamu yang akan datang, maka seringkali lah terjadi kejadian, makanan tak cukup, makanan tak menyelerakan dan sebagai-bagainya lah..
kejadian makanan tak cukup selalu terjadi bila kedatangan tetamu melebihi dari yang dijangka. kadang2, tak tau nak salahkan siapa..either client yang salah information or pihak catering yang tak reti bajet..okay, kata kan macam ni, client inform, tetamu mereka adalah seramai 700 orang, dan catering akan menyediakan makanan hanya untuk 700 orang SAHAJA!..adakah benar tetamu nye 700 orang atau lebih?? mengikut pengalaman cetek saya, tetamu mereka mesti LEBIH dari 700!!
mestilah, anak2 kecik, cucu cicit apa semua mereka nak hangkut kan,,tu tak kira lagi tetamu tak diundang macam saya ni..hehehe..jadi, bagaimana cara untuk mengelakkan kejadian tersebut terjadi??

di sini ada dua cara
1. mungkin pihak tuan rumah harus pandai dalam menangani insiden di luar jangkaan sebegini. dalam zaman modern masa kini, orang semua nak cepat, mudah dan teratur. jadi mereka mengambil jalan senang untuk menggunakan khidmat catering dan wedding planner dalam majlis2 sebegini. tetapi harus diingat, pihak caterer dan wedding planner ini adalah business! jadi, every little thing is money! kita jangan anggap kalau kite order makanan untuk 700tetamu, mereka baik hati beri untuk 800tetamu..maka, pihak tuan rumah haruslah menyediakan makanan sampingan atau backup dishes bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini

2. kalau dah alang2 guna khidmat caterer tu, order je lah lebih kan..kalau berlebih makanan tu, bagi lah tetamu istimewa bawa pulang..apa susah..hehe..

contoh kedua 'something wrong' berikutnya adalah makanan yang tidak menyelerakan!..selalu sangat lah ni terjadi terutama yang guna catering..bukan nak salahkan catering. kalau diorang tak reti masak, diorang takkan jadi caterer lah! disini saya mahu salahkan pihak tuan rumah!!wah!lantang bersuara ye!
hehe..
bukan lah nak salahkan apa..dalam mengadakan satu majlis keramaian, memang lah ada serba sedikit kekurangan kan..biase lah tu..cuma, ini sebagai langkah beringat je..kalau kita gunakan khidmat catering, memang memudahkan kerja kita sebagai tuan rumah, yang mana kita tak perlu pikir nak beli barang, nak masak, nak kemas, blablabla kan..cuma pilih menu, order tau2 je siap!!
tapi, kita kena tahu siapa tetamu kita, terdiri dari kebanyakkannya saudara terdekat ke, orang kampung ke, orang bandar ke..ye!tu semua kena ambil kire! sebab selera bermacam2..tapi, kita ambil yang majoriti lah..dan ketahui selera mereka..jangan lah semua menu hanya untuk orang tua jer..nowadays, saya perasan, golongan muda ramaaaai sgt yang suka attend majlis2 kahwin ni..kalau dulu, masa kecik2, pergi kenduri kahwin, semua orang tua2 je kot kat kenduri tu, haha..
kita try pelbagaikan menu..yang sesuai untuk semua golongan..jadi, insyaallah majlis berjalan dengan lancar..hehe...peace!!

'something wrong' yang seterusnya adalah, ermmm..okay, macam ni, saya beri satu situasi..
tetamu pun tiba di majlis perkahwinan tersebut..majlis dijalankan di dewan. mungkin tuan rumah mahukan kelainan atau, kawasan rumah mereka tidak sesuai untuk mengadakan majlis2 sebegini. setelah tetamu tadi parking kereta, mereka pon jalan beriringan ke dalam dewan sambil berbual2...
tetamu A : eh, dah sampai ke pengantin?
tetamu B: entah..tak nampak pon ada orang ramai2..
tetamu A : jom lah masuk, entah2 dah sampai..
tetamu B : macam tak meriah je kan..sunyi jer..
okay, itu contoh perbualan sahaja..tp kejadian sebegitu tidak mustahil berlaku..sebab, majlis perkahwinan yang dijalankan di dewan memang sedemikian lah rupanya. meriahnye di dalam dewan sahaja..senang kata, aura majlis kahwin tu tak kuat sangat lah kalau nak dibandingkan dengan majlis yang dijalankan di rumah, kalau di rumah, jauh sebatu pon orang dah nampak dah kuncung2 khemah kan..hehe..

 outfit for today!!ingat ye, pakaian pergi majlis kahwin, jgn over!simple and nice!                  

habis makan2, lepak2 kat putrajaya..saje amek angin petang kan..

kasut baru!!..tapi kasut ini sakit dan menyakitkan..tapi dia telah membuatkan saya tinggi!!
          

   gambar pre-wedding dalam kereta..wuahahahaha..berangan!


          
a'ah..memang takde gambar dengan pengantin..kan saya dah kata, majlis tu saya tidak berapa diundang sangat..kihkihkih..jadi, saya malu nak bergambar dengan pengantin..nanti pengantin buat muka macam, "eh!siapa dia ni?aku ada jemput ke?..*perempuan bermuka-muka!"..hahahaha..hanya aku yang faham..





Saturday, January 8, 2011

mengimbau kenangan

assalamualaikum....

siapa yang takde kenangan??
baby umur satu hari pun dah ada kenangan tau.
baby yang baru lahir jer belum ada kenangan.
hee...

hari ni tiba-tiba rasa nak mengimbau kenangan masa muda remaja dulu kan.
sekarang muda dewasa k. =P

kalau kau orang perasan, kalau lah!
kan ada tunjuk kat header blog aku ni 
time period hubungan aku dgn mr.F..hee...*malu*
lama tak, lama tak?
sebenarnye ramai je yang tanye, "bile lagi nak kahwin? dah lama giler couple..kang nanti, couple jer lama, kahwinnye tak"
 hoi!!mulut kau orang!
doakan yang baik-baik je sudah..
nanti dah sampai masa, kahwin jugak aku ni...hee..

1000am
aku : hai, buat apa hari ni?
mr.F : tak de pape..duduk rumah je..
aku : jom dating!
mr.F : ha??
aku : hee..jom tengok wayang..
mr.F : nak pergi mana?
aku : pergi seremban je lah.. =)
mr.F : ok, joms!!

seremban sebenarnye tempat rasmi kitorang dating dulu-dulu..tak pernah dating selain kat seremban..haha, apa lah kesian sangat kau ni kan, apa ada kat seremban tu, bukan ada theme park ke, lake garden yang best2 ke (lake garden seremban tu xbest..hee), tempat games yang best2 ke..balik-balik Terminal One..tempat budak2 sekolah asrama lepak time outing atau balik kampung..haha..tapi, kat Terminal One lah kitorang selalu habiskan masa setiap kali habis waktu tusyen. tempat tusyen kitorang lain-lain, tak tau kenapa kitorang tak pilih tempat tusyen yang sama. mungkin masa tu fikir, kalau nak pasang skandal senang, dia tak tau..ahahahahaa...tapi, sumpah!aku takde skandal dulu!

kebiasaanya habis je kelas tusyen, kitorang akan jumpa kat mana-mana tempat yang kitorang dah decide nak jumpa lah, dulu mana ada pakai handphone time sekolah, kaya sangat lah kalau ada handphone time tu kan. jadi, untuk memudahkan perjalanan, kene decide awal2 tempat nak jumpa..ihiks..dulu kan, korang nak tau tak, kalau tak nak tau pun, kena baca gak, hee..setiap kali tengah tunggu dia kan, aku mesti berdebar-debar gile ah!tak tau nak cakap berdebar macam mana, huh!poyo!!kejap-kejap pegi toilet, kejap-kejap pegi toilet, tengok tudung, tengok baju, tengok semua lah..tapi kan, kenapa sekarang tak rasa berdebar langsung dah bile nak jumpa, siap selekeh-selekeh je bila nak jumpa tu, haha..dah takde perasaan cinta ke?aip!..tak baik cakap macam tu. mesti lah ada, cuma berdebar-debar tu kurang lah..he..lepas tu kitorang akan jalan-jalan dalam Terminal, masuk satu kedai ke satu kedai, lepas dah penat, pergi minum then balik..tiap-tiap minggu lepas tusyen mesti macam tu.

itu dulu..sekarang ni kalau kata nak pergi seremban, mesti buat muka macam, "ha, nak pergi seremban?buat apa?tak best lah seremban tu, tempat budak2 je"...sesetengah orang lah yang kata macam tu, bukan aku kutuk seremban tau, sekarang ni pon seremban dah mula membangun sikit2. lebih-lebih kat area seremban2, tapi aku nak explain lebih, tak reti lah sebab tak stay kat seremban..

jadi tadi kami jalan-jalan dari satu kedai ke satu kedai macam 12 tahun yang lepas, bila penat kami masuk kedai makan, then continue jalan-jalan, tengok wayang dan pulang. cuma yang membezakan dulu dan sekarang, ialah kami membawa kereta sendiri, dulu naik bus, ihiks..*malu*..tak banyak perubahan pun seremban sekarang dengan 12tahun yang lalu. masih ramai dengan budak-budak sekolah..membosankan..hurrmm..jadi, we decided to balik awal lepas dah rembat sehelai levis kan mr.F..=P

hi, tengok kat kepala sebelah kiri saya ada apa, =)

nak baca surat khabar balik rumah lah!

syyy....dia ni pakai iphone sekarang, pewiit..

dia ni pakai public phone jer...

si sepet yang pipinya hampir tersembul keluar!!

heh!pakai spec saya!macam orang tua!wakakaka..

budak seremban mana yang tak tau kedai satay aneka?
budak seremban mana yang tak kenal kedai sopan?sekarang dah takde kedai tu..
banyak sangat kedai baru sekarang yang jual baju fashion entah apa-apa..
okay, next week jom dating kat ipoh, 
*wink!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...