hai..
kali ni aku nak cerita tentang diri aku..seminggu yang sangat horrible!..belum pun cukup seminggu (hari ni rabu), dah macam-macam perkara yang menyesakkan kepala otak aku..warning: entry kali ini mungkin bersifat emosional, dan banyak terasa-terasa, hati kaca lah kata kan..
balik jempol hari isnin,kalau bukan disebabkan tanggungjawab dan rezeki, aku mungkin tidak akan memijakkan kaki di sini..sini bukan tempat aku..aku cuma dihantar ke sini, terpaksa!..petang, balik dari kerja aku dengan naeemah terus pergi bazaar, short the story, nak balik tu, aku keluar dari tempat parking, (kitaorang naik kereta asing-asing), aku sumpah tak perasan betul-betul depan tempat parking aku tu ada batu yang agak tinggi..bila keluar parking je, aku terlanggar batu tu, mula-mula dah terasa macam ada benda tersangkut, tapi aku fikir, mungkin tayar termasuk dalam tanah or something like that, jadi aku tekan minyak agak kuat, dan pada masa tu baru aku terasa sesuatu yang tak kena, sebab bila pandang dari cermin sisi, mcm ada sedikit batu terpelanting..hati dah berdebar-debar, naeemah kata, masa tu dia dgr ada bunyi mcm accident, bile dia pandang belakang, dia tgk aku tak de pape, so kitorang teruskan balik rumah..sampai dekat kuartes, naeemah yang nampak dulu apa dah jadi kat bahagian luar kereta aku..masyaAllah!... remuknye hati aku tengok bahagian skirting bawah tu dah pecah habis!..aku tak tau lah, ni kali ke berapa kereta aku kena calar balar, kemek-kemek, lubang sana sini!..yes, i'am bad driver!, tapi, so far aku belum pernah langgar org atau kereta orang, mintak di jauhkan,,,,aku takut sangat nak bagitau mak dengan ayah, mesti-mesti punya mak dengan ayah marah, dan tak pasal-pasal lepas ni, mak dengan ayah dah tak percaya dekat aku lagi..sedih.. =(, aku tak bagitau sesiapa kecuali naeemah..aku malu kalau orang-orang kolej aku tau..diorang mesti akan mengata macam-macam..biasa lah..tak pasal-pasal kena perli..dalam sehari, dekat kolej aku tu, tak kena perli tak sah!..aku bosan hidup macam ni!..
memang menangis tak berlagu lah aku petang tu..tapi, aku tau aku nak mintak tolong siapa..aku call liaw, liaw tau serba sedikit pasal kereta, lagipun kereta kitaorang sama dan liaw baik dengan seorang lagi orang kolej aku (saiful) yang tau serba sedikit workshop-workshop yang bagus dekat jempol ni dan, isnin tu, masih belum gaji..aku tiada duit untuk repair kerosakkan yang mungkin menelan belanja ratusan ringgit jugak..aku terpaksa pinjam naeemah..aku malu sangat dengan dia..dah banyak sangat menyusahkan dia..sumpah! aku tak suka buat benda macam ni!!..aku rasa macam aku ni tak berguna sangat!..asyik menyusahkan orang je...
selasa, aku, naeemah, liaw dengan saiful pergi hantar kereta dekat workshop, until now, kereta masih di bengkel dan duit dah melayang sebanyak rm210, itu belum setel lagi, ambil hari khamis, maybe kena bayar lagi..sabaaarr,,,,masa nak pergi keluar kan duit untuk bayar rm210 tu, atm machine pulak buat hal, time tu lah nak out of service..bila sampai kolej, naeemah tiba-tiba tanya moon, ada cash dalam rm300 tak?, dia nak pinjam!..aku terkejut gile!..kenapa naeemah pinjam dekat moon!..aku tak nak..aku tak nak libatkan orang lain dalam hal ni, tapi aku tau, itu je jalan penyelesaian terbaik..tapi, petang tu, time tengah masak dekat dapur untuk berbuka, aku rasa tak senang hati!..buat ni tak kena, buat tu tak kena..aku kena bagitau moon jugak pasal duit tu..baru aku tenang, dia terkejut..aku tau, kalau hal macam ni pun kena kat aku, aku terkejut jugak+pikir macam-macam..lagipun, aku tak berapa reti nak berkomunikasi dengan moon..sebab tu kalau ada apa-apa problem or something kitaorang memang jarang share..moon lebih rapat dengan naeemah..dan aku lebih selesa dengan naeemah, maybe sebab kitaorang satu rumah..dan, bukan dengan moon je aku ada problem interpersonal, hampir dengan semua orang kolej..aku tau, problemnya adalah aku..sorry, masalah ni aku tak boleh nak selesaikan!..this is myself!..biar lah orang nak kata sombong ke apa..tapi, aku memang tak reti nak bercampur dengan diorang...sorry about that!
hari rabu, pergi hantar kereta untuk cat pulak..kali ni, moon ikut, sebab moon dah tau..dan, hari ni gaji dah keluar..aku tak berapa gembira kali ni bila time gaji..biasa nya, time gaji je, rasa seronok, tapi tak kali ni..tengahari sekali lagi aku menebalkan muka mintak tolong naeemah gi bank untuk keluar kan duit+bayar loan kereta+bayar bil+balance repair kereta+mak ayah+service kereta+saving+ptptn+blablabla...banyakkan kena bayar..siapa kata kerja best?..tak best pun..banyak masalah..hari ni, kelas penuh, pagi sampai ptg..tapi aku terpaksa skip-skip kelas, lari pergi sini sana..kesian student aku..tapi, dalam banyak-banyak perkara dekat jempol ni, paling menenangkan aku adalah time mengajar..tak tau kenapa..memang lah ada student yang problem..kerja bagi berminggu-minggu tak siap-siap lagi, tapi setiap kali aku jumpa student, fokus aku adalah pada diorang..aku boleh lupakan masalah aku sekejap..habis mengajar, aku rasa macam puas..
pagi ni ada call dari kolej sabak bernam, diorang nak mintak nama dua orang pensyarah SPS untuk attend kursus TOT, Training Of Trainers untuk sijil modular pelukis pelan..dan untuk first modular ni, kita tawarkan sijil lukisan kerja, jadi mereka nak seboleh-bolehnya pensyarah yang mengajar lukisan kerja..jadinya, aku antaranya lah, aku ajar lukisan kerja 1..tapi aku faham, ada yang tak berapa berkeyakinan dengan aku..lepas je jawab call dari kolej sabak bernam tu, aku terus explain dekat beberapa pensyarah SPS yang ada dalam bilik tu tentang kursus tersebut, dan ada lah yang terus memberikan nama orang lain tanpa sebut nama aku..aku tak tau lah apa masalah aku dengan minggu ni!!..semua tak kena!!...aku tak layak ke untuk pergi kursus macam tu?..bukan lah aku nak sangat pun sampai terhegeh-hegeh cakap dekat KP, 'saya nak, saya nak'...aku suruh KP pilih, atau tanya siapa-siapa yang berminat nak pergi..tapi KP putuskan, biarlah pensyarah yang ajar LK sem ni yang pergi..bukannya kursus ni sekali ni je..lepas-lepas ni ada lagi..tapi aku tak faham lah kenapa dengan orang-orang tersebut yang tak berapa nak memberansangkan!..fed up sangat ok!..memang aku akui, kadang-kadang aku tercepat terasa atau emo!bagi sesetengah orang dia pikir 'this is a small matter lah babe!..what's wrong with you shida?!'..ni semua sebab masalah kereta ko, ko nak terbawak-bawak dalam hal keje kan!..entah lah..aku dah tak professional..sorry~..tapi serious aku nak cakap, ada beberapa orang dalam SPS ni yang menjengkelkan aku!!..letih dah aku tengok drama free hari-hari dalam bilik SPS tu, tajuk dia 'Mengejar APC'..huh!!..itu tak termasuk lagi, drama 'Nur Kasih 2'...
sekian!...
p/s: cepat lah berlalu minggu ni..i hate this week!!..nak balik rumah!, tidur atas katil empuk!
6 comments:
istighfar darling... banyakkan istighfar.
insyaAllah bulan ramadhan ni banyak pahala kau bila redha dgn ujian Allah bagi. iman kau sedang diuji. sabar dan banyakkan berdoa. aku doakan juga dr sini.
interpersonal skill, dimulakan dgn keberanian, dan disusuli dengan keyakinan dan tindakan. kemudian, istiqamah dlm menjaga hubungan. ala ceeda, sedangkan pantai lagi berubah.. inikan manusia. bersabar dgn ujian ye.
selamat bersabar. kau boleh!
thanks my dear a'ai...semoga ramadhan kali ni memberi aku seribu petunjuk..aku taknak cepat mengalah..
tentang perhubungan tu, susah nak explain, dan aku rasa setiap orang ada masalah ini, dan aku akan cuba dengan nasihat kau tu..
miss you friend!study hard k...=)
walopon agak dah terlewat baca entry neh....tapi kan...aku suka statement ko yang neh:
dalam banyak-banyak perkara dekat jempol ni, paling menenangkan aku adalah time mengajar...
itu nampaknya menunjukkan 'sesuatu' (bagi aku la...)
which is, u're doing good there.
takpe shida.... banyakkan bersabar tau. adik adik kat kolej tu semua perlukan ko lebih lagi dari mereka2 yang lain tu.
hey hey! aku pun emo gak! bebudak lahir bulan jun mmg kuat emo kot. kakakak. but then again, nothing wrong being emo, asal tak nyusah orang dah kannnn...hehehe
jangan pening2kan sangat diri ko tau shida! nanti sakit susah!take care my dear darling!
yes! setuju..bebudak lahir bulan june kuat emo!..hati kaca!..hoho..
thanks farah..happy jumpa ko td, dapat blaja style salam ukhwah terbaru.. =P
harap dapat jumpa lagi!..hehe..
aku pernah langgar lori. Masa tu aku dnegan ainul, dalam hujan. Dahla aku yg langgar. Aku turun, aku marah brother tu. Ainul gi tarik aku suh senyap. Sebelum brother tu lempang aku ke kannn. HAHAHAHA.
salam....mmg dh sgt terlambatlaa bace post cda ni...emm, tetiba xtau nk ckp pe....psl duit tu... nape la cda xbg tau awal2....kita ok je...papepun, cda dh explain pd kita mlm tu....kalau kita pon..mungkin kita wat bnda yg sama cam cda....setiap org ada bahagian masing2kan....sabar ye. Psl SPS tu....kalo ckp psl TOT kita lg sedih...pas perjumpaan aritu..nm kita sorg xde dlm senarai pmbahagian...sbb ms tu kita kena jg kursus pndek.....nkma pun xde tp org msukkn nm dia.....tp xpelah..mungkin tu bahagian kita....huhu. cda kalo pape storyla....on my part...sori if apa2 k....chaiyok2....<3
Post a Comment