Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 9, 2010

give the gift

HAI....


december datang lagi!!..aiyoo..dah nak setengah bulan baru terhegeh2 nak wish welcome to december kan..seperti biasa, bila hujung tahun je berlambak lah jemputan kahwin kan..tapi sekarang ni, bile rasa diri semakin wajib kahwin, bukan hujung tahun je banyak jemputan kahwin, dari awal tahun 2010 lagi rasanya dah bertimbun orang bagi kad jemputan, mana yang berkesempatan tu, aku datang lah..mana yang tak sempat tu, doa memohon kebahagiaan kau orang hingga akhir nyawa tetap kutitipkan, ceewah!..


dan kebiasaanya juga, setiap kali dapat kad jemputan ni, perkara pertama bermain dalam kepala mesti ermm..apa dulu ek????...tak tentu lah..kalau kad tu dari kawan baik, mesti fikir nak bagi hadiah apa kan....... kalau dari kenalan2 biasa, akan fikir nak pergi ke tak, nak pergi ke tak......... kalau jemputan itu pulak dari seseorang yang istimewa mesti dah pening nak pergi cari baju apa nak pakai kan.....well, macam ni lah perempuan, agak cerewet!, pada sesiapa yang rasa mereka tak cerewet, tak beerti mereka bukan perempuan, tapi suka hati kau orang lah nak cerewet ke tak...tapi bagi aku, tak kire lelaki ke perempuan, mesti ada sedikit kecerewetan dalam diri mereka...bagi mereka yang tidak setuju dengan fakta ini, sesungguhnya mereka sedang cerewet dengan pemikiran orang lain..gotcha!!..


huurrrmmm...berbalik pada cerita asal, kalau kawan baik dah ajak datang kenduri, mesti fikir hadiah apa nak bagi kan..kalau susah-susah sangat, salam kaut jeer...tapi, tak best pulak!!..nanti orang mengata, "aik!dah bekerja pon tak mampu beli hadiah rm30??"..ish!senyap lah kau, kau mana tau kenapa aku tak belikan hadiah, bukan tak sanggup nak beli, kalau aku belikan coffe set, berlambak dah dia dapat, aku kalau boleh nak bagi yang special biar kawan baik aku tu tau dan ingat selamanya..bagi duit pon tak salah, cuma tak berapa nak best!..alaa, kalau dah bagi rm50! best jugak..haha...


okay! now, let we see how many choices that we have to give as wedding present for our friend ya!


dining plate set!
yang lecehnya hadiah macam ni, berat dowh nak mengangkut!..kalau dapat cari yang lawa-lawa macam ni, sure member suka dan pakai seumur hidup kan!hee...

coffee set!
sama seperti di atas, tapi kalau kita bagi corak macam ni, nak ke member guna?..eeyark!..haha..

coffee maker!!
wow! memang best friend saje lah yang boleh dapat ni..haha..memilih!tak baik tau!

cuba teka ini apa?..
alaa..kantoi ada roti kat situ.. toaster!!macam best kan kalau dapat cari macam ni, bentuk pon funky!

wow!..
mana nak cari lampu tidur macam ni?..confirm kawan akan ingat kat kita setiap kali nak tidur, tapi dinasihatkan yang perempuan tak baik bagi hadiah macam ni pada kawan lelaki yang berkahwin, kang sebelum tidur, asyik ingat kat awak je..kesian wife dia tau!

simple but very elegant! 
tapi susah nak cari macam ni..kat ikea ada ke?


mug!!
tapi jangan lah bagi mug rm2 tuh!..yang unik sikit lah..



eh!tak..tak..bukan wiper..gile apa nak bagi wiper?
ni jam dinding!..nice kan..=)

hoh!..nak bagi ni???pegi beli sendiri lah!!..akunye pun yang nipis punye jerr..haha..
tapi tak salah bagi set comforter ni..akak aku pernah dapat masa wedding dia..

wall decoration!!
good idea!!..harap2 kawan itu pandai guna..hehe..

wall painting!
bagus jugak ni..cari yang gambar macam romantic2 sikit kan..bile nak bawak, hoh!besar gile, macam wakil dari syarikat mane entah

photo album!
gambar kahwin nilai dia sangat berharga.....


okay!cukup..boleh lah gerak pergi jusco ke, ikea ke, tesco ke mana-mana je lah yang ada jual barang-barang di atas..maaf, ini bukan blog jual barang..harga tidak disertakan, nama kedai pon tidak dinyatakan..semua gambar adalah pemberian ikhlas google image!..haha..sebenarnye aku pernah bagi yang pelik-pelik jugak pada member yang dah kahwin, tapi malu nak cakap..kau orang simpan je lah hadiah tu ye..hikhik..=E

selamat pengantin baru kepada semua kawan-kawan saya yang telah berkahwin dan akan berkahwin..juga yang belum berkahwin, selamat pengantin baru jugak, bukan apa dalam album wedding dekat facebook lebih banyak gambar orang belum kahwin di pelamin daripada gambar pengantin sendiri..no offence!LOL...











No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...