Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label jual-jual. Show all posts
Showing posts with label jual-jual. Show all posts

Monday, August 2, 2010

siapa nak ambil lah..

ingat lagi entry INI?..sekarang saya mahu letak gambar-gambar baju yang hendak di let go...kalau nak, bagi tau je lah saya ye..hehehe..malu pulak...dulu-dulu pakai baju kecik-kecik jer..sekarang, ha!amik kau, nangka pun tak terbalut!..ada beberapa baju yang hanya dipakai sekali dua, ada yang belum pakai langsung!..untuk permulaan, hanya beberapa helai saja saya masukkan dulu (iye lah, blog pun tak femes!..lagi ada hati mau jual-jual lelong di sini, tak malu!)...nah..tengok lah..


singlet pink
RM7.00
*tak pernah pakai
*size XS



top yellow
RM7.00
*dipakai 2 atau 3 kali
*size S/M
*ada dua color, kuning dan merah (beli dua RM12.00)



cat blackpink
RM8.00
*dipakai kurang 5 kali
*size XS/S




LRS.Co black
RM7.00
*size S/M





bum jeans
RM20.00
*size 26
*original BUM Equipment 




buat masa ini, hanya ini yang ada..nanti akan diupdate..postage percuma yow!..harga boleh di negotiate okay.. (*_*)y

Monday, July 26, 2010

hari minggu yang lalu..aku rakan dan guru...

itu lagu masa aku darjah 4, sekolah rendah ada subjek muzik..aku suka lagu ni, 'hari minggu yang lalu, aku rakan dan guru, bersama-sama riang dan bergembira, melangkah sini sana, mari ke ibu kota..lalala...' satu lagi lagu buah, buah betik!..'betik..betik..buah betik enak rasanya, sebelum makan, kupas kulitnya..lalala...'

sekarang bukan nak cerita pasal lagu kegemaran aku..sekarang nak cerita pasal aktiviti hari minggu yang lalu, aku rakan dan guru..haish!, tak boleh sebut perkataa hari minggu lah, mesti nak sambung nyanyi..aku, angah dan abang wan memulakan langkah pertama kami sebagai peniaga bebas..eceh! apa benda tu?..sebelum ni berniaga tak bebas.. =P...bukan, sebelum ni antara perniagaan yang pernah kami jalankan adalah menjual kain ela, kuih-muih tradisional, kek lapis dan baju wanita secara dalam talian,,tetapi nampaknya perniagaan baju dan kain ela tidak mendapat sambutan yang menggalakkan, mahal barangkali..iyelah, kami pun ambil atas orang punya atas bukan direct dari supplier, jadi harga berganda-ganda naiknya. tetapi, perniagaan kuih-muih dan kek lapis nampaknya memberangsangkan, jadi, bila ada peluang untuk membuka gerai di kuartes KLIA hari ahad lepas 26ogos, kami terus merebut peluang tersebut, wah!, macam ada permainan rebut gula-gula..itu pun sebab lokasi tak berapa jauh dari rumah..hasilnya, amat memuaskan..walaupun kek lapis tak berapa laju nak jalan, tapi kuih-muih tradisional sangat mengkagumkan..laju macam halilintar..haha...jom tonton gambar...










itu lah dia, permulaan kami berniaga secara bebas..kecik je gerai dia..sewa tapak pun tak mahal... kuih muih semua dibuat oleh keluarga saya kecuali kek lapis, macam saya bagitau  pada entry yang lepas..sebarang tempahan untuk kuih raya adalah dibuka sekarang..wah!..terus ambil order kau ye...
NAH!..UNTUK SEBARANG TEMPAHAN YE..

Wednesday, July 21, 2010

makcik!!makcik!!..pakcik!!pakcik!!..mari dekat....

aku dah cakap, blog ini tersangat lah random..apa2 cerita pon ada dekat sini..cerita seram je belum lagi...sekarang, akak nak cerita pasal jual-jual pulak ni deknon...(tetibe switch mode jadi tokey2 pulakkan)...sekarang ni, akak ada jual kek lapis dek...sedap2 gitu!...tak percaya?..apa korang ingat ni tektik akak je nak bagi laku semua kek2 akak ni?..tumpang lalu sikit..kalau tak percaya boleh beli dulu..

kauorang boleh order terus melalui komen-komen akak tau!..siapa2 ada number telepon akak, msg je akak okay!..malam2 pon akak layan...kelaaass gitu!..kalau kauorang nak beli kek2 akak ni, syarat tak ketat okay, takde pon akak mintak deposit ke, mintak number phone bf/gf kauorang ke sebagai tebusan..takdetakde....penghantaran adalah percuma bagi kauorang2 yang berada di sekitar klang valley dan negeri sembilan sahaja, terkeluar sikit ke melaka, boleh lah..akak tak berkira pon deknooon....pembayaran, terpulang pada kauorang, nak bayar lam sump sebelum dapat kek pon boleh(trust me u'ols), nak bayar masa lepas dapat kek pon boleh, tapi yang tak boleh, bayar selepas kenyang..ha!, itu tak boleh, dan haram hukumnya tau!..ustazah tak ajar ke??....

sebelum tunjuk gambar, akak nak habak sikit lah, tempahan dibuka setiap hari, tetapi penghantaran hanya pada hari cuti, akak kerja lah dek..kalau satu opis ngan akak, boleh lah akak hantar depan meja kau...okay, macam ni, dalam satu minggu, kauorang boleh tempah dari isnin sampai khamis (jumaat akak pergi ambik stock), hantar kat kauorang sabtu atau ahad, kalau kauorang order jumaat/sabtu/ahad, dapatnya next week lah ye..senang je kan...ha!..raya nak dekat dah kan..untuk raya, akak saran kan kauorang order awal2 okay!..tarikh tutup untuk tempahan raya, 24ogos..kalau kauorang order 25ogos, lepas seminggu raya lah baru dapat..

sebelum tunjuk gambar (banyak pulak akak nak membebel)..kek2 ni semua bukan akak yang buat..hahahaha...kawan akak yang buat deknoon...dia orang sarawak katanya...okay, jom cuci mata!..siapa tak tahan boleh bunuh diri!

BLUEBERRY CHEESE (RM30)
500-700gm
BLUEBERRY CHEESE (RM85)
1.2-2.2kg
CHOCOLATE CHEESE (RM30)
500-700gm
CHOCOLATE RICE (RM30)
500-700 gm
KELADI (RM30)
500-700gm
LAPIS MINT (RM30)
500-700gm
LAPIS SISIK IKAN (RM30)
500-700gm
*bukan berperisa ikan
LAPIS PRUNE (RM85)
1.2-2.2 kg
LAPIS TEMBIKAI (RM30)
500-700gm
*bukan berperisa tembikai
EVERGREEN (RM30)
500-700gm
LAPIS MAMI JARUM (RM30)
500-700gm
KUKUS BELACAN (RM85)
1.2-2.2 kg
*bukan berperisa belacan
LAPIS OREN (RM30)
500-700 gm
LAPIS OREN (RM30)
1.2-2.2 kg
WOW!!..CEPAT2..JOM ORDER, JOM MAKAN!..

akak bukan sahaja jual online deknoon..akak pun kadang-kadang ada bukak gerai di merata-rata tempat..dalam masa terdekat ni, akak ada bukak gerai di kuartes KLIA, ahad (25july2010), pagi sampai ptg..korang berjalan lah cari gerai akak okay!..pasti dilayanz...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...