Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 22, 2011

business is business

hai..
korang pernah tak masuk kedai baju, lepas tu korang tengok2 baju yang korang agak2 berkenan, lepas tu korang ambik sehelai dua, masuk fitting room, test2, keluar balik, letak balik baju kat tempat asal. bukan pergi kaunter lepas tu bayar. ha!mesti korang pernah buat kan..jangan tipu lah. tak kira lelaki ke perempuan mesti pernah buat kaaann. haha..
sebenarnye aku baru je buat tadi. hihi..dah lama kot tak buat jahat macam ni. alaa..kalau masuk kedai perfume lepastu spray sikit2 kat badan lepastu baru pergi jumpa bf or gf tu dah biasa buat kaan..nama pon kedai perfume mesti lah yang kita spray2 tu tester dia.

tapi korang pernah terfikir tak apa perasaan tuan kedai baju tu? mesti sadis je bile jadi dia kan. dah lah pulak tu, bukan satu aku cuba baju tadi, DUA! sempat lah kering peluh kat ketiak aku lap kat baju tu.HAHAHA!!.. tapi kita sebagai customer mesti berpegang pada prinsip, "customer is always right" right?..(huh!annoying kot type right dua kali)
tapi, tidak pada owner kedai, bagi mereka, "kalau taknak beli jangan try2 lah! dah confirm nak, baru lah boleh try!".."eh, mana boleh macam tu, saya kena lah try dulu baru saya boleh tau baju tu best ke tak untuk di pakai." "tapi awak dah try dua, dua2 pulak tu awak taknak ambil, kalau ambil satu pon, ok jugak lah..tak delah saya penat sangat tolong awak pilih2 baju." "eh!dah tu keje awak kan, buat je lah!. kalau macam tu, baik tak payah display baju2 ni, tunjuk dari dalam almari kaca je, lepas tu customer tunjuk2 dari luar!huh!." "tapi awak xnak beli pon sebenarnye kan. saje nak tinggalkan bau badan awak kat baju kedai saya kan!." "eh!sorry, badan saya tak berbau! dah bye!"


okay, itu contoh perbualan sahaja. mana berani gile owner kedai nak buat macam tu. haha..diorang cume boleh buat muka sahaja lah dan berlalu pergi taknak layan kite dah..

hah!satu lagi, ni mesti biasalah kan. korang pernah tak ada niat nak menolong orang MELAYU dalam berniaga?mestilah ada kaan.walaupon bukan dengan niat yang sengaja, tanpa disengajakan pon kita pernah nak tolong orang melayu kan, macam bile kita nak beli barang, kita tak tau pon asalnya kedai tu melayu ke tak, bile dah masuk baru tau, dan "ooh!kedai melayu, ok lah" so, secara tak langsung anda telah membantu mereka. makanya, nak dijadikan cerita, pernah tak pulak korang dianiaya oleh peniaga2 melayu ini??..misalannya mereka mencekik darah orang melayu sebangsa mereka sendiri! wow!!dahsyat bunyiknye!

"aku pernah!aku pernah!"

ada satu kedai tudung kat area tempat aku ni, memang best lah kedai dia,sebab bagi kitorang, bile dah dapat selendang 2helai RM15, jadinya tiap2 minggu kedai tu wajib masuk macam nak jumpa pakwe ke apa tah beria2 nak ke kedai tu kan. tapi sayangnye kedai tu SIKIT pon tak boleh nak berunding!!lebih2 kalau isteri dia ada. lagi lah KEKWAT!!. sampaikan, bila aku dok usya2 satu selendang yang dah agak old style sikit, dia peginye sound aku  "dik, selendang tu dah lama lah corak dia, orang dah tak beli dah..ambik yang ni ha..mahal sikit pon takpe, fashion baru".."eh hellooo!!!ko nak cakap apa sebenarnye??nak kata taste aku, taste kampung??!! habis, apasal ko dok tayang lagi selendang2 kampung ni?". ok tak, aku tak cakap macam tu, sesama melayu kita kena berbudi bahasa, walaupon dia tak reti nak berbahasa baik dengan kita. aku cuma cakap, "oh yeke kak, tapi still cantik je selendang ni, tapi kenapa akak jual lagi ek?", ha!baik tak bahasa aku?..dia jawab.."akak saja nak habiskan stok dik, kalau ada orang nak, akak jual lah".."saya nak kak...=)"
see, ada senyuman lagi!

haih!tak paham aku. kalau nak berniaga tu bukan reti jual barang, amek duit je..bahasa tu pon kena jaga lah jugakkan..

then, tadi aku pon pergi lah satu kedai tudung lain plak, sebab dah malas nak pergi kedai yang biasa tu, dah tau mesti akan terbeli punye walaupon dah ada sejarah hitam kan. belek2 lah pulak selendang yang sama dengan kedai yang biasa tu. maik aih!!harga dia murah hampir 30%!! kot!! dan..dan..dan..kedai tu BUKAN melayu!..pakistan!see!!macam mana lah melayu nak maju dalam berniaga kan. okay, harga selendang tu macam ni.

kedai pakistan = sehelai rm5, 10helai rm35

kedai melayu = sehelai rm8, 2helai rm15

korang pandai math kan..banding kan lah. orang pakistan tu siap bagitau harga sebenar dia ambil dari pemborong, sehelai rm2.50 je kot..jadi dia jual sehelai rm5, dia amek untung 50%, tapi kalau pembeli nak beli banyak, dia cuma jual sehelai rm3.50, dia still untung sebab dia ambil dari pemborong pon banyak, dia dapat murah dari pemborong, dia jual pon murah. tak macam kedai melayu, ambil dari pemborong nak murah, jual nak mahal!

okay, aku bukan lah nak menjatuhkan business orang melayu atau anti melayu. tapi kalau macam ni lah cara orang melayu berniaga, memang tak ke mana lah. orang cina punye prinsip berniaga senang je. biar kita jual murah, asalkan tiap2 hari ada pelanggan. jangan pulak kita jual mahal, tapi pelanggan datang beli sekali je. mana lagi pandai, nak cepat untung ke nak untung selamanye?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...