Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 1, 2010

syok kahwin!!

perkahwinan bukan sesuatu yang suka-suka, tetapi semua orang sukakan perkahwinan..sangat banyak perkara yang perlu dibuat sebelum hari perkahwinan. paling awal, 10bulan sebelum hari tersebut sudah boleh memulakan beberapa perkara..disini bukan saya mahu sediakan checklist atau apa, cuma mahu melihat sendiri bagaimana sesebuah majlis perkahwinan itu berjalan dari mula sehingga habis..dan, semua ini adalah daripada pandangan saya semata-mata tanpa merujuk mana-mana panduan perkahwinan. orang kata, melalui pengalaman dalam family pun sudah boleh dijadikan panduan....

gambar cilok

bagi saya, dalam membuat perancangan sesebuah perkahwinan, pemilihan baju, hantaran, pelamin, kad, tempat dan makanan bukan lah yang pertama (tetapi tetap yang utama), kerana persediaan mental dalam diri kedua-dua pasangan haruslah didahulukan. apakah pengertian persediaan mental bagi saya?. ia adalah penerimaan keluarga kedua-dua belah pihak..wa'ima, keluarga kedua-dua belah pihak sudah saling kenal-mengenali, tetapi adalah lebih baik jika kita memulakannya dengan mempertemukan kedua-dua belah keluarga dalam satu sesi tertutup, bermaksud tidak perlu campur tangan pihak lain seperti pakcik-makcik dan kenalan lain. bermula daripada perbincangan ini lah, perancangan ke arah perkahwinan itu menjadi serius!...diharapkan, perbincangan kedua belah pihak tadi membawa ke arah yang positif sebagai pembuka restu kepada masjid yang ingin dibina..=)..kebiasaannya, keluarga pihak lelaki yang datang ke rumah perempuan, dan amatlah digalakkan lelaki tersebut pun datang bersama semasa perbincangan itu untuk melihat keseriusan dan keinginan yang tinggi untuk memiliki si gadis..=P

"makcik datang nak merisik"
gambar cilok lagi

setelah kedua-dua pihak merestui hubungan pasangan ini, apa kata bagi mereka yang belum menghadiri kursus kahwin, segera melaksanakannya, bukan apa, takut terlupa, bila last minit lagi lah macam-macam hal nak fikir kan..tetapi kebanyakkannya ramai yang telah mendapatkan kursus kahwin sedari awal..pemilihan tempat untuk berkursus juga amatlah penting supaya sijil yang dikeluarkan diiktiraf oleh Pejabat Agama. selain itu, pengalaman kawan saya yang telah menghadiri kursus kahwin, ada sesetengah tempat, terlalu banyak program atau pengisian yang dijalankan. mungkin bagi pasangan yang bekerja perlu melihat dengan kesesuaian jadual harian. sama ada untuk pergi kursus secara berasingan atau bersama, terpulang. ada baik buruknya, tapi tidak lah buruk mana. pengalaman daripada kawan saya, dia menyatakan semasa kursus itu, penceramah tersebut ada menyatakan pemilihan pasangan mengikut ciri-ciri yang sepatutnya. mungkin bagi yang datang berpasangan akan mengalami sedikit masalah disini...

cilok dan terus mencilok

selesai berkursus, sekarang masa untuk kedua-dua bakal pengantin untuk duduk berbincang. sebaik-baiknya setiap kali hendak menjalankan perbincangan, hendaklah bertemu 4 mata..SMS atau telephone sangat tidak digalakkan takut berlaku salah faham atau perkara tidak diingini. pada ketika ini lah senarai semak diperlukan

>TARIKH BERLANGSUNG (bagi saya untuk mengelakkan sebarang pertembungan majlis atau tetamu yang hadir, pilih tarikh bukan masa cuti sekolah. pastikan majlis hendak dijalankan dikedua-dua belah pihak atau berkongsi satu majlis sahaja)

>MENJALANKAN UJIAN HIV (sama ada hendak buat bersama atau berasingan)

>JABATAN AGAMA (urusan borang permohonan nikah, kadi, jurunikah, borang pengesahan bujang bagi lelaki, jumlah mas kahwin dll)

>WANG HANTARAN (bab ini perlu campur tangan keluarga. dinasihatkan supaya jangan berlebih-lebihan atas dasar untuk menunjuk-nunjuk, kerana kehidupan kita selepas berkahwin adalah lebih penting)

ciloks

mari kita ke agenda seterusnya, yang lagi penting dan memeningkan!! BUDGET!!.... adakah anda sudah bersedia???...kita mulakan dengan Bismillah...=)

> PEMILIHAN TEMPAT - terdapat dua kategori di sini,tempat untuk bernikah dan tempat untuk majlis berlangsung. bagi saya, untuk bernikah, adalah seafdhal-afdhalnya di masjid atau surau. tetapi bergantung kepada persetujuan keluarga. ada yang mahu buat di rumah sahaja. lebih mudah dari segi masa dan kehadiran  tetamu yang datang. untuk majlis berlangsungnya pula, adakah mahu dijalankan di rumah juga/di dewan/ di taman/di hotel??..impian saya sebagai ahli keluarga yang terakhir kahwin, saya mahu buat di Nilai Spring Golf & Country Resort atau Staffield Golf  & Country......=)...harap-harap mak dengan ayah bagi...kedua akak dan abang saya berkahwin di rumah....jika sudah pasti tempat, sila buat tempahan awal untuk mengelakkan pertembungan dengan pihak lain. jika sudah sepakat untuk buat di rumah sahaja, lupakan angan-angan tadi...=P

>WEDDING PLANNER??? - perlu tak wedding planner ni??..kau ingat kau artis?..haha..takde lah, bukan artis je boleh guna wedding planner. terpulang, kalau ahli keluarga sendiri sudah expert hal-hal kahwin ni, kenapa nak membazir duit bayar wedding planner kan..search kat internet sudah..=P

>PELAMIN+BAJU+MAK ANDAM+BILIK TIDUR - kebiasaanya ini lah pakej yang orang ambil, ada jugak yang masukkan khemah+catering+meja makan beradab..tapi bagi saya, tiga perkara ni boleh diasingkan kot..terpulang lah, kalau harga dia boleh masuk akal, ambik je lah semua-semua kan..tapi susah nak dapat harga yang berpatutan kalau ambil semua..okay, kita mulakan dengan pelamin+baju+bilik tidur dulu...sudah semestinya, pemilihan color tema dibuat awal-awal supaya bila sudah di kedai mak andam tu tidak lah pening kepala bila nampak banyak pilihan. pemilihan color penting bagi pasangan yang mempunyai warna kulit berbeza..=P...bila selesai pemilihan color, untuk pelamin+baju+bilik tidur, anda pastikan sama ada anda mahu design sendiri atau pilih sahaja rekaan yang ada di kedai itu..ops! sebelum ini, pemilihan kedai juga penting. yang ini anda kena buat research terlebih dahulu terutama dari segi service mereka, harga dan lokasi kedai supaya mudah untuk anda ulang alik untuk sesi consultancy...

PELAMIN - sama ada hendak buat di luar atau di dalam atau di dewan..ketiga-tiga tempat mempunyai perbezaan terutama rekabentuk, ketinggian dan kelebaran. seterusnya, adakah semasa nikah mahukan pelamin atau tidak, kebiasaannya tidak, ada juga yang mahu tetapi pelamin simple sahaja, mungkin buat sendiri. pemilihan rekabentuk pelamin tidak perlu terlalu sarat dengan bunga atau kerawang bagi mengelakkan pengantin dilindungi..bagi kerusi pula, decide awal-awal hendak kerusi asing atau kongsi, tinggi atau rendah

gile nak buat macam ni?
ciloks

BAJU - baju pun ada beberapa kategori, lelaki, perempuan, nikah, sanding...untuk nikah, digalakkan memilih baju yang sopan, berwarna lembut dan tidak terlalu banyak aksesori kerana ia merupakan satu majlis agama yang patut dihormati. sebaik-baiknya kurung moden dan bertudung, simple sahaja. bukan apa, semasa imam atau jurunikah menasihatkan pengantin lelaki tentang penjagaan aurat isteri, takut ada yang merah padam masa tu...huhu...bagi lelaki pula, baju melayu sahaja lah, bersamping, dan bersongkok. jangan pula memakai emas atau sutera. kang tidak sah pula akad nikah..=)....mungkin baju nikah ini boleh ditempah khas untuk simpanan sebagai kenangan....bagi baju bersanding pula, jangan lari jauh dari warna tema, takut nampak pelik pulak..dan sebagus-bagusnya, biarlah kedua-dua baju lelaki dan perempuan dari butik pengantin yang sama..takut warna tak sama, nampak kesian je.....=(..rasanya sekarang dah tak trend kot sesi tukar-tukar baju tu, tak payah lah ambil eh pakej tukar-tukar baju tu, mungkin duit tu boleh pergi ke baju sanding, maybe nak design baju sanding sendiri ke kan...sepasang je cukup lah..tak perlu lah sesi potong kek pun nak tukar baju....over tau!..kasut!, kebanyakkan kasut di butik pengantin semuanya biasa....tak salah kalau nak beli kasut sendiri, kita lebih selesa untuk pakai dan berjalan. =)

cantik untuk nikah dan kena kan lah tudung
ciloks

MAK ANDAM - tukang make up!..siapa yang nak nampak buruk di hari bersejarah mereka?...tiada siapa kan..pastikan, mak andam yang dipilih memang sangat pandai mengandam!!..kalau boleh, test dulu make up sebelum hari berlangsung..make up semasa nikah pastikan nipis dan cantik,..manakala make up semasa bersanding nampakkan naik di bahagian mata!..mata memainkan peranan penting terutama di dalam gambar..

ciloks

BILIK TIDUR - sampai sekarang pun, kalau kenduri kahwin, orang sebok-sebok nak tengok decoration bilik pengantin kan...kenapa ek?..haha..bilik tidur hias sederhana sahaja tetapi kekalkan konsep romantika deamor tu..haha...yang ini, kalau nak hias sendiri pun boleh, ambik beberapa contoh dalam intenet ke majalah pengantin  ke kan..save budget..banyak lagi tak setel ni..

macam ni cukup
ciloks

>KAD KAHWIN - untuk stage ini, boleh dijalankan sekali dengan item di atas. untuk tidak terlalu serabut, mungkin bagi peluang pada perempuan untuk membuat pilihan, perempuan kan cerewet bab ni, =P...tapi jangan lupa, bila dah ada design kad, tunjuk kan pada pasangan anda, takut nanti merajuk pulak dia..hehe...dan, bincang bersama keluarga anggaran berapa ramai saudara dan kenalan yang hendak diberi kad. bagi yang sudah ada keluarga berkahwin, refer pada yang lepas, takut terlebih atau terkurang..map pastikan awal2, kalau susah sangat google map je..=P

ilham umi aida!
curik!

>HANTARAN - ini pun pening jugak!...sampai satu masa, berbelas-belas hantaran kau..siapa nak bawak?..tolong lah kalau ada yang sponsor nak bagi puding ke, kek-kek ke, kuih muih ke untuk diletak pada hantaran, tolak lah denga baik hati okay...bincang bersama juga dengan pasangan anda, berapa banyak nak bagi dan apakah item-itemnya, ada juga yang beli sendiri dan nanti passing je kat pasangan, tetapi lebih baik kalau dapat beli barang-barang tu bersama, boleh tukar-tukar pendapat..hehe..bab untuk hias, kalau ada saudara yang pakar bab ni, serah je pada dia..tapi, saya lagi suka buat sendiri..puas!..hehe..mana yang susah-susah je macam daun sireh tu, mintak lah tolong sesiapa yang hebat..tak perlu kot hantar kat kedai suruh mereka gubah, mahal tau! kadang-kadang tu tak cantik pun dia buat..make sure, warna gubahan hantaran tak lari dengan color tema..=)

ilham hantaran elyana, guna balang kaca!
curik!

> KHEMAH+LAUKPAUK+MEJA MAKAN BERADAB - yang ini, saya lebih suka serahkan kepada mak ayah, mereka lebih terror!..tiga orang adik beradik saya yang dah kahwin mak dengan ayah yang setelkan bab ni..apa makanan yang nak dibuat, air, pencuci mulut, meja berapa banyak, khemah berapa banyak dan sebagainya..mungkin kita boleh masuk campur dalam bab meja makan beradab sahaja, kebiasaanya pakej khemah dengan meja makan beradab sekali, kita tolong dari segi decoration sahaja, nak hias sendiri pun boleh, letak je kain tutup belakang sebagai backdrop, tarik-tarik sikit, letak bunga, gantung-gantung sikit bola-bola, jadi lah..haha..

nak macam ni, boleh??=)

> GOODIES BAG - pergh!, part ni paling tak suke..sebab macam dah jadi trend pulak kena bagi goodies bag kat setiap tetamu.rasa-rasanya dulu-dulu masa kacik-kecik, pergi kenduri kahwin dapat telur atau gula-gula je..takpe lah, kita ikut trend, tapi jangan membazir pulak, bukan apa, kadang-kadang tu, bile tengok isi dalam goodies bag tu, kerepek yang dibungkus kecik-kecik je dah ada 3!!semua lemau!..apa nak cakap??, ada yang best, dapat sejadah, dapat keychain, mug. jangan lah bagi tuala lagi ye, kalau nak, bagi yang tebal sikit..=P..goodies bag pon wajib dikira dan pastikan ada yang menjadi tukang bagi..pastikan semua kawan-kawan mesti dapat, dan saudara-mara yang jauh juga dapat..kalau mak sendiri pandai buat kuih, sudah jimat disitu..hehe..

kalau bagi mcm ni, sure semua do'a kan kebahagian 
berkekalan ke pintu syurga..=P
curik!

> PHOTOGRAPHER - rasa-rasanya isu ni bukan isu besar bagi kebanyakkan bakal pengantin buat masa ni, hampir setengah penduduk malaysia sekarang mempunyai camera besar dan mahal!..panggil je kawan-kawan untuk ambilkan gambar kita nanti, maybe seorang yang hebat sikit sebagai main photographer sepanjang majlis..kalau nak panggil yang proffesional, sediakan duit je lah kan..huhu..pastikan photographer ni ada bermula dari majlis belum start lagi sampai khemah semua dah tanggal baru dia balik..=P..jangan ada moment2 yang best ketinggalan..hehe...

jangan jadi macam ini sudah...=P
curi

> BUNGA PAHAR - pastikan ada, kalau tidak, macam tak lengkap je..hehe..simbolik je bunga telur tu..untuk diletak di pelamin dan diberi kepada tetamu yang merenjis..pastikan peralatan untuk merenjis lengkap dan disediakan sehari sebelum bersanding...

cantik!!!
curi

> PENGAPIT - jangan pening-pening kepala cari pengapit awal-awal..kebiasaanya perempuan tiada masalah dalam hal ini, kawan-kawan atau saudara-mara boleh je ditarik jadi pengapit...namun, bagi lelaki, pastikan orang yang kamu pilih untuk jadi pengapit tidak mendatang kan masalah di hari kejadian..huhu..

glamor jap ye kak
curi

dan beberapa perkara yang terlepas pandang..ini adalah antara perkara yang tidak boleh tertinggal semasa merancang sesebuah perkahwinan. untuk memastikan anda berpuas hati dan gembira di hari anda, pastikan persediaan rapi dibuat. untuk wanita, rajin-rajinkan lah berkenalan dengan spa-spa sebelum bergelar ratu sehari..=P..semoga, impian perkahwinan anda menjadi kenyataan..

2 comments:

mohd fadhil bin abdullah said...

wow!!!!hahahaahaha...gle ah!!hahaahha

aku said...

ihik..ihik..(gelak gatal!)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...