Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, July 29, 2010

betul ke?

orang kata, kalau kita mandi sebaik sahaja habis makan, kita akan buncit!

orang kata, kalau kita minum sebaik sahaja habis makan, kita akan buncit!

orang kata, kalau kita makan berselang seli dengan air, pun kita akan buncit!

orang kata, kalau kita asyik minum air sejuk, buncit lah kita!...

betul ke semua ni?...mana fakta yang membuktikan kebenaran kata-kata itu?..ahli-ahli saintis yang bijaksana, selesaikan masalah ini..saya risau!..sebab saya selalu buat semua perkara di atas, kecuali nombor tiga..(mesti kau orang pergi baca balik kan yang nombor tiga)..masalah short term memory lost ni, memang terjadi kepada semua orang..jangan risau, kalau anda selalu terlupa di mana kunci kereta anda padahal sebenarnya sudah berada di tangan..penyakit ini akan sembuh dengan sendirinya..

berbalik kepada cerita utama, saya risau!..baru sebentar tadi, saya minum air susu, selepas makan maggie (diet yang sangat tidak sihat)...selepas itu, air susu itu pula sejuk..sejak pagi tadi, belum pernah minum air suam atau panas..sejuuuukk je semua..dan saya risau!, perut saya seakan mengembung sedikit!..adakah itu buncit??..dan disebab kan itu, saya masih belum mandi lagi!..sebab saya baru lepas makan..mungkin bila lapar semula, saya akan mandi dahulu, tidak kira pukul berapa..saya tak nak buncit!!..buncit itu tidak seksi!!..(kau seksi ke sekarang??)...

orang kata, kalau tak nak buncit, mandi sebelum makan,

orang kata, kalau tak nak buncit, minum selepas 2/3 jam selepas makan,

orang kata, kalau tak nak buncit, jangan makan berselang seli dengan minum,

orang kata, kalau tak nak buncit, banyakkan minum air suam,

kau orang boleh buat macam tu?..mesti boleh kan..untuk mendapatkan bentuk badan yang menggiurkan...(wah!)..














p/s:....tips ini hanya untuk wanita, bentuk badan menggiurkan hanya untuk wanita yang sudah berkahwin, untuk ditonjolkan kepada suami!..

10 perkara terpelik yang terbaik minggu ini!!

pernah tak kau orang tengok cerita kartun hagemaru?.yang dekat saluran Ceria tu..alaaa kartun yang ada rambut 3helai tu..yang lidah dia selalu terkeluar ke atas tu..yang kening tebal tu..aku suka tengok hagemaru..jaja yang ajar aku tengok cerita tak bermoral ni..dalam cerita ni kan, ada satu segmen dia akan bagitau tentang 10 perkara terpelik yang terbaik..memang pelik...bila tengok apa perkara-perkara tu, rasa nak lempang diri sendiri sebab kenapa kau pergi tengok cerita kartun tak bermoral ni!!..

okay, siapa tiada astro boleh tengok di youtube...

aku pun ada jugak perkara terpelik yang terbaik punya minggu ni..tapi tak tau lah berapa banyak..tapi tak sebodoh hagemaru punya perkara terpelik lah..dan tak kelakar pun..cuma pelik jer..jom kita mulakan..

yang pertama:

malam tadi aku tidur tanpa menutup lampu-lampu di rumah..tidur di dalam keterangan..bukan sahaja tidur di dalam keterangan bah kan, tidur di dalam kebisingan, lupa nak tutup radio tv, tapi aku lena..pelik..pelik..

yang kedua:

semalam aku chatting dengan angah..berbual-bual tentang baju raya..excited benar...tiba-tiba perbualan kami berlangsung dalam bahasa nogori sombilan..pelik..pelik..tapi benar tau..lain macam jo raso..

yang ketiga:

sedang saya berbaring-baring kemalasan di dalam bilik, jam menunjukkan pukul 10.30mlm, tiba-tiba mendapat panggilan dari pelajar mengatakan mereka mahu membuat kerja di studio di kolej...aiyoo!!..apasal awak tak bagitau masa pukul 1pagi ke, 2pagi ke...dah malam-malam pulak diorang rajin nak buat kerja..pelik..pelik..

yang keempat:

aku rupanya sangat boleh berdikari..sangat!!..dah hampir dua minggu duduk bersendirian di kuartes tanpa teman serumah..aku tidak mati kelaparan, tidak mati kesejukan, tidak mati ketakutan..hahahaa..aku berani!..yeah..pelik!

yang kelima:

perkara ini sedang berlaku..kami sedang bekerja di dalam bilik, sedang membincangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan di kolej, tiba-tiba sekumpulan pelajar datang dan terus membentangkan hasil tugasan mereka..pelik!..sebelum itu, terima satu panggilan daripada orang awam yang mahu belajar separuh masa subjek Lukisan Kerja..subjek aku!..tapi, kolej ini tidak menawarkan separuh masa..pelik!..pelik!..

yang keenam:

tadi rasa macam nak celoteh banyak, tiba-tiba dah tak da idea...

Monday, July 26, 2010

hari minggu yang lalu..aku rakan dan guru...

itu lagu masa aku darjah 4, sekolah rendah ada subjek muzik..aku suka lagu ni, 'hari minggu yang lalu, aku rakan dan guru, bersama-sama riang dan bergembira, melangkah sini sana, mari ke ibu kota..lalala...' satu lagi lagu buah, buah betik!..'betik..betik..buah betik enak rasanya, sebelum makan, kupas kulitnya..lalala...'

sekarang bukan nak cerita pasal lagu kegemaran aku..sekarang nak cerita pasal aktiviti hari minggu yang lalu, aku rakan dan guru..haish!, tak boleh sebut perkataa hari minggu lah, mesti nak sambung nyanyi..aku, angah dan abang wan memulakan langkah pertama kami sebagai peniaga bebas..eceh! apa benda tu?..sebelum ni berniaga tak bebas.. =P...bukan, sebelum ni antara perniagaan yang pernah kami jalankan adalah menjual kain ela, kuih-muih tradisional, kek lapis dan baju wanita secara dalam talian,,tetapi nampaknya perniagaan baju dan kain ela tidak mendapat sambutan yang menggalakkan, mahal barangkali..iyelah, kami pun ambil atas orang punya atas bukan direct dari supplier, jadi harga berganda-ganda naiknya. tetapi, perniagaan kuih-muih dan kek lapis nampaknya memberangsangkan, jadi, bila ada peluang untuk membuka gerai di kuartes KLIA hari ahad lepas 26ogos, kami terus merebut peluang tersebut, wah!, macam ada permainan rebut gula-gula..itu pun sebab lokasi tak berapa jauh dari rumah..hasilnya, amat memuaskan..walaupun kek lapis tak berapa laju nak jalan, tapi kuih-muih tradisional sangat mengkagumkan..laju macam halilintar..haha...jom tonton gambar...










itu lah dia, permulaan kami berniaga secara bebas..kecik je gerai dia..sewa tapak pun tak mahal... kuih muih semua dibuat oleh keluarga saya kecuali kek lapis, macam saya bagitau  pada entry yang lepas..sebarang tempahan untuk kuih raya adalah dibuka sekarang..wah!..terus ambil order kau ye...
NAH!..UNTUK SEBARANG TEMPAHAN YE..

Friday, July 23, 2010

nak cakap ke tak??

korang pernah tak rasa takut sangat-sangat bila nak menghadap bos korang..kalau korang yang memang nak jumpa dia, memang takut sikit je lah kan, sebabnya korang dah bersedia dengan apa benda yang korang nak cakap dengan dia..kadang-kadang tu siap hafal skrip sehari sebelum jumpa kan..tapi ni kes kalau tetiba bos korang yang panggil korang datang bilik dia, ada perkara yang hendak dibincangkan dengan korang..perkara apa, korang memang tak tahu lah...fuh!..mau bergoyang terus lutut korang kan...(ni bagi kes, bos garang macam singa lah)...
                      

















tapi, apa yang aku nak sampaikan, bukan pasal aku takut nak jumpa bos aku(pengarah)..tapi aku takut dan tak tau macam mana nak berhadapan dengan ibu bapa aku bagitau yang aku dah bersedia nak berkahwin!!!...adoooii maaakk!!!...tolong lah, tolong lah baca dalam fikiran saya ni,tembus ke dasar hati saya, menyelami perasaan saya (ambooi ayat!)...tak payah susah-susah saya nak karang ayat, seminggu tak tido malam...saya tengah bayang kan

                         1. malam-malam pergi bilik mak dengan ayah, selitkan nota mahu kahwin bawah
                             pintu,
                            (kalau mak dengan ayah tak perasan, katakan bangun-bangun tido, mak 
                            dengan ayah tak bukak lampu terus pegi bilik air, tersepak kertas, terus hilang 
                            bawah sofa..) tak boleh-tak boleh..

                        2. saya letak memo tentang ada perjumpaan family, tergempar, di pintu masuk 
                           utama,
                            (bila semua dah berkumpul, tetiba mulut saya terkunci, saya pitam terus dekat 
                            meja perjumpaan, macam mana?) tak boleh-tak boleh..

                        3. sebelum mak dengan ayah masuk tido, saya tarik tangan mereka, duduk di 
                            sofa 
                           (tak pasal-pasal, kena lempang dengan mak, 'oi, kau tarik-tarik ni apehal?..
                           mak nak masuk tido ni, penat!..esok nak sambung buat kuih lagi..') terus 
                          aku tak sampai hati..tak boleh-tak boleh..

                        4. aku bagi je SMS dekat handphone ayah, bagitau, bakal menantu terakhir 
                           ayah akan tiba tidak lama lagi
                           (tiba-tiba lepas ayah baca SMS tu, ada orang gila datang rumah mintak 
                          makanan, tak ke pengsan aku?)tak boleh-tak boleh...

                         5. apa kata, aku belasah je, bertunang sendiri dengan bakal suami aku tu, 
                            sarung cincin sendiri, masak sendiri untuk family dia yang datang, pakai 
                           baju kurung warna warni pun tak apa..
                         (kang mak dengan ayah aku pulak yang pengsan) tak boleh-tak boleh..






dah lah, aku tak ada idea...malas nak pikir...

lagipun, aku lambat lagi nak kahwin..saja je aku pikir awal-awal ni..nanti senang..hehe... =)

Wednesday, July 21, 2010

makcik!!makcik!!..pakcik!!pakcik!!..mari dekat....

aku dah cakap, blog ini tersangat lah random..apa2 cerita pon ada dekat sini..cerita seram je belum lagi...sekarang, akak nak cerita pasal jual-jual pulak ni deknon...(tetibe switch mode jadi tokey2 pulakkan)...sekarang ni, akak ada jual kek lapis dek...sedap2 gitu!...tak percaya?..apa korang ingat ni tektik akak je nak bagi laku semua kek2 akak ni?..tumpang lalu sikit..kalau tak percaya boleh beli dulu..

kauorang boleh order terus melalui komen-komen akak tau!..siapa2 ada number telepon akak, msg je akak okay!..malam2 pon akak layan...kelaaass gitu!..kalau kauorang nak beli kek2 akak ni, syarat tak ketat okay, takde pon akak mintak deposit ke, mintak number phone bf/gf kauorang ke sebagai tebusan..takdetakde....penghantaran adalah percuma bagi kauorang2 yang berada di sekitar klang valley dan negeri sembilan sahaja, terkeluar sikit ke melaka, boleh lah..akak tak berkira pon deknooon....pembayaran, terpulang pada kauorang, nak bayar lam sump sebelum dapat kek pon boleh(trust me u'ols), nak bayar masa lepas dapat kek pon boleh, tapi yang tak boleh, bayar selepas kenyang..ha!, itu tak boleh, dan haram hukumnya tau!..ustazah tak ajar ke??....

sebelum tunjuk gambar, akak nak habak sikit lah, tempahan dibuka setiap hari, tetapi penghantaran hanya pada hari cuti, akak kerja lah dek..kalau satu opis ngan akak, boleh lah akak hantar depan meja kau...okay, macam ni, dalam satu minggu, kauorang boleh tempah dari isnin sampai khamis (jumaat akak pergi ambik stock), hantar kat kauorang sabtu atau ahad, kalau kauorang order jumaat/sabtu/ahad, dapatnya next week lah ye..senang je kan...ha!..raya nak dekat dah kan..untuk raya, akak saran kan kauorang order awal2 okay!..tarikh tutup untuk tempahan raya, 24ogos..kalau kauorang order 25ogos, lepas seminggu raya lah baru dapat..

sebelum tunjuk gambar (banyak pulak akak nak membebel)..kek2 ni semua bukan akak yang buat..hahahaha...kawan akak yang buat deknoon...dia orang sarawak katanya...okay, jom cuci mata!..siapa tak tahan boleh bunuh diri!

BLUEBERRY CHEESE (RM30)
500-700gm
BLUEBERRY CHEESE (RM85)
1.2-2.2kg
CHOCOLATE CHEESE (RM30)
500-700gm
CHOCOLATE RICE (RM30)
500-700 gm
KELADI (RM30)
500-700gm
LAPIS MINT (RM30)
500-700gm
LAPIS SISIK IKAN (RM30)
500-700gm
*bukan berperisa ikan
LAPIS PRUNE (RM85)
1.2-2.2 kg
LAPIS TEMBIKAI (RM30)
500-700gm
*bukan berperisa tembikai
EVERGREEN (RM30)
500-700gm
LAPIS MAMI JARUM (RM30)
500-700gm
KUKUS BELACAN (RM85)
1.2-2.2 kg
*bukan berperisa belacan
LAPIS OREN (RM30)
500-700 gm
LAPIS OREN (RM30)
1.2-2.2 kg
WOW!!..CEPAT2..JOM ORDER, JOM MAKAN!..

akak bukan sahaja jual online deknoon..akak pun kadang-kadang ada bukak gerai di merata-rata tempat..dalam masa terdekat ni, akak ada bukak gerai di kuartes KLIA, ahad (25july2010), pagi sampai ptg..korang berjalan lah cari gerai akak okay!..pasti dilayanz...

Monday, July 19, 2010

korang tau tak......

melalui cara penulisan di blog, anda boleh menilai atau mengetahui sedikit sebanyak personaliti atau perangai blogger tersebut..sedikit kajian telah saya buat..secara random sahaja..yang banyaknya saya cuma teka sahaja..mengikut logik akal..kalau anda mahu percaya, percaya lah..mungkin betul, dan anda akan tersengih2 sendiri kalau ia best, manakala, anda akan mengutuk saya kalau macam, 'ouch, betul doh!'...

okay, let start!..

yang pertama:
cara penulisannya selalu menceritakan tentang kisah silam, tak pun kalau dia cerita tentang kisah sekarang pun mesti dia ada kait-kait kan dengan kenangan-kenangan lama dia..contoh, 'walaupun aku sekarang kuat makan, tapi aku tetap kurus, kawan-kawan semua cemburu denganku, mereka makan sedikit sahaja, tapi bila mereka nampak aku sedang makan makanan kegemaran aku, mereka mesti akan rampas makanan tersebut dari tangan aku, alaaaa, macam nobita selalu kena dengan giant, ha! macam tu lah aku'....nampak tak kat sana, blogger tersebut mengaitkan dirinya dengan watak-watak kartun zaman dia kecil...
personaliti blogger seperti ini adalah berciri sensitif atau sentimental. bagi mereka, kenangan lama itu lebih berharga dan akan senantiasa dijadikan contoh dan diingati agar tidak lupus dari ingatan..begitu lah..anda begitu?

yang kedua:
blogger yang suka menceritakan tentang aktiviti harian mereka, kadang-kadang tu sampai boleh buat diari hatimu..sampaikan hari tarikh masa semua dia bagi detail lah..memang boleh kata kita baca diari dia..contoh, 'pukul 7.00pagi aku baru tersedar dari tidur, alammak, terlepas subuh afdhal, kena lah aku sembahyang subuh gajah pulak, selesai ambil wudu;, aku mengenakan telekung di tubuhku, tutup aurat...7.30 pagi aku sambung semula tidur ku..(nasib baik tak cerita mimpi apa)..pukul 9.00pagi aku terjaga dari lena setelah emak berteriakkan namaku untuk menolongnya di dapur ..............................................................................................................................tepat jam 11.48 malam, aku masuk ke bilik untuk tidur malam, semoga mendapat mimpi yang indah' ...hah!, macam ni lah contohnya..letih gak nak baca kan..
personaliti blogger sebegini, dia merupakan seorang yang mahukan perhatian, tidak cukup kasih sayang barangkali..bagi mereka, dunia mereka hanya di alam maya..bagi mereka, ada yang membaca kisah mereka dan mereka suka..anda begitu?..kalau anda begitu, saya cadangkan anda menulis novel sahaja lah..

yang ketiga:
mereka yang gemar berkongsi sesuatu..tidak kira sama ada berkongsi tips, berkongsi fakta, berkongsi rahsia, berkongsi resepi dan sebagainya yang boleh dikongsi kecuali berkongsi perasaan, tidak termasuk..apa yang dikongsi kan itu, tidak kisah lah sumbernya boleh dipercayai atau pun tidak, copy paste ke, atau memang dia ahli fikir...
mereka yang sebegini merupakan seorang yang baik hati, penyayang, dan yang pasti tidak kedekut ilmu. namun begitu, ada dikalangan mereka yang bersifat suka mengambil kesempatan, ibaratnya, susu punya susu, marigold dapat nama..macam tu lah..

yang keempat:
blog mereka itu dipenuhi dengan unsur-unsur humor..kadang-kadang bukan mereka letak gambar lawak bodoh macam kucing pakai underwear ke apa,tapi dari cara penulisan mereka, orang baca pun dah boleh bergelak ketawa..
personalitinya, cuba korang teka?...mestilah funny kan..tapi itu biasa sangat..nak bagi exaggerate lagi, mereka yang sebegini adalah mudah menyesuaikan diri dgn keadaan, disenangi rakan sekeliling, mempunyai ramai kawan, seorang yang kreatif dan tidak suka bercinta (?)...

yang kelima:
blog-blog yang asyik cerita tentang orang lain..tidak kira cerita tentang kawan dia ke, bos dia ke, tempat keje dia ke, artis ke, musuh dia ke..kadang-kadang susah sangat nak jumpa cerita pasal dia kat blog dia..sampaikan ingat itu blog ke surat khabar, ha, macam tu lah..
orang sebegini, senang je, jenis yang busy body, iye lah, semua cerita orang sekeliling dia, kadang-kadang orang yang takde kat keliling dia pon dia cerita jugak..boleh dikategorikan seperti reporter tak bergaji lah..boleh juga orang sebegini berpersonaliti suka cari perhatian atau publisiti murah gitu...korang jangan selalu macam ni kay...

yang keenam:
kalau korang berjalan-jalan dari satu entry ke entry yang lain seorang blogger ini, korang asyik baca pasal diri dia jer..yang ni berbeza dengan yang kedua tadi..yang ni, asyik cerita pasal dia je lah, dia baru beli beg apa, dia buat apa, dia suka apa, sampaikan kadang-kadang tu, macam nak menunjuk-nunjuk sangat apa yang dia ada..orang tau lah engkau kaya!..tapi tak perlu nak tunjuk semua, sikit-sikit sudah..
orang macam ni memang lah!..poyo, berlagak, macam bagus..(haih!, tak suka betul blogger macam ni, tengok, aku review pasal orang macam ni pun, aku boleh terus jadi emo)..dah, orang macam ni senang kata, dia ego.

yang ketujuh:
blog yang setiap entrynya macam tak ada hala tuju..semalam cerita pasal kerja, hari ni cerita pasal kawan, esok cerita pasal movie, lusa cerita pasal boyfriend/girlfriend (macam blog aku je)...
orang macam ni.......aishhh..tak nak bagitau lah..korang lah pikir sendiri.... (^_*)v

korang percaya ke apa aku bagitau semua ni?..aku bukan copy paste dari blog motivasi diri ke apa tau!..aku buat sendiri, macam aku cakap awal2 tadi..nak caya, caya...=)

Friday, July 16, 2010

begini lah nasib, diriku yang malang

aku tak nak cerita pasal harga minyak naik, aku taknak cerita pasal politik, aku tak cerita pasal orang marah tak tentu pasal bila harga minyak naik..iye lah, buat apa nak marah, karang blood pressure korang jugak yang naik, macam mana?...

okay, nak cerita sikit je pasal minyak ni, janji tak cerita banyak...macam ni, dalam pukul 8.00malam tadi, aku dgn housemate baru tau pasal kenaikan harga minyak esok, menggelabah lah sikit kan, sebok nak tau berapa dia naik,minyak apa yang naik, blablabla...seperti biasa, aku akan tanya pendapat beberapa orang, perlu ke nak isi minyak malam ni untuk mendapatkan minyak yang masih dalam harga murah?..dan, respond yang diberikan, kebanyakkannya kata TAK PAYAH isi..sama je nanti pun..beratur panjang2, sampai minyak sekarang habis, pastu isi minyak baru, esok berjalan tak ingat dunia, habis dah minyak..sama je kan..jadi, aku decide tak nak lah isi malam ni, mesti ramai yang berebut nak gi isi...tapi housemate aku, nekma nak jugak isi, sebab esok dia nak balik JB, alasan yang logik, sebab dia nak berjalan jauh..so, kitorang pun keluar lah nak isi minyak pukul 10.20malam...

korang nak tau tak, area rumah aku ni ada 2 petrol pump, satu esso, satu petronas..mula-mula pergi esso..tengok-tengok dah tutup..mungkin sebab tak ramai nak isi esso atau memang esso tutup awal...pergi petronas pulak, dari jauh tengok lampu masih terbuka, terang benderang, semakin hampir sampai, tak nampak satu kereta pun yang nak isi minyak, tak jadi ke harga minyak naik esok?...dah betul2 sampai petronas, depa peginya tutup semua lampu!...asdfghjk!!..hampeh je..dah nampak ada customer tu, yang dia pergi tutup kedai pasal apa?..tak nak duit ke apa diorang ni?..tolak rezeki betul...ini lah manusia..masing-masing nak mengaut keuntungan je..tak fikir pun tentang orang lain..apa salahnya bukak sekejap, tak rugi pun..terus kitorang mengubat kelukaan dengan membeli aiskrim di 7E!,,sejuuk...

terbanyak pulak cerita pasal minyak kan..sebenarnya nak cerita pasal banyak sangat baju aku dalam almari kat rumah ni yang dah tak boleh nak pakai, antara sebab dah tak boleh nak pakai, yang pertama sudah semestinya saiz badan tiba-tiba jadi M/L...baju-baju lama semua bersaiz S, ..dulu beli tak fikir apa..fikir yang diri ni senantiasa ramping macam kerengga (kenapa kerengga je yang tak penah gemuk?)..sebab yang kedua, banyak sangat baju-baju kecil..kecil bukan dah tak boleh pakai, boleh je kalau nak pakai..tapi rasanya sekarang ni, dah tak sesuai kot pakai baju kecik-kecik ni..rasa macam 'kau ni tak ada akal ke?'....ha, macam tu lah..jadi, aku tak tau nak buat denga baju-baju tu semua...nak buang ke, nak sedekah ke, nak jual ke.....ermm..nanti kalau-kalau ada masa, nak ambil gambar, masukkan dalam ni, siapa nak, angkat tangan je okay..kalau aku nampak ada yang angkat tangan, aku bagi free je lah...okay?..haha...

Thursday, July 15, 2010

aku menulis bukan kerna nama

semalam kami membuang tabi'at...kami (aku dan nekma)...kami pergi mandi swimming pool di bahau..wow!..jangan tak percaya..bahau ada swimming pool okay!..besaaar punya!..cuma facilitiesdan surrounding je macam tak berapa memuaskan..tapi ok lah, orang tak ramai..sekali masuk rm3.50..1jam berendam, 1jam jadi ikan lumut, 1jam jadi seksaaaay!!..haha..semuanya last minute planning, nekma tetiba nak mandi pool, nak menenangkan fikiran katanya, dan aku pulak yang masih dalam mood sayu pilu, ikut lah..boleh kurangkan stress..ada fakta menyebut, berendam/berenang atau apa-apa yang berkaitan air boleh menenangkan dan mendamaikan...(oh, pasangan jiwa, cepat lah pulang ke sini, hanya kamu yang mendamaikan)..erk!..poyo..haha...

jom menonton gambar..(ops, bukan gambar semasa mandi, tiada langsung gambar semasa mandi, selepas mandi saja yang ada)....

air mu
air ku
makanan kami
kamu
aku
kami
habis...

semoga hari ini dan hari-hari mendatang aku akan lebih kuat dah tabah....buat kerja!

Wednesday, July 14, 2010

kalau nak jadi tu, jadi jugak


jadual kelas semester ni dah dapat..see, kelas hari rabu saja!!..seronok sangat ni...lebih seronok, isnin dengan jumaat tiada kelas!..yabedabedu!!...selasa dengan khamis cuma class assist, class assist ni, dia macam berfungsi sebagai pensyarah kedua, katakan pensyarah pertama atau pensyarah yang sepatutnya mengajar subjek tu cuti atau kursus ke, pensyarah kedua kena replace lah..dan, untuk semester ni, aku mengajar lukisan kerja 1..hari tu kata lain, hari ni kata lain..sebenarnya, masa mula-mula discuss pasal nak mengajar apa, aku memang pilih lukisan kerja 1, tapi last minute, lukisan geometri ada kosong pulak, so, aku nak ambil lah subjek tu, time tu cakap mulut je nak tukar-tukar suka hati macam tu, tak bagi tau pun pensyarah yang buat jadual kelas ni, so, bila jadual keluar, aku tetap lah mengajar lukisan kerja..ok lah..tak kesah..bila tengok jadual, seronok gila!..haha..class yang aku assist pulak, class cadd saja..so, insyaallah, tiada masalah..

isnin yang lepas, masa aku cuti tu, sedang gembira-gembira duduk-duduk goyang kaki dekat rumah, tiba-tiba postman sampai..ada surat untuk aku..ingatkan surat dapat tawaran kerja baru ke, surat PTPTN suruh langsaikan hutang secepat mungkin, kalau tidak anda tidak boleh keluar daerah!!, surat anda diminta datang ke syarikat kami untuk menebus hadiah ke..rupanya surat SAMAN!!..uwaaa...aku kena saman..sejak pakai myvi, ini first time aku kena saman tau..time pakai kancil dah selalu dah.. =D...

kejadian berlaku semasa aku nak pergi kuantan, tengok akak aku bersalin..time tu ikut jalan muadzam.memang seronok ah bawak laju kan kat sana..jalan lurus je..tak sangka ah plak ada speed trap.. kelajuan dekat sana spatutnya 90KM/J, aku bawak 115KM.J je...alaaa..lebih 25KM/J, apa lah nak berkira sangat..time tu pun jalan clear, tak da kanak-kanak melintas pun, takda kawasan lembu berkeliaran pun, tu pun nak kene bayar RM300 jugak ke??..adoi..habis ah duit aku...baru je beli speck..baru je pasang niat nak beli handphone baru..errmm...orang kata, sekarang ni, kalau kena saman, dah tak boleh mintak kurang...betul ke?

Tuesday, July 13, 2010

kenapa aku ting tong sangat ni!

masih dalam mood port dickson..ahahaaa...over tau!..dah 3hari yang lalu okay..tapi tak tau kenapa rasa sentimental sangat bila dekat sana..rasa macam tak nak balik..padahal, port dickson je pooon...aku memang betul2 habiskan masa dekat sana dengan duduk tepi pantai, sambil bersantai-santai, tgk laut, ambil gambar..tak mandi pon, tengok kawan-kawan je mandi, tengok diorang naik banana boat, ambil gambar diorang mandi, bila malam join bbq..itu je pon, tapi macam ada sesuatu yang buat aku asyik terfikir je kat port dickson..ei dickson, apa lah badi laut aku dapat ni..

isnin semalam aku bercuti..masih dalam mood port dickson kan aku cakap, jadi mana boleh tiba-tiba switch pergi ke bahau..boleh jadi gila aku..bosan okay bahau tu, tapi aku redha jer, itu kan tempat rezeki aku..hee...

selasa, hari yang ditunggu-tunggu..registration day..busy TERSANGAT MELAMPAU okay!..tengok tertekan capslock pulak.. serious, kali ni memang tak menang tangan..aku jaga kaunter koperasi..kerja aku, kena keluar kan resit dan terima bayaran dari student..mula-mula ingat senang je kan kerja tu..ye lah sebelum-sebelum ni, time registration day, aku jaga bahagian sambutan, senang jer..kali ni, kena jaga koperasi pulak, jadi ingat kerja dia mudah lah kan..sekali, kerja bukan keluar kan resit je, kena menjawab soalan-soalan pelik makcik-makcik tu semua, kena jadi penunjuk arah, tak pasal-pasal kena jadi cikgu math..(RM160+RM170=RM330)..hahaha...

penat yang melampau hari ni..sampai tak sempat nak pergi ambil speck baru time lunch hour..haaii..speck baru dah memanggil-manggil ni..ahaks..over sangat!..balik kerja pergi ambil speck, dan terus pakai!..makcik sangat tau!..tapi aku belasah jer..nak jadi skema pulak.. (-__-)

ermm..gambar nanti2 lah..owh, mood hari ni sebenarnya sangat sedih, sayu, pilu....bukan mood PD lagi dah... saya mahukan pasangan jiwa saya..

Friday, July 9, 2010

akibat menonton tv jarak dekat 2

yeay!..baru pulang dari menempah cermin mata...tapi..tapi..tapi..

tak macam yang aku nak tu..sikit2 lah bentuk dia..jenama jauh sekali lah kan..macam mana nak sama, kalau budget bawah rm200.. =(..dan masih belum siap..minggu depan baru boleh ambil..


taraaaa!!!



naa!!..muka orang tua..

p/s, harga?..murah ajo..hahaha...

korang pernah tak alami benda yang sama?

semalam aku bermimpi, tapi aku kurang pasti tentang apa..yang pasti sampai waktu ini aku teringat-ingat tentang mimpi itu, macam seronok, macam tertanya-tanya, macam takut..arrghh!!..boleh ulang balik tak mimpi tu malam ni??

Thursday, July 8, 2010

suatu wawancara bukan sawan cara (rindu arwah din.beramboi)

suatu hari tu, aku berbual-bual dengan seorang sahabat aku ni..agak sudah lama tak berbual something yang ke arah memotivasikan diri..topik yang dibualkan masa tu adalah tentang perubahan dalam diri dan perkahwinan. dia bertanyakan aku, 'bila lagi mahu kahwin?'..aku katakan, 'lambat lagi'..tiada jawapan pasti, tahun depan pun lambat lagi kan..tapi yang pasti, perasaan hendak kahwin itu ada, cuma kekangan sahaja yang menjadi penyebab..tapi aku tak kisah semua itu, everything had planned.. mungkin kalau bukan tahun ni, tahun depan, kalau tidak, tahun satu lagi, apa yang nak dikejarkan sangat..aku tau diri aku, aku kenal diri aku..aku cuma MAHU kahwin, tapi aku belum bersedia ke arah itu..aku bukannya mahukan perkahwinan diatas syarat MAHU atau mengikut orang saja..aku mahukan perkahwinan yang dituntut Islam..maknanya, kalau kamu merasakan hubungan kamu itu ke arah mendatangkan dosa atau maksiat, kamu adalah diwajibkan kahwin, kalau kamu sudah berkemampuan untuk berkahwin, kamu diharuskan berkahwin...begitu lah..pernah kan dengar perkara ni..

jadi, perkahwinan itu tidak memaksa..dan tidak pernah pula dengar, jika kamu didesak kahwin atau kamu dikelilingi orang yang sudah berkahwin, kamu diwajibkan berkahwin dalam masa terdekat..tidak pernah pula dengar itu kan..jadi, semua sudah dirancang oleh Nya..yang terbaik untuk hambaNya..

berbalik kepada perbualan aku dengan sahabat aku itu, dia bertanyakan lagi, 'habis bila lagi kau nak kahwin?, kau tunggu apa?'...jawapan aku, untuk menutup soalan seterusnya sekaligus, menyenangkan hatinya yang mungkin gusar sebab aku tak kahwin2 lagi, padahal dia pun sama tak kahwin (haha)..aku pun jawab, 'aku nak berubah dulu'...terus tiada lagi, persoalan tentang perkahwinan dari mulut dia, tapi, lain pula yang dia kata, sampai aku terfikir hingga ke hari ini, dia kata..'bagus lah kalau nak berubah, berubah ke arah kebaikan, hentikan berkata yang merapu-rapu, jangan terlalu banyak bercakap sehingga boleh mengguris perasaan orang'...mendalam sungguh maksud kata-kata dia tu..nampak sangat aku ni teruk, tapi aku bersyukur ada kawan macam ni, yang menegur aku..perubahan itu sangat bagus..

insyaAllah, suatu hari nanti.....

setiap perubahan itu tiada yang terlambat, selagi sangkakala belum ditiup, di mana ketika itu, pintu taubat sudah tertutup..

tinggal lagi 4hari je

tolak hari ni, tinggal lagi 4hari je...selasa minggu depan kemasukan pelajar baru untuk sesi julai 2010. seperti kebiasaan, kemasukan julai lebih ramai dari kemasukan januari. lebihnya tu kadang-kadang mencapai 70%..fuh!..berdebar dengar..macam nak ajar budak sekolah pulak ramainya kan..yang ramai-ramai tu, kalau perangai semenggah, tak pe jugak..(try google, semenggah tu apa)..ni tak, ada yang kurang ajar lah, ada yang tak paham bahasa lah, ada yang kuat menipu lah..ini lah dugaan mengajar di kolej..kalau mengajar di university, mungkin tidak macam ini..tapi tak apa lah..tanamkan dalam minda dan hati, yang aku nak mengajar diorang untuk membantu diorang sekurang-kurangnya mereka terbuka pemikiran, mereka sedar yang mereka masih ada peluang dalam hidup, mereka tau yang mereka boleh belajar sebenarnya..aku akui, kebanyakkan atau hampir kesemua pelajar kolej ni, mereka adalah lepasan spm yang hampir failed, atau ada yang dah failed pun..jadi, kadang-kadang, niat mereka untuk belajar tu, sebenarnya adalah semata-mata mengikut arahan parents je..

jadi, to become much better than before, aku dah kena fikir, apa approach terbaik untuk mengajar next sem..masuk semester akan datang, dah jadi semester ketiga aku mengajar di kolej ni, semester pertama aku memang terkontang-kanting, tak ada skill nak mengajar, masuk kelas, sapa student, tanye siapa tak datang, pastu terus mengajar, syok sendiri..ajar pulak subjek teori yang memang bosan gile, undang-undang kecil bangunan, i noticed ada jugak lah student yang tido time aku mengajar kat depan, aku sendiri yang malu, sebab itu menunjukkan aku failed!!..hari demi hari, aku perbaiki kelemahan aku, aku tak boleh sama taraf kan pelajar kolej denga U..have to do something..

masuk semester kedua aku mengajar, dah banyak subjek yang aku pegang, but, still lagi aku ajar undang-undang kecil bangunan, sebab aku tak puas hati semester sebelum tu, aku ajar agak kucar kacir..jadi, perubahan yang aku nampak, (bukan lah dari segi pencapaian) student semakin boleh memberikan perhatian, dan aku suka!..hehe..

untuk kemasukan januari, kebiasaanya memang tak ramai, sebab itu kemasukan kedua..jadi, memang sikit lah yang masuk kolej, sebab dah ramai yang masuk belajar kat tempat-tempat lain..paling sedikit pelajar dalam satu kelas, 6orang..seronok kan mengajar sikit2..tapi, lagi banyak cabaran sebenarnya..kita kena pastikan tiada pelajar yang tercicir, sebab akan jadi mustahil kalau pelajar sikit, tapi masih ada yang fail, adakah salah pensyarah yang mengajar atau pelajar itu sendiri yang memang........

untuk semester akan datang, sepatutnya aku kena ajar lukisan kerja bagi student semester 2, yang 6orang tu(intake january)..ajar lukisan kerja untuk peringkat sijil, tak susah mana, kadang-kadang soalan daripada student pun tak berapa mencabar, tapi diri sendiri yang lebih takut nak mengajar..haha..tiada pengalaman mungkin..aku dah belek-belek silibus, yang kena ajar lukisan kerja semester 2 hanya fokus pada penyediaan lukisan asas(basic drawing), macam plan, elevation, section, sedikit detail dan coloring, juga lukisan yang dikehendaki adalah berskala kecil, which is, banglow satu tingkat..

tapi, last minute, aku changed mind, nak ajar lukisan geometri semester 1 dulu..bukan tak yakin nak ajar lukisan kerja, tapi, aku rasa macam nak back to root..dua sem berturut2 aku ajar UBBL (assist subjek lain at the same time)..dan sebelum aku ajar lukisan kerja, biar aku rasa dulu macam mana rasa mengajar lukisan geometri ni..lukisan geometri ni pulak, lagi lah tak berapa susah, sebab memang sangat basic..pengenalan kepada lukisan, buat garis, buat bulat, belajar buat pelan. jadi, aku nak sangat rasa mengajar subjek ni, dan aku nak pastikan student betul2 dah bersedia untuk belajar lukisan kerja, baru next sem, aku akan ambil subjek lukisan kerja, dan sekaligus, mungkin aku akan rasa puas hati sebab aku tau, masa student ni belajar lukisan geometri dulu, apa lagi yang diorang tak cukup...bukan lah tak boleh nak rujuk pensyarah yang dah ajar subjek tu sebelum ni, tapi aku nak ada pengalaman sendiri..

jadi, sementara ada masa lagi 4 hari ni, aku nak get prepared diri aku dengan subjek baru ni dan pelajar baru yang mungkin RAMAI!..haha..jadi, apa kata kita manja2 kan diri kita dengan bersantai-santai di tepi pantai..ye!, aku akan mengikut kawan aku pergi bersatu kembali itu..yea!yea!..tak sabar nak tunggu sabtu..cepat lah..

p/s, eh dah lama tak jumpa amad afy danish..rindu~petang ni aku balik rumah..

Wednesday, July 7, 2010

lelaki lagi boros

petang tadi kat kolej ada taklimat tentang pengurusan kewangan oleh AKPK, taklimat disampaikan oleh jejaka bernama en.mansor dari AKPK cawangan Melaka..seronok sekali mendengar taklimat yg disampaikannya, perkataan yang keluar dari mulutnya pun satu-satu, jelas dan faham..ini baru penyampai yang bagus, dia kaunselor mungkin di AKPK tu..

apa?..tak tau AKPK tu apa?...korang tak tengok iklan kat tv ke apa?..alaaa...aku simple kan je lah, AKPK ni dia satu agensi di bawah bank negara yang mana ia menawarkan khidmat rundingan kewangan, macam mana kita nak control kewangan, tapi bukan lah semudah yang aku explain ni..aku bagi contoh lah...korang ada masalah kewangan, sebab banyak buat loan kat bank itu, bank ini, loan kereta lagi, credit card lagi, bayar hutang macam2 kan (tapi bukan masalah kewangan macam tak cukup duit nak beli topup ke apa)..jadi, bila korang ada masalah-masalah macam ni, korang boleh dengan rela hati merujuk ke agensi ni untuk mendapatkan khidmat rundingan secara percuma..PERCUMA tau...tiada bayaran..khidmat yang ditawarkan adalah secara kaunseling, korang cerita lah macam-macam kat kaunselor tu, diorang akan dengar dan akan cuba menyelesaikan masalah korang..antara jalan penyelesaiannya, agensi ini akan cuba memohon pengurangan bayaran bulan-bulan hutang korang yang berlambak kat bank-bank yang korang dah pinjam tu..bukan kurang kan jumlah pinjaman korang tau...yang tiap-tiap bulan tu je dia akan kurang kan..contohnya, kalau korang punya ansuran kereta, sebulan rm570, mungkin selepas korang pergi jumpa agensi ni, korang hanya perlu bayar, rm200 je..tapi, jumlah pinjaman tetap sama lah..cuma korang akan ambil masa lama untuk langsaikan loan tersebut..untung bagi korang, untung bagi bank..dan, agensi ni dia bertindak sebagai orang tengah..mana boleh korang sesuka hati mintak kat bank untuk kurang kan ansuran bulanan korang kan...
tapi, khidmat ini hanya boleh digunakan sekali seumur hidup korang je...maknanya, korang pandai-pandai lah pikir bila nak cari AKPK ni...kalau dah dekat-dekat nak muflis tu, boleh lah cari diorang..

begitu lah sedikit sebanyak penerangan tentang AKPK...

berbalik kepada tajuk asal kita, dalam taklimat tu, en.mansor tersebut ada lah menyatakan tentang, 'lelaki muda lebih boros dari wanita muda atau tua'...aku SETUJU 100%...eceh..padahal, dia gaji tak sampai 5hari dapat, dah habis..haha..

iye lah, mana taknya, lelaki muda memang boros pun, cuba korang banding kan, perempuan shopping kalau boleh nak hari2..bukan shopping di hari-hari (selamat datang..selamat datang..selamat datang..hari-hari dekat tempat aku akan bergema-gema selamat datang dia kalau ada orang datang, annoying!). hari ni beli tudung, esok beli anak tudung, lusa beli keronsang, tulat beli baju sehelai..ha, macam tu lah..alaa, semua murah-murah..anak tudung tu rm5 boleh dapat..kalau lelaki, sekali makan dah rm6..perempuan, tak makan tak apa..

lelaki pulak, memang lah diorang shopping sebulan sekali, kadang-kadang 2bulan sekali..sebab apa?..sebab diorang nak beli yang mahal terus..kalau kemeja tak sampai rm100, tak nak beli..ape hal kau ni?..ada tau lelaki macam ni..tak semua ah..tapi kebanyakkannya..itu sebab aku kata, lelaki lebih boros..padahal, sehelai kemeja dia tu, harga sama macam 5helai tudung syria aku..aku boleh pakai tiap2 hari..kemeja mahal dia tu nak ke pakai hari2?..mesti taknak kan..haha..

Tuesday, July 6, 2010

apa ngorat2 I ni...

orang selalu kaitkan kan perempuan dengan bunga...bagi lelaki yg gentlemen, mereka nak mengurat perempuan mesti guna bunga, cokelat, atau teddy bear..(gentlemen ke, kalau gentlemen bawak rombongan merisik terus lah)..okay, ni aku cakap nak mengurat..tau tak mengurat, bukan betul2 kan urat ke apa..

tapi itu lelaki gentlemen, aku tak tau lah apa beza lelaki yg gentlemen dengan tidak, kalau perempuan pulak, apa eh?..perempuan yg ladies mungkin...

bagi lelaki yang tidak gentlemen pula, biasa mereka akan mengurat perempuan dengan menggunakan deria2 yg ada pada anggota badan mereka..kiranya mereka ini lagi bagus..bagus dari segi mereka mensyukuri nikmat yang Tuhan kurniakan kepada mereka..yang lelaki gentlemen tadi hanya tau membazir saja..mungkin selepas dah berkahwin, mereka sudah tidak mahu berbelanja untuk perempuan yang ladies itu..alasan mereka, masa mengurat dulu dah dapat!..

okay, antara cara-cara lelaki tidak gentlemen mengurat adalah melalui deria bunyi..banyakkan dengar kat tepi-tepi jalan kalau perempuan yang ladies ni berjalan sendiri atau dalam sekumpulan perempuan, kalau bersama bapa, mungkin tiada bunyi kedengaran..

seterusnya deria bau..kebiasannya lelaki tidak gentlemen akan sentiasa membawa perfume mereka ke mana sahaja, sebab untuk menarik perhatian lah konon..tapi cara ni, lelaki gentlement pon pakai..tapi mereka pakai yang tahan 2hari punya, mereka tak bawak perfume ke mana-mana..lelaki tidak gentlemen pula akan serta merta spray ketiak atau mulut mereka bila awek dah hampir sampai 5meter lagi..teruk kan..

dan terakhir deria penglihatan..kalau lelaki gentlemen akan memakai cermin mata hitam, kalau boleh nak jadi buta terus lah, baru nampak macho, lelaki tidak gentlemen pula akan menutup sebelah mata untuk mengorat perempuan yang ladies..tak tau lah apa kena mengena kenyit mata sebelah dengan mengorat..bukan perempuan tu nampak pun..

CHAK!..wink*wink*

IKEA Mutiara Damansara, PJ

5.00pm..tamat waktu kerja, kemas2 laptop, kemas2 meja, betul2 kan baju, ambil handbag, pergi ke kereta...okay itu rutin..sebelum keluar dari kolej, thumbprint dulu, tak thumbprint nanti, kamu dikira tak bekerja hari itu, dianggap ponteng, dan boleh dikenakan tindakan tatatertib..fuh, takut mendengarnya...tiba-tiba terdengar perbualan dua sahabat..

mr.s: mat(bukan nama sebenar), semalam kau pergi ikea ke?
mat: a'ah, shopping barang rumah sikit..
mr.s: fuiyoo..shopping sampai ke ikea..
mat: dah orang rumah ajak..ikut kan je lah..
mr.s: ikea mane kau pergi??
aku:...(blurr jap)..
mat: ikea mana lg, ada satu ikea je kan...kat damansara..

aku ingatkan si mat tu pegi ikea kat australia ke china ke hongkong ke..dah nak tercengang gak lah..sebab ikea kan kat damansara je..yg dalam perancangan nak buat kat JB tu masih dalam perancangan kan?

akibat menonton tv jarak dekat

sudah bosan pakai cermin mata half frame ni..mau tukar yang baru..tapi masih berkira-kira, nak pakai cermin mata yang macam mana..mungkin full frame, mungkin frame-less, mungkin contact lenses je..sebenarnya hari tu ada dah beli contact lenses, dua kotak lagi..masa beli, dengar explanation salesmen tu bukan main lagi..siap mintak free gift banyak2..tapi last, tak reti jugak pakai..ahahahaa..

power rabun mata aku ni tak lah teruk sangat..175 je..tapi mesti pakai cermin mata jugak, sebab jarak 5-10m dah tak boleh bace dah..last week ada pergi survey speck dengan Pink, dia suggest aku pakai fullframe..(alaa..sebab dia pon pakau full frame jugak..=P)...tapi, bile tengok2 ramai yg pakai fullframe macam style jer...nak ubah lah..


nak ini boleh?..eh, bukan lah nak gucci sangat..kalau boleh, apa salahnye..=)...tapi nak yg bentuk macam ni..

takkan nak pakai yg macam ni kot...muka dah lah hodoh..nanti nampak macam orang keje kat kedai speck ke apa..ok2..sekarang boleh pegi kedai cermin mata, nak tempah speck baru.. yeehhaaa!!

Monday, July 5, 2010

tag!tag!tag!

wah!..lama tak bermain permainan zaman jahiliah ni..dulu2, time friendster, giler dgn benda alah ni..apa nama dia dulu ek?..lupa ah..mungkin adian mengingatinya..help me!....

okay, jom start!


syarat 1= mesti menggunakan huruf pertama dari blog anda
A- Aku-tulisbacafikir.blogspot.com

syarat 2= jawapan xley berulang
Aik...saya cuba (eh, belum start ye....BAIK)


1. nama anda :
alamak...tetiba rasa nak tukar nama blog..haha..takpetakpe..panggil saya Adik je...okay kan?

2. perkataan 4 huruf:
Alah...(yes!)

3. nama budak laki:
Ahmad hafiy danish shayang....hehehe...


4. nama budak perempuan :
Ainul Adibah kesayangan ku...double A okay...

5. pekerjaan :
Architect..(dah terkubur) =(

6. warna :
alamak..Amythest..penat googled..haha..


7. sesuatu yang anda pakai :
Anak baju =D


8. makanan :
Ayam goreng

9. Sesuatu yang boleh dijumpai di tandas :
Air lah..ahahaa..senang!


10. tempat :
America!

11. alasan bila terlewat
Alamak..sorry...ingatkan lambat lagi perjumpaan.. =P (biasa sangat dah)

12. sesuatu yang anda jeritkan
alahh..senangnye...  Aaaaarrgghhh!!!


13. tajuk filem :
Anak mami the movie!..ahahaa..

14. minuman :
Air Asam boi letak Ais


15. kumpulan muzik :
Ahli fikir....

16. haiwan :
Arnab

17. nama jalan :
ni untuk apa ya?...jalan Abdullah Hukum..(hentam)

18. jenis kereta :
Audi(fuh!fuh!)

19. mereka yg bakal di tag :
Adian (kau lagi..haha..)
Ainul (silakan yang)


hah!..sudah...dapat benda ni dari kamu, hehe..teruji jugak minda malam2 ni..

bersatu kembali

eh, bukan nak cerita pasal aku kembali ke pangkuan bf ke apa..itu cerita basi..saje translate reunion ke BM..bersatu kembali lah jadinya, takpun kembali bersatu, kembali terjalin pun macam best jugak..

okay, ini bukan cerita nak ajak kawan2 lama satu studio buat bersatu kembali atau kawan2 lama matrik, sekolah, tadika ke apa..tapi ini pasal 'bersatu kembali' orang lain punya hal..dan aku diajak..tak ada kena mengena pun..tapi sebagai peneman sahaja..bunyi macam memalukan, tapi jauuuuhhh di lubuk hati, nak ikuuutt!.. (^__^)..tak malu..

bersatu kembali itu untuk ex-student politeknik merlimau..akan diadakan di PD, sabtu dan ahad ni, siap tidur sana lagi..ada bbq, macam best je..tengah berkira-kira sekarang ni, mau join ke tidak??????mau, tidak, mau, tidak, mau, tidak.....

bayi itu kan suci

26jun2010 yang lepas, aku dapat lagi seorang anak buah!..ini lah dia, kalau dah jadi anak bongsu, mana mungkin akan dapat anak sendiri dulu..kan..kali ni, anak buah itu datang dari rahim keluarga aku sendiri..tapi tak kisah lah kan, dari rahim mana pun, asalkan bayi itu dari benih yang keturunannya baik-baik dan terpelihara..=)

'hai..saya amad afy danisy'

'saya demam2 pun, saya nak hadiahkan awak semua senyuman manisku'

DIARI AMAD AFY DANISY:

saya dilahirkan oleh ibu saya (shadatul shila sharuddin), pada 26june2010 di kuantan medical centre..sehari sebelum saya keluar, ramai sangat yg datang melawat saya, padahal saya masih belum keluar lagi dari perut ibu saya.semua bising-bising dekat luar sana suruh saya keluar cepat, kira macam masing-masing tak sabar nak melihat rockstar!..bila saya tak keluar-keluar lagi, diorang pun dah letih tunggu kat luar (lebih-lebih lagi achu saya tu, dah dua hari dia kat kuantan ni, ponteng kerja je kerja achu saya ni), so, diorang pun balik berehat-rehat di rumah..saya gelakkan mereka dari dalam..haha..

bila semua dah balik, hospital pun jadi sunyi sepi..tinggal ibu dgn ayah saya je..nurse2 semua pun pegi mane tah..senyap sunyi jer..tetibe saya rasa macam  'eh, nak keluar lah'...terus saya tolak pintu ibu saya..kesian ibu..sakit eh, saya tolak kuat sangat..hehe..takpe, saya tau ibu saya memang tunggu saya pun...pukul 4pagi saya ketuk pintu, pukul 11 baru saya dapat keluar, punya lah lambat baru saya boleh tengok dunia...masa tu lah baru saya dapat tengok, atuk, nenek, achu, makngah, pakngah, wan, dan makcik2 saya yang lain..wa!!bestnye ramai orang, ada yg bawak hadiah lagi...kalau lah saya tau, macam ni punya best, awal2 lagi saya keluar..ehehee..

saya tidur kat hospital dulu sehari, ibu dengan ayah saya tak bagi saya balik rumah dulu, ada surprise katanya..alaaa, ye lah..saya tau, sebenarnya ibu dengan ayah, nak pastikan saya takde kuning kan..saya tau tu..tapi diorang tak nak percaya kat saya yang saya ni tak kena kuning punya..saya bukan anak digi, saya anak ibu.. =D..

sekarang ni, saya dah balik rumah nenek saya dekat beranang, saya jaga ibu saya pantang, sebenarnye saya tak lah jaga ibu sangat, nenek saya je yang jaga, saya main dengan achu saya je..hehe..saya tak sabar nak besar, ada satu petang tu, saya dengar achu saya kata macam ni, 'nanti bile danisy dah besar, achu nak bawak danish pegi jalan2, cepat2 besar tau'..ha!, siapa yang tak nak..hehehe...

okay, nanti kita sambung lagi diari saya ni ye...babai semua

truly,
ahmad hafiy danish ahmad humaizi
3.45kg
52cm
kuantan medical centre

 hah, itulah anak buah kedua saya..lepas ni, aku kena lebih berjimat, kalau tak setiap kali raya akan dengar lah macam ni..'achu kedekut!, bagi duit raya RM2 je!!..makngah bagi RM 50!!'..harap2 anak2 buah aku, tak cakap macam tu..scary je....

'apa2 pun, achu tetap sayang jaja!!'

bukan aku sengaja nak makan gaji buta

tak baik makan gaji buta, tak pasal-pasal boleh bertukar ke haram plak..(jangan pandai2 jatuhkan hukum ye, aku cuma cakap 'tak pasal-pasal' je)..bukan aku sengaja tak nak buat keje..dah takde keje..(eh, bukan ke kalau nak dapat Anugerah Pekerja Cemerlang kena rajin CARI kerja??)...bukan aku tak nak dapat APC, tp belum masa lagi kot.. (^_^)...

alaa..bukan setiap hari pon makan gaji buta, time student cuti jer..lagipun sudah termaktub yang bidang tugas aku mengajar..student takde, aku nak mengajar siapa?..tak kan nak ajar orang lain pulak kan, nanti diorang cakap aku nak tunjuk pandai pulak(e'eh, macam ada nada tak puas hati di situ..nak delete blog lagi ke?)..hahaha..

okay, terus...sebenarnye bukan lah tak ada kerja langsung..ada je kerja, cuma tak banyak..macam, bila pagi,sampai opis (on9 jap), buat kerja, jangan bagi siap, nanti esok takde kerja dah (haha), pastu on9 balik...ha, macam tu lah..bosan kan..siapa suruh ko tukar kerja?..okay-okay..ini rezeki aku..jangan banyak complain...

so, boleh fikir sekarang, esok nak buat apa...


terserlah kebosanan..kesian kau!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...