Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 15, 2010

quotes

teringat satu pernyataan dari seseorang...

"tidak bererti, jika kamu mempunyai camera mahal, kamu adalah photographer!"

it's same goes to:

"tidak bererti jika kamu suka bergambar, kamu adalah model!"

Thursday, December 9, 2010

give the gift

HAI....


december datang lagi!!..aiyoo..dah nak setengah bulan baru terhegeh2 nak wish welcome to december kan..seperti biasa, bila hujung tahun je berlambak lah jemputan kahwin kan..tapi sekarang ni, bile rasa diri semakin wajib kahwin, bukan hujung tahun je banyak jemputan kahwin, dari awal tahun 2010 lagi rasanya dah bertimbun orang bagi kad jemputan, mana yang berkesempatan tu, aku datang lah..mana yang tak sempat tu, doa memohon kebahagiaan kau orang hingga akhir nyawa tetap kutitipkan, ceewah!..


dan kebiasaanya juga, setiap kali dapat kad jemputan ni, perkara pertama bermain dalam kepala mesti ermm..apa dulu ek????...tak tentu lah..kalau kad tu dari kawan baik, mesti fikir nak bagi hadiah apa kan....... kalau dari kenalan2 biasa, akan fikir nak pergi ke tak, nak pergi ke tak......... kalau jemputan itu pulak dari seseorang yang istimewa mesti dah pening nak pergi cari baju apa nak pakai kan.....well, macam ni lah perempuan, agak cerewet!, pada sesiapa yang rasa mereka tak cerewet, tak beerti mereka bukan perempuan, tapi suka hati kau orang lah nak cerewet ke tak...tapi bagi aku, tak kire lelaki ke perempuan, mesti ada sedikit kecerewetan dalam diri mereka...bagi mereka yang tidak setuju dengan fakta ini, sesungguhnya mereka sedang cerewet dengan pemikiran orang lain..gotcha!!..


huurrrmmm...berbalik pada cerita asal, kalau kawan baik dah ajak datang kenduri, mesti fikir hadiah apa nak bagi kan..kalau susah-susah sangat, salam kaut jeer...tapi, tak best pulak!!..nanti orang mengata, "aik!dah bekerja pon tak mampu beli hadiah rm30??"..ish!senyap lah kau, kau mana tau kenapa aku tak belikan hadiah, bukan tak sanggup nak beli, kalau aku belikan coffe set, berlambak dah dia dapat, aku kalau boleh nak bagi yang special biar kawan baik aku tu tau dan ingat selamanya..bagi duit pon tak salah, cuma tak berapa nak best!..alaa, kalau dah bagi rm50! best jugak..haha...


okay! now, let we see how many choices that we have to give as wedding present for our friend ya!


dining plate set!
yang lecehnya hadiah macam ni, berat dowh nak mengangkut!..kalau dapat cari yang lawa-lawa macam ni, sure member suka dan pakai seumur hidup kan!hee...

coffee set!
sama seperti di atas, tapi kalau kita bagi corak macam ni, nak ke member guna?..eeyark!..haha..

coffee maker!!
wow! memang best friend saje lah yang boleh dapat ni..haha..memilih!tak baik tau!

cuba teka ini apa?..
alaa..kantoi ada roti kat situ.. toaster!!macam best kan kalau dapat cari macam ni, bentuk pon funky!

wow!..
mana nak cari lampu tidur macam ni?..confirm kawan akan ingat kat kita setiap kali nak tidur, tapi dinasihatkan yang perempuan tak baik bagi hadiah macam ni pada kawan lelaki yang berkahwin, kang sebelum tidur, asyik ingat kat awak je..kesian wife dia tau!

simple but very elegant! 
tapi susah nak cari macam ni..kat ikea ada ke?


mug!!
tapi jangan lah bagi mug rm2 tuh!..yang unik sikit lah..



eh!tak..tak..bukan wiper..gile apa nak bagi wiper?
ni jam dinding!..nice kan..=)

hoh!..nak bagi ni???pegi beli sendiri lah!!..akunye pun yang nipis punye jerr..haha..
tapi tak salah bagi set comforter ni..akak aku pernah dapat masa wedding dia..

wall decoration!!
good idea!!..harap2 kawan itu pandai guna..hehe..

wall painting!
bagus jugak ni..cari yang gambar macam romantic2 sikit kan..bile nak bawak, hoh!besar gile, macam wakil dari syarikat mane entah

photo album!
gambar kahwin nilai dia sangat berharga.....


okay!cukup..boleh lah gerak pergi jusco ke, ikea ke, tesco ke mana-mana je lah yang ada jual barang-barang di atas..maaf, ini bukan blog jual barang..harga tidak disertakan, nama kedai pon tidak dinyatakan..semua gambar adalah pemberian ikhlas google image!..haha..sebenarnye aku pernah bagi yang pelik-pelik jugak pada member yang dah kahwin, tapi malu nak cakap..kau orang simpan je lah hadiah tu ye..hikhik..=E

selamat pengantin baru kepada semua kawan-kawan saya yang telah berkahwin dan akan berkahwin..juga yang belum berkahwin, selamat pengantin baru jugak, bukan apa dalam album wedding dekat facebook lebih banyak gambar orang belum kahwin di pelamin daripada gambar pengantin sendiri..no offence!LOL...











Monday, December 6, 2010

cerita di hari terakhir 1431H...

short the story, (wah!punya lah malas nak cerita panjang2), hari ni (6/12/2010 = 30zulhijjah1431H) telah buat banyak perkara, jom lihat list kerja di hari tidak bekerja ini..=)

1. bangun tidur + kemas rumah
2. pergi agro bank(seremban) + teman mak bankin duit
3. pergi tabung haji(seremban) + kemas kini buku tabung haji mak&ayah
4. singgah petronas(seremban) + beli beras, boleh??..=D
5. pergi maybank(semenyih) + sebenarnye salah bank...=(
6. pergi BSN(semenyih) + bankin duit mak(ni bank yang betul)
7. singgah groceries(semenyih) + beli barang mak nak buat kuih
8. post office(semenyih) + nak renew lesen, tapi cancel sebab orang ramai gile tunggu sampai kat luar + post barang untuk shila
9. kedai minum bawah pokok(semenyih) + minum air kelapa, syook!!!!
10. post office (mid valley) + renew lesen, berjaya!!
11. mamak luar mid valley + lunch!, sedap gile okay ayam goreng kat mamak tu!
12. car wash (carpark midvalley) + basuh kereta, mahal gile kau!!rasanya paling mahal basuh kereta selama pakai kereta kot, RM28.80!.setahun tak payah basuh dah kalau macam ni..keluar mid, HUJAN!!..hambek kau!..buang duit jerr!!!bluurrrgghh...
GERAAAMM!!

Friday, December 3, 2010

tepuk dada, tanya iman...=)

apa yang akan anda lakukan di hujung tahun dan akan menjelmanya tahun baru tidak lama lagi??..oh, saya tidak menyatakan tahun baru masihi..untuk apa sambut tahun baru masihi jika kita ummat Islam mempunyai tahun baru tersendiri dan lebih mulia untuk disambut.

sangat jauh berbeza cara sambutan kedua-dua tahun baru ini. tetapi bagi kebanyakkan muda-mudi zaman ini, lebih tertarik untuk menyambut tahun masihi daripada tahun Islam. itu tidak dapat disangkal lagi. jika ditanya kepada anak-anak muda ini apa yang mereka buat untuk menyambut tahun baru Islam, mungkin persoalan ini yang akan mereka beri kepada kita...

>"bila tahun baru Islam?"
>"ada ke cara sambut tahun baru Islam?"
>"ada konsert ke?"

astaghfirullahal'adzim....na'uzubillahminzalik...mintak dijauhkan diri kita dan keturunan kita daripada golongan-golongan seperti ini.

kita jangan terlalu taksub dengan ni'mat dunia. memang tidak dinafikan, siapa yang mampu bertahan dengan godaan duniawi ni, sedangkan iman pun senipis kulit bawang..tetapi jika kita berpegang kepada ajaran Al-Quran dan sunnah Nabi, insyaAllah hidup kita dilindungi Allah dari kemungkaran.

baik lah, sekarang mari kita jangan menjadi terlalu serius sehingga muka menjadi ketat dan tudung tertarik-tarik ke tepi, cacat!..hehe..okay, bagaimana kita hendak memastikan kita tidak tergolong di dalam golongan yang melalaikan ya'ni mereka yang taksub dengan ni'mat dunia ini

>situasi pertama:
tahun baru 2011 tidak lama lagi, pasti ada beberapa kawan anda yang ingin mengajak anda menyaksikan konsert ambang tahun baru dan sebagainya, bagaimana reaksi anda?
a) tersengih-sengih sambil kata, "tengok lah nanti ye"
b) "tahun baru 1432 hari tu kau dah sambut"...tanya dia balik soalan ni..
c) "siapa artis buat persembahan?"
d) "maaflah tak berminat, hari tu dah pasang niat masa tahun baru Islam tak nak buat perkara melalaikan"

>situasi kedua:
orang yang anda sayangi (bf/gf), meminta anda menemaninya makan malam sempena tahun baru 2011, rekasi anda?
a)"nak!!nak!!, nak makan kat mana? baju apa I nak pakai ni?"..menggeletis!
b) tolak dengan baik, cakap pada dia "awak, tak baik lah kita sambut2 tahun baru ni, amalan orang barat je, kita kan orang Islam". sure esok dia datang meminang!
c) serba salah, nak pergi ke tak, nak pergi ke tak...kalau tak pergi dia minta putus,menipulah demi menjaga iman di dada..=)

>situasi ketiga:
member baik dah siap beli tiket untuk tonton konsert penyanyi barat yang akan datang malaysia untuk buat show new year, anda??
a) alamak, kalau tolak, sayang pulak, tiket beratus ni!
b) "wow!!, oh gosh!!!u're my BFF ever!" gila!
c) "o'o...sorry beb, new year I ada plan lain lah..next time okay, I promise..=)"
d) "kan best, kalau kau ikut aku pergi masjid, at least dapat tempah tiket masuk syurga, lagi best woo!!"..ada bran?

>situasi keempat:
member-member ajak gi clubbing, so?
a) "I dah taubat"
b) (@_@).."lets Gooo!!!!!"...go to hell!!
c) anda ikut, tapi sampai di tempat tersebut, drop kan dia sahaja and bagi alasan anda ada hal lain..=)

dan beberapa situasi lain lagi yang mampu membuatkan iman anda bergetar!..jadi, sebagai seorang muslim dan muslimah, sayangilah diri anda, kehidupan didunia, kenikmatan didunia hanya sementara..tanamkan dalam diri ajakan dari rakan-rakan anda itu semua sebagai dugaan dalam hidup anda, bagaimana untuk mengatasinya supaya anda tidak terjebak dan jauh meninggalkan agama Islam yang selama ini menjadi pegangan hidup anda...soalan di atas tidak perlu lah anda berikan jawapan pada saya, jawab dalam hati sahaja lah ye..=P

bersempena sambutan awal muharram 1432 yang akan jatuh pada 7dec2010 tidak lama lagi, marilah kita memulakan tahun baru dengan azam dan amalan yang terpuji..

tutuplah tahun 1431 kita dengan doa ini yang sebaik-baiknya dibaca selepas waktu asar sebelum maghrib.

insyaAllah semoga perjalanan hidup kita di tahun baru nanti mendapat berkat, hidayah dan keredhaan dari Allah S.W.T....Amin....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...