tapi, apa yang aku nak sampaikan, bukan pasal aku takut nak jumpa bos aku(pengarah)..tapi aku takut dan tak tau macam mana nak berhadapan dengan ibu bapa aku bagitau yang aku dah bersedia nak berkahwin!!!...adoooii maaakk!!!...tolong lah, tolong lah baca dalam fikiran saya ni,tembus ke dasar hati saya, menyelami perasaan saya (ambooi ayat!)...tak payah susah-susah saya nak karang ayat, seminggu tak tido malam...saya tengah bayang kan
1. malam-malam pergi bilik mak dengan ayah, selitkan nota mahu kahwin bawah
pintu,
(kalau mak dengan ayah tak perasan, katakan bangun-bangun tido, mak
dengan ayah tak bukak lampu terus pegi bilik air, tersepak kertas, terus hilang
bawah sofa..) tak boleh-tak boleh..
2. saya letak memo tentang ada perjumpaan family, tergempar, di pintu masuk
utama,
(bila semua dah berkumpul, tetiba mulut saya terkunci, saya pitam terus dekat
meja perjumpaan, macam mana?) tak boleh-tak boleh..
3. sebelum mak dengan ayah masuk tido, saya tarik tangan mereka, duduk di
sofa
(tak pasal-pasal, kena lempang dengan mak, 'oi, kau tarik-tarik ni apehal?..
mak nak masuk tido ni, penat!..esok nak sambung buat kuih lagi..') terus
aku tak sampai hati..tak boleh-tak boleh..
4. aku bagi je SMS dekat handphone ayah, bagitau, bakal menantu terakhir
ayah akan tiba tidak lama lagi
(tiba-tiba lepas ayah baca SMS tu, ada orang gila datang rumah mintak
makanan, tak ke pengsan aku?)tak boleh-tak boleh...
5. apa kata, aku belasah je, bertunang sendiri dengan bakal suami aku tu,
sarung cincin sendiri, masak sendiri untuk family dia yang datang, pakai
baju kurung warna warni pun tak apa..
(kang mak dengan ayah aku pulak yang pengsan) tak boleh-tak boleh..
dah lah, aku tak ada idea...malas nak pikir...
lagipun, aku lambat lagi nak kahwin..saja je aku pikir awal-awal ni..nanti senang..hehe... =)
4 comments:
itula yg aku rasa dulu!
sepak gak shida neh! igt betul2 dah ready dah....tekak aku pun dah ready utk disogok nasi minyak @ apa2 nasi kenduri!
tp teringat kakak aku...dia sms abah aku weh! haha. lawak2!
nurul:...apa yg hang buat?...takkan tetibe tunjuk rajin dekat dapur, sibuk2 tanya mak, macam mana nak buat rendang (dgn niat, mak tahu niat kita nak kawin)..ahhahaha...
farah:..kakak hang SMS apa weh?..haha..lambat lg lah farah...saja bg seperais!
Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:
Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.
“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.
Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.
Post a Comment